Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Wednesday, March 28, 2012

B2B : Kad Kahwin/Wedding Card *update

Lama tak update blog ni. Almaklumlah, sibuk memanjang. Ni pun curi masa sebab nak release minda daripada numbers. Ahaks.

Sekarang ni progress for the Wedding masih dalam Fasa 1. Tak banyak yang i buat. Try settlekan HIV Test & Borang nikah by next week. Incik Tunang masih bergelut dengan borang nikah dia. Suka betul tangguh-tangguh. Geram dengan dia.

My parents pun dah push-push untuk beli katil la, booking pelamin la, kad kahwin la, tema majlis la. Macam-macam. Dahlah kat office pening dengan Invoice yang menggunung. Kat rumah pening pulak dengan planning-planning nih. Adess.

Kalau ikut i nak buat simple je tapi memandangkan mak i macam excited terlebih, i tak boleh nak buat apelah. Ikutkan jela.

Kali ni i nak review sikit tentang kad kahwin or wedding card. Ikut plan asal, i nak design and print out sendiri. Tapi sebab sibuk dan penyakit 'malas' melanda, so i tempah je la. Senang dan mudah. Mudah mudah pun tak mudah mana pun, survey punyalah banyak untuk wedding card ni tapi mostly semua mahal.

Banyak tempat jugalah survey terutama area Banting tapi i can't afford la. Bukan nak kedekut tapi for me macam tak berbaloi nak spend too much for cards. Kebanyakkan kita bukan simpan pun kad tu. Alih-alih buang juga. So, i try pula la survey online. Banyak juga tawaran menarik. Yang paling penting cantik dan berbaloi dengan harga.

So, i nak share la a few of online shop yang do this printing wedding card. I pun dah booking earlier with one of them. Design memang cun, harga pun berbaloi. Plan nak order 300pcs je terus tambah jadi 1000pcs. Senang.

1. Srikandi Kreatif - I order with them. Design cantik. Urusan pun mudah. Harga pun berpatutan. Just bayar deposit RM50, and then they will design for me. Ikutla nak yang macammana or kaler apa. Harga siap dengan delivery & design cost.


                                     Contoh kad dari Srikandi Kreatif - Comel & Nice kan?
2. Kad Kahwin Borong -  Harga memang harga borong. Design pun cantik dan menarik. Nak beli kad kosong secara borong sahaja pun boleh. Ada cawangan di seluruh Malaysia.


If nak buat kelainan, boleh try kad kahwin note pad & kalendar ni!

3. KadMurah.com - Pun banyak pilihan menarik. Rambang mata dibuatnya! Siapa yang suka design urban, ini memang pilihan terbaik!




Design-design dia sangat cool, kemas dan rapi. Tak serabut.


Sebenarnya banyak lagi yang menawarkan tawaran menarik tapi ini antara yang i dapat, so kalau ada yang planning nak buat majlis by end of this year, bolehla survey awal-awal dulu. Plan siap2 nak design macammana. Takla jadi macam i ni. Kelam kabut! Ahaks.

*Update - another list for kad kahwin online..

1. Blog kad kahwin
2. Kad Kahwin 2u
3. MyKad Kahwin
4. Kadkahwinku
5. Kadkahwin Pino

Monday, March 12, 2012

Kisah Klasik 1 : KOKO

Zaman dulu yang tak berapa nak dulu.Kalau kira-kira guna sempoa adalah lebih kurang 15 tahun lepas. Eh, takkan SEMPOA pun tak tau apa dik? Sob.. sob.. nampak sangat i ni dah tua remaja..

Takpela, next time i cerita pasal sempoa. Untuk hari ni nak cerita tentang KOKO KRUNCH. Koko sahaja oke!. Kalau para readers semua search kat google 'KOKO' akan terpampang salah satu result carian tu adalah Koko (Gorilla). Bukan Gorilla oke, tapi buah koko. Atau in English orang sebut CACAO. Kalau sesiapa yang main games Chocolatier tu taulah kot jenis-jenis Cacoa nih. Bahasa sains dia pula Theobroma Cacao dari keluarga Sterculiaceae. 

Ok. Banyak melalut pulak kan. Nak cerita la zaman dulu tu, keliling rumah arwah nenek i memang penuh dengan pokok koko ni. Dulu nak beli Cikedis kan mahal, so buah koko ni la jadi halwa anak tekak i dan sepupu sepapat i. Buah koko yang masak kaler dia kuning, ala-ala kuning diRaja gitu. Kalau mentah, warna kulit dia still hijau lagi. 

