Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Tuesday, March 9, 2010

Siapa nak beli hantu? Kini hantu dijual dalam botol..

Woodbury tunjukkan botol yang berisi hantu tuh..
Cam minyak wangi jer..

PENDUDUK New Zealand gempar apabila seorang wanita dari Christchurch, Avie Woodbury menawarkan mahu menjual dua buah botol kecil didakwa mengandungi hantu yang ditangkap di rumahnya pada pertengahan Julai tahun lalu.


Dia membuka bidaan menerusi laman web lelongan tempatan TradeMe yang kini sudah mencecah nilai NZ$2,000 (RM4,661) untuk dua botol itu dan dijangka mampu menghampiri sehingga harga NZ$2,180 (RM5,073) apabila tawaran ditutup esok.

Woodbury dalam laman tersebut berkata, hantu-hantu ditangkap itu dipercayai roh dua orang yang meninggal dunia dan pernah tinggal di rumahnya pada tahun 1920-an serta sering mengganggu kehidupan keluarga wanita itu.

“Saya menggunakan air suci untuk melemahkan hantu terbabit dan memerangkap mereka di dalam botol, namun terpulang kepada bakal pembeli untuk berbuat apa sahaja termasuk jika berani, membebaskan hantu ini,” katanya. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

P/S : Err.. mungkin pengalaman dia masa kena ganggu/tangkap hantu ni boleh la guna untuk join Kisah Paling Seram GengBlogger.com.. huhu

2 comments:

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!