Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Friday, June 25, 2010

Aku rindukan dia...

Emo pulak DramaQueen ni. Kerja banyak tapi curi tulang buka blog pulak. Taula lama tak update.
Dah tu buat tajuk macam kisah sedih gila.. sedangkan bukan kritikal sangat pun..
Tapi.. sape la yang DramaQueen rindukan tu eh??
x
x
x
x


Sape budak chomel lagi kiut miut nih??
Ni la Qiesya..~ bukan Kieysha Cole eh ~
Si chomel ni anak kazen DramaQueen
Tapi currently duduk dengan uncle and auntie dramaQueen kat kampung
Parent si chomel ni pulak sibuk di Kuala Lumpur sane..
x
x
x
x


Ni mase si Qiesya baby lagi
Dalam 2 ke 3 bulan kot
Dari kecik lagi mummy and daddy Qiesya tinggalkan Qiesya dengan atuk nenek dia..
Kesian dia..
Nasib baik tak banyak meragam si kecik ni..
x
x
x
x


Kami seiras tak???
Hehehe..
Like auntie like niece..

Tapi si Qiesya ni bukan main nakal lagi sekarang..
Dulu kalau tak suka pakai baju tu boleh terima lagila..
Tapi sekarang ni dah pandai buka pintu kereta..
Pantang unlock ke lock ke dia mesti nak try buka..
Sampai nenek dia terkejut hari tu sebab tiba-tiba pintu kereta terbuka!
Nasib baik tak jatuh si kecik tu!
Hish.. Qiesya! Jangan nakal nakal!!
Auntie DramaQueen kangen bangat sama kamu!!!

Thursday, June 17, 2010

Adakah aku tergolong dalam golongan yang tidak tahu bersyukur??

Maaflah. Cik DramaQueen agak sibuk lately. Tu yang bersawang sudah blog ni.
Abang sulung DramaQueen engaged on 29 May and then followed by DramaQueen third bro two weeks later.
Tu yang sibuk bagai nak rak tu. Belum kira lagi buat preparation untuk training ke Germany. Memang cukup busy.
Oh. Itu semua DramaQueen akan update later okeh?

Sekarang nak mengomel pasal bersyukur.
Betul ke DramaQueen ni tak tau bersyukur dengan kurniaan Tuhan?
Mungkin jugak sebab few days ni DramaQueen asyik bebel yang DramaQueen dah chubby.
Tapi ditentang habis-habisan oleh Colleagues DramaQueen.
They all kata DramaQueen ni kecik, kurus dan tak chubby langsung..

Memangla bila DramaQueen timbang berat badan, maintain jugak kat dua angka tu.
Ramai jugak kengkawan lama bila jumpa DramaQueen cakap DramaQueen dah mengecut.
Ala.. zaman dulu memang DramaQueen chubby sikit. Lagi-lagi tang pipi.
Macam kuih pau. DramaQueen adik beradik pompuan semua memang pipi pau.

Dulu DramaQueen ada cerita sedih.
Masa 2nd sem dulu lepas je raya suddenly berat DramaQueen menginjak ke angka 60.
Disebabkan terlalu mendadak ramai la yang mengata bukan-bukan.
Dengan tinggi DramaQueen yang cuma 157cm ni.. memang nampak bulat la kan??
Sejak hari tu DramaQueen telah berikrar untuk mencapai berat badan ideal supaya tiada lagi kata-kata yang kurang menyenangkan.

Tapi akhirnya DramaQueen berjaya juga mencapai dua angka ni.
Tapi sejak hari tu i'm kinda obsess to berat badan. Kalau boleh memang nak turunkan lagi.
Walaupun dah digelar flat dan tiang oleh kawan-kawan masa last sem dulu.. but at least i still had curved ok..
Tapi DramaQueen still kuat makan.. cuma selalu tak habis je.. hehe..

DramaQueen bukan tak bersyukur dengan rupa sekarang ni cuma dah jadi obsess dengan berat badan.
Walaupun hakikatnya DramaQueen ni berat tulang - bukan berat tulang pemalas tu tapi maybe tulang yang berat, bukan lemak apatah lagi otot.
Yela. DramaQueen dah malas nak bersenam. Cuma tau tarik selimut dan hug bolster jer. Hehe..

Wednesday, June 2, 2010

DramaQueen yang dah tak pandai nak berdrama

Lama betul dramaQueen tak berdrama.
Dah tak pandai dah pun.. sekarang semua skill adalah innocent dan jujur.. (iye ke?)
Kalau macam ni dah tak boleh jadi dramaQueen lagilah.
Kena tukar nama ke?? Huhu ... taknak..
Walaupun terpaksa berebut dengan Farsha Sandle sekalipun tak kisahla..
dramaQueen tetap dramaQueen..

