Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Sunday, February 28, 2010

I'm a L.O.N.E.R with Char Kuey Teow..

Malam ni betul-betul alone..
sambil dengar lagu I'm a Loner..
Owh.. Gosh!! Dunno where my rumate go..
Nak mesej cam malas lak.. takot kacau pasangan yang baru nak berbaik lak..
Hurm..

Tetiba lapa lak..
Tadi baru gi Jusco membeli belah..
Adela beli barang dapur sket..
Hurmm.. masak char kuey teow sedap gak kan?? Teringat ari tu Miss Marquis request nak resepi..



Bahan-bahan (Hidangan untuk seorang)

Kicap manis
Kicap pekat (1 sudu je..kalau pekat sangat pahit nanti)
Sos Tiram
sos ikan (kalau tak ada pun okeh jer)
Bawang putih kisar (3 ulas)
Cili giling (2 atau 3 sudu)
Udang
Kerang yang siap direbus dan dibuang kulit
kuey teow
Kucai (ikut suka nak letak)
Telur sebiji

Cara-cara masak

Mula-mula panaskan minyak sikit.
Kemudian tumis bawang putih kisar dan cili giling. Masukkan kicap manis, kicap pekat, sos tiram, sos ikan. Kuantiti agak je la ikut rasa masing-masing. Cuma sos pekat dan sos ikan tu bubuh satu sudu cukupla. Banyak sangat tak sedap.
Agak-agak kering, bubuh air sikit.
Lepas tu bubuh udang dan juga kerang.
Agak-agak udang dah hampir masak, masukkan telur. Kacau rata-rata.
Kemudian baru bubuh kuey teow.
Bila kuey teow da hampir masak, boleh bubuh daun kucai ikut suka.

Tada.. da siap!!

Hehe.. memang superb kalau masak sendiri!!

P/S : Naseb baek sorang-sorang.. kalau tak habes kueyteow dibaham rumate! Huhu.. Miss Marquis lepas ni bolehla merasa Miss Marquis masak char kuet teow pulak.. huhu..

Thursday, February 25, 2010

I'm a L.O.N.E.R


I'm a loner. I'm a loner.I'm a loner. I'm a loner.

Look, look at me, me. Look at me straight in the eyes.
Look, you are already look at elsewhere.
Check it one two three, you only keep looking at the clock.
You don't have to tell me. I know you got someone else.

(Rap)
You've been meeting someone else often lately.
You don't even call me first anymore.
When you are with me, you would only look at the sky even if a day is a second long.
Oh~ I know your mind. The distance between you and I.
Getting farther and wider. We are no better than strangers.

# oh baby I'm a loner, I'm a loner. daridiridara du~ I'm a loner. I'm a loner. daridiridara du~

I'm a loner, I'm a loner. I'm a loner being sad at love, shedding tear at love. sad sad sad sad sad sad sad tonight. My hurt hurts.

Oh no no no no no body knows, how I feel.

one two three four five six seven night, I'm cheering up myself passing many nights awake.

(Rap)
If you had just told me honestly
that you got someone else. That you hate me.
Then I wouldn't have hated you to death.
check it one two three. Remembering your words, they are all silly lies.

# Repeat

Love is going. Love is leaving.
(One person and one love. Everything that I've been used to)
I should erase you after tonight.
(Yes, I should force myself to erase you. I should do so since you abandoned me)
(Gone Gone my love is gone)

I'm a loner, I'm a loner. daridiridara du~ I'm a loner, I'm a loner. daridiridara du~
I'm a loner, I'm a loner. I'm a loner hurt by love and waiting for love.
sad sad sad sad sad sad sad tonight, I want this to be a dream.
Oh no no no no no body knows, no body knows me.
one two three four five six seven night, I'm crying passing many nights awake.



ROMANIZATION: Blue 923@Cnblue-sky.net

TRANSLATION: 1takeKK@Cnblue-sky.net
 
*credit to http://innercharm.blogspot.com/

Meh dengar lagu nih..


