Kipas-susah-mati

Google+ Followers

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Thursday, September 29, 2011

Destination #6 : Outing - Pantai Morib je pun...

Last Saturday dQ outing dengan 'Orang Sebelah' tapi bukan berduaan k.
'Orang Sebelah' bawa nephew dia yang blurr- Iwan.
dQ suruh bawa semua sekali adik and kakak Iwan sekali, tapi 'Orang Sebelah' insist pula.
Dia kata anak-anak buah dia tu macam-macam karenah.
Si kakak, Lia - macam-macam nanti dimintanya, maklumlah dah 9 tahun. Dah pandai pilih memilih.
Si adik, Jiji - kuat makan. Tak cukup mee sup, dia minta kueyteow goreng. Padahal badan keding je macam Uncle dia.
Si bongsu, Piqa - kaki buli.Muka comel gila tapi suka pukul kakak abang dia kalau tak puas hati.


Lia-Piqa-Iwan.. Eh, mana Jiji???

Last-last bawa je lah si Iwan sorang.
Si Iwan ni pula bukan main eksited lagi.
Dalam kereta dah duduk melompat-lompat.
Padahal kiteorang nak pergi Pantai Morib je.
Macam lah dia tak pernah pergi.
Lainlah kalau kiteorang nak pergi Pantai Maldives ke, Pulau Jeju ke.. logik jugaklah kalau nak overeksited pun.
Tapi kalau cakap nak pergi Maldives or Pulau Jeju pun, macamlah si Iwan tu tau kat mana.
Entah-entah kalau cakap Port Dickson pun dia blur jugak.
Mana taknya, si Iwan ni kalau dQ tanya soalan je, lambat je dia nak tangkap.
Dia pikir lama sikit baru dia jawab.

Masa dalam perjalanan tu dQ tanyalah Iwan ni satu soalan cepu emas.

dQ : Iwan, antara papa dengan Uncle Edy mana lagi Iwan sayang?
Iwan dah muka blurr dah. Dia gigit jari.
Orang Sebelah : Iwan, auntie tanya tu.. Iwan lagi sayang Uncle ke papa?
Eh, lebih-lebih lak 'orang sebelah' ni. Eksited la tu nak tau jawapan anak buah kesayangan dia ni.
Iwan tersengih-sengih malu-malu sambil gigit jari. Dia dah ada jawapan la tu.
Orang Sebelah : Iwan, cepatlah. Uncle nak tau ni..
Bukan main tak sabar lagi 'Orang Sebelah' ni. Ish.. ish.
Iwan : Uncle Edy... [slow je dia jawab sambil tersengih-sengih]
Uncle Edy aka 'Orang Sebelah' apa lagi, sengih sampai ke telinga la. Bukan main lagi.
Haduila Iwan oii.. tau dek papa ko ni, alamat tak dapatlah Uncle Edy ko tu jejak kaki ke sana.
Banned terus!! Huhu..

Tak lama lepas tu kiteorang pun sampaila di Pantai Morib. Berjalan-jalan kejap.
Then nampak tower pengawal kat tengah-tengah tu.

Orang Sebelah : Iwan nak naik atas ni?
Iwan : Taknak! Ada Setan!!
Orang Sebelah : Hah? Setan?. dQ dengan Orang Sebelah pulak blurr. Budak ni nampak setan ke?
dQ : Kat mana ada setan?
Si Iwan ni blurr. Dia tak tau nak jawab apa agaknya.Dia tenung papan peringatan depan dia tu.
Iwan : Ni setan!!
Tak lama dia tenung tu dia tunjuk pada papan peringatan tu. Tergelak dQ dan Incik Orang Sebelah.
Haduila Iwan oii.. itu peringatan supaya jangan berduaan, bukannya ada setan kat menara tu.



