Kipas-susah-mati

Google+ Followers

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Wednesday, January 12, 2011

My Life is sooooooooooooooo comical - Part 2

Ni lagi satu cerita yang dikatakan COMIC oleh colleague dramaQueen.dramaQueen ceritala kat si Lady Popeye (bukan nama sebenar) fasal abang dramaQueen yang baru je engaged. Cerita punya cerita termasuk pulak bab family dramaQueen yang beternak ayam, itik dan lembu. So ayat dramaQueen pun begini.. 'Nasib baik family dramaQueen bela lembu, nak kawen nanti senang..' 

 sumber : googling google

Suddenly si Lady Popeye ni tergelak macam nak pecah perut. dramaQueen pun pelik jugakla.. apa yang kelakar sangat?? Kelakar ke kalau family kita bela lembu?? Dengan terbahak-bak dia kata..'U ni comical la Mas, u pernah tengok ke lembu-lembu yang famili u ternak tu? Dah berapa ekor sekarang??' 

Apa yang comical sangat ?? Eh, dramaQueen pernah tengok la lembu-lembu tu semua. Dulula. Suatu masa dahulu. Sebelum dramaQueen start berkerjaya ni. Pernah la jugak tengok lembu selepas beranak. Yela, nak tengok 'live' masa beranak tak sempat. Beriya ni berkejar turun dari rumah berlari ke kebunak sempat jugak. Tengok selepas pun jadilah.  

Pernah jugakla mak dramaQueen ada case dengan sekor lembu nama Montel ni. Reason nama Montel? : sebab lembu tu memang montel... Sebelum ni memang mak yang selalu bagi makan n tarik lembu-lembu ni. Tu pun kalau abah n abang tak ada. Ada satu hari ni, mak dramaQueen pergi tarik lembu ni seorang. Entah macammana si Montel ni excited sangat nampak rumput yang segar bugar terus berlari. Mak tak perasan pulak tali si Montel ni terbelit kat kaki mak.  

Habis mak ditarik si Montel ni. Menjerit mak, mana taknya sakit kut. Nasib baik si Montel ni berenti bila mak jerit panggil nama dia. Kalau tak, tak tahulah. Dahla kat kebun kelapa sawit time tu, bayangkan kalau ada duri-duri dan benda-benda tajam lain.. macam mana agaknya keadaan mak?? Alhamdulillah la mak selamat. Cuma kaki je bengkak teruk terjerut tali.  

Pengajaran : sejak hari tu mak biarkan abah and abang saje yang tarik lembu.Seriau kan cerita di atas ni..tapi tau tak, Lady Popeye tu boleh tergelak terbahak-bahak kata cerita dramaQueen ni comical. Hello!! Ni bukan cerita lawak.. cerita ngeri tau!! Sila jangan ketawa.

No comments:

Post a Comment

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!