Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Tuesday, March 30, 2010

Lambatnyer Uang Mau Masuk!!

Dah 29hb March.. eh.. dah menginjak ke 30hb March..
Elaun still tak masuk lagi + bonus.. pun belum jugak..


Adeh.. gua sudah sengkek sekarang ni..
Cukup-cukup makan jer lagi..
Kasut and accessori untuk dinner takde lagi..
Camne nih??

Kata hari tu nak masuk dah..
Sampai ke hari ni tak masuk-masuk lagi!
Harapnya esok dah masuk dah..
Jangan floating sudah..

Bolehla menyopingkan diri ke Jalan TAR kalau elaun dah masuk!!
Cepat sikit yer Finance Department!!

P/S : Letih baru balik practice dance.. kena buat performance pulak untuk dinner nanti! Mau tido sudah.. Papai you all..

Friday, March 26, 2010

Konvoc!! - yang dah basi setahun lepas..

Malas nak review panjang-panjang. You all tengok je la pixa pixa nih eh?

Location : UUM, Sintok
Date : sekitar 26hb - 28hb March 2010















Rindu saat-saat dengan my beshfriends..
Sorang kat Kelate..
Sorang kat Ganu..
Sorang dah ke Manchester..
Sorang lagi kat Perak..
Yang tak ada dalam pix jer dekat sket dengan aku..
Ada kat Putrajaya..
Aku pulak kat Cyberjaya..
Bila la kan berjumpa..

P/S : Miss the oldies dayssss.. wit u all..

Thursday, March 18, 2010

Dress hunting!!

Pening. Pening. Pening.
Still hunting for a dress.
Wanna wear on the dinner.
Tema : Purple @ Pink = must be glamorous

Shela already got her dress.
Sya pun dah tempah awal-awal dah.
Wewez tetap dengan color hitamnya walaupun dah berbillion kali bagitau tema is pink purple.
Sheraz macam aku. Tengah pening nak cari baju. Lagi-lagi bila saiz +++
Sofia pada mulanya nak pakai baju kurung je. Tapi ubah fikiran setelah kena ceramah dengan Syira dan Lin.

Actually aku memang banyak dress color pink, tapi taknak la pakai baju sama.
Semalam hunting online dah dapat purple skirt. Tapi still hunting for another.
Maybe will be hunting @ Mines later.
Kitschen and Niichi!! I must be there!!


Aku dan Mr Luvey in pink

P/S : Nak beli contact lense color violet jugak.. nasib baik kulit tak warnakan purple @ pink jugak.. huhu..

Maybe the last decision is let me go..

Aku tulis entri ni sambil menangis teresak-esak.
Tisu dah dekat sebakul..
aku rasa mata dah bengkak kot..
Air mata.. kenapa lah kau masih nak mengalir??
Please.. stop..

Maybe the last decision..
To let me go..

Mungkin ini yang terbaik untuk kita..

Selamat tinggal

FULL STOP


Sunday, March 14, 2010

ITs SCARED ME!!

Ni aku kenalkan kawan baik aku Cik T..
Cik T pun takut bila dengar cerita aku..

Sepatutnya aku balik pagi tadi lagi.
Kurang sikit kesesakan lalu lintas.
Tapi kesian tengok mak kelam kabut.
Mak nak pergi ziarah orang kampung meninggal.
Lepas tu nak pergi sinoman @ rewang @ tolong masak kenduri kat rumah ketua kampung.
So, aku tolong mak basuh baju yang berlonggok-longgok tu.
Dan masak lunch sekali.

Dalam 11.00 pagi, dah settle semua.
Tapi my neighbour call pulak.
Meluahkan kesedihan yang terpendam dalam hati.
Aku pun cuma boleh mendengar je.
Lebih kurang 1/2 jam jugakla kot bergayut kat pokok telefon.
Terima kasih TELEKOM.

Lepas tu bersiap-siap.
Tapi kesian pulak adik bongsu aku tinggal seorang kat rumah.
Aku pun trunggulah mak @ abah @ abang balik dulu..
At least, adik aku tu tak adalah keseorangan.

Lebih kurang 1 petang, abang aku balik..
Aku pun terusla gerak untuk ke Seri Kembangan..
Menaiki motosikal aku yang sangat berjasa tu..

