Kipas-susah-mati

Google+ Followers

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Friday, January 1, 2010

2010... I will Challenge U!!

1hb Januari 2010. Selamat Tahun Baru!! Awal Muharam tak pulak post entri. Tahun Baru ni sibuk pulak aku nak post entri.. huhu..

Tapi aku tak sambut pun Tahun Baru 2010 ni. No reason to celebrate. No interesting reason. Malam tu cuma keluar gi MV for movies dengan 'orang sebelah'. Banyak pilihan movies. Tak tahu yang mana satu idaman kalbu.

Carta pilihan top 3 :-

1. Avatar
2. Sherlock Holmes
3. Cirque du freak : the vampire asisstant

Last-last orang sebelah pilih Avatar jugak walaupun aku sebenarnya nak sangat tengok Sherlock Holmes. Tapi memandangkan 'orang sebelah' yang bayar, aku pun ikutkan jugakla. Ikut-ikut jugak tapi mulut muncung sedepa. Tapi kira okay la tu, takdela macam Si Kecik Mo tu sampai terguling kat lantai sebab tak dapat tengok Princess and the frog.
  http://emo.huhiho.com

Kenapa aku merajuk?
Apa? Sebab aku tak nak tengok AVATAR?

Eh.. bukanlah! Bukan tu sebab utama.. Sebabnya aku nak shopping dulu.. tapi dia beli tiket pukul 9 malam pulak.. haish! Hangin je aku..(Yela.. elaun da masuk.. sebab tu mau pegi shopping.. huhu..)

Last-last dia pujuk aku nanti kita gi Downtown Velodrome.. hehe.. memang hilang la rajuk aku!
Nasib baik la citer AVATAR tu memang masyuk!! Takla aku tertidur kebosanan dalam panggung tu.. huhu..

Lepas tu kononnya memang nak ke Downtown, tapi macam-macam halangan pulak muncul. Jalan jem la, kiteorang sesat la.. pusing-pusing sampai masuk Kg Pandan, Taman Maluri lepastu sesat masuk kat Bandar Tun Razak.. barula jumpa Downtown.

Fuhh!! Memang full house betul! Ramai betul orang. Yela, malam tahun baru le katakan..

Hah! Cakap pasal tahun baru.. selalu mesti ada azam baru kan?? (aku ni tak pernah pulak berazam-azam tahun baru ni tetiba nak berazam pulak tahun ni.. pelik.. pelik..)

Apa azam tahun baru aku?

Hurmm.. apa yer?

1. Aku nak sambung belajar. Tapi masih dalam perancangan lagi. InsyaAllah bulan 7 kalau tak ada apa aral melintang. Mungkin kerja sambil  belajar. Ermm.. not to sure, tapi masih dalam perancangan.

2. Nak kerja yang lebih baik. Tak nak la asyik duduk dalam ofis. Nak juga sekali sekala buat kerja luar or kursus kat luar ke. Sakit kepala dengan environment ofis lama-lama. Kalau meriah tak apa jugak, ni tidak, macam padang jarak padang terkukur sunyinya.

3. Nak belajar bakery! Teringin nak buat cup cakes, muffin and cakes sendiri!!

4. Aku nak bina masjid.. ramai kawan-kawan aku dah berkeluarga, aku teringin juga.. hehe..

So, doakanlah aku moga tercapai semua hasrat aku tu yer? Dan aku pun akan berusaha untuk mencapainya! Aja aja fighting!!



No comments:

Post a Comment

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!