Kulit buah koko setau i tak boleh makan. Tak taula pulak kot kot ada yang pernah tertelan. Biasanya yang kami baham cuma biji koko tu je. Nak makan buah koko ni ada cara. Kalau tak, anda takkan dapat kepuasan. Kulit buah koko ni keras, cara nak buka dia pada masa tu adalah dengan membaling buah koko ni sekuat hati ke jalan tar. Serius tak tipu. Kalau tak pun kami baling kat simen kaki lima sekolah mengaji.

Baling kena sekuat hati. Pegang buah koko yang bujur tu kemas-kemas. Angkat tangan ke atas dan hempas buah koko tu sepenuh hati. Kalau pecah terburai isi koko tu kira ko hebat la tapi kalau retak sikit-sikit tu, sila cuba lagi lah ye. Aktiviti ni sangat sesuai untuk melepaskan geram, sebab tu dulu tak ada kes pukul. Sebab kami cuma hempas buah koko je. Tak adela sampai nak hempas kepala orang.

Isi buah koko ni putih-putih gitu. Tapi yang boleh makan cuma selaput putih tu je la. Biji dia jangan makan pulak. Pahit. Lepas makan, biji tu jangan buang merata-rata. Membazir. Lepas dah hisap habis selaput putih tu, simpan biji dia dan lepas tu boleh keringkan. Dah kering boleh proses jadi biji koko untuk buat cekelat tu.Tu pun kalau masih lalu lagila nak proses biji yang dah melekat dengan air liur tu.

Kalau ada arwah nenek, beliau rajin la kutip buah koko ni and then biji koko dikeringkan atas zink atap. Bila dah cukup kering, adalah sorang apek naek basikal ni akan beli biji koko ni dari arwah nenek. Tapi itu semua dulu. Sekarang, pokok koko pun dah tak ada. Pakcik dah ganti dengan pokok petai, dukung, rambutan dan sukun. Oh, rindu sungguh nak menghempas buah koko ni. Lepas tu duduk lepak tepi jalan or tepi longkang duk makan biji koko.

Sekarang, dah tak ada koko, orang duk main hempas-hempas kepala orang pula kan. Apalah nasib. Cuba tengok, sama ke buah koko ni dengan kepala orang???

 buah koko
crdt: Google

isi koko
crdt: Incik Wiki


Friday, March 9, 2012

Oppa Oppa >> so addictive << also EunHae!!

Almost 2 months this song already out to the public, but still, the song just like kept streaming online in my head. Dunno why but i kept mumbling myself of this Oppa Oppa!! >> not to mention how much i love the handsome of Oppa Oppa dance!!

Its so funky and more to retro club music, but still it so addictive. Who ever not yet listen to this song... please listen it!! It Ohsem!!!

Luv the MV by Shindong!! Its much better than the MV by SM. [SM = Siti Maziah?'its me'] :P

Saturday, March 3, 2012

Siput pahat, siput buluh dan ambal

Tiga nama namun serupa bentuknya.

Kalau ikut cik wiki, siput ni merupakan sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Ni kira makanan eksotik la ni.

Dijumpai di area Selangor, Terengganu, Sabah dan juga Sarawak.

First time i makan last year di Banting sendiri. Memandangkan i ni orang kampung, so sangat jaranglah untuk menjejak kaki ke restoran untuk makan luar ni, lebih-lebih lagi di kampung sendiri. Mak i ada masak kat rumah takkan i nak makan luar pulak kan??

Tapi that day i invited by my new colleagues to makan-makan with them. So, i agree je. Orang belanja kan. Thehehehe..

I sampai-sampai diorang dah order makanan and air dah. Lepas tu makanan terus dihidang. Memang langkah kanan lah hari tu. Diorang ada order benda 'siput pahat' ni. Tengok macam pelik juga tapi i tengok the guys makan dengan rileksnye, so i pun try juga la.

Perghh.. sedap jugala bagi i. Dan after that nite, everytime i balik Banting, i mesti ajak incik tunang or my siblings untuk makan kat situ.

Favourite i mestila Pahat masak cili kering. Memang marvellous!!

Hehe.. i ingat makan je, so terlupa nak ambil gambar sebelum dimasak.

Oh ya, nama restoran ni Restoran Juvita. Terletak di Jalan Besar, Kg. Kanchong Darat, Banting. Dan harga bagi pahat ni, 100g = RM3.00. 

Mehla try rasa pahat ni. Kalau peminat makanan seafood memang rugila kalau tak try.

Oh ya, google punya google,  i found the picture of pahat before cooked. So, take a look!

Tq to Mr. Google!! if not mistaken this pic came from here.