Awan mendung mula berarak.
Alahai.. macam nak hujan pulak..
Kenderaan banyak pulak tu..
Ni yang aku malas balik petang-petang ni.
Lagi-lagi time banyak kenduri kahwin ni.

Aku pun bawa slow-slow je la.
Tetiba..
Ada sorang lelaki India saing dengan aku
Lebih kurang 40 an usia dia..
Dia cakap something dengan aku..
Tapi aku tak dengar..
Aku ingatka mungkin dia nak bagitahu tayar aku pancit ke..
So aku slowkan sikit..
Dia cakap something lagi siap tengan gestures tangan.
Aku tak paham jugak dan aku start takut.

Terus aku pecut motor aku tu.
Masa tu dahla turun bukit..
Tapi aku redah jugakla sebab takut punya pasal.

Aku jeling side mirror.
Lelaki India tu kejar aku.
Ya Allah.. selamatkanlah hambamu!!
Tengah hari kot ni!
Dia nak apa dengan aku??
Memang aku dah cuak gila.
Takut sangat-sangat.

Aku jeling lagi side mirror.

Kenapa tetiba tak ada motor lain lalu ni.
Aku tak tau nak minta tolong kat siapa.
Makin lama makin dekat lelaki india tu.
Aku dah tawakal je ni.


Lasty lelaki India tu dapat kejar aku
Dia potong aku
Tapi tiba-tiba dia buat tanda 'good'
Aku dah kebingungan.
Terus aku slowkan motor aku dan biar je lelaki India tu kat depan.

Aku harap dia tak tunggu aku pulak kat depan tu.
Kaki aku memang dah menggigil-gigil dah.
Nasib baik aku nampak Encik Polis Trafik kat depan tu.
Terasa selamat sikit.

Sampai aku belok kat trafik light depan tu, memang dah tak nampak lelaki India tu.
Alhamdulillah. Lega rasanya.
Tapi sampai ke sekarang ni aku terasa fobia je nak naik motor.
Haish.. macam mana nak pergi kerja esok ni??

P/S : Ni kali kedua orang kacau aku. First hari tu malam hari kat lebuhraya KLIA.. Tapi memang aku sumpah takkan lalu lebuhraya tu naik moto sorang-sorang dah. Seram!!

Wednesday, March 10, 2010

Korang, meh tolong pilih tema!! Blurr dah ni..

Bukan pasal taman tema..
Ataupun tema pertandingan..
Jauh sekali Pulau Temasik..
Tapi dah hampir-hampir dengan pesta temasya..
Dan juga tema perkahwinan..

Tapi ni bukan nak pilih tema perkahwinan..
Ni nak pilih tema untuk dinner..
Pening kepala nak pilih yang mana!!
Meh aku senaraikan.. korang tolong pilih yer..
Mana yang rasa paling best and meletup la!!

1. Jeans & Tee
2. Checkers & Polkadots
3. Classic
4. 70 outfit
5. Red carpet
6. Heroes
7. Colours ( Black & White, Red, Pink and sewaktu dengannya..)
8. Pajama party
9. Rainy day
10. Rock & Roll
11. Glamorous
12. Traditional
13. Corporate
14. 1Malaysia
15. Songsang (lelaki pakai baju pompuan.. pompuan pakai baju lelaki.. isk, cadangan sape lani..)

Kalau ada cadangan lain pu boleh jugak.. huhu..


Tema dinner my sis : Glitter & Glamorous

Yang ni aku tak ingat tema apa sebab we all main redah je..
Coz tiket free!! hehe.. Tapi kalau tak silap traditional kot..

Tema : Hari Raya!!

P/S : Untuk reunion pulak buat tema Cowboy!! Pening aku..

Keceluparan mulut tak berinsurans.. Maaf sangat-sangat!! Tak sengaja!!


Ni entri nak meminta maaf..
Dari hujung rambut sampai hujung kaki..
Atas keceluparan mulut aku yang tiada insurans ni..
Kepada adik yang aku tidak tahu namanya..
Yang pakai baju sukan sekolah tadika kot yang bewarna kuning..
Kakak minta maaf sangat-sangat..
Kakak betul-betul tak tahu..



Alkisahnya begini..
Tengah hari tadi, aku, Lin dan Faiz pergi ke Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri, Dengkil..
Tujuan kami adalah untuk menghantar wang sumbangan derma yang kami perolehi kepada pihak rumah..
Sampai sahaja disana, suasana senyap sunyi..
Mungkin anak-anak rumah Baiduri belum pulang dari sekolah..

