Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Friday, December 27, 2013

Jenuh cari nama baby...

Salam semua.. Sempena hari Jumaat penuh Barakah ni, di penghujung 2013.. nak kenalkan dengan anak cikpuan.. Sebelum tu nak ceritakan asal usul nama baby girl cikpuan ni.

Sebenarnya sebab sebelum ni ingatkan baby boy, tak pula terpikir nak sediakan nama baby girl. Semua nama boy je. Cikpuan ada jugak reserve satu nama girl. Masa preggy cakap juga dengan husband, kalau tetiba anak perempuan, kita letak nama baby #AreejFiruz yang bermaksud Wangian Indah. Tapi husband refused pulak bila baby dah keluar ni padahal dulu dah agree. Confident sangat baby boy la tu. Hehe. Katanya nama tu terlalu unik.

Kalau ikutkan pada mulanya husband memang nak nama Delisha sebab dia suka nama yang ada Sha. Lagi stu dia nak nama yang ala international sikit. Contoh macam nama anak buah Syaza ataupun nama anak sepupu, Balqisha. Nak letak nama Arissa cikpuan takmau sebab anak sepupu pun ada nama Arissa. So last-last setuju dengan nama Delisha. Okay, dalam internet Delisha ni adalah nama Arab tapi sebenarnya bukan. Asal nama Delisha adalah dari perkataan Latin yang bermaksud kegembiraan. So,  Delisha ni bukan asal nama Arab tapi maksud happiness ni memang husband suka sangat sebab kegembiraan bagi husband ni membawa banyak makna.

After confirm Delisha, husband nak letak Cahaya Delisha, kira Cahaya Kegembiraan lah, tapi mak cikpuan kata macam nama Indonesia. Kenapa tak letak Nur je? Mak tak setuju. Husband pun tanya kawan-kawan dia semua. Kebanyakkannya tak setuju nama Cahaya tu. Terus patah semangat dia nak letak nama Cahaya. Dia nak letak Delisha je. Cikpuan tak setuju la, dahla nama cikpuan bagi dia reject, pastu nak ikut kepala dia je letak nama anak. Penat ibu yang mengandungkan ni tau. Sob..sob..

Cikpuan pun try tanya husband, okay ke kalau letak Zara.. so jadi Zara Delisha. Maksud nama Zara ni Puteri. So nanti jadi Puteri Kegembiraan. Husband kata tak best nama tu pulak. Cikpuan tak putus asa, try proposed lagi. Macammana kalau Hana? Hana Delisha.. Maksud Hana ni banyak. Kalau dalam Jepun Hana ni maksud dia Bunga. Jadilah Bunga Kegembiraan. Kalau Arab pula Hana bermaksud Kebahagiaan ataupun Rezeki. So akan jadi Double Happiness ataupun Rezeki Kegembiraan.

Dan akhirnya.. husband setuju dengan nama #HanaDelisha. Katanya nama Hana tu adalah sikit international. Haha, layankan je la. Alhamdulillah. So, here is my baby boo..


Masa ni baru je lahir. Lebatkan rambut #HanaDelisha?? Sebab internet connection tak berapa nak stabil, gambar lain cikpuan sharekan lain kali okay?

A Summary of my 9 Months pregnancy story Part 3 (Week 21 - 40 )

So sambungan seterusnya...

Bila masuk bulan puasa baru cikpuan bergerak aktif. Yela masa tu husband kekurangan pekerja, so tolong husband kat bazar Ramadhan. Kebetulan husband buka 2 gerai, so agak sibuk la masa tu. Cik puan dengan terujanya tolong dengan adik cikpuan lagi sorang yang kebetulan cuti sem. Baby dalam perut macam biasa, menendang time malam dan petang. Pagi kurang sebab cik paun sambung tido. huhu. Entah macammana seminggu berpuasa, baby kurang menendang. Masa tu cikpuan dah 7bulan, dah start kira baby kicking. Goyang perut, usap, mengiring, pujuk, minum ais.. semua cara cikpuan dah try tapi baby tak kick jugak.

Cik puan start risau. Cik puan google google kat internet dan mostly advise untuk ke hospital. So dengan kelam kabutnya di pagi jumaat, cik puan pun ke hospital. Husband hantar. Terus admit. Doktor nak monitor baby. Terus doktor suruh buka puasa. The next morning, doktor check and scan sekali lagi. Doktor kata jantung baby ok tapi doktor suruh kira sampai cukup 10 kali baby kick  baru boleh keluar hospital.

So dengan azam taknak duduk hospital lama-lama, cikpuan pujuk baby untuk kick sampai 10 kali. Tapi pagi tu spoil sikit. Sebab duduk hospital sangat membosankan, cikpuan tertidur and dalam pukul 11 macam tu ada seorang doc perempuan, cikpuan agak dia keturunan India Muslim dari perawakan dan percakapannya. Dia marah cikpuan sebab tidur siang dan dia juga perlekehkan cikpuan mengatakan bahawa 7 bulan tak boleh rasa baby kick lagi padahal dah 23weeks kot. Memang nyaris bergaduh dengan dia time tu tapi sebab malas nak cari pasal, cikpuan pun layankan jela bebelan doc tu.

