Kipas-susah-mati

Google+ Followers

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Monday, February 22, 2010

Destinasi #2 : Tanamera Paintball Resort - Its a PAIN..ball!

Macam yg aku bebelkan dalam entry ni hari tu.. akhirnya semalam aku pergi jugak ke TANAMERA untuk GREAT TEAMBUILDING 2: CORPORATE WAR. Walaupun banyak halangan yang membuatkan aku merasa serba salah untuk pergi, tapi akhirnya aku tetap pergi jugak setelah dipujuk oleh Lin dan Wewez..

Pagi Sabtu tu, awal pagi lagi aku dah bersiap sebab Wewez dah janji nak pick up aku pukul 6.40 pagi. Tunggu punya tunggu, pukul 7pagi Wewez meseg aku bagitau lagi 10 minit lagi dia sampai, sabar je la aku. Lebih kurang 10 minit, mamat tu pun sampai. So, terus la gerak ke Cyberjaya. Taknak la kan tertinggal bas sebab kalau ikut tentatif, pukul 7 gerak dari Cyber.

Sampai-sampai Cyber, walaweii.. baru berapa kerat je sampai. Hampeh tol. Tau tak we all gerak kol berapa? 8.20 pagi hokey! Menunggu dekat sejam sejam lebey tu weii!! Da la lapar gile.. tau breakfast dulu kat mamak pun sempat. Naseb baek Sungai Buloh tu tak la jauh. Pukul 9pagi kiteorang sampaila..

Sampai-sampai je, terus breakfast.. perut pun dah berkeroncong ni wehh.. so makanla dengan penuh lahap. After school breakfast jer, briefing pasal PAINTBALL ni by DEAN. Tentang marker (senapang), bullet (bola), mask, vest serta rules and regulations. Bila dengar je tentang excident-excident yang might be happen ketika maen paintball ni, naek takot lak dibuatnya..

FYI, pada mulanya group we all tak cukup orang. 4 orang cancel last minute. So tinggalla aku, Lin, Sofia, Sheraz, Wewez dan Jaja. Walaupun less 4 person, akhirnya kiteorang dapat penambahan lagi 4 orang yang tak cukup ahli jugak iaitu Shida, Faizal, Boy dan Aini. Lengkapla sudah group BASMINI NO.6 kiteorang.

Meh nengok pixa pixa di bawah...

sebelum

selepas

Haha.. tak kenal langsung sape lepas tutup muka dengan mask. So macam mana nak tau mana team kiteorang? Haha.. kenal dengan baju je la.. tapi.. tu la.. mostly semua baju lebih kurang je kot.. Tapi tak silam team member pun.. hokeyla tu kan??

Yang nak cerita kat sini adalah keseronokkan bermain paintball tu.. seronok kan tembak-tembak orang ni kan? Mula-mula tu we all lawan kat ladang getah (tak ingat dorang call apa nama game tuh..). Tapi game dia ni kena rebut flag and then pacakkan flag kat territory lawan. 1st game we all menang eventhough aku dah kena kill awal-awal lagi. Bukan apa, aku takut gila time tu. Second game, dah ada rasa confident dah. Tapi team we all kalah sebab kena serang hendap. Sedey gile. Semua kena killed lak tuh! Woi! Korang camp eyh!!

Third game lak tukar tempat. Kali ni dalam jungle. Real weh. Rules pulak tade flag-flah dah.. kali ni last man standing. Survival beb.. RUN FOR UR LIFE!! BERJUANG UNTUK HIDUP!! Memang we all berjuang habis-habisan la. Siap strategi lagi.. Memang tak nampak apa la dalam hutan tu. Tembak-tembak pun kena pokok jer. Pokok banyak giler. Tapi memang best la..

Dekat-dekat nak time out tu tetiba bahagian aku kena serang..aku apa lagi, tembak habis-habisan si penceroboh tu. Tapi tak mati-mati lak. Sampai time out. Da time out baru perasan kaki aku kena tembak, baru terasa sakit. Tapi team kiteorang menang. Wah, kewl!! Memang tak dijangka sebab team lawan kiteorang ni agak hebat gak.

4th game lak kat Lake. Kali ni aku tak join. Sebab kaki aku dah cramp. Aku duduk je kat tepi. Merehatkan diri. Yang ni pun team we all menang lagi. Haha.. hebatla.. 5th game lawan ngan Marshal lak. Mula-mula tamau join tapi dah nak time out tu aku ganti orang lain. Dapat gakla tembak sedas dua..

Memang letih gile. Tapi seronok jugak.. Nak pergi sendiri mahal. Tapi puas hati sebab we all menang 1st place!!


Gambar with da hamper..

Tapi bila da balik baru sedar ada 4 lebam besar di peha, one at the butt and another one kat lengan, while tangan kanan yang angkat marker sakit!! Huaaaa....

P/S : Sampai sekarang still sakit-sakit.. Malas lak nak gi keje esok..

4 comments:

  1. best pe paintball! nak jugak dimaen dkt sunway hrtuh





    www.fitridzulkifli.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas informasi menarik

    ReplyDelete

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!