Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Thursday, January 28, 2010

Tired... Zzzzz <'o'>

Hari ni amik cuti tetiba. Tade mc pon. Cume rase tak berapa sihat. Asyik sakit dada jer. So balik banting, g hospital banting. Nak mintak buat checkup ganti 10 februari depan. Tak larat la.. asyik sakit jer. Da sms dengan supervisor pagi-pagi tapi tak ada respond. Hurm.. macam marah jer. Biarlah..

G hospital buat x-ray. amik blood test. Tapi doc kata tade apa-apa. Maybe just gastrik. Or extra/less calcium. Hurm..pelik. Kenapa saya masih sakit doc? Kenapa tade sorang pun doc yang boleh bagitau kenapa tulang rusuk saya abnormal?? Weird.. sangat.

Diagnosis setiap doc selalu bercanggah. Mula-mula dulu ada yang kata aku ada asma. Then, doc lain kata tade pulak. Ada kata kahak aku banyak sangat, aku batuk biasa jer. Tulang bertambah la. Macam-macamlah. Okeh. Semua doc yang berbeza. Pelikkan??

Hurm.. penat sangat ari ni. Nak makan ubat pastu tido. Keh, nytez all..

P/S : tak larat dah.. bubbye..

Wednesday, January 27, 2010

Penantian Yang Menyeksakan <",>

Lokasi : Jobo (Ruang Tamu)

Orang selalu kata penantian tu satu penyeksaan.. Betul, betul, betul. Aku pun setuju. Sebab aku sendiri ngah tunggu someone sekarang ni?

Apa? Tunggu orang datang meminang?
Tengah malam cam ni? Gile ker??
*Err.. tapi kalau ada yang nak meminang, silakanlah..(marah lak 'orang sebelah' sebab tetiba aku wat open registration..huhu..)

Tunggu mamak jual roti?
Err.. ada mamak jual roti ke tengah malam cam nih??

Tunggu apek tong gas?? Tong dapur gas dah abes??
Eh.. takla.. apek tong gas dah off rasenye memalam cani..

Hish! Macam-macam la korang nih.. Aku ngah tunggu rumates aku nih. Dah ngah malam tak balik-balik lagi. Tadi call kate lambat sket. Tapi ni dah lambat banyak nih.. Taula ada tender nak kena hantar esok. Tapi awak tu anak dara. Tak elok balik malam-malam sorang sorang. Hish! Bos dia pun satu.. My rumates tu buat intern jer. Bukan company bayar.. suka suki jer kerah tenaga anak orang..

Sambil-sambil menanti Nana, sambil-sambil tengok tv. TV9 je pun. Drama Bella. Yela. Astro kena potong. Ada orang tu lupa bayar bil hokey!! Nasib baik ada arial biasa ni. Dapat juga la siaran tv percuma tak berbayar.

Ish. Ngantuk lak. Aku da la bawa simut skali kat sofa ni. Mau jugak aku tido kat sofa ni seperti last week. Yela, last week tunggu Nana gak sampai aku tetido kat Sofa. Hurm.. Nana.. cepatla skit balik.. esok pagi kan keje lagi. Takkan tido opis kot minah nih??

P/S : Sentiasa menanti tetamu datang. Leh buat makan-makan. Tapi tade sape pun yang sudi. Huk huk..

Warkah buat GREAT 6

Dear GREAT 6,

Mintak maap berjuta-juta lemon sebab tak dapat datang meeting charity petang ni. Memang nak datang, tapi atas sebab-sebab alam semulajadi (Rain dah datang ke Seri Kembangan!! Wah.. sonoknyer!!), maka ia tak dapat dielakkan. Maaf sekali lagi terutama kepada Team Leader, Wewez also Ming Ming da Itik Longkang , Syazli and Liana yang banyak bekerja keras untuk projek charity GREAT 6 ni.. 

If anything that u all need me to do juz pesan to Nana Kirana and she will updated to me the info. Huhu.. Sori sekali lagi.. (tapi Wez, aku dah bagitau aku tak janji nak datang kan? So cannot blame la hokey??)

