Kipas-susah-mati

Google+ Followers

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Thursday, September 30, 2010

EPF dah naik 22%???


Hari ni dramaQueen sangat marah. Setelah lama tak berblog, hari ni dramaQueen berblog balik. Melancarkan serangan 'Saya taknak buat kerja' kepada orang-orang tertentu di opis ni. Oh.. sangat sakit hati tau.

Tau kenapa?? Sebab bila dramaQueen check balance akaun pagi tadi.. dramaQueen termenung sendirian kat depan pc. Tau kenapa? Sebab dramaQueen punye salary terlalu banyak yang berkurangan. Rasanya kalau tolak EPF 11% je.. tapi kenapa sampai 22%?? Dahla gaji dramaQueen ciput je.. tolak lg 22%.. tak ke kena heart attack??

Oh ya. Bukan dramaQueen saja kena. Orang lain pun sama jugak. DramaQueen pun tanya la orang yang buat payroll tu. Tahu tak apa jawapan dia?? Oh itu i tolak bonus raya bulan lepas tu.

Kalau dia nak tolak, tolak la sekali masa bulan lepas. Kenapa bulan ni nak tolak sekaligus terus. Mau pengsan dramaQueen dan officemates dibuatnya. Dasar ##$%^&*!!! Dahla maca-macam yang nak kiteorang bayar. Bil tu, bil ni. Duit rumah, utilities, kereta, motor dsb.. Memang rasa nak mencarut sekarang ni.

Esok semua-semua bos baru akan balik dari outstation. Akan dramaQueen komplen kepada bos-bos. Oh ya. Bos da promise nak naikkan gaji. Where? where? Tak ada peningkatan langsung pun. Boss, u kata asalkan staff happy u pun tak berkira sangat.. Tapi sekarang I sangat tak happy!!

Sekian.

Dari staff yang tak puas hati.