Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Tuesday, January 5, 2010

Secret Admire or Stalker?

Hari ni aku nak cerita pasal secret admire. Ni kisah benar tau! Berlaku kat salah sorang kawan kelas aku sendiri time tu. Aku sendiri jadi saksi kes ni!

Ceritanya berlaku 6 tahun dahulu.. Tahun 2004. Masa tu aku dalam Tingkatan 6 Atas. Kelas aku merupakan kelas 6A5, kelas paling sikit student tapi paling riuh kat sekolah. Ada 19 orang je kelas aku time tu. Sikit kan?? Tapi kenapa paling riuh pulak yer?? Haha.. ni soalan cepu emas.. Sapa tau jawab sila angkat kaki.. Jangan angkat tangan yer, takut bau ketiak masam.. huhu..


Ha.. tade sape tau jawab eyh? Nak tau jawapan tak??


Sebabnya budak-budak kelas lain suka masuk kelas kiteorang untuk memekak!! huhu... Lagi-lagi budak lelaki.. taula awek-awek kelas kiteorang tu cun melecun.. huhu.. (exclude aku.. sebab aku extra cun.. huhu..)


Haha. Melalut lalut pulak aku ni. Sebelum aku teruskan Secret Admire or Stalker ni, meh aku tunjukkan kedudukan tempat duduk kelas 6A5 pada masa tu.





Seperti rajah kat atas tu, abadi duduk meja belakang bersebelahan aida, berhadapan zaidi dan bersilang dengan aku.

Hari tu hari Isnin, sekolah macam biasa. Abadi pun masuk kelas dan duduk di tempat dia macam biasa. Dia baru je nak ambil buku dalam meja dia, tapi terkejut  bila tak ada satu pun buku dalam laci meja dia. Pendek kata semua buku, fail, buku rujukan, buku latihan serta kertas-kertas conteng, semua dah hilang!! Memang panik giler time tu.

Kiteorang yang lain pun check meja masing masing. Mana tau kot kot ada spot check, pastu cikgu kebas semua buku dalam laci meja. Aku tengok meja aku, Eh, semua ada. Tak ada pulak hilang. Orang lain pun sama. Semua buku masih ada dalam meja.

Abadi dah pening dah. Macammana la dia nak belajar tanpa buku macam ni. Kesian tengok mamat sorang tu. Tapi Abadi ni Mr.Macho Man kat skool (Macho kerr??). Jadi dia act cool jer. Konon tak risau tak susah hati. Dalam hati tak ada sapa tau..

Sampai ke hari Jumaat memang tak ada tanda-tanda buku dia akan kembali. Kiteorang pun pelik juga. Iyala, sebenarnya tak logik jugak kalau cikgu buat spot check buku dengan 6Atas, yela, kiteorang tak guna buku pinjaman, semua buku rujukan sdn bhd. Kalau ada spot check pun, dan buku Abadi semua dikebas cikgu pun, kenapa cikgu tak mentioned apa-apa kat Abadi? Weird kan??

Hari Sabtu pulak kiteorang datang sekolah. Tak ingat nak buat apa time tu. Sama ada nak cat kelas or nak study. Takkan kiteorang datang sekolah nak dating pulak kan? Hah? Apa? Logik? Ya tak ya jugak ye. Tapi aku baik. Dulu tak mainla dating-dating. (Iye kerr??)

Ok. Sudah. Sudah. Sambung balik citer tadi, kiteorang datang sekolah, pastu bila Abadi check meja dia, Puff!! Buku buku dia semua ada balik. Macam magicccccccc...Hurmm.. pelik kan?? Abadi ni punyela happy sampai dia check satu satu buku dia. Nak tengok rosak ke tak. Aku yang curious giler ni pulak gatal tangan amik satu fail dia.

Buka buka fail jer, ada sehelai kertas kajang yang terselit.

Assalammualaikum Abang Abadi.. ( Tulisan dia ala-ala senget macam Monotype Corsiva)

Macamtula mukadimah ayat dia. Lagila aku curious! Terus aku baca sampai habis. Abis je baca, memang aku gelak kaw kaw punyela. Memang tabik spring betul dekat penulis sebab boleh tiru tulisan abadi ala- ala senget Monotype Corsiva. Fuhh, memang superb betul surat tu! ala-ala surat cinta + surat layang la..

Diorang pelik jer tengok aku gelak sorang sorang. Aku pun bagila dorang baca. Haha.. hambek korang! Barula misteri kehilangan buku buku abadi terungkai. Nak tau tak apa isi surat tu? Aku antara ingat ingat lupa. Yela, nak tunjuk pun tak tau Incik Abadi tu simpan lagi ke tak.

Antara isi yang aku ingat. Ayat tak 100% sama. Lebih kurang je la..

1) Kami minat sangat abang Abadi. Abang ni nampak cool la.  Kalau boleh nak angkut dengan meja meja abang abadi sekali, tapi nanti kesian pulak, camne abang nak belajar? (FYI, ada dua orang bekerjasama dalam kes ni)
2) Tulisan abang cantik sangat! Tak sangka tulisan lelaki cantik macam ni! Kami tulis surat ni pun cuba tiru tulisan abang.. (Tulisan Mr. Cool ni memang lawa.. even cikgu selalu bagi extra mark sebab tulisan dia nih)
3) Sapa kakak sombong yang duduk sebelah abang tu? Tak nak senyum pun.. ( Kecik ati member aku Aida bila budak budak tu cakap macam tu.. Sampai dia tak nak duduk sebelah Abadi lagi.. )
4) Kenapa abang macam tak risau je buku buku abang hilang? ( Tak risau?? Huh? Macam selalu je budak budak ni spy si Abadi nih..)
5) Abang, kiteorang amik satu tau pic abang kat meja tu!! (Bengang betul Abadi pic dia ilang sekeping)

Scary kan diorang ni? Siapa sebenarnya diorang ni? Stalker or Secret Admire???

Sebelum tu nak tunjuk pic Mr. Macho Man yang aku kidnapp tanpa pengetahuan tuan punya badan!! (Okay, aku da bagitau dia tadi!!)



    

So, Camner? Macho ker?? Hehe..

P/s : Sapa sapa nak berkenalan dengan Mr. Macho Man ni boleh anta resume kat aku eyh! Nak anta terus kat tuan punya badan pun boleh!! hehe..

No comments:

Post a Comment

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!