Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Tuesday, March 22, 2011

Momok ,Boy, Omok, Gemok.. semuanya sama..

 MOMOK, BOY, OMOK, GEMOK.. semuanya sama.. semuanya nama dia..

SIAPA???


errr.. patot apa kot.. :P




MOMOK ni memang nakal.. manja pulak tu... MOMOK.. rindu kamu!!!

Mencari Jalan Yang Benar...

Hari tu kereta tak cukup untuk ke Kulim. That time dQ tak keluar kereta lagi.. so terpaksa la dQ and sis naek bus. Sebab takut tiket bus sold out, so dQ petang tu dah booking ticket bus. Bayar online lagi. Tapi yang ada that time cuma dari KTM, KL sahaja. Jadilah.. booking sajalah for two person for 11.00 pm depart. Mula-mula, dQ assume KTM, KL tu Hentian Putra. Tapi bila tanya abang dQ, dia sendiri pun tak sure. So dQ pun minta lah pertolongan Encik Google untuk mencari dimanakah gerangannya KTM,KL ni. Google punya google adalah satu forum ni yang menerangkan KTM, KL tu rupanya pusat KTM lama, before KL Sentral.

Walaupun masih tak sure, sebab dah terbeli, so nak tak nak kena try pergi sana dulu baru tau betul ke tak. dQ off pukul 5.30 petang, terus merempit naik motor ke Putrajaya Sentral untuk ambil adik dQ. Sampai rumah dalam pukul 6.45 pm. Terus siap-siap mandi, makan dan sembahyang then tunggu abang sulung dQ pick up untuk hantar ke KTM Serdang. FYI, abang dQ tak join sebab dia ikut bini dia ke Rawang. That's why kereta tak cukup..:(

Sampai je KTM Serdang, terus beli tiket ke KTM KL.. dengan confidentnya sambil berdoa moga-moga jalan yang dQ pilih adalah jalan yang benar. Sampai je KTM KL, terus blur sebab tak tahu mana arah yang patut pergi. Check jam awal lagi, baru pukul 9.30 pm. Bas akan gerak pukul 11.00 pm, so ada masa lagi nak mencari jalan yang benar. So, tanyalah kat pakcik security tu.

dQ : Pakcik, tumpang tanya.. perhentian bas PLUSLINER kat mana ye??
Pakcik Security : Naik tangga ni, kat sebelah sana..
dQ : Sebelah sana??
Pakcik Security : Ya, belah sana.
dQ : Terima kasih pakcik.

dQ blur sebenarnya tapi ikut jelah cakap pakcik tu. Seberang tangga tu dan kesebelah sana. Ehhhh??? Kekanan ke kekiri ni?? Alamak, dQ lupa nak tanya pakcik tu pulak. dQ dengan adik pun jalan je la ke sebelah kanan. Jalan punya jalan, jumpa tangga yang nak ke Masjid Negara tuh. So, kiteorang pun buat U-Turn ke sebelah kiri pulak. Masuk ke Muzium KTM. Wah, tak pernah dQ tau kat sini ada Muzium KTM. dQ memang suka muzium, suka tengok barang-barang yang menarik. Tapi muzium kali ni kena tunggu dulu. Lepas tau stesen bas kat mana, baru boleh jenguk muzium.

Ternampak mangsa seterusnya, abang yang tengah nak naek motor.

dQ : Bang, bang.. tumpang tanya
Abang Motor : Ye..
dQ ; Abang tau tak kat mana stesen bas PLUSLINER??
Abang Motor : Abang pun tak sure la dik.. cuba tengok kat sebelah depan ni..
dQ : Oh.. terima kasih ye bang.

Adeii.. abang ni tak sure pulak. Tapi dQ and sis ikutkan je la. Try la kot-kot betul ke kan. Punyala kiteorg pusing mencari stesen PLUSLINER tu and akhirnya jumpa jugak. Betullah kata bang tu, ada kat depan tuh je. And then lepas tu apa lagi, dQ and sis kembali ke Muzium KTM la. Nak tau apa yang menarik?? Jom tengok gambar-gambar di bawah!!!

 Keretapi berbunyi.. Pon.. Pon..

 Silakan duduk.. :P