Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Saturday, September 10, 2011

Resepi Bajet,Mudah&Murah#3 : Pecal ala Drama

Salam semua!! Jom kita memasak! dQ tak lah hebat memasak, setakat masakan yang simple and express tu bolehlah. Yela, dQ ni sibuk memanjang, tak sempat nak masak makanan yang takes time more than 1 hour. So, kali ni dQ buat makanan feveret dQ tapi dQ dah tambah dan modenkan sikit.

Bahan-bahan:
Seikat daun ranti RM1.00
Seikat pucuk ubi (free sebab dQ petik belakang rumah je, kalau beli kat pasar pun RM1.00)
Seikat kacang panjang RM1.00
Taugeh RM0.50 (kalau nak lagi jimat, guna kacang hijau. Rendamkan dalam 7-8 jam, toskan air dan biarkan 1 malam - 2 malam. Taugeh kacang hijau ni lagi sedap tau!)
Sosej/Hot dog (sebungkus dalam RM3.00 bergantung ikut brand)
Telur 2 biji (RM0.80 ikut size telur)
Tauhu 4 ketul RM1.00
Kuah kacang RM4.50 (dQ beli yang sambal kacang kering and campur dengan air sikit untuk jadikan kuah kacang. Nak buat sendiri pun boleh tapi malas:)

Cara-cara:

1. Rebus daun ranti, pucuk ubi, kacang panjang dan taugeh sehingga masak. Kemudian toskan dan letak di pinggan. Daun Ranti dan pucuk ubi bolehla di potong halus bagi memudahkan dimakan. Kacang panjang pun dipotong kepada beberapa bahagian.
2. Goreng sosej/hotdog dan potong kepada beberapa bahagian. Untuk lebih mudah, beli mini sosej pun boleh.
3. Telur digoreng dadar dan kemudian dihancurkan menjadi telur hancur.
4. Tauhu dipotong kiub dan digoreng sehingga garing.
5. Sambal kacang kering dicampurkan dengan sedikit air supaya menjadi kuah kacang.

Sayur Ranti yang dah dicelur!!

 Sosej

 Taugeh

 Tauhu Goreng

 Telur Hancur

 Pucuk Ubi

 Kacang Panjang

 Kuah Kacang

Dah siap!! Bajet semua dalam RM13.80 untuk 4-5 orang makan!! Yang sambal kacang kering tu still ada balance and boleh simpan dalam bekas kedap udara!!

Selamat Mencuba dan Menjamu Selera!!



1 comment:

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!