With love,


P/S : Love tu aku bagi sikit jer tau.. korang kene share ramai-ramai tau.. Yang banyak tu untuk orang lain pulak... aku kenela berlaku adil dengan semua orang kan??

*Tapi sebenarnya kasih sayang tu melimpah ruah, tak pernah berkurang tapi semakin bertambah... tu pun kalau korang reti sayang orang la.. huhu..*

Resepi Bajet,Mudah&Murah #1 : Bubur untuk orang sihat!! dan sakit pun boleh..

Lambat pulak aku post entri nih! Bubur ni aku masak malam isnin ari tuh. Tapi dah abesla. Sori eh. Kalau ada lagi sure dah basi..



Bubur ni bubur nasi. Nak tau bahan-bahan? Ala.. sonang joer..

1 cawan beras
4 cawan air bersih (kalau kurang leh tambah air)
sedikit garam
*kalau nak tambah carrot or sayur pun boleh.. ikut suka hati dan jantung..

Agak-agak dah masak tu leh la angkat dan hidangkan dengan pelbagai lauk pauk. Untuk malam senin tuh aku hidangkan dengan ikan bilis + kentang potong dadu goreng + tempe kerang tumis cili + daun sup..

Memang thumb up! Tak caye? Meh tengok kumen kumen tukang-tukang rasa makanan...


haha.. tengokla yang dorang kumen nih..

Korang jangan lupa try pulak! Rugi kalau tak try!

P/S : Hari ni tuka signature baru..hehe.. saje tukar angin.. (kalau nak sain cek ni tak sah sebab signature lain-lain.. huhu..)


Sunday, January 24, 2010

Lelaki-lelaki Sedap Mata Memandang.. sedap hati untuk jatuh cinta?? Part 2 (Korean)

Okeh. Baik korang get ready. Aku dah ikat jantung and tulang semulang aku kuat-kuat. Takut tercabut jer nanti. Semalam dah post Part 1 nyer. Skang nak post Part 2 lak..


Pix sebelah kanan ni SUPER JUNIOR. Semua memang hensem banget!! Dari Lee Teuk, Hee Chul, Han Geng, Kangin, Shindong, Yesung, Sungmin, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Kibum, Ryeowook sampailah magnae Kyuhyun.. (Semua 13 orang keh! Ramai kan??) Semua memang flower boy.. Tapi paling aku minat Eunhyuk yang pix sebelah kanan ni.. sangat hot!!

Sebelah kiri ni SS501. Semua pun aku minat giler.. Hyun Joong, Young Saeng, Kyu Jong, Jung Min, Hyung Joon.. tapi paling aku minat Jung Min (pix sebelah kanan nih!!). He is so sexy !!


Yang nih pulak DBSK / DONG BANG SHIN KI/ TVXQ/ TOHOSHINKI... Hero, Yunho, Micky, Junsu & Changmin.. Tapi paling hot mestila bayi tabung uji si Hero Jae Joong ni...

Yang ni plak 2PM.. Currently dorang tinggal 6 orang jer.. Taecyeon, Junsu, Junho, Nickhun, Wooyoung, Chansung after the leader, Jaebum tarik diri.. Tapi paling aku berkenan adalah Director Ok, si Taecyeon yang so hot nih!!

Tetiba rase pelik, kenapa semua grup kpop eyh?? Hehe..tapela.. yg seterusnya ni pelakon lak..


Won Bin.. sangat hot okeh?? Rindu sangat nak tengok mamat hensem ni berlakon... naperla dia ni tak jadi boyfren aku.. huhu.. Dah lama tak nampak dia.. Mentang-mentang la ramai gila pelakon muda + dia ni gi training askar..


Yang ni pulak memang feymes rasenye.. sume orang kenal kot.. si Gu Jun Pyo dalam BOF.. atau nama benonyer Lee Min Ho.. Aku lagi suka rambut dia yang ni.. daripada rambut Gu Jun Pyo yang tah hape hape tah tu..
                                                                 


Okeh aku penat dah... sampai sini je la kot...

P/S : Berkesan juga rupanya aku ikat tulang and hati aku.. tade pulak nak tercabut cabut kali nih!!

