Kipas-susah-mati

Google+ Followers

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Sunday, March 14, 2010

ITs SCARED ME!!

Ni aku kenalkan kawan baik aku Cik T..
Cik T pun takut bila dengar cerita aku..

Sepatutnya aku balik pagi tadi lagi.
Kurang sikit kesesakan lalu lintas.
Tapi kesian tengok mak kelam kabut.
Mak nak pergi ziarah orang kampung meninggal.
Lepas tu nak pergi sinoman @ rewang @ tolong masak kenduri kat rumah ketua kampung.
So, aku tolong mak basuh baju yang berlonggok-longgok tu.
Dan masak lunch sekali.

Dalam 11.00 pagi, dah settle semua.
Tapi my neighbour call pulak.
Meluahkan kesedihan yang terpendam dalam hati.
Aku pun cuma boleh mendengar je.
Lebih kurang 1/2 jam jugakla kot bergayut kat pokok telefon.
Terima kasih TELEKOM.

Lepas tu bersiap-siap.
Tapi kesian pulak adik bongsu aku tinggal seorang kat rumah.
Aku pun trunggulah mak @ abah @ abang balik dulu..
At least, adik aku tu tak adalah keseorangan.

Lebih kurang 1 petang, abang aku balik..
Aku pun terusla gerak untuk ke Seri Kembangan..
Menaiki motosikal aku yang sangat berjasa tu..

Awan mendung mula berarak.
Alahai.. macam nak hujan pulak..
Kenderaan banyak pulak tu..
Ni yang aku malas balik petang-petang ni.
Lagi-lagi time banyak kenduri kahwin ni.

Aku pun bawa slow-slow je la.
Tetiba..
Ada sorang lelaki India saing dengan aku
Lebih kurang 40 an usia dia..
Dia cakap something dengan aku..
Tapi aku tak dengar..
Aku ingatka mungkin dia nak bagitahu tayar aku pancit ke..
So aku slowkan sikit..
Dia cakap something lagi siap tengan gestures tangan.
Aku tak paham jugak dan aku start takut.

Terus aku pecut motor aku tu.
Masa tu dahla turun bukit..
Tapi aku redah jugakla sebab takut punya pasal.

Aku jeling side mirror.
Lelaki India tu kejar aku.
Ya Allah.. selamatkanlah hambamu!!
Tengah hari kot ni!
Dia nak apa dengan aku??
Memang aku dah cuak gila.
Takut sangat-sangat.

Aku jeling lagi side mirror.

Kenapa tetiba tak ada motor lain lalu ni.
Aku tak tau nak minta tolong kat siapa.
Makin lama makin dekat lelaki india tu.
Aku dah tawakal je ni.


Lasty lelaki India tu dapat kejar aku
Dia potong aku
Tapi tiba-tiba dia buat tanda 'good'
Aku dah kebingungan.
Terus aku slowkan motor aku dan biar je lelaki India tu kat depan.

Aku harap dia tak tunggu aku pulak kat depan tu.
Kaki aku memang dah menggigil-gigil dah.
Nasib baik aku nampak Encik Polis Trafik kat depan tu.
Terasa selamat sikit.

Sampai aku belok kat trafik light depan tu, memang dah tak nampak lelaki India tu.
Alhamdulillah. Lega rasanya.
Tapi sampai ke sekarang ni aku terasa fobia je nak naik motor.
Haish.. macam mana nak pergi kerja esok ni??

P/S : Ni kali kedua orang kacau aku. First hari tu malam hari kat lebuhraya KLIA.. Tapi memang aku sumpah takkan lalu lebuhraya tu naik moto sorang-sorang dah. Seram!!

5 comments:

  1. Hehe...
    i thought ader sebab..
    ^_^
    dia ske tgk sis pecut kot..

    ReplyDelete
  2. lepas ni kena lebih berhati2..dah make sure bwk something yg bole mempertahankan diri..

    ReplyDelete
  3. ainhamzah : maybe kot.. curious jugak tp still menakutkan!! Tak kisahla apa sebabnya..

    Haney : Tu la.. i nak cari spray lada tu lah..

    ReplyDelete
  4. Salam,..

    hati2 mmandu k.kdg2 kite tak buat salah pown org still akan cari salah kite.U should have sumthing with u for protection la dear.bahaya.

    ReplyDelete

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!