Faiz memberi salam..
Muncul seorang kanak-kanak berusia lebih kurang 5 tahun..
Berbaju sukan bewarna kuning..

'Hai dik..' aku menyapa kanak-kanak tersebut yang sedang membuka kasut sekolahnya.
'Eh.. kenapa tak pernah nampak budak ni ye?' tiba-tiba Faiz bertanya.
'Iyelah.. hari tu pergi Zoo Negara pun tak ada..' sampuk aku pulak.
'Owh, anak Encik Fuad kot..' teka Faiz.
Kami tunggu di depan pintu agak lama. Tapi masih tidak kelihatan Encik Fuad (pengetua) mahupun penjaga-penjaga yang lain. Si kanak-kanak masih bermain di depan pintu.

'Dik.. ayah mana?'kerana menyangkakan kanak-kanak tersebut anak kepada Encik Fuad, aku pun mengutarakan soalan ini.
'Ayah dah meninggal..' memang direct budak tu jawap. Aku terus terkedu. Sesal yang amat sangat kerana bertanyakan soalan tersebut. Faiz dan Lin merenung aku seolah-olah nak makan aku.

Huhu.. sumpah aku tak tahu. Kalau aku tahu memang aku tak tanya. Mati-mati aku sangka budak tu anak Encik Fuad. Rupanya dia juga salah seorang anak di situ.

Maaf sangat-sangat dik Kakak betul betul tak sengaja.

P/S : Mulut aku ni celupar betullah!! apa la perasaan budak tu aku tanya soalan sensitif macam tu!

Tuesday, March 9, 2010

Siapa nak beli hantu? Kini hantu dijual dalam botol..

Woodbury tunjukkan botol yang berisi hantu tuh..
Cam minyak wangi jer..

PENDUDUK New Zealand gempar apabila seorang wanita dari Christchurch, Avie Woodbury menawarkan mahu menjual dua buah botol kecil didakwa mengandungi hantu yang ditangkap di rumahnya pada pertengahan Julai tahun lalu.


Dia membuka bidaan menerusi laman web lelongan tempatan TradeMe yang kini sudah mencecah nilai NZ$2,000 (RM4,661) untuk dua botol itu dan dijangka mampu menghampiri sehingga harga NZ$2,180 (RM5,073) apabila tawaran ditutup esok.

Woodbury dalam laman tersebut berkata, hantu-hantu ditangkap itu dipercayai roh dua orang yang meninggal dunia dan pernah tinggal di rumahnya pada tahun 1920-an serta sering mengganggu kehidupan keluarga wanita itu.

“Saya menggunakan air suci untuk melemahkan hantu terbabit dan memerangkap mereka di dalam botol, namun terpulang kepada bakal pembeli untuk berbuat apa sahaja termasuk jika berani, membebaskan hantu ini,” katanya. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

P/S : Err.. mungkin pengalaman dia masa kena ganggu/tangkap hantu ni boleh la guna untuk join Kisah Paling Seram GengBlogger.com.. huhu

Monday, March 8, 2010

Stress tahap cipan!! Err.. macammana rupa cipan stress ye?

Err.. macam ni ke cipan stress??

Bukan stress apa pun..
Stress dalam pencarian kerja yang begitu adventurous nih..
Lagi-lagi orang-orang yang serba serbi kekurangan macam aku nih..
Err.. ke serba serbi memilih??
Lagila payah nak dapat kerja..

Entahla.. kalau ada rezeki..
Adela.. kalau tak ada nak buat macammana..
Carik jugalah sampai jumpa..
Maybe lewat sikit kot..

Dahla supervisor dah kurang bagi kerja..
Lagila bosan aku jadinya!!

P/S : Untuk hilangkan bosan aku pun buat entri sengal ni!!

Bila Kawan Makan Kawan.. sedap ker makan kawan sendiri nih??

Ni bukan pixa kawan makan kawan
Tapi pixa makan sate!!

Pernah tak terjadi perkara macam tajuk di atas ni?
Korang ada kawan baik.. korang share segalanya.. tapi dia ambik kesempatan..

Tak kisahla atas sebab apa pun..
Tapi mesti ada kan?
Macam api dalam sekam..
Gunting dalam lipatan..
Harapkan pagar, pagar makan padi..