Saturday, January 23, 2010

Lelaki-lelaki Sedap Mata Memandang.. sedap hati untuk jatuh cinta?? Part 1 (Japanese)

Okeh. Aku bosan. Tahap bosan dah level 9 per 10 kay! I'm alone now!! Housemate semua tak ada.. Chaca gi umah mak mertua (okeh.. bakal..), Zimi balik Klang, Lya balik umah auntie dier kat Shah Alam. Nana lak dari petang tadi kuar ngan Ipin. Tadi nana call kate nak balik dah. Tapi rasenyer dah 2 jam berlalu and dia tak sampai-sampai umah lagi.

Astro dah la takde.. (kena potong keh sebab ada orang lupa nak bayar..huhu..). Luckily aku ni 'bijak' orangnyer (dah Allah bagi otak tu untuk pikir la kan??). Aku cabut Astro tuh, aku pasang arial biasa. Huhu.. dapat gak siaran tv free jadilah. Yang penting rumah tak sesunyi semalam tanpa tv..

Eh, tajuk entri aku lain.. yang aku meleret - leret citer lain ni asal lak? Hehe.. okeh okeh. Kita gi review tajuk post aku nih.. Sila lihat pixies pixies di bawah. Pilihla yang mana satu yer? Tapi semua aku dah Chopp!! Haha.. entri aku kan.. so, hak milik aku la kan?? Kan?? Betul kan?? Kan?? Eish!! Berapa kali kan daaa..


Ini Jun Matsumoto..Sape yang tak kenal dia ni perlu kena sekeh dengan aku 100 kali. Ahli grup Arashi dan pelakon feymes. Antara drama die nih Gokusen 1, Hana Yori Dango, Bambino, Smile dsb. Dia ni comelllll sangat. Lagi-lagi bila ketawa. Rasa nak cubit-cubit jer pipi dia tuh...


Ni pulak Incik watak Serius yang sangat hensem. Tak ada orang yang muka serius sehensem dier.. huhu.. Bila senyum pun hensem giler. Buat orang cair jer.. Ni lah Nishikido Ryo.. Hah, dah tatau nak pilih la tu antara MatsuJun dengan Nishikido!! Haha.. tunggula yang lain-lain.. banyak lagi ni!!


Okeh. Darah dah meleleh dari hidung aku pabila aku tengok pixies Tamaki Hiroshi ni. OMG. He so perfect kan? Kan? Cakapla yerr.. Sampai aku dah tak tau nak kate ape dah.. Omo!!


Lelaki yang extra bubbly, lovely and cutely!! Toma Ikuta!! Owh.. so luff in him.. (and others too..). Okeh, jantung dah tahap-tahap macam nak tercabut nih. Leh letak lagi satu pixies kot...

Destinasi : Team Building 2 - Gopeng Adeline Resort! (Ketibaan)

Yeay!! Da ambik pixies! Tapi tak banyak. Sebab banyak sangat. So amik mana yang penting jer..(hah.. yang penting muka aku la!!)

Program : Team Building 2
Tempat : Adeline Resort, Gopeng
Peserta : 75 orang (GREAT 1 -GREAT 7)
Tarikh : 16 & 17 January 2010

Baru sampai. Tak leh naik bus nak ke Adeline. Kena naik lori. Huhu. Macam pelarian bangla jer. Haha. Sempat lagi kiteorang amik pixies. Ada 3 ke 4 lori semuanyer.. huhu.. adventure giler. Macam nek roller coaster!!

Beg-beg kiteorang pulak letak berasingan. Nanti tak muat pulak. Dua jip jugakla untuk letak beg-beg sahaja.
Betapa susah payahnya mamat tu nak naik lori. Kiteorang nak tolong.. tapi.. tolong tengok jer. Huhu. Nana plak sempat posing lagi. Da la cuaca panas terik. Masing-masing da pakai mata belalang..
Pemandangan ke Adeline Resort dari atas lori.. Cantik kan??
Lambaian sebelum lori bertolak ke Adeline Resort..
Lambaian ketibaan di Adeline Resort setelah melalui perjalanan yang penuh dengan adventure.. Lalu jalan kampung, naik bukit, turun bukit, lereng bukit, ladang, dusun dsb.. jauh tu..
Excited  (lega sebenarnya..) bile dah sampai Adeline Resort..
Masa untuk turun!! Okay pelarian semua berkumpul kat bawah ni yer!!
Pelarian-pelarian huru hara mencari beg masing-masing..

