Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Tuesday, February 19, 2013

Rezeki

Assalamualaikum semua. Lama rasa   tak update blog. Entahlah, banyak sangat hal berlaku sejak akhir-akhir ni yang menjadi kekangan untuk menulis.Inilah salah satu darinya. REZEKI.

Rezeki pemberian Allah ni tak siapa yang tahu bila dan dimana. Rezeki bukanlah semata-mata berupa wang ringgit dan harta kemewahan, malah rezeki  yang tak ternilai bagi seseorang insan adalah zuriat.
Sedia maklum, saya telah sah menjadi seorang  isteri pada Jun 2012, sehingga ke penghujung Disember lepas, pelbagai pertanyaan mengenai rezeki dari Allah ini diutarakan oleh sanak saudara terdekat mahupun yang jauh. Kami hanya mampu menjawab dengan tenang bahawa rezeki itu belum berpihak pada kami.

Yang menjadi duri adalah apabila ada seorang hamba Allah yang rapat di belah suami mula memertikai
kan tentang rezeki Allah ini. Dengan tiada rasa hormat dia mengkritik kami dengan pelbagai keburukan seolah-olah tiada setitik pun kebaikan dalam hati kami yang menyebabkan kami terhalang dari rezeki Allah yang satu ini.

Hati perempuan mana yang tidak merasa sakit, malah hati lelaki suami pun terasa pedihnya. Namun, Alhamdulillah, Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah. Sedikit keaiban dan kepedihan yang kami terima dibalas dengan berganda-ganda berita gembira.

Alhamdulillah. We will be come a parent. Please pray for us and our 'rezeki' yang sangat didamba ini!