Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Wednesday, April 28, 2010

Ladang Helang ~ tempat BUDAK LELAKI LEMBU berpoya poya ! ~

Korang dah baca entri cubaan bunuh diri tu? Kalau belum baca sila klik sini. Kena baca sebab entri ni ada sangkut paut dengan entri Ladang Helang nih.

Apa sangkut paut dia? Hehe.. kat Ladang Helang tu la aku buat terjunan maut ~ cubaan bunuh diri tu. Apa Ladang Helang ni? Sebenarnya Ladang Helang atau nama sebenarnya Eagle Ranch ni adalah sebuah RESORT yang bertemakan ala-ala COWBOY ~ WILD WILD WEST gitu!

Resort ni terletak kat Port Dickson dan tersangatla banyak aktiviti menarik, tertarik dan kau memang da bomb kat resort ni! Antaranya terjunan maut tu (sorila aku tak ingat apa nama dia), tunggang kuda, archery, cycling, camping, go-kart, paintball, jungle tracking, obstacle dan sebagainya la. Sangat sesuai kalau ada sesapa nak buat team building or aktiviti lasak kat sini. Nak tau lebih lanjut korang klik je la sini.

 Aku tau tempat ni pun sebab buat teambuilding GRAND FINALE REUNION DINNER kat sini. Kalau tak memang tak tau. Hehe, aku ada task nak kena settlekan ni. Korang check it out pixa pixa ni je kay? Nanti kalau free aku update balik ~













Cubaan BUNUH DIRI!!

Cubaan pertama - GAGAL


Cubaan Kedua - Juga GAGAL

Cubaab Ketiga? - Tiada sebab aku adalah penerjun last sekali.
Yang lain semua sudah main bola tampar pantai.

Memang best gile la buat mende nih.
Mula-mula memang takut.
Terketar-ketar kaki aku kat atas tiang yang lebih kurang sejengkal je lebar.
Nak terjun lagi takut.
Jangan pandah bawah - Jangan pandang bawah.
Tapi lepas tu terasa syok pulak.
Tu yang buat lagi sekali tu.

Malangnya gagal mencapai sasaran bola merah tu.
Aiyoo~
Anyway, bak kata trainer congrats sebab berani terjun.
Yang penting confident untuk mencapai bola tu.
Hehe ~ congrats tu all yang mencuba!!

Tuesday, April 27, 2010

BURA-HARA : Blood type harrasment??

Just finished watching a korean muvee ~ My Boyfriend is Type B ~ Best cerita ni, dah lama dah kuar tapi aku ni lembab sikit nak tengok. Time bosan macam ni la baru tercari-cari muvee untuk di layan.



Muvee ni perihal seorang gadis blood type A yang soft-spoken fall in love dengan jejaka blood type B yang dikategorikan sebagai selfish dan jujur. Nak tahu lebih lanjut? Korang layanla sendiri..

Lepas tengok muvee ni, aku pun konon-konon nak tau la personaliti based on blood type ni camne, so aku pun google la.. dapat la info ni dari BellaOnline ~ Culture and Society ~ Japanese Culture Site ~ Personality Traits by Blood Type - A Japanese Concept. Written by Melanie Shintaku.

Menurut Melanie Shintaku, berikut adalah idea asas bagi setiap jenis darah :

Jenis O ~ outgoing dan sangat sosial. Bersifat ingin tahu, baik hati tetapi sangat degil. Sangat inisiatif, walaupun tidak selalu menyelesaikan apa yang mereka mulai. Kreatif dan popular, menjadi perhatian ramai dan confident.

Jenis A ~ tenang, perfectionis, dan cenderung menyimpan dendam. Jenis A adalah paling artistik dalam kumpulan darah. Golongan ini pemalu, teliti, boleh dipercayai, terlalu cemas dan agak sensitif.

Jenis B ~ Strong minded dan goal-oriented. Apabila memulakan sebuah tugas akan diselesaikan sehingga habis dan sebaik mungkin. Agak mementingkan diri sendiri dan tak mempedulikan orang lain. Periang tetapi agak aneh.

Jenis AB ~ adalah split personaliti kumpulan darah. Mereka boleh menjadi keduanya outgoing and shy, confident and timid. Terlalu bertanggungjawab terhadap semua perkara sehinggakan menimbulkan masalah. Mereka boleh dipercayai dan suka menolong orang lain. Sangat misteri, moody dan sukar diramal.

Yang ni pulak suai padan antara kumpulan darah. Cuba teka mana satu yang kena!!