Nilah menara tu.. tak rupa menara kan??

dQ ni bawa kamera dQ yang tak hebat sangat macam kamera orang lain tu. Dok sibuk ambil gambar uncle dan nephew tu.
Tetiba teringin juga nak bergambar denngan Incik 'Orang Sebelah'.
Si Iwan yang 7 tahun tu jadi mangsa. Suruhla dia yang tak pernah pegang dslr tu ambik gambar kiteorang ni.
Peh.. ada bakat rupanya anak buah 'Orang Sebelah' ni.
Dah duk ambik-ambik gambar, dia jadi addicted. Semua benda dia jumpa dia nak ambik gambar.
So, banyaklah gambar-gambar yang unrated dalam memory card dQ ni.
Layankan je la. dQ sempat pesan lagi dengan Iwan sebelun kiteorang balik tadi.
'Iwan nanti balik minta dslr dengan papa tau. Cakap nak yang macam auntie punya..'
Haha. Ayat tak boleh blah.
Budak tu cakap betul dengan papa dia, alamat dQ.. tak leh jejak dah nanti ke rumah 'Orang Sebelah'.
Uhuhu...

Review sajelah yer...














Tuesday, September 27, 2011

Super Junior A-cha already released!!

dQ memang gila KPOP. I knew that. Told me what i don't.

Just want inform here to all readers, followers or even passer by.. the Super Junior repackage 'Mr. Simple' album already out!!


Ihsan Pakcik Google yang baik hati

To all fellow ELF maybe already noticed this but who's don't, kindly noted. And to new-kpopers welcome to KPOP World!! Support Super Junior!! Okay, who dont even know what is KPOP or don't even like KPOP, please ignore. Forcing just not my style, ahah.

i am a big fan of Super Junior. Maybe not big as any other E.L.F but i still consider myself as an E.L.F because my passion to Super Junior is more than any KPOP group/celebs.And with A-cha MV that already out.. i'm totally nose bleed you know!! They are totally SuperHot! Hot! Hot! Kalah Hotfm k..

Anyway, please take a look at their new MV - A-Cha!!

Sangat love love love... Like love love love okey..
Okay, i should stop now .

Bye bye!!

Saturday, September 24, 2011

Takoyaki.. Nyummy!!

Jika menurut Incik Wiki Wiki, takoyaki ataupun secara literalnya sotong goreng ataupun grill merupakan sejenis makanan Jepun. Makanan popular yang berbentuk bola ataupun bulat ini juga dikenali sebagai Dumpling Jepun.

Makanan ni merupakan kegemaran dQ sejak diperkenalkan pada dQ pada tahun 2007 oleh kawan baik dQ, Feruz (haha.. dia memang banyak perkenalkan perkara menarik pada dQ). Sejak hari tu memang kalau ke MidValley ataupun Jusco Bukit Tinggi, mesti dQ akan belilah.

 Tengok plastik di depan dQ tu!! Ada 3 bungkus dQ beli! Tamak kan?? Haha..

 Ah..juicy takoyaki.. Ni yang rasa nak ke JJ Bukit Tinggi petang ni!

 Sibuk makan sambil tengok phone.. oh, dQ memang sangat multitasking!! haha..

 Inilah rupa bekas tako kalau beli di JJ Bukit Tinggi! Sesiapa nak beli, boleh cari di groundfloor, depan supermarket, sebelah La Boheme...

 Ni pula dQ and girls makan takoyaki di Mines

 Pehh.. meleleh air liur tengok Cik Naz ni makan ... wuuu..

Ni yang kena cepat-cepat balik banting ni. Nak ajak Incik 'Orang Sebelah' gi cari takoyaki... uhuhu..
Jumpa lagi!!

Tuesday, September 20, 2011

Addicted to KPOP MUSIC MONDAY, Simonandmartina & Eatyourkimchi

Salam to all reader!!
Happy Monday!! Any blues today?? Haha.. i do have.. as always..

So as always on Monday i'll be waiting for my favourite review vids of KPOP on KPOP MUSIC MONDAY! Yeay!! This review were done by a very sweet couple - Simon and Martina!!

You can subsribe their You Tube Account - EatYourKimchi or you can watch from their blog here!!

How do i knew them??
Thanks to my bestie Feruz aka Yoh who introduce me to this addictive video review! Now every Monday i will open You Tube surely.

