Kipas-susah-mati

Google+ Followers

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Thursday, August 2, 2012

Kisah Klasik 2 : Main Masak-masak

Zaman i dulu bukan perempuan je main masak-masak. Lelaki pun sama. Kiranya dulu Jr Masterchef dah wujud dulu dah. Eh, apa kes kalau masak-masak yang permainan tu. Tak mainla yang permainan or guna play doh tu. Tak boleh nak rasa. Lagipun zaman tu mana mampu. Permainan semua mahal. Kalaula mak bapak ko belikan ko anak patung kat pasar malam tu pun dah kire bertuah tau.

Selalu dulu kalau nak main masak-masak akan ada orang yang jadi bapa, emak dan anak-anak. Kalau jadi bapa, kerjanya pergi keje lepastu balik keje rehat-rehat kat rumah. Kalau jadi anak-anak kejenya main-main jela. Tak pun besar sikit pergi sekolah. Paling tak best bila jadi mak sebab kena kemas rumah, jaga anak, masak dsb. Memang tak bestla kalau undi kena jadi mak. Semua kerja kena buat.

Tapi part paling best, bila part masak.. yela, dah nama pun masak-masak mestilah masak best. Tapi i think makan lagi best. Hehe.. Tau tak feveret menu we all dulu untuk masak-masak? Kebanyakkannya benda yang boleh dibakar or rebus. Tapi ada juga yang makan fresh-fresh pun boleh. Antara menunya;

1. Ubi kayu
2. Ubi keledek
3. Keladi keledek
4. Jambu air
5. Belimbing
6. Sengkuang
7. Timun
8. Ikan kembung - kidnap dari dapur
9. Tempe - pun kidnap jugak
10. Kelapa sawit - makanan paling spesel.. wahaha..

Kelapa sawit?? Biar betul?? Yup. kelapa sawit bakar. Biasanya bakar sekali dengan ubi kayu or keladi or keledek. Perhh.. rasa lemak berkrim macam tu. Tryla. Ada beran??

No comments:

Post a Comment

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!