A paling sesuai dengan A dan AB
B paling sesuai dengan B dan AB
AB paling sesuai dengan AB, B dan O
O paling sesuai dengan O dan AB

Pendek kata siapa yang darah AB tu senang la nak cari jodoh, mana-mana jenis darah pun boleh. Hehe..

Sedang aku google-google tu aku terjumpa pulak post dalam JAPANTODAY bertajuk In Japan, you are what your blood type is

Dipendekkan cerita, kalau kat Jepun, jenis darah ni sangat pentingla. Dah macam ramalan horoskop dan kaji cuaca. Mana tidaknya, buku tentang jenis darah je terjual sebanyak 5 juta. Agensi cari jodoh kat Jepun pun menggunakan blood type ni sebagai suaipadan. Kebanyakkan company pun gunakan blood type untuk cari pekerja yang sesuai.

Malah kanak-kanak kat kindergarden dibahagikan mengikut kelas jenis darah. Begitu juga dengan pasukan softball yang menang emas di Olimpik Beijing menggunakan teori pengelasan jenis darah.

Syarikat-syarikat kerapkali bertanyakan jenis darah ketika job interview menyebabkan kat Jepun sekarang ni ada satu term yang dipanggil 'BURA - HARA' iaitu blood type harrasment. Kiranya company kat sana berlaku racist kerana mengambil pekerja hanya berdasarkan jenis darah.

Teruk jugak kan kalau perkara mcam ni berlaku kat Malaysia??
Hurm.. nak tau lebih lanjut tentang personaliti jenis darah ni? Korang cuba check kat sini pulak. Tak larat dah nak review panjang-panjang. Tengah demam ni. Tu yang bosan semacam. Huhu.


 P/S : aPa JeniS dAraH AkU? SApE Leh tEka?? Lama pulak tak derma darah. Sebab tu demam kot ~ haaa~chuuuuu~
 

Wednesday, April 21, 2010

Kisah Malam sabtu..

Lama pulak tak update blog ni..
Entahla.. sejak my rumate pergi meninggalkanku (huhu.. syahdunya..)
Aku seolah-olah hilang semangat dah..(kat rumah jela.. kat opis berkobar-kobar..hoho..)
Entahla.. rumah ni dah hilang seri dah..
Eh, eh.. apa air mata ni nak ngalir-ngalir pulak..
Sob sob.. huushhh (kesat air mata sambil hembus hingus kat tisu)

me and Nana Kirana

Sudah sudah. Dah janji dengan Nana tamau sedey sedey..
Sekarang nak cerita pasal Malam Sabtu ari tu..dua minggu lepas kot..
Bukanlah kisah seram.. tapi boleh membuatkan orang trauma la jugak..

Jumaat malam Sabtu..
Macam biasa, adik bongsu aku ada kelas tambahan kat rumah Cikgu Latipah kat kampung sebelah..
Aku yang kebetulan balik kampung pun ditugaskan untuk hantar si kecik tu..
Langit kelihatan gelap sekali (yela.. malam le katakan..)
Bulan bintang langsung tak nampak..
Angin pulak kencang je bertiup..
Sesekali dengar bunyi guruh..
Macam nak ujan nampaknya..
Tapi aku yang merempit ni gagahkan jugak hantar si kecik tu naik motor..

Sepanjang jalan ke kampung sebelah memang gelap gelita..
Yela.. mana ada rumah.. yang ada ladang kelapa sawit jer..
Lampu jalan jangankan kata.. memang tak ada la kan..
Malam tu sunyi pulak.. Tak ada kenderaan lalu lalang..
Pelik jugak.. tapi buat tak tau sudah..
Lebih kurang 10 minit meredah kegelapan malam, sampai jugak kat rumah Cikgu Latipah dengan selamat..

Lepas drop by si kecik, aku pun balikla sensorang..
Takut jugakla.. aku ni kalau sorang sorang memang penakut sikit..
Tapi nasib baik tak ada apa berlaku.. aku sampai rumah dengan selamat.

Alamak. Lapar la. Perut dah mainkan lagu Super Junior H - Cooking Cooking pulak. Aku nak masak jap. Pastu solat maghrib. Iklan kejap eh! ~ Pause 30minutes ~

Okeh. Continue balik story ~

Lepas aku sampai rumah dengan selamat, dalam pukul 9.30malam, abah aku gi amik adik pulak.
Normally dalam 15 ke 20 minit je pergi balik dari rumah ke rumah Cikgu Latipah and balik rumah balik..
Tapi dah pukul 10.30 malam abah taksampai-sampai rumah lagi.
Mak dah start risau dah..
Aku pulak time tu sedang berborak dengan adik aku lagi sorang..
Terdengarla mak sibuk call rumah pakcik, tanya kot kot abah ada singgah..
Tapi tak ada pulak..
Lepas tu mak call Fauziah pulak, classmate adik yang sama-sama pergi tuisyen rumah Cikgu Latipah..
Fauziah kata adik dah balik dah dengan abah..
Mak mulalah start dia punya bebel.. risau bukan main..
Aku risau-risau jugak.. tapi taknak tunjuk depan mak, nanti mak lagi risau..