Ada banyak lagi. Nanti aku post lagi kay?? Sabar jap eyh...

credits to Shela and TT!

Aku dan Incik 'Orang Sebelah'

Hari Khamis. 'Orang Sebelah' cuti normally memang hari khamis (mesti korang terpikir kan dia ni keje apa? hehe..). Ingatkan nak jumpa, tapi mengenangkan dah tengah bulan, (poket kering maksudnya..) jadi cam malas je nak jumpa.. tapi tetiba, nak jumpa gak.. so kami pun jumpalah..

Owh, bukan main jumpa-jumpa ikut suka hati. Dia datang amik aku kat umah. Tapi aku pulak lambat sampai, jenuh mamat sorang ni dok call sampai 7 kali.. (sori.. gi amik pixies dari Lin tadi..). Patutnya aku balik kol 4pm, so sampai lebih kurang kul 4.30 (kalau nak kira perjalanan dari opis ke parking lot + isi  minyak lg). Tapi hari tu lambat sket sebab lepak kat library dulu. Sori sangat-sangat.

Sampai sampai jer ada ke dia kutuk baju aku macam baju pasar malam? huh? itu baju kita gi date 1st time tau! Sampai hati tul (Kecik ati aku yang sedia kecik ni). Malas nak gaduh-gaduh ngan dia, aku pun tukarla baju. Pakai jeans, tshirt putih dengan grey cardigan. Tak lupa black plain shawl and grey high heels.


ada ke dia kata baju yang aku pakai tu buruk? baju tu banyak kenangan tau!


ni pix mase kiteorang kuar tu la..
Kiteorang tak gi mana pun. Makan kat food court Presint 16, pastu g Alamanda Karok. Hehe.. lama tak Karok. Tak banyak lagu pun nyanyi. Ada la 7 lagu jer. Sebab tak nak balik lewat-lewat sangat. Jumaat kan aku keje. Kiteorang melalak lagu Because of You - Kelly Clarkson, Dan Sebenarnya - Yuna, Aizat - Kau Aku, Nurul Ajai - Keliru, Air Supply - Unchained Melody, Bunkface - Situasi,  & Kris Dayanti - Cobalah untuk Setia.

Pas Karok, kiteorang pun jalan-jalan nak cari souveniour untuk anak-anak buah 'Orang Sebelah' yang 4 orang tu. Hehe.. ala.. beli jajan-jajan jer.. budak-budak kan.. Lepas tu Incik 'Orang Sebelah' pun anta aku balik..


P/S: Next week ni tatau leh kuar lagi tak. Gaji tak masuk lagi. Huhu...

Wednesday, January 20, 2010

Merapu jer..

Hari ni baru hari Rabu.. Oh Jumaat.. tak sabar nak jumpa denganmu.. Kenapa? Sebab saya tunggu hari Sabtu. Nak tidur sepuas hati, berehat dengan aman. Ahad.. urghh!! tak boleh ke stop pada hari Ahad? No more Monday.. a very stressful Monday. Okay, stress dengan kerja pada hari Isnin. Hurm.. suddenly rindu dengan study life..

Eh, hensemnyer Key! (Okay iklan jap, aku ngah tengok Shinee performance kat KBS.. jap yer. Nak fokus kat Ring Ding Dong ni dulu..)

Okay. Dah abes. Sekarang sambung balik. Aku memang nak sambung belajar. Ingat nak buat part time jer. Kat UPM. Tapi kena cari keje yang flexible dulu. Keje sekarang bukan tak flexible tapi... aku tak larat bangun awal tiap-tiap pagi.

Tetiba dah tak flexible pulak. Orang lain suka hati masuk 7.10, 7.30, 8.00 malah 9.00 pagi. Tapi aku tetap kena masuk pukul 7. Lewat 10 minit pun macam-macam supervisor aku tanya. Apatah lagi 20 minit. Biasa kalau agak-agak nak lewat ke 20 minit jer.. or lebeh..(macam motor rosak, hujan or bangun lambat) sms supervisor siap-siap. Kalu tak membebel sampai ke next month.