Ingat lagi..dulu dari zaman sekolah dramaQueen suka drama-drama ni
Lagi-lagi tengok drama.. lagi dramaQueen suka..
Tapi dramaQueen tak minat sangat drama yang panjang panjang..
Lagi-lagi yang carut karut macam telenovela and sinetron.. sangat bosan dan tak logik..
Macam sinetron Bawang Merah Bawang Putih, tengok mula-mula je..
lepas tu dramaQueen dah start bosan sebab cerita dia yang melilau tah kemana-mana..




korang ingat telenovela ni tak?? dramaQueen ingat tajuk jerk.. ehehe..

DramaQueen minat drama yang pendek-pendek jer. Setakat drama korea 20 episod tu okay lagi la.
Tapi paling best drama Jepunla. Cuma 10 or 11 episod jer..
Satu malam tengok terus abis.. ehehe..

Drama korea yang dramaQueen tonton kat 8TV sekarang ni..

Drama Jepun feveret dramaQueen all times - Gokusen 1, 11, 111 & The Movie

Drama Jepun paling sedih dramaQueen tengok
Berjuta kali tengok berjuta kali nangis
One litre Tears

Memangla kat kampus dulu dramaQueen join koku lakonan.
Tapi ada drama beberapa orang kenalan dramaQueen ni lebih hebat dari teater yang dramaQueen pentaskan..
Drama apa? Mestila drama life mereka sendiri yang mereka pentaskan depan dramaQueen and kawan-kawan..
Bukan real life.. semua hanya kepura-puraan nak menyelamatkan diri sendiri dan menyalahkan orang lain..
Sungguh dramaQueen benci drama seperti itu..
Sungguh tidak professional hokey!!

Malam yang sepi

Malam yang sepi pi pi..
Pak Mat jual kopi..
Kopinya enak nak nak..
Pak Mat jual anak..
Anaknya hilang lang lang..
Pak Mat jual gelang..
Gelangnya patah tah tah..
Pak Mat jual getah..

Ingat lagi tak lagu diatas ni?
Tak tahu sape yang reka..
Tapi masa kecik-kecik dulu selalu main sip sip tom tom dengan kawan kawan guna lagu tu..
Tapi sekarang dah tua dah.. dah tak ingat sangat dah..
Hehe.. so missed the childhood days..

Tuesday, June 1, 2010

SUPER JUNIOR COMEBACK!! ~4TH ALBUM~

Beberapa hari lepas lappy dramaQueen rosak ~ baru je betulkan dengan pertolongan 'orang sebelah'. Hehe..
Nasib baik ok balik. 'Orang sebelah' cakap dramaQueen guna lappy ni ganas sangat. Tu yang cepat rosak.
Hehe.. sorry..dramaQueen try sopan santun eh dengan lappy ni... alala.. sayang lappy.. *usap-usap* PRAPP!!~OPPS! terjatuh! sorry!!*

Nasib baik sempat sambut.. karang payah nak menjawab dengan 'orang sebelah'. Nanti dia bebel-bebel pastu tak bagi dramaQueen guna lappy ni kan susah. Tapi dramaQueen bukan nak bebel pasal lappy and 'orang sebelah'.. dramaQueen nak promote group idol feveret dramaQueen iaitu SUPER JUNIOR yang baru lahirkan baby baru yang ke-4. Baby gegurl or boboy tu dramaQueen tak pasti la pulak. Yang pasti nama baby dorang tu 4jib.Konsep baby dorang ni SJFunky (african rythm).



Kalau baby ke-3 femes dengan lagu Sorry Sorry and arrogant dance, untuk baby ke-4 ni diorang pertaruhkan lagu Miinah (Beauty) or Bonamana dimana highlight dance adalah skating dance. Dan kalau baby ke-3 more into gentle man image, baby ke-4 ni pulak more into wild-man image! Sangat sexy weh diorang ni. Coreographer diorang pun banyak hip dance yang sangat-sangat sexy sampai dramaQueen rasa teruja sangat-sangat!!

Walaupun baby kali ni cuma ada 10 orang ahli jer namun they all still buat yang terbaik!!. Tanpa Kibum (focus to acting), Kangin (suspended because fight case) and Hankyung (lawsuit to SM) namun the rest 10 handsome flower boy Super Junior from Leeteuk, Heechul, Yesung, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook and Kyuhyun still try their best for their E.L.F (including me ohoh~)

Wish for their best in their future carreer and dengar khabarnya album ke-4 ni dah melonjak ke no 7 world chart!! Tak caya? Meh klik sini Walaweh!! Congrats SUJU!! Love u all ~ MMMUAXXX~