Cikpuan lebih prefer doc Chinese lelaki yang advisekan untuk kira kick baby pagi subuh tadi dari doc perempuan nih. Walaupun lelaki tapi dia layan patient secara berhemah. Cakap pun lembut je. Alhamdulillah. tak sampai pukul 3, baby kick dah cukup 10. Cepat-cepat terus jumpa doc nak minta balik. Kebetulan doc chinese tu yang bertugas. Dia mula-mula taknak bagi sebab nak monitor lagi incase ada anything happen. Tapi cikpuan berkeras nak balik juga sebab taknak la kalau doc perempuan tu tadi yang bertugas, nanti dia bising lagi. Akhirnya doc lepaskan juga dengan syarat anything happen kena direct terus ke hospital.

Fuh, senang dalam hati boleh balik. Tapi sepanjang bulan puasa tu banyak jugakla cikpuan ponteng puasa memandangkan baby banyak tak gerak. Agak-agak dari pagi tu sampai ke tengah hari tak gerak langsung, mesti cikpuan buka puasa sebab kesian kat baby. Tapi ada kadang2 tu cikpuan gagahkan diri juga puasa. Habis kena marah dengan mak and suami. Tapi Alhamdulillah, semuanya baik-baik je.

Masa nak dekat raya tu, nak cari baju raya paling susah. Semua tak kena. Mana yang berkenan tak muat pula. Last-last redha jela baju ape pun. Redha-redha pun dapat 3 pasang baju. 2 baju kurung dan satu dress. Kesian dress tu cikpuan tak sentuh langsung sebab ikut body. Sampai ke sekarang tak mau pakai. Huhu. Start dari raya tu cikpuan memang tak sabar nak suruh baby keluar. Mana taknya, sorang demi sorang sepupu cikpuan bersalin. Jealous tengok baby diorang, baby cikpuan tak keluar-keluar lagi.

Kalau nak kata tahun ni family cik puan memang ramai sangatla yang dapat baby. Start dari bulan 3 lagi. Anak sepupu belah abah dapat ank pompuan. Lepas tu sepupu belah mak dapat anak laki. Kemudian makcik cikpuan bulan 7 pun dapat anak laki. Kemudian bulan 8, dua orang sepupu belah abah, seorang anak sepupu pun belah abah dan seorang sepupu belah mak. 2 org dapat anak lelaki dan 2 org lagi anak pompuan. Awal bulan 9 pula, sepupu belah abah juga dapat anak lelaki. Fuh.. berderet sungguh.

Kalau ikutkan due cikpuan adalah 27hb September so, seminggu sebelum due tu, ada wedding invitation. Cousin husband punya wedding. Oh ya, cousin husband tu pembaca berita TV3. Siapa selalu tengok berita TV3 pagi-pagi kenallah orangnya - Helmi Yusof. Husband tak rapat sangat dengan Helmi sebab lama tak jumpa, sejak dari arwah abah husband meninggal. Ikut kata husband baru raya tahun ni la jumpa dia balik. Ada dekat 10 tahun jugakla padahal masa kecik-kecik dulu husband selalu tidur rumah Pak Usu (ayah Helmi).

Wedding Helmi 22 September, so teruja jugakla cikpuan, yela mesti boleh jumpa ramai personaliti kat sana. Sempat pujuk baby cakap kalau baby tak nak keluar awal, baby keluarla lepas pergi wedding Uncle Helmi ye. Hik hik, yang ni dia dengar cakap mommy dia. Malam sebelum wedding Helmi tu, ada satu garis darah macam benang keluar. Bila tanya mak cikpuan, mak kata da dekat dah tu, jangan jalan jauh-jauh. Tapi sibuk nak ke wedding Helmi jugak.Elok je hari tu tak meragam tak de apa. Sempatlah mentekedarah kat wedding Helmi tu. Jumpala ramai orang TV3 dan selebriri  tapi tak ambik gambar pun . Hehe.. Balik dari wedding Helmi tu pula, diorang nak singgah ke IKEA, so ikutkan jela.

Mula-mula tu elok je jalan-jalan ikut diorang pusing-pusing kat IKEA tu. Lama-lama jenuh cikpuan tengok diorang belek-belek barang. Perut dari kenyang makan kat wedding Helmi terus jadi lapar balik. Terus ajak husband keluar cari makanan. Konon nak makan meatball IKEA, sekali Ya Allah, punyalah ramai umat kat situ. Terus ajak husband pergi makan kat The Curve je. Sampai ke petang jenuh menunggu ipar duai, biras, anak buah dan mertua. Puas kami pusing satu The Curve tu. Last-last cikpuan dengan husband terus balik rumah. Masa tu kaki dah penat sangat dah. Tak larat nak jalan dah. Nasib baik tak kejang.