Wednesday, February 24, 2010

Nikmatilah kehidupan yang ada..

Credit to forum mesra.


*sekadar gambar hiasan*tiada kena mengena dengan cerita dibawah*

Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar mereka di Universiti dahulu.

Mereka berbual-bual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa "stress" atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka.

Professor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porcelain, plastik, kaca, kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada yang kelihatan mahal.

Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut.

Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, professor itu berkata:

"Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Adalah keadaan yang biasa anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda
tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi"

"Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk menganbil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."

Kehidupan adalah kopi, kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang berubah.

Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita gagal untuk menikmati kopinya.

Nikmatilah kehidupan yang ada...

Tuesday, February 23, 2010

W.E.D.D.I.N.G.S

Not mine keh. Ni entri untuk kengkawan aku yang dah mendirikan masjid. Aku ni tah la bilenya.. (sila tanya orang sebelah bila dia nak cukup duet..)


Perancangannya nak buat bulan 6.. no..no.. bukan tahun ni.. tahun bile tu tak tahu lah yer..

Antara reramai kengkawan aku dari robin hood child hood sampai ke dewasa nih.. yang paling awal kawen adalah jiran aku aka kawan aku dari tadika.. Idah. Dah tiga anak eh ke dua? . Nak tau dia kawen umo berapa? 16 taun beb! Aku tak tipu.. dia tak sambung sekola pun lepas PMR. Time tu aku nak masuk Form5. Umo hubby dia time tu 28, dia 16.. 12 tahun tu beza.. Tapi dari kakak dia yang sulung sampaila ke dia yang bongsu, semua memang kawen umo belasahan belasan tahun.. Termasuklah anak buah dia yang baru 17 taun. Baru taun lepas kawen. Aku balik kg ari tu tengok anak dah sorang dah..

Yang mak aku pulak dok kepoh aku ni bile..bile.. Eh.. dulu masa time belaja dulu masa aku gatal nak kawen.. (time tu dengan ex aku).. tapi mak jugak yang tak bagi. Ni orang sebelah ngah sebok kumpul duet mak bising-bising lak bila-bila. Mak kawenkan la dulu abang orang yang 3 orang tu.. Dah ke usia 30 an dah diorang tu..

Ada lagi sorang kawan aku ni.. dulu dia la yang tade bopren.. diala yang beriya cakap nak kawen paling cepat pun umo 29.. Ha.. kan dah langkah bendul.. Kakak hang tak kawen lagi, bulan 6 ni hang nak kawen da.. Tapi tak apela.. benda baik tak elok ditangguh-tangguh kan..

Meh le terjah pixa pixa mereka-mereka nih.. (sambil menongkat dagu.. bilelah turn aku ni..)

Wedding Fairos last year


Wedding Aini in 2008


Wedding Amal also in 2008


Wedding Ef.. 14 February 2010..

ME??
I oso dunno laa..
Juz wait n see laa..

P/S : Next month ada 4 wedding menanti!!

Monday, February 22, 2010

Destinasi #2 : Tanamera Paintball Resort - Its a PAIN..ball!

Macam yg aku bebelkan dalam entry ni hari tu.. akhirnya semalam aku pergi jugak ke TANAMERA untuk GREAT TEAMBUILDING 2: CORPORATE WAR. Walaupun banyak halangan yang membuatkan aku merasa serba salah untuk pergi, tapi akhirnya aku tetap pergi jugak setelah dipujuk oleh Lin dan Wewez..

Pagi Sabtu tu, awal pagi lagi aku dah bersiap sebab Wewez dah janji nak pick up aku pukul 6.40 pagi. Tunggu punya tunggu, pukul 7pagi Wewez meseg aku bagitau lagi 10 minit lagi dia sampai, sabar je la aku. Lebih kurang 10 minit, mamat tu pun sampai. So, terus la gerak ke Cyberjaya. Taknak la kan tertinggal bas sebab kalau ikut tentatif, pukul 7 gerak dari Cyber.

