Kipas-susah-mati

Google+ Followers

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Monday, September 30, 2013

A Summary of my 9 Months pregnancy story Part 1 (Week 1 -8 )

Sebenarnya cikpuan pernah bercadang untuk buat post mengenai pengalaman pregnancy cikpuan. Tetapi, memandangkan 9 bulan 10 hari ataupun 40 minggu (ikut EDD doc beri) tu merupakan satu jangkamasa yang cukup panjang, jadi cikpuan bercadang untuk rumuskan je semua pengalaman cikpuan tu dalam beberapa entri... err..rumusan berapa patah perkataan eh??

Okaylah. Kita bermula dengan bulan pertama dan kedua.

Minggu 1 - 8.

Biasalah, awal-awal pregnancy memang cikpuan tak sedar walaupun dah berbulan-bulan amat mengharapkannya berlaku. Sampailah ada satu hari pertengahan January 2013 tu, pergi ke wedding kawan cikpuan. Dia tanya masa kami ambik gambar tu. "Ada isi ke?". Tapi cikpuan tak jawab. Sengih je sebab taktau nak jawab apa. Yela, lagipon tarikh bendera merah belum sampai lagi. Jangan mengharap, jangan mengharap, bisik hati cikpuan.

Sehinggalah dah sampai time tapi bendera merah tak kunjung tiba. Cikpuan dan husband taknakla mengharap, so husband cikpuan suruh tunggu another 4 weeks baru check UPT. Mula-mula ikutkan jugakla husband kan, yela kate isteri solehah, kenala dengar cakap suami. Tapi hati ni rasa macam tak sabar-sabar, so beli jugakla UPT tanpa pengetahuan husband. Tapi tak berani nak test lagi. Takooot makkk!!! kalau -ve, kecewa makkk nanti.

Kebetulan pulak minggu tu ada kenduri kahwin sepupu cikpuan. Sudahh... mesti banyak pertanyaan akan diutarakan lah. Rasa macam taknak pergi kenduri pun ada. Tapi hati kena kuat.. so pergi jugaklah dengan hati yang pasrah dan redha. Sebelum pergi tu dah discuss dengan husband, kalau orang tanya, kita jangan ckp ayat2 biasa kita macam...

1. Insha Allah, kalau ada rezeki..
2. Belum rezeki lagi..
3. Adela tu nanti..
4. Kami masih nak honeymoon lagi..

dan lain-lain lagilah...

Pergi je sana, sememangnya benar sebenar-benarnya jangkaan kami tu. Kami dihujani dengan soalan-soalan yang mengganggu emosi dan minda. Cikpuan dah emo emo sikit jugak tapi husband la cool. Ada sorang makcik ni memang busybody sikit, so bila dia tanya, amatlah mengasak minda dan perasaan batin. 1st dia tanya kami senyum je. 2nd dia asak lagi soalan sama, kami masih sengih-sengih kerang bakar dengan dia. 3rd dia tanya, dengan selambanya husband cikpuan cakap.. "Haah, dah ada.." penuh confident.

Bila husband cakap je mcm tu, makcik tu tanya lagi... "Eh iyeke.. dah berapa lama dah? Tak nampak perut pun??" Ish, makcik ni banyak tanya pulak. Dan dengan selamba husband pandang cikpuan dan cakap "Ala, baru 2 minggu.." terus husband tarik tangan cikpuan mengelak dari makcik tu. Pergh.. HERO kan husband i??? Ekekkeke..

Dan entah macammana, balik dari wedding tu, terus hati cikpuan kuat untuk try buat UPT. Senyap2 ke bilik air masa husband tengan petik gitar. Ingat baru je nak buat tapi tetiba tengok kat panties ada kesan kecoklatan macam nak start bendera merah. Terus kecewa, tak nak cakap ape pun dengan husband. Sedih sungguh masa tu.

Tapi esoknya takde da kesan tu, tergerak hati lagi nak try. Kali ni minta izin dengan husband. Mula2 husband tanya, ada ke UPT test tu? Bila cakap dah beli, husband terjengil jugakla mata dia. Lepastu dia kata ok. So, cikpuan pun trylah. And guess what?? Ok. tak yah guest2 la.. mesti semua boleh teka yang dekat UPT tu ada 2 line merah... Memang terkejut and tak sangka. Terus keluar bilik air and cakap kat husband.. "Yang..positif!!" Tergamam husband masa tu. Terketar-ketar dia pegang UPT tu tengok sendiri ada dua line.

Alhamdulillah. Kami berdua sujud syukur.

Tapi surprise taknak bagitau sesiapa dulu. Sampaila pertengahan bulan dua, baru inform kat mak cikpuan. Kat ofis pulak lain ceritanya. Diorang ni kaki sibuk sikit, boleh diorang kira cikpuan punya cycle. Tiap-tiap hari tanya, dah check UPT ke belum? Cikpuan kata belum, padahal sudah. Malas nak kecoh-kecoh, lagipun husband tak suka nak berkokok satu dunia sangat sebab still too early kan.. baby pun still fragile lagi. So senyap-senyap je la. Huhu.

Masa hujung bulan 2 tu, abang cikpuan yang no 2 kahwin. Alhamdulillah dapat lagi sorang kakak ipar orang Perak. Masa tu dah dua bulan, tapi tak check klinik lagi pun..hehe.. Excited nak pergi hantar pengantin. Masa ni la kebanyakkan sanak saudara dapat tahu. Alhamdulillah.. semua doakan kami yang baik-baik je masa tu..

Tapi tanpa disangka ada satu disaster datang di penghujung bulan 2 ni. Akibat asakan berhari-hari dari colleague dan HR, akhirnya cikpuan pun beritahu mereka yang cikpuan preggy. Kebetulan, seorang daripada colleague cikpuan resign atas menerima tawaran lain. Maka pihak pengurusan memutuskan cikpuan untuk mengambil alih tugas beliau. Cikpuan pun bersetuju untuk mencuba memandangkan Cikpuan ni memang suka mencuba benda baru.

Wednesday, September 25, 2013

Alhamdulillah..

Tanggal 24 Sept 2013 merupakan satu tarikh bersejarah for me and husband. Alhamdulillah our little angel was born on 11.50am.
The due date supposed on 27 Sept 2013, but i guessed our little angel might be excited as both of us n decided to born early than the EDD.. muehehe.
Anyway, lahir dgn berat 3.16, secara normal, CPJ berpeluang merasai perit getirnya seorg ibu melahirkan seorg anak ke dunia.
Sesungguhnya kami berharap agar little angel kami akan menjadi seorang insan yg baik, berbakti pada masyarakat, org tua dan beramal soleh. Amin..