Keesokkan harinya (23hb September), baby senyap je. Tak bergerak sikit pun. Cikpuan pujuk hati kata baby penat kot ikut mama berjalan semalam. Nak pergi hospital takut kena macam hari tu lagi, so tunggu sampai husband balik, sebab biasanya petang baru baby aktif.

Sampai ke malam baby gerak cuma 5kali je. Risau jugak tapi baby memang selalu macamni pun hujung-hujung due, selalu tak dapat nak rasa sangat pergerakkan dia. Sampaila husband balik, cikpuan dah siapkan makan malam semua. Lepak-lepak tengok tv tetiba terasa nak ke toilet pulak. Pergi-pergi toilet, tengok ada darah kat panties. Tak banyak pun, lebih kurang sebesar tapak tangan macam tu lah.

Beritau kat husband so husband suruh cepat-cepat siap pergi hospital. Sebab semua dah ready dalam kereta, so cikpuan cuma siapkan diri je la. Dalam perjalanan tak rasa sakit ape pun, siap boleh bergelak tawa dengan husband. Sampai husband pun pelik, betulke isteri dia ni nak bersalin dah?

Sampai hospital dalam 15minit jugakla dari rumah. Tunggu doktor check kat bilik bersalin. Sekali rupenyer doktor yang bertugas malam tu kawan cikpuan masa sekolah menengah. Dia pun check bukaan cikpuan. Check punya check dah buka 3cm. Terus dia suruh cikpuan admit masuk ward. Dia pulak rushing nak hantar patient ke HTAR Klang, so dia suruh cikpuan masuk ward dulu baru nanti scan.

Keluar dari labour room, nurse kata husband dah balik. Dahla handphone semua kat husband. Nak pinjam telefon hospital, nurse tak bagi pulak. Pelik jugak takkanla husband balik rumah tinggalkan wife dia mcm tu je. Kebetulan ward tepi parking lot, so jenguk dr tingkap tengok kereta husband ada ke tak. Eh, ada la. Suka hati je nurse tu cakap husband dah balik. Kesian husband tunggu lama kat luar tau.

Jumpa husband kat luar untuk ambik bag dan handbag. Husband nak masuk hntar bag tapi cikpuan cakap takpela cikpuan bawa sendiri, nanti nurse bising pulak malam-malam husband masuk ward. Husband cakap dia nak tido dalam kereta tapi cikpuan tak bagi. Banyak nyamuk kot. Kesian dia nanti. Suruh dia balik rumah mak sebab rumah mak tak jauh dari hospital. Dalam 5 minit macam tu. Tapi sebelum tu suruh dia belikan susu dan roti dulu. Nak meneran nanti kenala ada tenaga.Hehe..

Masuk ward, nurse bising sebab bawa masuk bag sendiri. Kenapa suami tak tolong angkat? tanya nurse. Cikpuan pun jawabla, kan dah malam, nanti husband masuk kena marah pula. Masa tu pukul 1 pagi macam tu. Pastu nurse jawab lagi, kalau hantar bag tak apa. Tapi dia bukan nak tolong cikpuan angkat bag pun. Dia cuma bersyarah dan tolong tengok je. Nasib baik cikpuan kuat lagi..Tak lama lepas tu suami datang hantar susu, biskut dan roti. Alhamdulillah, ada makanan sampai pagi esok. Yela kot-kot terberanak sebelum subuh ke.. bolehla makan dulu.

Sebelah katil cikpuan ada seorang puan ni nak bersalin anak kedua. Dia tengah sakit contraction yang kejap-kejap 5 minit tu. Tapi bukaan dia masih 1 cm. Kesian tengok dia tahan sakit. Sambil tu borak-borak dengan dia nak hilangkan rasa nervous dan sakit. Alhamdulillahla cikpuan tak rasa contraction sakit macam dia. Sakit cikpuan biasa je. Mengeras macam time preggy jugak. Pukul 3 pagi, cikpuan baru nak terlelap, tapi kawan doktor cikpuan tu datang nak scan. Terus ikut dia pergi bilik scan. Lepas scan tu dia kata heartbeat baby ok, tapi dia risau jugak yang cikpuan kata baby kurang gerak, so dia cadang esok pagi dia akan pecahkan ketuban kalau ada bukaan lagi.

Dalam pukul 7 macam tu, nurse panggil cikpuan masuk labour room untuk check bukaan. Kawan doc cikpuan check dah buka 4cm. Terus dia suruh cikpuan stay situ untuk dia pecahkan ketuban. Tapi ada satu senior nurse ni dia suruh cikpuan breakfast dulu sebab makanan dah hantar dah. Tapi cikpuan sibuk nak mandi dulu sebab badan rasa melekit. Nurse tu cakap nak mandi kejap je.. terus cikpuan kelam kabut pergi mandi. Dapat mandi kejap pun jadilah. Makan pun cepat-cepat sebab takut nurse marah. Pastu call husband tak angkat. Call pulak emak inform nak masuk labour room dah. Sms husband siap-siap biar dia tahu.

