Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Monday, August 16, 2010

Kirim salam 'ASSALAMMUALAIKUM'

Dah 24 setengah tahun DramaQueen hidup, semalam baru tau.
Ni pun sebab Mak yang bagitau.
Selama ni bila kita nak sampaikan salam pada orang, mesti akan keluar ayat seperti ini.

'Nanti kirim salam pada si polan si polan tu yer..'
Tu ayat lazim la kan.
Yang selalu digunakan seumur hidup ni.

Tiba-tiba semalam, masa DramaQueen nak salam mak nak balik umah sewa, mak pun cakap,
'Kak, nanti kirim salam Assalammualaikum Mak pada Umu ye..'
*By the way, Umu is DramaQueen younger sister yang study at UPM Serdang.
Have to singgah dulu hantar kicap, kurma, biskut, tempe dan segala macam keperluan makanan untuk si Umu tu dulu before balik umah sewa.*
DramaQueen tak la rasa weird or pelik sebenarnya bila mak sebut macam tu(sebab DramaQueen ni memang blur-blur sikit.. orang cakap apa pun macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je.)
And then Mak cakap lagi..
'Ada ustaz ni pesan, kalau nak kirim salam, perlulah disertakan dengan Assalammualaikum sekali.. jikalau tak, tak boleh jawab salam.. samalah macam kita nak kirim duit pada orang tapi duit tu kita tak bagi.. Macammana naksampai?..'
Berceramah mak kejap pada anak dara dia nih.

Bila DramaQueen fikir balik, logik jugakla kata ustaz tu.
'Si Polan, si polan tu kirim salam.' Salam apa yang dikirim? 
Salam sejahtera? Salam tak sejahtera? Salam peluk cium? Encik Salam bin Salim?

So, ayat yang DramaQueen sampaikan pada si Umu berbunyi macam ni..
'Umu, mak kirim salam.. Assalammualaikum..'

My LIFE is sooooooo COMICAL - part 1 -

'Mas, ur life is so COMICAL la...' one of my officemate said that to me after hearing my life story. Dengan ketawa terbahak-bahak sampai nak berguling-guling kat atas lantai ofis.

COMICAL sangat ker my LIFE nii??

Bukan DramaQueen sengaja pun nak buat-buat lawak cambest tu. Cuma itulah kejadian yang berlaku dalam hidup DramaQueen. But that story quite interestingla. Sampai sekarang kalau DramaQueen teringat pun mesti tergelak sendiri.

This story happen around 2007. At that time DramaQueen still seorang siswi di UUM.
Pada hari kejadian, siswa siswi kokurikulum (Koku) Seni dan beberapa Koku lain ada talk and show di Dewan Tan Sri Othman (DTSO).
Everyone was wearing their Koku uniform. For siswi was a baju kurung batik and siswa kemeja batik.
As to easy for recognize, each kokurikulum were different in batik colours and DramaQueen wearing a yellow batik printed baju kurung(with UUM logo) as a siswi from Koku Seni Lakon.
DramaQueen nak highlight disini..
Disebabkan baju tu baju siap yang UUM tempah khas, so baju kurung DramaQueen tu tanpa poket.
(Mak DramaQueen buat baju kurung normally ada poket-senang letak barang penting)
Lepas je persembahan Koku, DramaQueen pun ke wash room.
OMO!! Ramai gile orang. Kena beratur hokey!! Dahla ada dua je toilet dalam tuh.
Sampai je giliran DramaQueen, DramaQueen pun masukla.
Oh, terbawa handphone pulak. Masa tu handphone murah jer.
(Sekarang pun masih handphone murah.. seyes!!)

Dah blur mana la nak letak phone ni.
Tapi sebab dah tak tahan sangat, handphone tu DramaQueen riba.
Tapi, DramaQueen ni pelupa. DramaQueen terus je bangun selepas habis melepaskan hajat.
Apalagi jatuhla phone kesayangan DramaQueen tu ke dalam lubang tandas.
Oh ya, tandas tu tandas cangkung and saliran dia terus memanjang ke bawah.
Memang tak boleh nak capai.
DramaQueen ni pulak dah blur, dengan muka nak menangis, sebab dah tak tahu nak buat apa, DramaQueen boleh pulak pergi flush toilet tu..
Apalagi, memang bye bye la kepada handphone kesayanganku..

Keluar toilet jer semua pandang DramaQueen dengan muka pelik.
Iyela, muka nak menangis kot.

DramaQueen peduli hape masa tu, yang penting DramaQueen nak cari bestfriend DramaQueen je time tu iaitu Cik Rady yang kebetulan Koku Seni Lukis.
Nasib baik Cik Rady ada kat belakang Dewan, sedang mempamerkan oil painting dia.
Jumpa-jumpa je Cik Rady nih, tersekat-sekat lidah ni nak berbicara.
Yang tak tersekat airmata la.. laju je mengalir macam mata air.
Cik Rady ni tak tau nak gelak ke nak tumpang sedih.
Tengok muka DramaQueen yang leleh jer.. dia pun tak sampai hati kot nak gelak.

Bila balik bilik pulak, DramaQueen dengan confidentnya nak cerita dengan rumates DramaQueen ni pasal cerita malang tadi tu. Buka-buka pintu jer..
'Korang.. tadikan.. handphone aku kan...'
Secara tiba-tiba air mata ni meleleh-leleh bercampur dengan gelak tawa DramaQueen sendiri.
Yela. Bila pikir balik sengal betulla DramaQueen ni sampai handphone jatuh kat lubang toilet.
Pastu siap flush lagi.

Rumates DramaQueen memandang dengan muka pelik.
(rumates DramaQueen?? Wow!! Hensemnyer ~ hehe..)
'Weh, ko ni sihat tak? Ko nangis ke ketawa??' soalan Cik D-ja menyebabkan DramaQueen lagi rasa tergelak sampai berguling-guling atas lantai. (Ni.. tipu jer.. mana sampai guling-guling)
DramaQueen pun ceritala dengan diorang. Cik Tata je yang tumpang bersedih.
Cik D-ja dengan Cik Yoh dah gelak sampai menangis dah.
Memang lawak cambest!! (Dorang katala..)
Bukan nak kesian, digelaknya lagi kita ni.

Tuesday, August 3, 2010

HURU HARA.. haru biru.. hura hura.. haru haru.. hara kiri.. HARA KARA??

Tajuk yang jauh melencong dari isi post..
Menunjukkan kegilaan dan kepelikan si penulisnya..
SENGET suda.. oh.. teringat pula Ayam Penyet Cyberjaya..
Melilau suda DramaQueen senget ni sampai ke Korea..
Baliklah ke pangkal jalan di Malaysia.. (ape menda DramaQueen merepek nih??)

CAMWHORING??

haha.. takla..
kalau DramaQueen nak CamWhoring mesti nak comel-comel..
sweet-sweet..
yang ni siap tak ada rupe pun ada..
haha.. ni semua keje niece DramaQueen yang Chomel la ni..

QIESYA!!
si cilik ni la yg amik gmbr DramaQueen..
ajaran bapak dia la tuh..

BABY (gelaran Qiesya pada diri sendiri)  baru bangun tido nih..

CHOMEL kan??
kan??
Hehe..