Kipas-susah-mati

Google+ Followers

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Wednesday, February 10, 2010

Osteoarthristis? Apa tu? Makanan ker??

Haish.. kalau pasal makanan laju jer.. Tapi mahap yer kengkawan sekalian. Ini bukan makanan, mahupun minuman. Juga bukan tempat pelancongan ataupun nama tokoh terkenal. Jauh sekali la kan nama artis atau tajuk lagu.

Tapi OA ataupun radang sendi @ radang tulang rawan ni adalah sejenis penyakit yang biasanya menyerang golongan obes dan warga tua. Jadi apa kaitannya dengan aku? Kaitannya adalah aku ni tergolong sebagai salah seorang dari pesakit ni..

Yang aku nak tekankan disini ialah adakah aku Obes? Ataupun warga tua?

Maaflah yer.. Dua-dua pun bukan. Berat aku 49kg je kot (Err.. tu berat bulan 12 ari tu..last timbang.. huhu..). Tinggi pun dalam 157cm.. Takla rendah sgt kot. Jadi kalau kira-kira, BMI aku = 19.88 = normal. Jadi aku bukanla seorang yang obes.

Kalau nak kata aku warga tua lak, lagila tak logic. Umo aku belum pun cecah 25.. huhu.. sedey tau.. aku muda lagi..

Jadi bagaimana aku leh tergolong dalam penyakit nih?

Aku pun takla sure sangat. Tapi aku ada terbaca portal myhealth, sila klik sini tentang masalah Osteoarthritis ni di kalangan orang muda..



Aku ada tanda-tanda seperti di atas jugakla.. Nampak macam sakit biasa. Tapi beware! Sesape ada tanda-tanda macam penyakit ni, silalah jaga kesihatan. Macam tuan empunya badan ni la.. tak sedar-sedar diri betul.. Cik Maziah, sila lah banyakkan bersenam dan jaga pemakanan yer.. Jangan asyik duk melangut depan tv or laptop..
Beberapa tips :


* Lakukan gerak badan secara teratur selama 30 minit sehari, 3 kali seminggu.
* Jaga berat badan ideal, kerana jika terlalu gemuk dapat meningkatkan risiko terkena arthritis.
* Jika anda mengalami gejala arthritis, segera hubungi dokteor dan jalani rawatan awal.
* Hindari aktviti yang dapat membuat tulang cedera dan berhati-hati ketika sedang melakukan kegiatan olahraga.

Artikel ni pulak macam serius jer..



Artikel ni tentang reumatik yang juga merupakan penyakit sendi..

Sapa-sapa rasa macam sakit-sakit tu jumpalah doktor segera ye! Nanti jadi macam aku susah. Nak keje pun payah. Dahla aku masuk pukul 7 pagi. Lagi kerapla sakit tu datang. Kata pun serang pagi-pagi..
P/S : Sila jaga kesihatan anda semua..

No comments:

Post a Comment

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!