Masuk labour room, kawan doc cikpuan dah ready nak pecahkan ketuban. Lepas ketuban pecah je terus rasa sakit yang amat. Nurse tu bagitau kalau nak terberanak bagitau ye. Confuse cikpuan sebab cikpuan tak tau macam mana rasa nak terberanak tu. Masa tu lebih kurang dalam pukul 9. Dalam 9 lebih, nurse tiba-tiba masuk bawa satu botol air. Kamu siti maziah ke? Cikpuan angguk. Tak larat nak cakap. Ni ha mak kamu bagi air selusuh suruh minum. Terkial-kial cikpuan minum sebab tengah sakit.

Tak lama lepas tu rasa sakit teramat sangat. Suruh nurse check bukaan berapa, nurse check dia kata baru 5cm. Fuhh.. 1 cm  je. Masa tengah sakit tu macam-macam doa Cikpuan baca supaya dipermudahkan bersalin. Tak lama lepas tu lagi, terasa lagi sakit.. kali ni terasa betul macam nak terkeluar dah. Bagitau dengan nurse, nurse kata sabar.. belum lagi tu. Padahal memang terasa kepala baby tu nak terkeluar dah. Nasib baik datang kawan doc cikpuan. Dia check bukaan dah 10cm! Ha.. baru nurse tu kelam kabut nak sambut baby.

Ok. Teran, teran, tarik nafas kiraan sepuluh lepas tu hembus.. tula yang cikpuan dengar. Masa tu sakit sangat rasa nak mengerang, terus nurse tu cakap jangan keluar suara.. jangan menangis.. jangan angkat punggung.. uihh.. sabar-sabar. Setelah teran beberapa kali, Alhamdulillah my baby is born. Yang seronoknya tak perlu gunting pun bawah tu. hehe. Selamat tak rasa la kena potong bawah tu. Tapi yang tak bestnya, masa nak keluarkan uri tu, uri terputus. Terus seorang lagi doc seluk kat dalam tu. Ya Allah,  sakitnya Allah je tau. Disebabkan uri terputus tu la cikpuan terpaksa duduk lama dalam labour room. After dah keluarkan uri, barulah jahitan bermula. Terasa juga la ngilu-ngilu jarum tu tapi tak sesakit kena seluk nak keluarkan uri.

Dalam pukul 2 baru cikpuan keluar dari labour room. Oh ya, masa lepas je baby lahir, nurse tanya baby boy ke girl? Cikpuan tanya boy ke sbb masa preggy dulu doc scan cakap boy. Rupenye girl. Alhamdulillah. Terus nurse bagi kat cikpuan untuk cikpuan cium dahi. Lepas dah cuci baby bersih-bersih semua, nurse bagi baby kat cikpuan lagi intuk susukan. Alhamdulillah baby pandai menyusu. Lapar kot. hehe..

Selepas segalanya settle, terus nurse sorong cikpuan ke ward ibu dan anak. Tengok husband dah tunggu dah dengan mak. Alhamdulillah sangat-sangat. Itulah cerita sepanjang 9 bulan perjalanan pregnancy cikpuan yang cikpuan pendekkan seboleh yang mungkin. Terima kasih kerana membaca! - sebab panjang sangat.. huhu..

Tuesday, December 3, 2013

A Summary of my 9 Months pregnancy story Part 2 (Week 9 - 20 )

Ok. Meh sambung ke bahagian kedua. Kali ni bulan ke 3 hingga ke 5 pula.

Bulan March ni kenduri belah pengantin lelaki iaitu di rumah parent cikpuan la. Bulan ketiga ni start alahan teruk Morning sickness, Afternoon sickness, Night sickness, pemalas overload, emotional unstable, selekeh.. semua ada. Memang worse sungguh la rasa cikpuan masa tu. Dahla husband pun mula-mula tak berapa nak paham kenapa wife kesayangan dia ni macam ni. Hari-hari nangis. Takleh tegur sikit pun, mesti dah meleleh. Tak payah cakap tegur la. Tak cakap pape pun memang cikpuan dah menangis. Bangun tido nangis. Pergi keje nangis. Kat ofis nangis. Balik pun nangis. Nak tido nangis lagi. 5 kali sehari. Macam sembahyang pulak dah.

Jangankan kata husband , manager dan colleagues pun jadi pening dengan sikap cikpuan yang berubah 200% tu. Husband sampai stress2 kat rumah tak tau nak tolong macammana. Kat ofis pulak bertambah parah sebab cikpuan start jawatan baru so kena belajar lagi dan time tu otak jadi macam slow gile takleh nak absorb new thing.

Mula-mula okay lagi tapi bila cikpuan mula tak dapat bahagikan masa antara kerja-kerja cikpuan, cikpuan mula stress. Cikpuan masih buat kerja jawatan lama dan juga start kerja jawatan baru. Pendek kata dua kerja dalam satu masa dalam kondisi yang sangat tidak selesa. Disebabkan cikpuan tahu cikpuan tak mampu, cikpuan pun minta pada manager untuk kembali ke jawatan lama tapi manager reject dengan alasan dah ambil staff baru. OK Fine ambil staff baru tapi still kerja lama cikpuan masih cikpuan selesaikan.