Sampai-sampai Cyber, walaweii.. baru berapa kerat je sampai. Hampeh tol. Tau tak we all gerak kol berapa? 8.20 pagi hokey! Menunggu dekat sejam sejam lebey tu weii!! Da la lapar gile.. tau breakfast dulu kat mamak pun sempat. Naseb baek Sungai Buloh tu tak la jauh. Pukul 9pagi kiteorang sampaila..

Sampai-sampai je, terus breakfast.. perut pun dah berkeroncong ni wehh.. so makanla dengan penuh lahap. After school breakfast jer, briefing pasal PAINTBALL ni by DEAN. Tentang marker (senapang), bullet (bola), mask, vest serta rules and regulations. Bila dengar je tentang excident-excident yang might be happen ketika maen paintball ni, naek takot lak dibuatnya..

FYI, pada mulanya group we all tak cukup orang. 4 orang cancel last minute. So tinggalla aku, Lin, Sofia, Sheraz, Wewez dan Jaja. Walaupun less 4 person, akhirnya kiteorang dapat penambahan lagi 4 orang yang tak cukup ahli jugak iaitu Shida, Faizal, Boy dan Aini. Lengkapla sudah group BASMINI NO.6 kiteorang.

Meh nengok pixa pixa di bawah...

sebelum

selepas

Haha.. tak kenal langsung sape lepas tutup muka dengan mask. So macam mana nak tau mana team kiteorang? Haha.. kenal dengan baju je la.. tapi.. tu la.. mostly semua baju lebih kurang je kot.. Tapi tak silam team member pun.. hokeyla tu kan??

Yang nak cerita kat sini adalah keseronokkan bermain paintball tu.. seronok kan tembak-tembak orang ni kan? Mula-mula tu we all lawan kat ladang getah (tak ingat dorang call apa nama game tuh..). Tapi game dia ni kena rebut flag and then pacakkan flag kat territory lawan. 1st game we all menang eventhough aku dah kena kill awal-awal lagi. Bukan apa, aku takut gila time tu. Second game, dah ada rasa confident dah. Tapi team we all kalah sebab kena serang hendap. Sedey gile. Semua kena killed lak tuh! Woi! Korang camp eyh!!

Third game lak tukar tempat. Kali ni dalam jungle. Real weh. Rules pulak tade flag-flah dah.. kali ni last man standing. Survival beb.. RUN FOR UR LIFE!! BERJUANG UNTUK HIDUP!! Memang we all berjuang habis-habisan la. Siap strategi lagi.. Memang tak nampak apa la dalam hutan tu. Tembak-tembak pun kena pokok jer. Pokok banyak giler. Tapi memang best la..

Dekat-dekat nak time out tu tetiba bahagian aku kena serang..aku apa lagi, tembak habis-habisan si penceroboh tu. Tapi tak mati-mati lak. Sampai time out. Da time out baru perasan kaki aku kena tembak, baru terasa sakit. Tapi team kiteorang menang. Wah, kewl!! Memang tak dijangka sebab team lawan kiteorang ni agak hebat gak.

4th game lak kat Lake. Kali ni aku tak join. Sebab kaki aku dah cramp. Aku duduk je kat tepi. Merehatkan diri. Yang ni pun team we all menang lagi. Haha.. hebatla.. 5th game lawan ngan Marshal lak. Mula-mula tamau join tapi dah nak time out tu aku ganti orang lain. Dapat gakla tembak sedas dua..

Memang letih gile. Tapi seronok jugak.. Nak pergi sendiri mahal. Tapi puas hati sebab we all menang 1st place!!


Gambar with da hamper..

Tapi bila da balik baru sedar ada 4 lebam besar di peha, one at the butt and another one kat lengan, while tangan kanan yang angkat marker sakit!! Huaaaa....

P/S : Sampai sekarang still sakit-sakit.. Malas lak nak gi keje esok..

Friday, February 19, 2010

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA..