Malas la nak citer pasal dia.. taknak bebankan kepala otak nih.. nak kemas dapur jap. Nanti housemate balik bebel lak... kay, chiao!!

Entry Bahaya! Euww.. Lelaki Gila Seks!!

Aku ternampak apa yang sepatutnya aku tak patut nampak.. Euww, so disgusting!! Sampai sekarang aku terasa nak muntah.. bukan aku seorang jer.Malah hamper separuh bus memang ternampak secara tak disengajakan. Malah budak-budak lelaki pun ikut budak-budak pompuan menjerit..

Citernye ni we all on the way balik dari Gopeng. Baru je lepas stop kat R&R Rawang. So masing-masing segarla. Lagipun dah nak sampai Cyber dah. Ada yang sibuk makan, ada yg sibuk layan Hindustan. Aku pulak baru nak menikmati keindahan alam. Yela, baru je pas tengok movie Eagle Eye. Saja mau cuci cuci services mata jap.

Ternampak seseorang. Aku pasti lelaki dari tubuh badannya. Mula-mula aku ingat dia buang air kecil (huh, sopannya bahasa..). Aku baru je nak bagitau Nana, partner sebelah aku bodohnya mamat tu buang air tepi highway.. tetiba baru aku perasan. Dia bukan buang air, tapi melan***!

Terus aku toleh Nana!

“Nana..!!” Serentak tu semua budak yang dok seat belah kiri semua menjerit. Termasukla mamat-mamat yang dok belakang aku tuh.

Aku dah tak tau nak cakap apa. Tergamam aku. Gila betul. Si Sofia pulak sibuk tanya bangsa apa, muka dia macam mana. Ingat aku perasan ke? Aku terus tak toleh langsung!! Yela, time tu si Kecik tu sibuk melahap. Kalau dia dah melahap, apa pun memang tak sedar. Nana pulak dok bagitau rupa ada iras-iras Indian pastu siap tersengih-sengih masa ngah buat tu..

Euw… dah la! STOP!! ENUFF!!

P/S : Seb baik ternampak dari bus jer. Kalau depan mata macammana? Urghh.. tamau cerita la. Kepada semua orang, tak kira boyz or gurlz, take care kay!


Monday, January 18, 2010

Awesome Experience in GOPENG!!

Nak citer pasal journey 2days kat Gopeng. Tapi takde pix lagi la. Esok team lead baru nak amik dari program coordinator.. so maybe esok, lusa, or next week baru dapat upload pix siap dengan story.

Kalau story jer without pix pun tak besh.. kalau pix tanpa story pulak tak paham.. hurm.. so tunggu la eyh?

Sunday, January 17, 2010

Poor Sofia...

Kesian adikku yang sorang ni.. she lost her purse + atm card + ic + rm70 + handphone.. Aku keep on calling her phone tadi. Mula-mula tak ada orang pick up. Tapi da try 10 20 kali, ada end the call. So i keep on calling balik. Ada someone pickup, but suddenly end the phone without anwering anything at all.

Poor her.. I advise her to make a report, but she refuse to make it tonite.. So i did sms to the phone, trying use frenfinder, familyfinder and whatever that i can try, but it didnt reply. Suddenly sofia calling me back!

" Mazz, dah jmpa phone! Pakcik bas jmpa!" jerit Sofia dalam phone. Giler lega aku dengar phone si kecik ni da dijumpai. Giler cuak aku. Yela. aku pun ada gak experience camni.

" Yeke. Bagusla. So, camne nak amik?"

" Tula.. kena amik kat KL.. sebab pakcik tu dah kat KL.."

"La.. pulak.."

"Tak apala.. tak kisah.. ambik lusa kot.. asal dah jumpa cukupla.."

Hurm.. akhirnya. Okay jugakla dari hilang terus kan? Nasib baik pakcik tu jujur. Respect you la pakcik! Eh.. abang.. hehe..