Oh. sangat stress. Tiga kali minta resign (tak hantar surat lagi) kena reject. Sampaila sampai ke awal bulan Mei tu memang cikpuan tak larat dah. Bawa kereta pagi-pagi dengan tak cukup tidur sebab cikpuan malam bermasalah untuk tidur. Beberapa kali hampir eksiden disebabkan mengantuk. Dengan jem teruk dan perjalanan jauh dari Banting ke USJ memang menjadi salah satu faktor juga. Akhirnya cikpuan hantar surat resign dan akhirnya mereka terima.

Last week bulan kelima tu kebetulan ada Karnival Belia 1Malaysia kalau tak silap, di Putrajaya. Walaupun dengan kondisi yang kurang memberangsangkan, cikpuan nak juga keluar berjalan-jalan melihat dunia. Walhal setiap minggu adalah harus untuk keluar dengan husband. Tak kisahlah ke pantai, shopping complex, wayang ataupun sekadar taman awam, keluar setiap hujung minggu adalah satu kemestian. Oh ya, tak lupa uptown yang merupakan kegemaran kami walaupun terpaksa bersesak dengan orang ramai. Dan Karnival Belia ni sudah semestinya sesuatu yang tak dapat ditinggalkan. Haruslah pergi.. setakat Putrajaya je pun kan..

Memang lupa lautan lah kan di Karnival Belia ni. Bukan sehari kami datang, malah dua hari kot. 1st day datang dengan adik-adik cikpuan. 2nd day kami dating berdua. Eh, bertiga.. (sorry baby mama lupa). Memang meriah dan ramai orang tapi yang tak bestnya, masa naik bas pendek (tak tau apa nama bas tu), tak ada siapa yang sudi untuk beri cikpuan duduk. Tu membuatkan husband cikpuan bengang. Wanita mengandung kot.. malah rata-rata penumpang bas yang cikpuan lihat masing-masing muda belia cuma melihat dan menjeling sahaja. Nyaris-nyaris husband nak marah dalam bas tu tapi cikpuan pujuk husband suruh cool. Akhirnya cikpuan bersandar pada husband dengan sebelah tangan pegang tiang.

Namun bukan itu sahaja pengalaman buruk cikpuan, pada hari kedua tu pula entah bagaimana, cikpuan boleh tergelincir jatuh. Nasib baik tangan dan lutut sempat tahan dari perut jatuh dulu. Husband pulak sempat tarik tangan lagi sebelah. So, perut tak ada efek. Walaumacammanapun, hari Isnin perut terasa sakit semacam tapi cikpuan tahan sampailah hari Selasa tu memang dah rasa sakit sangat. Pergi klinik tapi doktor kata tak ada apa-apa tapi perut masih sakit. Jadi, cikpuan cuma duduk di rumah berehat sambil menangis tahan sakit.

Seminggu jugakla tahan sakit teruk. Takleh drive, takleh nak buat apa. Husband pun pening dan resah tak tau macammana nak tolong.Alhamdulillah, sakit beransur pulih. Tapi masih tak boleh nak drive kereta sebab perut terasa sakit. Jadi banyak duduk rumah (memandangkan cikpuan dah resign) menghabiskan masa sehari-hari. Bila ingat-ingat balik masa tu, cikpuan baru terasa bosannya duduk rumah tak buat pape pun. Tengok tv and download kpop dari internet adela. Serius, sekarang baru terpikir. Entahla mungkin masa preggy tu dah tak pikir apa, otak pun dah tunggang terbalik sikit. huhu.

Monday, September 30, 2013

A Summary of my 9 Months pregnancy story Part 1 (Week 1 -8 )

Sebenarnya cikpuan pernah bercadang untuk buat post mengenai pengalaman pregnancy cikpuan. Tetapi, memandangkan 9 bulan 10 hari ataupun 40 minggu (ikut EDD doc beri) tu merupakan satu jangkamasa yang cukup panjang, jadi cikpuan bercadang untuk rumuskan je semua pengalaman cikpuan tu dalam beberapa entri... err..rumusan berapa patah perkataan eh??

Okaylah. Kita bermula dengan bulan pertama dan kedua.

Minggu 1 - 8.

Biasalah, awal-awal pregnancy memang cikpuan tak sedar walaupun dah berbulan-bulan amat mengharapkannya berlaku. Sampailah ada satu hari pertengahan January 2013 tu, pergi ke wedding kawan cikpuan. Dia tanya masa kami ambik gambar tu. "Ada isi ke?". Tapi cikpuan tak jawab. Sengih je sebab taktau nak jawab apa. Yela, lagipon tarikh bendera merah belum sampai lagi. Jangan mengharap, jangan mengharap, bisik hati cikpuan.

