Kipas-susah-mati

Google+ Followers

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Wednesday, December 14, 2011

Episod Duka Berterusan

Salam ukhwah buat semua,

Baru-baru ini kami dikejutkan dengan pemergian kakak kepada Abah, iaitu Wak Mi pada tanggal 20 Oktober lepas (sila refer entri ini). Genap 50 hari selepas pemergian arwah, kami sekeluarga cucu cicit Miro@Hj Abdullah bin Wirodikromo dikejutkan sekali lagi dengan pemergian anak sulung arwah, merangkap sepupu aku - Arjuna bin Rahim atau lebih dikenali sebagai Abg Ar.

Memang quite shock la. So sudden. Memang before tu arwah pernah hospitalize di Hospital Kajang sebab Paru-paru berair, tapi lepas 3 hari, arwah dibenarkan keluar. Kalau mengikut cerita my cousins yg lain, lepas je keluar hospital, arwah balik kampung (Banting) dan melawat adik-adiknya yg menetap di sana.Adik beradik arwah ramai, mostly semua memang duduk di Banting, cuma ada 3 orang yang menetap di Johor.

Dari satu rumah ke satu rumah adik-adik arwah lawati, kemudian masa di rumah kampung, arwah sesak nafas. Terus hantar ke Hospital Putrajaya. Terus masuk ICU.

Malam Jumaat tu anak arwah mesej dgn aku, inform arwah dah tenat. Esoknya, adik arwah pun inform sekali lagi pada aku yang keadaan arwah sangat kritikal. Dan pada hari Sabtu, dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya, mak call inform arwah dah tak ada. Terkilan rasanya tak dapat melawat arwah.

Sampai sekarang, masih terngiang-ngiang kata-kata terakhir arwah padaku..

"Jiah, ko rajin-rajinla balik kampung selalu sementara mak bapak ko ada. Rajin-rajinla jenguk mereka.. Kalau boleh tiap minggu balik pun tak apa.." Tiap kali teringatkan kata-kata ni, mesti aku sedih sangat. Nasihat arwah ni memang akan aku pegang, InsyaAllah.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang Soleh. Amin. Al-Fatihah.


Takziah buat keluarga arwah. Selepas kehilangan satu permata, mereka kehilangan  satu lagi tempat bergantung. Semoga mereka terus tabah menghadapi dugaan ini.

1 comment:

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!