For being my strength

When I was weary
And for always being by my side
I finally say this now

Thank you

And because of you
I’m happy
This is for you

Before my tears try
They had to spill that day
You held my hand in the dark
Without a word, you watched over me

Thank you

You must have had a harder time than I did
You must have worried more than I did
Because of you I was able to stand
It’s a thankful heart

There was so much you wanted to give me
You struggled with the fact that you couldn’t
Trust me, grab my hand
If with you
I feel like anything can be done, forever

Before my tears try
They had to spill that day
You held my hand in the dark
Without a word, you watched over me

I won’t have a hard time anymore
Even if times get rough, I have you
Without having to say a word
There’s someone like you who already knows it all

I’m happy


*Lyric translation from Thank You by Super Junior.. * credit to aheeyah.com (translated by Cho)




Khas buat MAK yang menyambut hari ulang tahun yang ke 52 pada 17 Februari lepas..
I LOVEEE U so much MAK!!

Mak, orang mintak maaf kalau sepanjang orang hidup ni banyak menyusahkan mak. Dari kecik sampai ke besar la ni perangai macam tu jugak. Keras kepala, tak nak dengar cakap, degil.. Bila senang, jarang nak ingat kat Mak, last-last bila susah cari Mak jugak..

Mak je yang susah payah nak pujuk bila orang merajuk, bila abah marah, bila gaduh ngan abang-abang, gaduh ngan adik-adik..

Masakan mak je yang paling sedap.. walaupun orang selalu jarang makan kat rumah..sebab tu bila kat rumah orang malas masak, sebab teringin nak rasa masakan mak..

Tiap pagi mak tak pernah letih berleter, sebab anak daranya ni malas bangun pagi-pagi.. Membuta lagi kat bawah selimut.. Selalu mak kata..'Macam mana nak jadi bini orang ni? Masak malas, kemas malas, basuh baju malas..' Tapi orang selalu buat tak dengar. Last-last mak jugak yang buat semua tu walaupun anak dara mak ada 4 orang..

Mak selalu nak ajar anak-anak daranya menjahit. Tapi tak ada seorang pun yang minat. Tinggal si kecik yang memang suka main dengan mesin jahit dari kecik lagi. Walaupun mak letih menjahit, tapi mak tetap buat kerja-kerja rumah jugak..

Mak, kakak tak tahu macam mana nak balas jasa Mak atas semua pengorbanan Mak selama ni..

TERIMA KASIH MAK..
kerana melahirkan..
kerana membesarkan..
kerana memberikan ilmu secukupnya..
kerana memberi kasih sayang..
kerana berkorban jiwa raga..
kerana menyayangi..
kerana memahami..
kerana meyakini..
dan kerana selalu di sisi...

THANK YOU SOOOOO MUCH!!!

Sila Jangan tiru aksi ini!!


Aksi apa agaknya yang dimaksudkan??
Cuba tengok gambar kat atas ni..
Ini adalah aksi mengambil gambar ketika menaiki motor..
Okeh.. tak berenti keh.. Time amek pixa ni kelajuan still 60km/j (err.. slow motion kot nih)
Dan moto dinaiki tiga anak dara sekaligus..
Tanpa helmet lak tu..
Tak sayang diri ker??

*Pesanan ini ditujukan khasnya kepada diri sendiri dan my sistas serta amnya kepada semua masyarakat di dunia alam cakerawala.. (err.. sesape je la yang bace entri nih!!)

P/S : Dah la dorang tu berat.. sampai umah terus je tayar motor pancit!!

Wanita telan 78 sudu dan garfu!!

AMSTERDAM – Seorang wanita Belanda, Margaret Daalman menelan sebanyak 78 sudu dan garpu kerana dia tidak dapat mengawal diri daripada memakannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia pergi ke sebuah hospital selepas mengadu perutnya sakit dan doktor yang membuat pemeriksaan X-ray berasa terkejut melihat banyak sudu dan garpu dalam perutnya.


Wanita yang berumur 52 tahun itu kemudian dibedah dan semua sudu serta garpu tersebut telah dikeluarkan.

