Kipas-susah-mati

Google+ Followers

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Thursday, August 22, 2013

Kisah Klasik 3 : Gigi Susu

Lama tak update blog ni. Maafle time ni mmg tahap kemalasan melampau sangat. Padahal bukan buat apa pun. Duk umah goyang kaki je sejak menjak berenti keje ni.
Sekarang pun malas masih bersisa tapi kesian tengok blog sendiri tah macam hape dah. Takpela update sket.. dari tak update langsung lagila kesian kan.
Entri ni nak citer pasal gigi susu. Mesti semua orang ada kenangan pahit manis dengan gigi ni. Cikpuan pun of coz tak terkecuali. Macam-macam la pengalaman melibatkan gigi susu ni. Gigi goyang, patah, tampal dan tak lupa doktor gigi. Eh, apa dia? TOOTHFAIRY?? Maafle, cikpuan tak kenal toothfairy sbb cikpuan bukan minah saleh.
Tapi kalau ikut orang tua Melayu, kalau gigi atas patah/tercabut kena baling ke tanah supaya gigi yang akan tumbuh elok ke bawah. Kalau sebaliknya pulak kena baling atas bumbung supaya gigi elok tumbuh ke atas. Ada pernah dengar tak??
Orang kampung macam cik puan ni mmg susahla nak jumpa doc gigi. Jumpa pun kalau jabatan pergigian buat rawatan kat sekolah je. Jadi normally kalau gigi goyang, bermacam cara tradisional guna untuk cabut gigi tu. Yela tak selesa kan.
1. Guna benang
      - ikat benang pada gigi and then tarik sekuat hati. Sakit sungguh kalau gigi tu masih kuat cengkaman pada gusi.
2. Guna playar
      - option ni perlu dilakukan oleh orang berpengalamank. Cthnya Abah. Memang lebih cepat hasilnya daripada guna benang. Tapi bergantung pada cengkaman gigi tu jugala.
3. Goyangkan hari2
      - Normally kalau tak sanggup nak buat either option di atas bolehla guna option ni. Kurang sakit tapi prosesnya sangat lama. Kena rajin la baru cepat gigi tu tanggal. huhu..
4. Tumbuk
      - actually cara ni adalah cara tak sengaja. Ada satu hari ni cikpuan main dengan abang cikpuan. Punyala gurau2 dia tertumbuk perlahan mulut cikpuan. Tak sakit pun tapi yang peliknya gigi cikpuan boleh tertanggal padahal gigi tu tak goyang pun. Yang goyang gigi lain. Memang dah ajal gigi tu kan, nak buat camne.. huhu.
5. Natural
     - Yang ni tunggu and tawakal je la bila n di mana. Tu pun kalau boleh tahan la sakit gigi tu. Yang paling cikpuan tak boleh lupa bila cikpuan ada gigi goyang ni tapi takdela sakit mana pun. Satu hari ni cikpuan sakit perut so pegila memerut. Keluar je dari tempat memerut tu, gigi cikpuan rasa kosong je. Rupa-rupanya gigi cikpuan dah tertanggal tanpa cikpuan sedari tapi gigi yang tanggal tu tak ada. Ce teka kemanakah perginya gigi itu?? Jeng Jeng Jeng...
Sekarang ni Alhamdulillah gigi kategori elok tersusun walaupun ada sebatang yang spoil sikit. Tapi ok je tak kisah pun asal gigi cikpuan bersih dan sihat. Muehehe..
p/s : Rajin2le check gigi dengan doktor gigi eh..