Kipas-susah-mati

Google+ Followers

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Saturday, August 13, 2011

Bila Keselamatan Dipandang remeh..

Salam Ukhuwah semua..

Entri dQ ni tidaklah menuding jari kemana-mana pihak tetapi dQ perlu share benda ni semua dengan readers. Bukan apa, keselamatan bukanlah satu perkara remeh. Mungkin negara kita aman, makmur berdasarkan berita. Mungkin juga kawasan kita, kita rasakan selamat sekarang tapi kita tak tau benda-benda yang terjadi di tempat-tempat lain. Akhir-akhir ni sendiri pun ada berita yang dipaparkan melibatkan kes rogol, rompak, samun dan culik. Ok, kes mercun pun satu hal juga. Lagi-lagi hampir-hampir nak raya ni.

Apa yang buat dQ nak taip entri ni? Semua kerana salah seorang student dQ.[Siapa yang tak tahu tu, FYI dQ ni part timer tuition tutor]. Kalau bulan puasa macam sekarang ni, kelas tuisyen akan start on 8.30pm and end 10.30pm. Memang sangat lewat sebenarnya. Last night dQ tutor Geografi for Form 3. Budak-budak Form 3 ni memang dah besar panjang, mostly pun dah akhil baligh. Kalau yang lelaki tu dah hensem-hensem dah. Yang perempuan pun cun melecun, dah sama tinggi dengan dQ dah.[Ok, fine.. diorang lagi tinggi dari dQ.. nampak sangat dQ ni cute..haha..]

After class end, dQ akan hantar seorang student Form 2 ni balik sebab rumah dia tak jauh dari rumah dQ. Sebelum tu, dQ akan tunggu sampai semua budak-budak tu balik, baru dQ balik. Seorang demi seorang student balik. Mostly yang guys naik motor sendiri, without license and without helmet.. but with parent permission???. dQ quit worried about them too sebab mereka ni bukan jenis naik motor yang berhemah di jalan raya, tetapi jenis yang nak memecut laju je. Padahal kalau kelas start 8.30pm, sampai kelas still 9.00pm.. Apa kes tu??

Tunggu punya tunggu, sorang student perempuan ni tak balik lagi. dQ pun tanyalah si student ni..
dQ : Aifa [bukan nama sebenar] tak balik lagi?Ayah belum ambil ke? Nak telefon ayah?
Aifa : Oh, tak apalah cikgu. Ayah tak ambil kot. Rasa ayah tak balik lagi ni.
dQ : Oh, ayah tak balik solat terawikh lagi ke? Tak apalah macam tu cikgu hantar Aifa..
Aifa : Taklah. Rasa ayah tak balik kerja lagi. Tadi ayah pun tak buka kat rumah. Buka kat ofis. Tak apalah cikgu, saya boleh jalan kaki. Mak pun selalu suruh jalan kaki. Dah biasa dah.

Jalan kaki?? dQ cukup pantang kalau perempuan jalan kaki sorang-sorang. Bukan apa. Bahaya. Rumah si Aifa ni bukannya dekat pun. Kalau jalan kaki adalah jugak 10 ke 15 minit. Dahla banyak anjing berkeliaran. Yang banyak anjing jadian tu tak tahulah kan.. Nauzubillah. Dengan jalan tu gelap lagi. Nak jalan sorang-sorang? No. No. Dia ni tanggungjawab dQ. Kalau apa-apa jadi, dQ yang akan menyesal sebab tak hantar dia. Si Aifa ni dQ nampak dah menapak nak balik rumah. Terus dQ teriak nama dia dan paksa dia duduk dalam kereta. Apalah sangat kalau nak hantar seorang budak balik kan?
dQ memang perasan jugak yang Aifa ni memang selalu balik jalan kaki. Ada another Friday dulu pun sekali dia dah menapak balik. dQ pulak tak boleh nak hantar dia balik sebab ada student yang still tunggu parents dia. Nasib baik ada rakan sekelas Aifa ni yang naik motor sendiri. dQ suruhla diorang ni tolong escortkan si Aifa ni sampai ke rumah dengan selamatnya.

Si Aifa ni pun bila dQ nak hantar balik je, selalu cakap.."Tak apalah cikgu, saya dah biasa dah jalan kaki. Tak ada apa-apa pun jadi.." Memang betul, belum ada benda jadi. Cuba bayangkan kalau ada stalker yang stalk si Aifa ni. Dia dah aim si Aifa ni akan jalan kaki tiap-tiap Selasa dan Jumaat. Kalau budak-budak 10 tahun pun jadi mangsa, inikan pula si Aifa yang anak dara. Tak ke haru kalau benda yang belum jadi, boleh dielakkan daripada terjadi, tapi sebab tiada action, akhirnya benda tu terjadi. Nauzubillah, minta dijauhkanlah.  

Parent dia pun dQ tak tahulah nak cakap apa. Bila dQ hantar dia balik rumah last night pun dia kata mak dia ni pun tak balik lagi dari kerja. Dalam hati dQ, agak-agak kalau dQ jadi parent nanti, dQ pun akan jadi macam tu juga ke? Kerja.. kerja dan kerja? Hantar anak-anak pergi sekolah, pergi tuisyen.. pastu yang penting akhir tahun dapat no. 1. Macam tu ke?? Nauzubillah.. moga-moga la di jauhkan.

Kepada ibu bapa semua, mungkin perlulah curi masa sedikit demi keselamatan anak-anak ni. Mana yang dQ boleh tolong biasanya memang dQ tolong hantar dulu. Bukan apa, kesian budak-budak ni. Walaupun parent dQ dulu sibuk, tapi abah tetap ambik dQ balik sekolah. Selagi abah tak sampai, terpaksa tunggu depan sekolah sampai abah datang. Pernah dQ tumpang orang yang dikenali tapi bukanlah rapat, habis dQ kena marah sebab orang tu lelaki. Mak abah dQ risau kalau orang tu ambil kesempatan. Dah la kita tak rapat dengan dia. Mak kata, abah lambat ambil macam mana pun, kena tunggu. Kecuali orang yang betul-betul rapat je baru mak abah bagi excuses. Kalau tak, abah lambat 2 jam.. tunggulah dQ 2 jam kat situ.
 Ni tempat dQ tunggu depan sekolah dulu..T_T.

InsyaAllah ada masa, dQ ada idea, dQ buat entri lagi pasal keselamatan ni. Kalau nak cerita semua jenuh juga korang semua nak membacanya.

Jumpa di entri seterusnya!!

1 comment:

  1. GREAT!!ENTRY SGT MENITIKBERATKAN KESELAMATAN RAKYAT..Tet!


    ...'pastikan keselamatan adalah darah daging anda'..huhu...

    ReplyDelete

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!