Sehinggalah dah sampai time tapi bendera merah tak kunjung tiba. Cikpuan dan husband taknakla mengharap, so husband cikpuan suruh tunggu another 4 weeks baru check UPT. Mula-mula ikutkan jugakla husband kan, yela kate isteri solehah, kenala dengar cakap suami. Tapi hati ni rasa macam tak sabar-sabar, so beli jugakla UPT tanpa pengetahuan husband. Tapi tak berani nak test lagi. Takooot makkk!!! kalau -ve, kecewa makkk nanti.

Kebetulan pulak minggu tu ada kenduri kahwin sepupu cikpuan. Sudahh... mesti banyak pertanyaan akan diutarakan lah. Rasa macam taknak pergi kenduri pun ada. Tapi hati kena kuat.. so pergi jugaklah dengan hati yang pasrah dan redha. Sebelum pergi tu dah discuss dengan husband, kalau orang tanya, kita jangan ckp ayat2 biasa kita macam...

1. Insha Allah, kalau ada rezeki..
2. Belum rezeki lagi..
3. Adela tu nanti..
4. Kami masih nak honeymoon lagi..

dan lain-lain lagilah...

Pergi je sana, sememangnya benar sebenar-benarnya jangkaan kami tu. Kami dihujani dengan soalan-soalan yang mengganggu emosi dan minda. Cikpuan dah emo emo sikit jugak tapi husband la cool. Ada sorang makcik ni memang busybody sikit, so bila dia tanya, amatlah mengasak minda dan perasaan batin. 1st dia tanya kami senyum je. 2nd dia asak lagi soalan sama, kami masih sengih-sengih kerang bakar dengan dia. 3rd dia tanya, dengan selambanya husband cikpuan cakap.. "Haah, dah ada.." penuh confident.

Bila husband cakap je mcm tu, makcik tu tanya lagi... "Eh iyeke.. dah berapa lama dah? Tak nampak perut pun??" Ish, makcik ni banyak tanya pulak. Dan dengan selamba husband pandang cikpuan dan cakap "Ala, baru 2 minggu.." terus husband tarik tangan cikpuan mengelak dari makcik tu. Pergh.. HERO kan husband i??? Ekekkeke..

Dan entah macammana, balik dari wedding tu, terus hati cikpuan kuat untuk try buat UPT. Senyap2 ke bilik air masa husband tengan petik gitar. Ingat baru je nak buat tapi tetiba tengok kat panties ada kesan kecoklatan macam nak start bendera merah. Terus kecewa, tak nak cakap ape pun dengan husband. Sedih sungguh masa tu.

Tapi esoknya takde da kesan tu, tergerak hati lagi nak try. Kali ni minta izin dengan husband. Mula2 husband tanya, ada ke UPT test tu? Bila cakap dah beli, husband terjengil jugakla mata dia. Lepastu dia kata ok. So, cikpuan pun trylah. And guess what?? Ok. tak yah guest2 la.. mesti semua boleh teka yang dekat UPT tu ada 2 line merah... Memang terkejut and tak sangka. Terus keluar bilik air and cakap kat husband.. "Yang..positif!!" Tergamam husband masa tu. Terketar-ketar dia pegang UPT tu tengok sendiri ada dua line.

Alhamdulillah. Kami berdua sujud syukur.

Tapi surprise taknak bagitau sesiapa dulu. Sampaila pertengahan bulan dua, baru inform kat mak cikpuan. Kat ofis pulak lain ceritanya. Diorang ni kaki sibuk sikit, boleh diorang kira cikpuan punya cycle. Tiap-tiap hari tanya, dah check UPT ke belum? Cikpuan kata belum, padahal sudah. Malas nak kecoh-kecoh, lagipun husband tak suka nak berkokok satu dunia sangat sebab still too early kan.. baby pun still fragile lagi. So senyap-senyap je la. Huhu.

Masa hujung bulan 2 tu, abang cikpuan yang no 2 kahwin. Alhamdulillah dapat lagi sorang kakak ipar orang Perak. Masa tu dah dua bulan, tapi tak check klinik lagi pun..hehe.. Excited nak pergi hantar pengantin. Masa ni la kebanyakkan sanak saudara dapat tahu. Alhamdulillah.. semua doakan kami yang baik-baik je masa tu..

Tapi tanpa disangka ada satu disaster datang di penghujung bulan 2 ni. Akibat asakan berhari-hari dari colleague dan HR, akhirnya cikpuan pun beritahu mereka yang cikpuan preggy. Kebetulan, seorang daripada colleague cikpuan resign atas menerima tawaran lain. Maka pihak pengurusan memutuskan cikpuan untuk mengambil alih tugas beliau. Cikpuan pun bersetuju untuk mencuba memandangkan Cikpuan ni memang suka mencuba benda baru.

Wednesday, September 25, 2013

Alhamdulillah..

Tanggal 24 Sept 2013 merupakan satu tarikh bersejarah for me and husband. Alhamdulillah our little angel was born on 11.50am.
The due date supposed on 27 Sept 2013, but i guessed our little angel might be excited as both of us n decided to born early than the EDD.. muehehe.
Anyway, lahir dgn berat 3.16, secara normal, CPJ berpeluang merasai perit getirnya seorg ibu melahirkan seorg anak ke dunia.
Sesungguhnya kami berharap agar little angel kami akan menjadi seorang insan yg baik, berbakti pada masyarakat, org tua dan beramal soleh. Amin..