Namun, kejadian itu berlaku 30 tahun lalu dan gambar sudu dan garpu tersebut disiarkan buat pertama kali dalam sebuah majalah perubatan Belanda.

Daalman memberitahu doktor: “Saya tidak mengetahui kenapa (saya menelannya) tetapi saya berasa mahu untuk memakannya. Saya tidak dapat membantu diri saya (untuk tidak menelannya).”


pixies sudu garfu yang telah dikeluarkan


imej XRay - yang timbunan kaler putih tu la sudu garfu dalam perut die!!

*credit to Berita Harian
P/S : Macam manela dia leh telan semua tu.. bukan kunyah.. telan!!

Kenapa orang Melayu makan guna tangan??

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.


Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya “Chersonese – The Guilding Off” oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya……… !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: “Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?”

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:
Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebabsaya sendiri yang membasuhnya –  bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang…. ……… !!

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut….

*credit to berita harian 3rd Dec 2009

P/S : Betul jugakkan?? Betapa tingginya pemikiran Melayu pada zaman dahulu..

Gokusen The Movie!! Omo!! Finally the Eng Sub is out!!


Gonna watch tis movie later..
time to sleep now..
Lama da tunggu movie ni keluar..
Fave drama all the time dari Season 1 hingga Season 3..
Tapi frust jugakla Matsu Jun tade kat Gokusen The Movie ni..
huk..huk..


Mamat yang menjadi pojaan kakiku hatiku

P/S : Sebelum tido nak basuh hati kaki dulu..

The 69th Entry!! 'The World's Greatest Driving Road!!'

Jom tengok apa yang telah mereka ciptakan di gurun ...




Apa ni?? Macam ular kan?? Ni la Jebel Hafeet Mountain Road..

Jebel Hafeet Mountain Road ni terletak di Emiriah Arab Bersatu (UEA) yang merupakan jalan memandu kereta terbesar di dunia. Panjangnya 7.3 kilometer dengan jarak ketinggian mendaki hampir 4,000 kaki, termasuk 60 selekoh (wiki 21 jer) dan 3 lane.

Dah try google tapi tak jumpa lak history Road nih..
 








Credit to Incik Goodle and YahooGroups!!

P/S : Tak sangka kat gurun pun ada jalan sehebat nih.. 

Thursday, February 18, 2010

Paintball !! VS Bom busuk??


Jom! Saturday ni nak gi maen paintball kat Tanamera Paintball Park, Sg. Buloh..

Sape mau ikot? Sila angkat kaki… Huh.. kaki siapa yang berbau nih??
Maaflah ye.. kuota dah penuh.. kalau nak join gak kite gi lenkali eh?

Sebenarnya tak pernah pon maen painball paintball. sebab tu teruja lebih sket..
Eleh.. korang tak yah nak berlagak dengan aku..
Mentang-mentangla aku baru 1st time nak maen.. nak tunjuk terrer lak..
Taula aku ni 1st timer.. entah cane la nak pegang paintball marker tuh..

Eleh.. aku pun boleh nak berlagak gak..
Haa.. korang pernah maen bom busuk tak?
Pernah? Pernah?
Tak kan..
Aku pernah.. (Huhu.. dengan muka penuh berlagak + poyo nak mampuss!!)


Apa bom busuk tu?
Ala.. bom la.. yang bau busuk.. ape daa.. itu pun tak tau ker?
Sini meh berkumpul reramai..
Ini rahasia.. nanti dorang ingat aku ni ajar pengganas buat bom pulak..

Ala.. bom busuk ni simple jer..
Bahan-bahan yang korang perlu ada cuma plastic transparent, air lebihan soya kisar yang dibiarkan semalaman dan gelang getah..
Haa.. tak banyak bahan pun.. nak carik pun takla susah..

Cara-cara nak buatnye pulak..
Mula-mula.. cedok lebih kurang secawan air lebihan soya, kemudian masukkan di dalam plastic..
Kemudian ikat menggunakan getah ketat-ketat..
Haa. Kan dah siap! Senang kan?? Simple jer..

