Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Tuesday, February 2, 2010

Penyakit Aneh?? Atau Penghidap sakit yang aneh??

FYI, aku nak bagitau korang semua la yang aku ni ada sejenis penyakit yang agak ganjil dimana tulang rusuk aku ni tak centre (bukan otak ye yang tak centre..). Banyak hospital dan klinik jugakla aku dah pergi (er.. 1 hospital & 3 klinik jer kot..), tanya pasal keadaan aku ni..

Pada mulanya mana yang check keadaan tulang rusuk aku ni, pasti akan terkejut dan kata ini abnormal. Malah beriya-iya suruh aku buat xray dan sebagainya. Tapi kalu yang tak check mesti buat muka poyo dan konon2 tau sakit aku ni sakit apa. Tapi tu la, yang peliknya bila aku buat xray, tade pape pulak. Bila buat thyroid test pun negative. Jadi aku pun tak tau apa sebenarnya sakit aku yang mencucuk cucuk nih.

Mula-mula 1st check up, doc akan tanya.. awak sakit apa?
Aku pun cakapla.. sakit dada doc..
Doc tu akan buat-buat interested and then tanya .. sakit yang macam mana tu?
Aku pun senaraikanlah… seperti di bawah..

1. Tulang rusuk tak centre ( sebelah kiri tinggi, sebelah kanan seolah-olah agak tenggelam..)
2. Sakit mencucuk-cucuk macam ditusuk sembilu (wahaha.. macam pernah rasa je kena tusuk sembilu camner)
3. Sometimes rasa nervousness yang amat sangat sampai badan menggigil (mengalahkan nak gi audition untuk American Idol..)
4. Rasa macam susah nak bernafas.. selalu termengah walaupun cuma duduk sahaja dan terpaksa bernafas guna mulut (nasib baik bukan guna insang kan.. kalau tak mau aku disumpah jadi ikan kaloi..)
5. Sakit tak hingat masa dan waktu dan tempat. Adakala time duduk, time baring, time makan, time tengok tv, malah melabur pun boleh sakit..

Dan bla.. bla.. bla.. (malas tulis sebenarnya.. banyak sangat..)

Antara reaksi-reaksi doc-doc yang penah aku jumpa..

>> Awak muda lagi.. tak mungkin sakit jantung..
>> Awak ada lelah ke @ asma tak?
>> Mungkin juga kekurangan kalsium atau terlebih kalsium..
>> Saya takut ada pertambahan tulang jer

Setakat dari Disember lepas sehingga Januari lepas.. aku da buat ujian darah dengan xray kat hospital awam nih.. tapi doc kate okay jer.

Cek thyroid aku dapat 1.73 jer.. Sikit kan? Tapi elokla sikit. Kalau lebih 2.0 tu berisiko nak menghidap thyroid.

Cek Xray pun doc kata tak ada apa yang pelik or aneh. Kiranya normal la. Tapi kenapa aku masih rasa sakit??

Last-last doc tu dah malas nak cakap apa. Dia bagi aku perskripsi suruh aku amik kat farmasi jer. Tau tak dia bagi apa? Dia bagi Magnesium Trisilicate (ni ubat gastric yer..) dengan Mefenamic Acid (ni aku tak tau apa.. tapi kalau tak silap antibiotic..)

Sabo jela aku!!

P/S : Sori.. kali ni tade pixies sebab memang tade pixies nak diletak… takkan nak letak pixies dada aku yang sakit kot? Uish! SENSORED!!

No comments:

Post a Comment

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!