Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Saturday, February 13, 2010

Bila TQAH nak makan HARIMAU..


'Adik!! Kakak ada bawa buku cerita baru!' Jiah yang baru berusia 8 tahun baru pulang dari sekolah mendekati adik kecilnya yang berusia 3 tahun, Tqah.

Tqah yang menantikan kepulangan kakaknya itu tersenyum gembira melihat si kakak yang baru pulang.

'Jom, kakak bacakan cerita..' Jiah mengeluarkan sebuah buku bewarna dari beg sekolahnya.

'Tatak.. nak.. nak..' Tqah yang pelat meminta buku yang bewarna warni itu.

'Jap.. kakak baca dulu..' Jiah membuka buku tersebut dan berkongsi melihat gambar dengan si kecil. Buku cerita tersebut mengisahkan tentang sang harimau dan tali pinggang Raja.

Jiah lancar membaca satu demi satu ayat di dalam buku sambil menunjukkan gambar-gambar bewarna kepada Tqah. Habis sahaja Jiah membaca, Tqah menarik buku tersebut.

'Adik! Koyak nanti! Ni buku pinjam!' marah Jiah.

Tqah tidak mempedulikan kata-kata kakaknya. Dibukanya helaian demi helaian muka surat.

'Tatak.. ni ape?' tunjuk Tqah pada satu gambar.

'Tu harimau la dik..'

'Limau..'

'Harimau..'

'Limau..'

'Harimau la dik..'

'Alimau..' si Tqah tetap dengan pelatnya. Jiah menggelengkan kepala.

'Dah dah.. kakak nak simpan, esok kakak nak pulang..' Jiah cuba mengambil buku tersebut dari Tqah. Tqah memegang buku itu erat-erat.

'Adik.. kakak nak simpan la.. jangan tarik.. nanti koyak..' marah Jiah

'Nanak.. nak limau.. nak limau..'si Tqah menjerit-jerit sambil menarik buku itu dari kakaknya.

'Mak!! Tengok Tqah ni mak.. dia tarik buku kakak!!' Teriak Jiah memanggil ibu mereka yang sibuk di dapur. Si ibu yang mendengar teriakan anak-anaknya bergegas melihat apa yang berlaku.

'Jiah.. bagi je la adik tu main..' pujuk ibu pada si kakak.

'Mana boleh mak.. tu buku sekolah..' ujar Jiah yang separuh menangis.

'Adik.. bagi kakak ye.. tu buku sekolah.. nanti mak belikan adik buku ye..' pujuk si ibu pada adik pula.

'Nanak.. nak limau.. nak limau..' Tqah masih menarik buku tersebut sambil menagis-nangis.

'Adik nak limau? Mak suruh abang ambik kejap ye... Ijat!! ambikkan limau dalam peti tu!!' si abang berlari-lari membawa sebiji buah limau.

'Ni dik mak bawak limau.. mak kupaskan ye..'

'Nanak nanak.. nak limau! nak limau!' Tqah menjerit-jerit sambil menggelengkan kepala.

'Ni la limau sayang..' pujuk ibu.

'Nanak! nak limau tu.. alimau.. a..limau..' tunjuk Tqah pada buku yang dipegang kakaknya. Si ibu menoleh ke arah si kakak.

'Jiah.. adik nak limau ape?' si ibu tidak mengerti.

'Adik nak harimau kot mak..'ujar si kakak.

'Nak makan limau.. nak makan a..limau.. nak alimau..' Tqah terus menangis sehingga tertidur. Pabila beliau tejaga, beliau akan merengek-rengek meminta harimau lagi.

Sudah puas si ibu dan ayah memujuk, namun si kecil itu tak pernah peduli. Si ibu ada menghulurkan ayam goreng kepada si kecil namun si kecil menolak kerana tahu ianya adalah ayam goreng. Sehinggalah pada esok pagi si ibu menyediakan satu hidangan yang agak berbeza dan dihidangkan kepada si kecil.

'Ni adik.. mak masak harimau.. jom makan..'

'A;limau.. limau.. ' Tqah kegembiraan sambil memakan hidangan dengan lahap tanpa menyedari hidangan itu cumalah daging lembu.Si ibu tersenyum melihat si adik gembira.

Tamat. Tqah dah tak mintak nak makan harimau lagi dah pastu.

P/S : Kisah ni benar ye tuan puan.. err.. sebab tu kot dia ni bijak sikit.. sebab makan harimau.. haha..

No comments:

Post a Comment

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!