What the first video review that i watch?
The review video of my favourite song 0330 by UKISS!! With the theme of crazy edition. Crazy huh?


I'm not gonna write any review of the video here but since i already do this entry, there's something that i must say. 'I TOTALLY ADORE THEM'. They are so brilliant, talented and creative. Dont they? They doing the review based on their logical thinking and sometimes we didnt even relize it. [Maybe since many people were obsessed by this kpop storm, maybe we didnt even realize the weirdness or even the unlogical thing in the mv]. That was including me okay since i was obsessed by their look, appearance and music mania. Ahaha..

So, take peek-a-boo at their site!!
Da-da!!

p/s: kindly ignored my grammatically errors since my Manglish were better than these.. Luv.dQ

Sunday, September 18, 2011

Thermometer Card : Penyukat suhu express

Salam semua!

Selamat Hari MALAYSIA buat Malaysia tercinta!! Err.. dQ not too late kan wish for that??
So, how urs holiday? Happening? Fun? Mesti ramai kan yang pergi ke konsert Suara Kami tu? Watching LIVE kat tv nampak happening and crowded gile. dQ dapat ticket.. but sadly tak dapat pergi. Ada weddings and open houses to attend. But it fine, dQ pun tak berapa gemar tempat yang too crowded.. so, no hard feeling, no emotions. Oh, lainlah kalau Super Junior datang and dQ tak dapat nak pergi konsert dia, sure dQ akan emo +++ punyelah. Haha.. that what happening when dQ missed Super Show 2 & 3 kat Malaysia. Stress and emo giler..

Terkeluar dari tajuk pulak. Kalau buat karangan ni sure dQ dapat D. Mana taknya, tajuk tulis lain, baca-baca pendahuluan je langsung tak ada kaitan dengan tajuk. Macammana? Dahla ayat pasar, mixed lagi english malay, belum kira part ejaan lagi tuh. Entah-entah fail. Adoyai karangan apelah yang dQ buat ni kan?

Nak bercerita tentang tajuk entri kali ni : Thermometer Card. Bendanya comel je.

 Kecik je. Tak sampai sejenkal pun

Function as the name as thermometer la. Untuk sukat suhu badan. Tapi card ni cuma ada 3 suhu je. 36, 37 & 38°C sahaja. Cuma lekatkan atas dahi selama 15 saat. Then, tengok suhu berapa.

 Nampaknya suhu badan dQ 36°C. Kira normal la ni. Kalau dah 38°C tu yang kira demam tuh.  

Lepas ni kalau agak-agak rasa panas bolehla guna card ni. Card ni reuseable tau. Nak simpan dalam purse pun tak ada masalah. Card ni manufactured by Taiwan HiPoint Corporation. Tak tau la pulak dQ card ni ada jual ke tak sebab dQ dapat free je. Ehehe..


Saturday, September 10, 2011

Resepi Bajet,Mudah&Murah#3 : Pecal ala Drama

Salam semua!! Jom kita memasak! dQ tak lah hebat memasak, setakat masakan yang simple and express tu bolehlah. Yela, dQ ni sibuk memanjang, tak sempat nak masak makanan yang takes time more than 1 hour. So, kali ni dQ buat makanan feveret dQ tapi dQ dah tambah dan modenkan sikit.

Bahan-bahan:
Seikat daun ranti RM1.00
Seikat pucuk ubi (free sebab dQ petik belakang rumah je, kalau beli kat pasar pun RM1.00)
Seikat kacang panjang RM1.00
Taugeh RM0.50 (kalau nak lagi jimat, guna kacang hijau. Rendamkan dalam 7-8 jam, toskan air dan biarkan 1 malam - 2 malam. Taugeh kacang hijau ni lagi sedap tau!)
Sosej/Hot dog (sebungkus dalam RM3.00 bergantung ikut brand)
Telur 2 biji (RM0.80 ikut size telur)
Tauhu 4 ketul RM1.00
Kuah kacang RM4.50 (dQ beli yang sambal kacang kering and campur dengan air sikit untuk jadikan kuah kacang. Nak buat sendiri pun boleh tapi malas:)

