Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Saturday, August 13, 2011

Resipi Bajet,Mudah&Murah #2 : Nasi Bersalut Pucuk Labu [Korean++ Recipe]

 
Resepi dQ yang 1st ni memang different sket la..
Masakan ni dQ cedok daripada Korea..
Sangat simple but the taste not so simple la.. Ehh.. terasa nak nyanyi Mr.Simple pulak..
dQ get tis idea from show 'Invincible Youth'..
Memang feveret dQ la rancangan TV Korea nih!!
Tapi dQ dah tukar sket bahan2 kecuali bahan utama la..
Dan masakan ni dQ call... Nasi Bersalut Pucuk Labu!!

Bahan-bahan (1 person)
 Biasa dQ cari pucuk labu ni kat JUSCO
Kalau sesiapa ada tanam labu tu boleh usha-usha la pucuk labu nya tu..
Petik je..:P

Yang ni sila jangan tanya nak cari kat mana..

Bahan A
 Udang (10 ekor)
Sebiji telur
Daun kari ikut suka
Bawang besar (hiris bulat-bulat)
Bawang putih (hiris nipis)
serbuk kunyit
cili padi (dihiris nipis)
garam secukup rasa
minyak secukupnya
Cara-cara memasak :
1. Gaulkan udang dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan sedikit minyak. 
3. Apabila minyak panas, masukkan cili yg dihiris, bawang besar, bawang putih dan daun kari. Tumis hingga naik bau
4. Kemudian masukkan udang yang digaul bersama garam dan serbuk kunyit.
5. Apabila udang sudah hampir masak, pecahkan telur dan gaulkan seperti telur hancur.
6. Tambah sedikit garam jika kurang rasa
7. Sedia untuk dihidang pabila cukup masak
.
.
jadi la rupa di bawah ni
.
.
8. Ambil daun labu yang sudah siap dicelur dan ditoskan
9. Letakkan nasi dan sedikit udang kedalam daun labu yang agak lebar. Buat seolah-olah dibalut.


TADAA!!!


Dan siap!!! Bolehla buat perkara yg sama dengan pucuk labu yg seterusnya.
Nak makan dengan nasi macam tu sahaja pun boleh je.
Tapi bagi dQ lebih terasa lazat kalau balut nasi dan udang tu.
Selain udang, nak guna lauk lain seperti ayam pun boleh juga!!

Sila cuba ye kawan2!! Jangan tak try pulak!!
Bolehla cuba untuk buka puasa ataupun sahur!!

1 comment:

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!