Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Monday, March 12, 2012

Kisah Klasik 1 : KOKO

Zaman dulu yang tak berapa nak dulu.Kalau kira-kira guna sempoa adalah lebih kurang 15 tahun lepas. Eh, takkan SEMPOA pun tak tau apa dik? Sob.. sob.. nampak sangat i ni dah tua remaja..

Takpela, next time i cerita pasal sempoa. Untuk hari ni nak cerita tentang KOKO KRUNCH. Koko sahaja oke!. Kalau para readers semua search kat google 'KOKO' akan terpampang salah satu result carian tu adalah Koko (Gorilla). Bukan Gorilla oke, tapi buah koko. Atau in English orang sebut CACAO. Kalau sesiapa yang main games Chocolatier tu taulah kot jenis-jenis Cacoa nih. Bahasa sains dia pula Theobroma Cacao dari keluarga Sterculiaceae. 

Ok. Banyak melalut pulak kan. Nak cerita la zaman dulu tu, keliling rumah arwah nenek i memang penuh dengan pokok koko ni. Dulu nak beli Cikedis kan mahal, so buah koko ni la jadi halwa anak tekak i dan sepupu sepapat i. Buah koko yang masak kaler dia kuning, ala-ala kuning diRaja gitu. Kalau mentah, warna kulit dia still hijau lagi. 

Kulit buah koko setau i tak boleh makan. Tak taula pulak kot kot ada yang pernah tertelan. Biasanya yang kami baham cuma biji koko tu je. Nak makan buah koko ni ada cara. Kalau tak, anda takkan dapat kepuasan. Kulit buah koko ni keras, cara nak buka dia pada masa tu adalah dengan membaling buah koko ni sekuat hati ke jalan tar. Serius tak tipu. Kalau tak pun kami baling kat simen kaki lima sekolah mengaji.

Baling kena sekuat hati. Pegang buah koko yang bujur tu kemas-kemas. Angkat tangan ke atas dan hempas buah koko tu sepenuh hati. Kalau pecah terburai isi koko tu kira ko hebat la tapi kalau retak sikit-sikit tu, sila cuba lagi lah ye. Aktiviti ni sangat sesuai untuk melepaskan geram, sebab tu dulu tak ada kes pukul. Sebab kami cuma hempas buah koko je. Tak adela sampai nak hempas kepala orang.

Isi buah koko ni putih-putih gitu. Tapi yang boleh makan cuma selaput putih tu je la. Biji dia jangan makan pulak. Pahit. Lepas makan, biji tu jangan buang merata-rata. Membazir. Lepas dah hisap habis selaput putih tu, simpan biji dia dan lepas tu boleh keringkan. Dah kering boleh proses jadi biji koko untuk buat cekelat tu.Tu pun kalau masih lalu lagila nak proses biji yang dah melekat dengan air liur tu.

Kalau ada arwah nenek, beliau rajin la kutip buah koko ni and then biji koko dikeringkan atas zink atap. Bila dah cukup kering, adalah sorang apek naek basikal ni akan beli biji koko ni dari arwah nenek. Tapi itu semua dulu. Sekarang, pokok koko pun dah tak ada. Pakcik dah ganti dengan pokok petai, dukung, rambutan dan sukun. Oh, rindu sungguh nak menghempas buah koko ni. Lepas tu duduk lepak tepi jalan or tepi longkang duk makan biji koko.

Sekarang, dah tak ada koko, orang duk main hempas-hempas kepala orang pula kan. Apalah nasib. Cuba tengok, sama ke buah koko ni dengan kepala orang???

 buah koko
crdt: Google

isi koko
crdt: Incik Wiki


1 comment:

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!