Kebanyakkan yang terjadi dalam hidup aku or insan-insan yang terdekat dengan aku

1. Cinta - Kawan suka lelaki/perempuan yang sama or suka gf/bf kawan sendiri (macam akula.. Lelaki yang aku suka pun kawan aku suka jugak.. last-last aku let him go jer..)
2. Kerja - kawan sabotaj kerja kawan semata-mata untuk dapat penghargaan dan kenaikan pangkat
3. Skool - berpura-pura baik dengan kita, tapi dialah dalang disebalik kenapa kita kena pulau dengan orang lain

Antara sebab-sebab kawan-kawan ni jadi macam ni antaranya :

1. Jealous - Tak boleh tengok orang lain lebih sikit.. Mulalah buat cerita bukan-bukan..
2. Benci - Memang dari mula lagi rasa benci sangat tengok muka kawan tu
3. Pentingkan diri - Semua yang dia buat untuk kepentingan dan nama diri sendiri sahaja.. Lnagsung tak fikir pasal orang lain..

Mungkin ada banyak lagi sebab lain. Tapi janganlah jadi kawan macam tu. Jadi musuh lebih baik. Takla menyakitkan hati orang jer..

P/S : Aku nak bagitau yang daging aku ni tak sedap.. so sangat tak berbaloi kalau nak makan aku..

Sunday, March 7, 2010

ENAM JAHANAM!! Hidup lagi ke diorang semua ni??

Pixa time training ngan Mama Lena..
Time ni Sheraz takde lagi..

Ini bukan ENAM JAHANAM cerita P.RAMLEE tuh..
Tapi GREAT 6 yang JAHANAM.. err..jahanam kerr??
Eh, SORRY SORRY SORRY..
Mengata GREAT sendiri jahanam pulak..
Hehe..

Sepanjang hampir 6 bulan ni..
Banyak yang kita semua lalui bersama..
Dan ada diantara mereka yang dah meninggalkan kiteorang..
Sedih jugak..
But they have their own choice..
So, we let them go..
Eventhough it will be so pain for rest of us..
Isk.. cam AKADEMI FANTASIA pulak rasanya..

5 orang yang dah menari diri..
Ada lagi dua orang yg pixa tak ada kat cni..
So total ada 7 orang..

Senarai nama GREAT ENAM JAHANAM

1. Wewez
2. Ming Ming
3. Shela
4. Lyza
5. D
6. Syazli
7. Aida
8. Hock
9. Sheraz
10. K
11. Maz
12. Nana
13. Sofia
14. Lin
15. Sya
16. Darren
17. Aizat
18. Wanie
19. Faiz
20. Bob
21. Sajeev

* Yang strikethrough tu dah bye bye dengan GREAT 6 dah...

P/S : Dulu mula-mula Hye Hye dengan GREAT 6.. sekarang dah Bye Bye pulak..

Destinasi #3: Zoo Negara - GREAT6 Charity Program with anak Yatim/Miskin Dengkil

Memang best!
Tapi sangat penat..
Budak-budak tu aktif betul..
tak tahu erti penat langsung..
Yang penat we all la..
Lagi-lagi si Ming Ming the itik longkang..
Pukul 11 dah tak larat dah..
Terbongkang kat kerusi depan kandang Kangkong Kongkang..

Tapi aku kecewa jugakla..
Sebab yang dapat join cuma 14 daripada jumlah asal GREAT6 iaitu 23 orang..
Sedih dan sangat kecewa..
Dan sekarang ni dah tolak lagi 3 orang yang sangat aktif..
Termasuk leader kami, Wewez yang sengal..
Entahla.. tak tahu apa akan jadi pada GREAT6 ni..
So pathetic, heptic, sceptic dan plastic..

Anyway congratz to all GREAT6 who are doing their best to realise this charity program!!
Eventhough this is our last month..
but you guys still doing the best!!
Love you all!! mmuaxx!

Lets review pixa from Charity Project jom!!!
















*All pixa credit to Sya

Semoga adik-adik ni gembira melawat Zoo Negara.
Err.. rasanya kakak/abang ni kot yang over exited!!
Hehe..

P/S : Banyak lagi pixa sebenarnya.. yang ni dari kamera Sya jer.. belum dari kamera yang lain-lain..