Nak buat apa bom ni?
Ape lagi.. serang lawan korang la!!
Main baling-baling ke sasaran gitu!

Mase mula-mula kenal bom busuk ni pun kat kampus dulu time join Kem Perpaduan.
Kalau kena memang habis busuk la seminggu!!
Siap mandi bunga lagi tuh nak hilangkan bau..
Memang busuk sebusuk-busuknyer..

Tapi kan kalu korang nak lagi busuk + mudah, korang guna je telur busuk..
Kelasss gitu bau busuk dier tuh!

Haha.. tapela.. aku puas dah terkena mende-mende tuh..
Kali ni nak rasa pulak penangan Paintball!
Jadi berkaler-kaler macam rainbow tak aku nanti..
Ke menangis goleng-goleng sebab sakit kena tembak..hehe..
Tunggu…

P/S : Harap-harap team kiteorang akan menang nanti walaupun semua tak pernah main paintball nih.. huhu..

Taktahunakbagitajukhapesajenakkorangsakitpalehahahihihuhu

Mode : Stress

Loc : O piss off!!

Kat opis.. stress sangat-sangat..
Post entri jap masa supervisor kua tak tau kemana..
bukan banyak keje pon..
Cume semua nak cepat..
Aku sampai tak tau nak buat yang mana satu dulu..
Benda simple jer.. tapi dah berapa kali tertunda..
Aku pulak naek sakit hati..
Mana taknya.. aku yang organize meeting tuh.. tapi kena ikut schedule orang lain..
Haish.. sabar je la Maziah..
Sebulan lebey jer lagi..

Yela.. sebulan-sebulan gak tapi nak cari pengganti keje tu tak dapat-dapat lagi..
Tak tahula..
Aku yg memilih kerja ke company yang memilih pekerja??

Adess.. sakit kepala piker pasal kerja and nak cari kerja..
Cepatla kul 12.. tak sabar nak kua lunch..

P/S : Penat dah gi interview..(ceh, baru 2 kali..)


Wednesday, February 17, 2010

Keletah si Kembar!!



Cuba tengok pix atas ni.. sama kan?

Cuba teka mana Angah mana Adik?
Haha.. aku sendiri tak tau yang mana..
Yang aku tau si Angah tu kakak.. si Adik tu adikla..
Hehe.. memang pun kan??

Diorang ni anak sedara pakcik aku belah isteri dia.. (belah utara.. kiteorang belah jawa..)
Aku pun tak sure umo depa ni berapa..
Bile aku tanya jer..
Ni kak ngah ke adik?
‘Kak ngah..’
Nama betul kak ngah sape?
‘Kak ngah..’ sambil tersengih-sengih..
Umo kak ngah berapa?
Kak Ngah tersengih-sengih pastu bangun dari riba aku gi cari si Adik.
Huh, asal aku tanya umo je lari.. rahsia sangat ker??
Tapi aku agak-agak maybe 4 ke 5 tahun kot..

Tengoklah keletah si kembar ni.. saling sayang menyayang sungguh!!


MMuah!! Cayang Adik!! Itu kot yang Angah cakap..




Abaikan budak mengantuk kat belakang tuh..



Yang belakang si kembar tuh kakak dorang, Izati

Dengan my kazen aka dorang nyer kazen gak.. time ni my kazennye engagement

ish.. aksi ape nih??

Tapi bila buat penyelidikan betul-betul..
Time diorang senyum nampak lain sikit rupe..
Si kak ngah nampak tembam sikit dari adik..
Senyum pun lebar sket..
Adik ni plak nampak cengkung sket and cepat nangis..
Yang selalu cari mama si adik nilah..
Manja..

Ingat masa adik aku Tqah tak lahir lagi..
Time tu jiran aku dapat anak kembar perempuan..
Hari-hari aku datang rumah jiran aku nih..
Punyela nak sangat adik time tuh..