Cara-cara:

1. Rebus daun ranti, pucuk ubi, kacang panjang dan taugeh sehingga masak. Kemudian toskan dan letak di pinggan. Daun Ranti dan pucuk ubi bolehla di potong halus bagi memudahkan dimakan. Kacang panjang pun dipotong kepada beberapa bahagian.
2. Goreng sosej/hotdog dan potong kepada beberapa bahagian. Untuk lebih mudah, beli mini sosej pun boleh.
3. Telur digoreng dadar dan kemudian dihancurkan menjadi telur hancur.
4. Tauhu dipotong kiub dan digoreng sehingga garing.
5. Sambal kacang kering dicampurkan dengan sedikit air supaya menjadi kuah kacang.

Sayur Ranti yang dah dicelur!!

 Sosej

 Taugeh

 Tauhu Goreng

 Telur Hancur

 Pucuk Ubi

 Kacang Panjang

 Kuah Kacang

Dah siap!! Bajet semua dalam RM13.80 untuk 4-5 orang makan!! Yang sambal kacang kering tu still ada balance and boleh simpan dalam bekas kedap udara!!

Selamat Mencuba dan Menjamu Selera!!



Friday, September 9, 2011

Moon Cake Festival!! Apa agaknya rasa mooncake ni? Macam Kuih Raya tak??

Assalammualaikum semua..
Masih dalam mood raya kah? dQ tak sempat pun nak update suasana raya sangat sebab actually dQ tak beraya sakan pun. Gambar raya pun tak banyak. Yelah, macam mana nak ada mood raya kalau 1st day raya kami seisi famili *'geger' dengan condition nenek yang suddenly je jatuh sakit. Haru Biru semua sanak keluarga di buatnya. Ya Allah, sangat menakutkan suasana tu. Sekarang ni dQ taknak cerita dulu pasal condition nenek, tapi nak cerita pasal Moon Cake Festival yang sekarang ni sedang berlangsung.

Actually dQ tak pasti date sebenar Moon Cake festive ni tapi petang semalam my luvly Manager give dQ one box of Tai Thong Moon Cake. dQ confused jugak, halal ke Tai Thong Moon Cake ni? Kalau perati outside box memang was was lah. Tapi bila buka dalam baru nampak logo halal tu. Lagipun eventhough manager dQ tu chinese, tapi dia akan cari makanan halal untuk muslim2 yang ada di ofis. Yang sesetengah Muslim pulak langsung tak kisah pun pasal halal haram. Semua dia tibai.. Pelik dunia ni kan?
Nila rupa outside box Moon Cake nih
Jeng jeng jeng.. bila tgk dalam ada logo halal.. Yeay!! Bolehlah rasa..:)
Ada 4 jenis Moon Cake dalam box ni.. putih, hitam, coklat dan choco..
1. Putih - Snowy White Lotus Sesame with Custard
2. Hitam - Charcoal Infused Mocha Milk Tea
3. Coklat - Jade Custard
4. Choco - Savoury White Lotus with Shrimp Sambal

Pergh.. semua mcm perisa exotic je..
Ni yang buat dQ taktau nak makan yang mana nih..
Ermm.. choose yg inilahh..
*
*
*
*
*
*

Charcoal Infused Mocha Milk Tea yang colour hitam ni!!
Looking so sexy and sangat menggoda nafsu makan dQ oke!!

Nila rupa isi dalam Charcoal Infused Mocha Milk Tea tu..

Rasa Moon Cake ni??
Yang Hitam ni rasa dia tak manis.. ada rasa exotic Mocha.. pahit pahit sikit gitu..
Oh.. sangat different dengan last time dQ rasa..
Sangat manis sampai tak termakan.. tak tau perisa apa..
so, dQ prefer makan yang macam ni yang kurang manis..
Elok untuk kesihatan...:)

Oh, yang putih tu juga sangat menggoda!! Wait for me oke!!
P/S : Oh ya! * Geger tu bahasa jawa yang mana kalau translate ke Melayu jadi Tangisan/ Huru hara