P/S : jaga barang anda baik-baik. Jangan cuai... nanti menyesal tak sudah..

Friday, January 15, 2010

Mari Pergi! Pasukan Impian!


Sape suka show ni?
Sila angkat tangan! (Pastikan ketiak anda tidak berbau yer..)
Aku memang kipas-susah-mati giler dengan show ni. Tupun sebab my 'dream guy' jer.. Siapa? Meh aku kenalkan..

Hyukkie @ Eunhyuk (stage name) @ Lee Hyuk Jae



He so gorgeous isnt it? Hehe.. flower boy Hyukkie, salah seorang daripada Super Junior. Aku ni memang kipas-susah-mati dengan dia. Sebab....
1. Hyukkie ni sangat comel, hensem dan cute
2. Sangat berbakat > Write lyrics, singing, rapping and dancing..
3. He is dancing machine
4. Sangat suka personaliti dia yang sangat kelakar dan tak buat-buat kelakar..
Kalau nak puji Hyukkie ni sampai esok pagi pun tak abes.. nanti aku nak buat entri spesel pasal Hyukkie ni la... hehe..

Hyukkie ni pernah jd ace card dream team sekali.. Lagi dua kali pulak adalah mamat comel di bawah ni...



Comel kan?? Yang ni baru 19 tahun. Dongsaeng pada Hyukkie. Dia and Hyukkie ni dari satu company yang sama iaitu SM Entertainment. Owh..lupa lak, ni aku perkenalkan.. Minho dari grup Shinee. Bukan Lee Minho BOF tu tau..

Kapten bagi team dorang ni pulak jejaka yang hensem nih..



Dia ni bekas anggota G.O.D yang dulu feymes dengan lagu 'To My Mother'. Walaupun umur Danny ni dah 30++ tapi dia ni masih hensem. Ganteng gitu.. Huhu. Tapi dengar-dengar dia ada hubungan dengan Eugene S.E.S (jugak pelakon drama Wonderful Life dll).. Okayla tu.. sama padan kan??

Ni antara yang tetap dalam show ni. Show ni ada jugak peserta undangan macam RUN, Chung Rim, Taegoon, Jung Suk Won and ramai lagi.

Sebenarnya yang betul-betul tetap cuma Minho and Danny. Hyukkie pula menggantikan Junho 2PM yang busy or cedera.. lebih kurang camtu la.. (tapi dengar cerita Hyukkie akan jadi tetap... yeay!). Tapi sayang, Hyukkie menolak untuk join Dream Team ke Kanada (Kanada tuh!!) Kenapa? Sebab Hyukkie lebih pentingkan Super Junior! Diorang ada concert kat China time Dream Team nak ke Kanada tu.. (Sob.. sob.. ni yang sayang Hyukkie lebih ni..)
Meh kita pakat ramai-ramai tengok Channel 303 KBSW. Setiap hari Rabu, jam 6.10 petang (if not mistaken la.. hehe).


Thursday, January 14, 2010

Entahla

Beberapa hari ni sibuk memikirkan entri ape nak buat bagi fulfill request Abadi tuh. Ada idea tapi kena hati-hati la. Takut terguris mana-mana pihak pulak. So, buat masa sekarang belom nak buat lagila. Tunggula dalam next month kot??

Hari ni hari yang paling teruk dalam minggu ni. Totally suck. Rasa macam nak skip je hari ni daripada wujud dalam hidup aku ni. Kerja tak siap lagi. Supervisor asyik bising bising je. Why u not finish? She thought aku cheat masa kerja. Entahla.. malas nak cakap. Banyak sangat miscommunication aku dengan dia. Sampai aku dah tak tau nak cakap macam mana dah dengan dia.

Balik tadi stress sangat. Rasa macam nak hantar je surat resign terus. Dah tak larat dah nak dengar bebelan dia. Tak kisah kalau dia nak tegur tapi semua benda dia nak salahkan aku. Kenapa buat macam tu. Kenapa buat macam ni. Hurm.. sabar jela Maziah..

Isnin ni nak pergi interview pulak tu. Camne nak cakap dengan dia nih? Kalau dia tak bagi macammana? Patut ke aku pergi jugak??