Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Tuesday, April 27, 2010

BURA-HARA : Blood type harrasment??

Just finished watching a korean muvee ~ My Boyfriend is Type B ~ Best cerita ni, dah lama dah kuar tapi aku ni lembab sikit nak tengok. Time bosan macam ni la baru tercari-cari muvee untuk di layan.



Muvee ni perihal seorang gadis blood type A yang soft-spoken fall in love dengan jejaka blood type B yang dikategorikan sebagai selfish dan jujur. Nak tahu lebih lanjut? Korang layanla sendiri..

Lepas tengok muvee ni, aku pun konon-konon nak tau la personaliti based on blood type ni camne, so aku pun google la.. dapat la info ni dari BellaOnline ~ Culture and Society ~ Japanese Culture Site ~ Personality Traits by Blood Type - A Japanese Concept. Written by Melanie Shintaku.

Menurut Melanie Shintaku, berikut adalah idea asas bagi setiap jenis darah :

Jenis O ~ outgoing dan sangat sosial. Bersifat ingin tahu, baik hati tetapi sangat degil. Sangat inisiatif, walaupun tidak selalu menyelesaikan apa yang mereka mulai. Kreatif dan popular, menjadi perhatian ramai dan confident.

Jenis A ~ tenang, perfectionis, dan cenderung menyimpan dendam. Jenis A adalah paling artistik dalam kumpulan darah. Golongan ini pemalu, teliti, boleh dipercayai, terlalu cemas dan agak sensitif.

Jenis B ~ Strong minded dan goal-oriented. Apabila memulakan sebuah tugas akan diselesaikan sehingga habis dan sebaik mungkin. Agak mementingkan diri sendiri dan tak mempedulikan orang lain. Periang tetapi agak aneh.

Jenis AB ~ adalah split personaliti kumpulan darah. Mereka boleh menjadi keduanya outgoing and shy, confident and timid. Terlalu bertanggungjawab terhadap semua perkara sehinggakan menimbulkan masalah. Mereka boleh dipercayai dan suka menolong orang lain. Sangat misteri, moody dan sukar diramal.

Yang ni pulak suai padan antara kumpulan darah. Cuba teka mana satu yang kena!!

A paling sesuai dengan A dan AB
B paling sesuai dengan B dan AB
AB paling sesuai dengan AB, B dan O
O paling sesuai dengan O dan AB

Pendek kata siapa yang darah AB tu senang la nak cari jodoh, mana-mana jenis darah pun boleh. Hehe..

Sedang aku google-google tu aku terjumpa pulak post dalam JAPANTODAY bertajuk In Japan, you are what your blood type is

Dipendekkan cerita, kalau kat Jepun, jenis darah ni sangat pentingla. Dah macam ramalan horoskop dan kaji cuaca. Mana tidaknya, buku tentang jenis darah je terjual sebanyak 5 juta. Agensi cari jodoh kat Jepun pun menggunakan blood type ni sebagai suaipadan. Kebanyakkan company pun gunakan blood type untuk cari pekerja yang sesuai.

Malah kanak-kanak kat kindergarden dibahagikan mengikut kelas jenis darah. Begitu juga dengan pasukan softball yang menang emas di Olimpik Beijing menggunakan teori pengelasan jenis darah.

Syarikat-syarikat kerapkali bertanyakan jenis darah ketika job interview menyebabkan kat Jepun sekarang ni ada satu term yang dipanggil 'BURA - HARA' iaitu blood type harrasment. Kiranya company kat sana berlaku racist kerana mengambil pekerja hanya berdasarkan jenis darah.

Teruk jugak kan kalau perkara mcam ni berlaku kat Malaysia??
Hurm.. nak tau lebih lanjut tentang personaliti jenis darah ni? Korang cuba check kat sini pulak. Tak larat dah nak review panjang-panjang. Tengah demam ni. Tu yang bosan semacam. Huhu.


 P/S : aPa JeniS dAraH AkU? SApE Leh tEka?? Lama pulak tak derma darah. Sebab tu demam kot ~ haaa~chuuuuu~
 

2 comments:

  1. aah, cite ni mmg best giler.. btw, aku tau ko berdarah O, dan aku berdarah panas.... hahahar... :p

    ReplyDelete
  2. Wah, darah panas ye? Hik hik ~ mana tau darah O ni?? huhu ~

    ReplyDelete

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!