Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Wednesday, April 21, 2010

Kisah Malam sabtu..

Lama pulak tak update blog ni..
Entahla.. sejak my rumate pergi meninggalkanku (huhu.. syahdunya..)
Aku seolah-olah hilang semangat dah..(kat rumah jela.. kat opis berkobar-kobar..hoho..)
Entahla.. rumah ni dah hilang seri dah..
Eh, eh.. apa air mata ni nak ngalir-ngalir pulak..
Sob sob.. huushhh (kesat air mata sambil hembus hingus kat tisu)

me and Nana Kirana

Sudah sudah. Dah janji dengan Nana tamau sedey sedey..
Sekarang nak cerita pasal Malam Sabtu ari tu..dua minggu lepas kot..
Bukanlah kisah seram.. tapi boleh membuatkan orang trauma la jugak..

Jumaat malam Sabtu..
Macam biasa, adik bongsu aku ada kelas tambahan kat rumah Cikgu Latipah kat kampung sebelah..
Aku yang kebetulan balik kampung pun ditugaskan untuk hantar si kecik tu..
Langit kelihatan gelap sekali (yela.. malam le katakan..)
Bulan bintang langsung tak nampak..
Angin pulak kencang je bertiup..
Sesekali dengar bunyi guruh..
Macam nak ujan nampaknya..
Tapi aku yang merempit ni gagahkan jugak hantar si kecik tu naik motor..

Sepanjang jalan ke kampung sebelah memang gelap gelita..
Yela.. mana ada rumah.. yang ada ladang kelapa sawit jer..
Lampu jalan jangankan kata.. memang tak ada la kan..
Malam tu sunyi pulak.. Tak ada kenderaan lalu lalang..
Pelik jugak.. tapi buat tak tau sudah..
Lebih kurang 10 minit meredah kegelapan malam, sampai jugak kat rumah Cikgu Latipah dengan selamat..

Lepas drop by si kecik, aku pun balikla sensorang..
Takut jugakla.. aku ni kalau sorang sorang memang penakut sikit..
Tapi nasib baik tak ada apa berlaku.. aku sampai rumah dengan selamat.

Alamak. Lapar la. Perut dah mainkan lagu Super Junior H - Cooking Cooking pulak. Aku nak masak jap. Pastu solat maghrib. Iklan kejap eh! ~ Pause 30minutes ~

Okeh. Continue balik story ~

Lepas aku sampai rumah dengan selamat, dalam pukul 9.30malam, abah aku gi amik adik pulak.
Normally dalam 15 ke 20 minit je pergi balik dari rumah ke rumah Cikgu Latipah and balik rumah balik..
Tapi dah pukul 10.30 malam abah taksampai-sampai rumah lagi.
Mak dah start risau dah..
Aku pulak time tu sedang berborak dengan adik aku lagi sorang..
Terdengarla mak sibuk call rumah pakcik, tanya kot kot abah ada singgah..
Tapi tak ada pulak..
Lepas tu mak call Fauziah pulak, classmate adik yang sama-sama pergi tuisyen rumah Cikgu Latipah..
Fauziah kata adik dah balik dah dengan abah..
Mak mulalah start dia punya bebel.. risau bukan main..
Aku risau-risau jugak.. tapi taknak tunjuk depan mak, nanti mak lagi risau..

Dalam dekat-dekat pukul 11.00 malam, dengar bunyi kereta..
Abah tu kot, aku cakap dalam hati sendiri..
Tak lama tu aku dengar suara abah aku.. Fuhh..lega..
Tapi adik aku si kecik tu pulak terus je masuk-masuk bilik aku menangis tak berenti..
Aish.. kenapa pulak la si kecik ni..
Ingatkan dia kena marah dengan mak sebab lambat..
Aku tanya dia tak cakap apa-apa.. Cuma nangis je sambil peluk aku kuat-kuat..

Lepas tu adik aku si Umu bagitau yang kereta abah masuk parit..
Tu la yang buat si kecik tu nangis.. TRAUMA..
Kesian si kecik tu.. menangis tak berenti.. sampai mengigau!
Sampai sekarang kalau tanya si kecik tu balik pasal eksiden tu mesti si kecik tu nangis..

Aku pun tanya la Abah apa kes sampai masuk parit??
Abah kata jalan tu gelap sangat.. tak nampak..
Abah tu pun satu.. dah tau gelap bawa laju-laju jugak..
Naseb baik kat belakang rumah orang jer..
Kalau kat kawasan yang tak ada rumah orang macammana??
Sapelah yang nak tolong..
Ish.. nauzubillah.. Harap-harap kejadian macam ni tak berlaku lagi..
Naseb baik la abah ngan si kecik tu selamat..

1 comment:

  1. huhu.. bahaya kan, klo xde lampu jalan. gelap gelita. alhamdulilah sumenya selamat =)

    ReplyDelete

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!