Tapi.. bile adik aku dah lahir..
Huh! Sebelah mata pun aku tak pandang..
Siap aku tanya mak aku lagi..
Ni adik sapa ni mak??
Yela.. adik aku ni lahir kat rumah..
Aku balik dari tadika je tetiba dah ada..
Manela aku tak pelik.. sebab tak pernah nampak..

Tapi sampai adik aku dah besar..
Aku still lagi sayang kat si Kembar tuh..
Kembar tu pun tua setahun je dari adik aku..
Mimah dan Mizah..
Hehe.. kecik ati pulak si Tqah ni dengar..

Tapi tu dulu la..
Mase kecik dolu dolu..
Sekarang da besar, sume adik-adik aku, aku sayang...

P/S : Kalau tak dapat adik kembar, nak anak kembar.. huhu.. berangan pulak.. kawen pon belom..



Tuesday, February 16, 2010

Bila Piah Kata Tak Tahu.


Hari tu macam biasa kiteorang lepak kat café untuk lunch..
Aku, Piah, En K, En I, En D dan En S *semua bukan nama sebenar
Encik KIDS berempat ni sedang berborak, biasala lelaki..
Itulah yang diorang borakkan pasal s*** walaupun aku tau diorang memang bergurau cara macam tu..
Dahla tu.. depan aku dengan Piah pulak tu!
Tau la kiteorang ni tak kisah tapi kadang-kadang tu silalah hormati wanita keh!!
Sila jangan buat aku dengan Piah macam kawan-kawan lelaki korang untuk share menda-menda camtuh!!

Berapa kali aku tegur si D bagitau jangan rosakkan si Piah ni..
Dia ni naïf tersangat-sangat..
Dari awal kiteorang kenal memang dia ni bagaikan kain putih bersih..
Si D pulak jenis tak makan saman..
Dia sebuk bercerita dengan K,S dan I tentang 'adik-adik' ...

Aku ni malas nak mendengar, buat bodoh je la..
Sambil makan nasi walaupun aku terasa nak muntah mendengar terdengar cerita rekaan diorang tuh..
Tengah-tengah cerita ni si Piah buat muka blur sambil khusyuk dengar cerita diorang..
D pun tanyalah kat si Piah ni..
‘Piah ko tau ke apa kiteorang borakkan ni?’
‘Eh tau.. korang ingat aku ni bengap sangat ke??’ beriya-iya si Piah ni bagitau dengan muka yang confident..
Diorang gelak jer dengar Piah cakap camtuh..

Abis je lunch, masukla opis balik..
Tetiba aku dapat sms dari si Piah..
‘Mas, aku nak g solat ni.. tapi dari tadi aku tertanya-tanya satu perkara.. nanti takut aku tak khusyuk lak..’ lebih kurang macam tu la mesej si Piah ni..
‘Apa benda? Tanyala..’
‘Err..’adik’ tu apa??’ Haha.. hamper je aku gelak berguling-guling dalam opis. Piah oh Piah.. mati-mati aku ingat ko paham rupanya itu pun ko tak tahu..

Aku pun jelaskan la kat budak seorang tuh..
‘Piah..’adik’ tu maknanya *** lelaki..’
‘Oh ye ke.. baru aku tau..’

Kadang-kadang memang kelakar si Piah ni. Dia selalu tafsirkan benda lain apa yang orang lain cakap..

P/S : Piah ni Cuma muda 2 tahun je dari aku.. selalu tak paham orang dewasa cakap apa.. sebab dia ni macam budak-budak


Saturday, February 13, 2010

Balik kampung!!

Lepas ni aku nak mandi..
And then siap-siap nak balik..
Taknak la balik tengahhari sangat..
nanti panas..

Patut balik petang semalam lagi..
Tapi hujan pulak..
Dahla aku ngah ting tong semalam..
kan bahaya..

Sekarang ni tengah buat stock entri banyak-banyak..
Yela.. maybe tak dapat nak online kat kampung..
Kalau rajin g mcD bolehla nak online..
hehe..

P/S : K arr.. nak mandi dulu.. bau da macam kambing dah..