Thursday, August 22, 2013

Kisah Klasik 3 : Gigi Susu

Lama tak update blog ni. Maafle time ni mmg tahap kemalasan melampau sangat. Padahal bukan buat apa pun. Duk umah goyang kaki je sejak menjak berenti keje ni.
Sekarang pun malas masih bersisa tapi kesian tengok blog sendiri tah macam hape dah. Takpela update sket.. dari tak update langsung lagila kesian kan.
Entri ni nak citer pasal gigi susu. Mesti semua orang ada kenangan pahit manis dengan gigi ni. Cikpuan pun of coz tak terkecuali. Macam-macam la pengalaman melibatkan gigi susu ni. Gigi goyang, patah, tampal dan tak lupa doktor gigi. Eh, apa dia? TOOTHFAIRY?? Maafle, cikpuan tak kenal toothfairy sbb cikpuan bukan minah saleh.
Tapi kalau ikut orang tua Melayu, kalau gigi atas patah/tercabut kena baling ke tanah supaya gigi yang akan tumbuh elok ke bawah. Kalau sebaliknya pulak kena baling atas bumbung supaya gigi elok tumbuh ke atas. Ada pernah dengar tak??
Orang kampung macam cik puan ni mmg susahla nak jumpa doc gigi. Jumpa pun kalau jabatan pergigian buat rawatan kat sekolah je. Jadi normally kalau gigi goyang, bermacam cara tradisional guna untuk cabut gigi tu. Yela tak selesa kan.
1. Guna benang
      - ikat benang pada gigi and then tarik sekuat hati. Sakit sungguh kalau gigi tu masih kuat cengkaman pada gusi.
2. Guna playar
      - option ni perlu dilakukan oleh orang berpengalamank. Cthnya Abah. Memang lebih cepat hasilnya daripada guna benang. Tapi bergantung pada cengkaman gigi tu jugala.
3. Goyangkan hari2
      - Normally kalau tak sanggup nak buat either option di atas bolehla guna option ni. Kurang sakit tapi prosesnya sangat lama. Kena rajin la baru cepat gigi tu tanggal. huhu..
4. Tumbuk
      - actually cara ni adalah cara tak sengaja. Ada satu hari ni cikpuan main dengan abang cikpuan. Punyala gurau2 dia tertumbuk perlahan mulut cikpuan. Tak sakit pun tapi yang peliknya gigi cikpuan boleh tertanggal padahal gigi tu tak goyang pun. Yang goyang gigi lain. Memang dah ajal gigi tu kan, nak buat camne.. huhu.
5. Natural
     - Yang ni tunggu and tawakal je la bila n di mana. Tu pun kalau boleh tahan la sakit gigi tu. Yang paling cikpuan tak boleh lupa bila cikpuan ada gigi goyang ni tapi takdela sakit mana pun. Satu hari ni cikpuan sakit perut so pegila memerut. Keluar je dari tempat memerut tu, gigi cikpuan rasa kosong je. Rupa-rupanya gigi cikpuan dah tertanggal tanpa cikpuan sedari tapi gigi yang tanggal tu tak ada. Ce teka kemanakah perginya gigi itu?? Jeng Jeng Jeng...
Sekarang ni Alhamdulillah gigi kategori elok tersusun walaupun ada sebatang yang spoil sikit. Tapi ok je tak kisah pun asal gigi cikpuan bersih dan sihat. Muehehe..
p/s : Rajin2le check gigi dengan doktor gigi eh..

Friday, May 3, 2013

Emosi ketika Hamil

Seriously i cannot control my emotions during this pregnancy. Almost everyday kot..Sikit-sikit menangis. Kena tegur dgn Manager pun leleh. Kena marah apatah lagi. Husband gurau-gurau pun boleh terasa hati. Yang paling rasa tak boleh blah dgn emosi sendiri ni ialah jealous bila anak buah menyendeng and gedik2 dgn husband. Cukup jealous! Pantang sungguh sekarang ni kalau nampak budak2 tu menyendeng2 kat husband. Kalau dulu xheran pun tapi skrg mmg xleh. Nampak je pemandangan sebegitu, terus bagi jelingan tajam kat husband and budak2 tu. Haha.. taula diorang yang Auntie diorang ni tak suka.

Orang kata jangan menangis teruk time pregnant. Kesian kat baby. Yes i knew it. But then, as i stated above, i could not control it! It was naturally happen. Bukan tak pernah nak control, tapi tak mampu. Even my manager and colleague inform that i am different from myself before this.

Dulu mana ada emo-emo. Emo kat rumah dgn husband normal la. Tapi skrg melarat smpai ke ofis! Sampai siap bagitau manager nak berenti keje lagi! But then, nasib baik my manager ni memahami. Dia tahan jugakla kerenah staff dia sorg ni. Datang lambat, lupa nak billed invoice, buat quotation berterabur.. paling worst semalam bila lupa ada tender nak kena submit! Seriously rasa kesian sungguh dgn company sendiri. Cuba jugakla buat apa yang mampu.. sampai big boss balik dari London pun geleng kepala tgk i yang asyik buat mistake je.

