Kipas-susah-mati

Google+ Followers

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Thursday, September 29, 2011

Destination #6 : Outing - Pantai Morib je pun...

Last Saturday dQ outing dengan 'Orang Sebelah' tapi bukan berduaan k.
'Orang Sebelah' bawa nephew dia yang blurr- Iwan.
dQ suruh bawa semua sekali adik and kakak Iwan sekali, tapi 'Orang Sebelah' insist pula.
Dia kata anak-anak buah dia tu macam-macam karenah.
Si kakak, Lia - macam-macam nanti dimintanya, maklumlah dah 9 tahun. Dah pandai pilih memilih.
Si adik, Jiji - kuat makan. Tak cukup mee sup, dia minta kueyteow goreng. Padahal badan keding je macam Uncle dia.
Si bongsu, Piqa - kaki buli.Muka comel gila tapi suka pukul kakak abang dia kalau tak puas hati.


Lia-Piqa-Iwan.. Eh, mana Jiji???

Last-last bawa je lah si Iwan sorang.
Si Iwan ni pula bukan main eksited lagi.
Dalam kereta dah duduk melompat-lompat.
Padahal kiteorang nak pergi Pantai Morib je.
Macam lah dia tak pernah pergi.
Lainlah kalau kiteorang nak pergi Pantai Maldives ke, Pulau Jeju ke.. logik jugaklah kalau nak overeksited pun.
Tapi kalau cakap nak pergi Maldives or Pulau Jeju pun, macamlah si Iwan tu tau kat mana.
Entah-entah kalau cakap Port Dickson pun dia blur jugak.
Mana taknya, si Iwan ni kalau dQ tanya soalan je, lambat je dia nak tangkap.
Dia pikir lama sikit baru dia jawab.

Masa dalam perjalanan tu dQ tanyalah Iwan ni satu soalan cepu emas.

dQ : Iwan, antara papa dengan Uncle Edy mana lagi Iwan sayang?
Iwan dah muka blurr dah. Dia gigit jari.
Orang Sebelah : Iwan, auntie tanya tu.. Iwan lagi sayang Uncle ke papa?
Eh, lebih-lebih lak 'orang sebelah' ni. Eksited la tu nak tau jawapan anak buah kesayangan dia ni.
Iwan tersengih-sengih malu-malu sambil gigit jari. Dia dah ada jawapan la tu.
Orang Sebelah : Iwan, cepatlah. Uncle nak tau ni..
Bukan main tak sabar lagi 'Orang Sebelah' ni. Ish.. ish.
Iwan : Uncle Edy... [slow je dia jawab sambil tersengih-sengih]
Uncle Edy aka 'Orang Sebelah' apa lagi, sengih sampai ke telinga la. Bukan main lagi.
Haduila Iwan oii.. tau dek papa ko ni, alamat tak dapatlah Uncle Edy ko tu jejak kaki ke sana.
Banned terus!! Huhu..

Tak lama lepas tu kiteorang pun sampaila di Pantai Morib. Berjalan-jalan kejap.
Then nampak tower pengawal kat tengah-tengah tu.

Orang Sebelah : Iwan nak naik atas ni?
Iwan : Taknak! Ada Setan!!
Orang Sebelah : Hah? Setan?. dQ dengan Orang Sebelah pulak blurr. Budak ni nampak setan ke?
dQ : Kat mana ada setan?
Si Iwan ni blurr. Dia tak tau nak jawab apa agaknya.Dia tenung papan peringatan depan dia tu.
Iwan : Ni setan!!
Tak lama dia tenung tu dia tunjuk pada papan peringatan tu. Tergelak dQ dan Incik Orang Sebelah.
Haduila Iwan oii.. itu peringatan supaya jangan berduaan, bukannya ada setan kat menara tu.



Nilah menara tu.. tak rupa menara kan??

dQ ni bawa kamera dQ yang tak hebat sangat macam kamera orang lain tu. Dok sibuk ambil gambar uncle dan nephew tu.
Tetiba teringin juga nak bergambar denngan Incik 'Orang Sebelah'.
Si Iwan yang 7 tahun tu jadi mangsa. Suruhla dia yang tak pernah pegang dslr tu ambik gambar kiteorang ni.
Peh.. ada bakat rupanya anak buah 'Orang Sebelah' ni.
Dah duk ambik-ambik gambar, dia jadi addicted. Semua benda dia jumpa dia nak ambik gambar.
So, banyaklah gambar-gambar yang unrated dalam memory card dQ ni.
Layankan je la. dQ sempat pesan lagi dengan Iwan sebelun kiteorang balik tadi.
'Iwan nanti balik minta dslr dengan papa tau. Cakap nak yang macam auntie punya..'
Haha. Ayat tak boleh blah.
Budak tu cakap betul dengan papa dia, alamat dQ.. tak leh jejak dah nanti ke rumah 'Orang Sebelah'.
Uhuhu...

Review sajelah yer...














No comments:

Post a Comment

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!