Dalam dekat-dekat pukul 11.00 malam, dengar bunyi kereta..
Abah tu kot, aku cakap dalam hati sendiri..
Tak lama tu aku dengar suara abah aku.. Fuhh..lega..
Tapi adik aku si kecik tu pulak terus je masuk-masuk bilik aku menangis tak berenti..
Aish.. kenapa pulak la si kecik ni..
Ingatkan dia kena marah dengan mak sebab lambat..
Aku tanya dia tak cakap apa-apa.. Cuma nangis je sambil peluk aku kuat-kuat..

Lepas tu adik aku si Umu bagitau yang kereta abah masuk parit..
Tu la yang buat si kecik tu nangis.. TRAUMA..
Kesian si kecik tu.. menangis tak berenti.. sampai mengigau!
Sampai sekarang kalau tanya si kecik tu balik pasal eksiden tu mesti si kecik tu nangis..

Aku pun tanya la Abah apa kes sampai masuk parit??
Abah kata jalan tu gelap sangat.. tak nampak..
Abah tu pun satu.. dah tau gelap bawa laju-laju jugak..
Naseb baik kat belakang rumah orang jer..
Kalau kat kawasan yang tak ada rumah orang macammana??
Sapelah yang nak tolong..
Ish.. nauzubillah.. Harap-harap kejadian macam ni tak berlaku lagi..
Naseb baik la abah ngan si kecik tu selamat..

Friday, April 9, 2010

Puss in a Boots??


Sedang dalam pencarian..
Nak cari sepasang boots untuk reunion dinner 17hb ni..
Huhu.. nak beli cam dah tade duet jer..
anyone ada boots tak??
Nak pinjam boleh??
Please.. please.. please..

Err.. tajuk macam tak kena je kan??
Huhu.. mula-mula nak letak kembara pencarian sepasang boots.. tapi.. takdela sampai kembara la pulak..
Jadi letak jerla tajuk yang tah hapa hapa nih..

Tapi kan.. kalau nak bagi pinjam tamau la boots pergi kebun tu..
Kalau boots tu bapak aku pun ada..
Boots Phua Chu Kang pun tamau..
Nak yang ala-ala cowboy.. boleh?
Haha.. demand pulak aku nih.. huhu..

P/S: tEMA REunioN DiNNer adalah CowBoy!!

Tuesday, April 6, 2010

Melodi untuk awak (",)

Dua tiga hari ni asyik ternyanyi-nyanyi je lagu ni..
Walaupun pada mulanya tak paham..
setelah jeling-jeling english subs, barulah faham..

Memang kena la lirik lagu ni dengan melodi dia..
Tak tau kenapa..
Resah hilang dengar lagu ni.. hehe..

Meh kita dengar..
Melody for you by M4



P/S : Tak percaya yang Won Jun tu umur dah 39 tahun...

Sunday, April 4, 2010

~GLAMOROUS NIGHT~ it's time to say goodbye T_T

Totally GLAM!! Mungkin tu yang boleh aku tafsirkan pada malam 1hb April 2010..
Ni bukan APRIL FOOL yer.. tapi ni adalah our Farewell dinner for GREAT 6 and 7..

Sebab dinner ni la dah lama aku tak dapat nak update blog ni..
Dengan meeting lagi.. practice dance tiap-tiap malam lagi..
Tapi memang berbaloi-baloi lah..
Tak caya? Meh tengok pixa pixa yang hot nih!! *credit to shela for all these pixa!!


Hasil creativity DECO team esp Narman & Hizami
~ tak lupa kain langsir my mum..huhu.~

Orang kuat project
~En.Anaz the Project Director~

Our beloved GREAT Coordinator
~Mrs Nurul Intan Zafirah~

Opening performance!!
~Dance yang practice hari-hari..huhu..~

Performance dari GREAT 6 yang last minute tanpa rehearseal pun
~Casey - Seribu Impian~

Performance dari GREAT 7
~Man Bai - Kau Ilhamku~

Sesi ambil lauk pauk

Sesi makan

The Glam King
~Arif Hizami GREAT 7~

 Diamond Award & The Glam Queen
~ Intan & Shela GREAT 6 ~

Photocopy Photography beramai-ramai
+
sesi shooting with Cyberjaya TV

END

p/s : Will be miss u all T_T