Kipas-susah-mati

Google+ Followers

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Wednesday, July 11, 2012

Review #1 : Engagement 13032011 Part 1

I know.. you all will like... WHATTT?? Dah setahun baru nak review about engagement? Yup. I memang sengaja. Sebab abang i advice tak elok sebarkan gambar-gambar engagement kita sebelum sah. Terutama gambar yang ada gambar kita dengan tunang kita.Takut ada orang dengki. I hormat nasihat abang i tu and i follow. Yela. Bukan i rugi apa-apa pun kan?

So, since both of us dah official as husband + wife, bolehla i show off majlis engagement i yang tak seberapa tu. Kiranya i simpan gambar-gambar ni dah 1 Tahun  and almost 4 month. Kekeke.

Majlis ni berlangsung seminggu sebelum Majlis Bertandang kakak-kakak ipar i. So malam tu family i ada buat kenduri rewang (kira nak jemput orang kampung datang rewanglah), jadi sekalikan je la dengan i punya engagement. Senang, tak payah family i nak buat majlis banyak kali.

1. Tema
Purple Cream. Sebab husband i suka sangat purple walaupun i tak suka. So i ikutkan je la dia punya taste tu.

credit to Google.
Konon ala-ala macam ni la kan.

2. Makanan Tetamu
Biasalah kalau orang kampung macam i ni of coz sedara mara dan juga jiran tetangga yang datang    merewang untuk masak memasak. Lagi-lagi kalau majlis bajet macam i ni. Dapat save banyak duit dari nak tempah katering tu. So, makanan memang i tak payah risau coz my mum akan settlekan semuanya.

3. Pelamin Mini
Pelamin ni memang i spoil sikit. Disebabkan i sibuk, tak dapat cuti awal dan sibuk juga uruskan hal majlis abang-abang i, so pelamin i hanya dapat difikirkan dan dibuat on the spot pada hari yang sama jam 11 pagi. Majlis nak berlangsung pukul 2 oke! Gila kelam kabut tak i ni . Dengan menyiapkan hantaran lagi, memang semua i buat seorang sebab orang lain include adik-adik i and makcik makcik i sebuk dengan majlis bertandang untuk next week tu.Malah, bila i merungut, mak i salahkan i balik sebab gatal nak buat majlis sekali. Sabar jela. Mak, anak mak ni nak cut cost.. that why la nak buat majlis sekali. Tengok pelamin i ni.. sob sob.. memang simple sangat. Nak letak bunga pun tak sempat sebab mak andam dah sampai and i tak mandi lagi!!

See.. sangat simple kan. Sebab i tak jumpa lansir purple mak i, i pun kidnap je la kaler gold. Balun je lah kan. Nasib baik ada butterfly tu. Dapatla i tepek dua tiga ekor. Tapi da jatuh da dua ekor, tinggalla seekor. Sob.. sob..

4. Hantaran
Semua pun i yang buat. Ok. Fine mak i ada tolong. I tak cukup kretif nak buat sorang-sorang. Poning den nanti. Luckily my officemate that time sedekahkan kat i bekas gabus hantaran kahwin adik dia dulu, so i recycle sajelah. Senang sikit kerja i. Tak yah nak cari and beli baru. So i just tambah sikit accessories je lah. Settle. 

Hantaran dari pihak i ialah 11. 
1. Sirih junjung (tak junjung pun tapi cucuk je)
2. Kain pelikat (mak i yang lipat buat ala-ala baju kemeja)
3.Tuala (I bergabung dengan mak i untuk buat bunga tapi mostly mak i buat. haha)
4. Bunga rampai (i kerahkan tenaga adik i untuk petik bunga and daun pandan serta ricih-ricih menjadi bunga rampai. tradisional gitu.)
5. Buah-buahan
6. Gula-gula lollipop
7. Sejadah yang mak i jahit menjadi bentuk bantal
8. Coklat bola yang i tabur je
9. Coklat duit pun i tabur je sebab tak ada idea. (Konon nak buat kotak treasure tapi tak ada masa so tabur je la labu..)
10. Kain pasang untuk persalinan (Kiteorang buat baju nikah)
11. Kek yang tempah je pun.
Kain lapik hantaran tu i guna yang abang i punya dulu. Senang sikit matching sebab kaler krim.


Penat pulak i menaip ni. Nanti i sambung Part 2 eh, nanti bosan pulak baca panjang lebar.. kekeke..

No comments:

Post a Comment

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!