Alhamdulillah, dah berkurangan skit emo-emo ni. Still ada tapi dah tak sekerap 3-4 minggu lepas. Harap-harap baby tak emo mcm mama dia sudah.. kekeke..

Tuesday, April 16, 2013

DIY : Sampul Kad Kahwin Eksklusif


Nak buat sampul kad kahwin eksklusif? Mudah sahaja cara-caranya. Terpulang pada kreativiti masing-masing je nak buat macam mana.

Barang-barang yang diperlukan;

1. Sampul kad - sampul yang sedia ada jangan dibazirkan. Tak kirala warna apa, yang penting kena pandai main warna
2. Doily paper - kalau boleh elakkan doily paper yg sama warna dgn warna sampul. Kebanyakkan yang Cik Puan Jiyah jumpa warna putih and pink je. Warna lain ada juga. Boleh cari di AR Warna Warni. Tapi, kalau anda kreatif, boleh celupkan doily paper tu dalam water colour untuk bagi different colors.
3. Gunting
4. Gam
5. Magic Pen/ Maker Pen 

Mula-mula set dalam minda nak design doily paper tu macammana. Kalau takut tak ingat, sketch or buat sample dulu. Bila dah tau idea nak buat macammana, baru boleh mula menggunting doily paper.

Ikut suka kreativiti hangpa la nak lekat kat mana doily paper tu. Asal nampak cantik, cun dan elegant, lakat la kat celah mana pun.. kekeke..

Last sekali, kalau suka bolehla tulis nama or date majlis pada salah satu doily paper tu. Kalau tak nak pun takpe. Kalau nak lagi kemas, boleh type by computer, print out and lekat atas doily paper tu. Dah siap!!

P/S : Jika anda lebih kreatif lagi, boleh guna old newspaper,keratan-keratan majalah, bunga plastic, ribbons ataupun lekat gambar sendiri pun boleh. Yang penting, kreativiti. .. Selamat Mencuba!!

Wednesday, April 3, 2013

The Granddaugther...

Jeng Jeng Jeng..
Memperkenalkan my granddaughter.. eh, bukan, my dad's granddaughters.. TADA..!!

Amina.. si BamBam..
Full Name: Siti NurAmina Huda.. panjang sungguh nama umi n walid ko bagi ye BamBam..
Kegemaran : Mengunyah segala benda yang dijumpai
Bad Habit : Cewek (suka menangis..) 

Syaza.. si Boolat..
                    Full Name: Nursyaza Nuwairah.. tapi atuk ko suka panggil ko Ustazah kan?
Kegemaran : Masuk segenggam tangan dalam mulut
                       Bad Habit : Air liur meleleh..(mesti mak ko dulu mengidam tak dapat kan..)           

Comel kan? Ada iras mama uda diorang tak ? Kekeke.. harap2 nanti cousin korang pun secomel koranglah ye.. Mama uda rindu sungguh dengan Bam Bam and Boolat.. Lagi-lagi Bam Bam yang jarang balik kampung.. Nanti jumpa lagi harap dah pandai jalan la ye.. sebab nanti mama uda tak larat dah nak dukung korang macam selalu..

With love,
Mama Uda

Tuesday, February 19, 2013

Rezeki

Assalamualaikum semua. Lama rasa   tak update blog. Entahlah, banyak sangat hal berlaku sejak akhir-akhir ni yang menjadi kekangan untuk menulis.Inilah salah satu darinya. REZEKI.

Rezeki pemberian Allah ni tak siapa yang tahu bila dan dimana. Rezeki bukanlah semata-mata berupa wang ringgit dan harta kemewahan, malah rezeki  yang tak ternilai bagi seseorang insan adalah zuriat.
Sedia maklum, saya telah sah menjadi seorang  isteri pada Jun 2012, sehingga ke penghujung Disember lepas, pelbagai pertanyaan mengenai rezeki dari Allah ini diutarakan oleh sanak saudara terdekat mahupun yang jauh. Kami hanya mampu menjawab dengan tenang bahawa rezeki itu belum berpihak pada kami.

Yang menjadi duri adalah apabila ada seorang hamba Allah yang rapat di belah suami mula memertikai
kan tentang rezeki Allah ini. Dengan tiada rasa hormat dia mengkritik kami dengan pelbagai keburukan seolah-olah tiada setitik pun kebaikan dalam hati kami yang menyebabkan kami terhalang dari rezeki Allah yang satu ini.

Hati perempuan mana yang tidak merasa sakit, malah hati lelaki suami pun terasa pedihnya. Namun, Alhamdulillah, Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah. Sedikit keaiban dan kepedihan yang kami terima dibalas dengan berganda-ganda berita gembira.

Alhamdulillah. We will be come a parent. Please pray for us and our 'rezeki' yang sangat didamba ini!