Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Saturday, February 13, 2010

Kenapa kite tak macam dulu??


Bila aku ingat balik kemesraan kita dulu, aku terasa sedih..
Bila ingatkan bagaimana hubungan kita jadi begitu, aku sakit hati..
Bila aku tatap gambar-gambar lama kita bersama, aku tersenyum sendiri..
Baru aku sedar, semua gambar-gambar tu adalah sebelum kejadian itu berlaku..
Kejadian yang memusnahkan hubungan persahabatan kita.. yang kau buang begitu sahaja..
Seolah-olah keikhlasanku itu bagaikan sampah yang mengganggu hidupmu..

30 Julai 2002..
Memang aku tak pernah lupakan tarikh itu.
Hingga saat ini, walaupun setelah 8 tahun berlalu..
Kenapa? Kerana aku masih mengharapkan perhubungan kita boleh diperbaiki semula..
Kerana aku sangat sayang kawan-kawanku termasuklah kau..

Hari itu, pada waktu itu masa matapelajaran Bahasa Melayu..
Aku sedang sibuk menyalin nota, kau pula yang gemar melukis melakar-lakar sesuatu pada kertas..
Bila kau habis melakar, kau tunjukkan aku lukisan yang kau lukis sambil tergelak..
Kau lukis kartun yang menggambarkan situasi di sebuah klinik..
Kau sebagai nurse, manakala kami semua sebagai ibu mengandung..
Aku tidak kisah melihat gambaran itu kerana aku tahu kau hanya bergurau..

Ketika kau menyalin nota dari bukuku, aku mengambil sekeping keratan gambar Danny X-Factor dari bawah mejamu..
Ya.. Danny X-Factor yang sangat kau puja itu..
Aku ingin bergurau denganmu dengan sengaja melakarkan janggut dan misai pada keratan itu..
Tiba-tiba kau menjadi sangat marah..
Aku meminta maaf dengan memadam semula lakaran itu..
Namun kau masih tidak mahu bercakap denganku sehinggalah waktu pulang sekolah..
Walaupun setelah berkali-kali ku mengungkapkan kata maaf dan aku tiada niat buruk..

Pada malam itu.. aku yang berasa serba salah cuba menelefonmu..
Kau masih menjawab dan aku sangkakan kau telah memaafkanku walaupun selepas beberapa patah perkataan kau kata kau amat mengantuk dan ingin tidur.. sedangkan jam baru sahaja pukul 9 malam..
Aku yang tidak bersangka buruk pun menamatkan panggilan..

Keesokkan paginya, aku masih cuba bercakap denganmu..
Namun kau buat aku macam tunggul.. kau cuma bercakap dengan raka-rakan kita yang lain sahaja..
Tiba-tiba Shikin memulakan cerita tentang drama jam 9 malam itu..
Dan kau beriya-iya menyatakan drama itu amat seronok.. betapa sakitnya hati aku.. rupanya kau memang tidak mahu bercakap denganku malam itu..


Hari berlalu.. walaupun kita duduk bersebelahan, namun kita tidak pernah berbual..
Malahan jika dahulu kau selalu meminta tunjuk ajarku, kini kau sanggup pergi ke meja Shikin dihadapan semata-mata tidak mahu bercakap denganku..
Kau tahukah betapa sakitnya hatiku??

Sehinggalah pada suatu hari sebelum ujian percubaan SPM, Maya berborak denganku tentang hubungan aku dan engkau..
Malah Maya juga berasa serba salah tentang kita berdua memandangkan kita sama-sama kawan kepada dia..
Maya telah memberitahuku kenapa kau tidak mahu memaafkanku..
Kerana ego.. kau kata kau pun ada maruah.. takkan nak maafkan aku begitu sahaja..

Maruah kau kata? Apakah dengan memaafkan seseorang maruah itu boleh jatuh?
Adakah kau tidak fikir mana pergi maruah aku yang merayu-rayu kemaafan darimu??
Semuanya kerana sekeping keratan gambar Danny X-Factor..
Dan kau lupa.. keratan itu juga aku yang berikan padamu..
Adakah gambar itu lebih penting dari persahabatan kita??
Sekarang baru aku tahu nilai persahabatan bagi dirimu..
Adakah kau tahu betapa tertekannya aku memikirkan hubungan kita?
Sehingga menjejaskan pelajaranku..
Sehingga aku terpaksa meminta pertolongan guru kaunselor..

Ya.. kau takkan pernah tahu..
Kerana kau ego..

Setahun selepas itu, aku cuba untuk berhubungan denganmu melalui henfon..
Kerana kusangkakan mungkin kau telah melupai cerita lama..
Aku menghantar sms padamu.. lantas kau segera membuat panggilan kerana tidak mengenali nombor telefonku..
Bila aku menyatakan itu adalah aku..
Kau menyatakan kau amat sibuk dan harus meletakkan telefon..
Bila aku menghantar sms semula, sms ku tidak pernah  berbalas..

Sampai kini aku telah berusaha untuk memulihkan kembali hubungan kita..
Namun kau masih begitu..
Apalah salahku...

Regards,
Maziah Saroni

P/S : Ini cerita aku masa Tingkatan 5 dahulu.. aku betul-betul harap kami dapat berkawan semula..

3 comments:

  1. sedih plak aku baca cite ni...
    bnyk sabar yer...ni menulis dri lubuk hati...kesan terus ke hati gak..huhu

    ReplyDelete
  2. ak faham...
    sekarang pn ak sedang ada masalah ngan roomate aku nih.
    Pening kpala aku. Sepatah pun xnak ckp. Dah 2 mlm dia tak balik bilik.
    Dia dah benci tengk muka ak kot agaknya..
    Aku x fham le ngan org yg terasa skit, dah xmau cakap setahun.hu..
    Tak aku tahu nak handle org ni cmne

    ReplyDelete
  3. sabarla jieha..
    Aku pun dah lali dah dengan org perangai mcm ni..
    Dia je betul..
    semua orang salah..

    ReplyDelete

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!