Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Friday, December 27, 2013

Jenuh cari nama baby...

Salam semua.. Sempena hari Jumaat penuh Barakah ni, di penghujung 2013.. nak kenalkan dengan anak cikpuan.. Sebelum tu nak ceritakan asal usul nama baby girl cikpuan ni.

Sebenarnya sebab sebelum ni ingatkan baby boy, tak pula terpikir nak sediakan nama baby girl. Semua nama boy je. Cikpuan ada jugak reserve satu nama girl. Masa preggy cakap juga dengan husband, kalau tetiba anak perempuan, kita letak nama baby #AreejFiruz yang bermaksud Wangian Indah. Tapi husband refused pulak bila baby dah keluar ni padahal dulu dah agree. Confident sangat baby boy la tu. Hehe. Katanya nama tu terlalu unik.

Kalau ikutkan pada mulanya husband memang nak nama Delisha sebab dia suka nama yang ada Sha. Lagi stu dia nak nama yang ala international sikit. Contoh macam nama anak buah Syaza ataupun nama anak sepupu, Balqisha. Nak letak nama Arissa cikpuan takmau sebab anak sepupu pun ada nama Arissa. So last-last setuju dengan nama Delisha. Okay, dalam internet Delisha ni adalah nama Arab tapi sebenarnya bukan. Asal nama Delisha adalah dari perkataan Latin yang bermaksud kegembiraan. So,  Delisha ni bukan asal nama Arab tapi maksud happiness ni memang husband suka sangat sebab kegembiraan bagi husband ni membawa banyak makna.

After confirm Delisha, husband nak letak Cahaya Delisha, kira Cahaya Kegembiraan lah, tapi mak cikpuan kata macam nama Indonesia. Kenapa tak letak Nur je? Mak tak setuju. Husband pun tanya kawan-kawan dia semua. Kebanyakkannya tak setuju nama Cahaya tu. Terus patah semangat dia nak letak nama Cahaya. Dia nak letak Delisha je. Cikpuan tak setuju la, dahla nama cikpuan bagi dia reject, pastu nak ikut kepala dia je letak nama anak. Penat ibu yang mengandungkan ni tau. Sob..sob..

Cikpuan pun try tanya husband, okay ke kalau letak Zara.. so jadi Zara Delisha. Maksud nama Zara ni Puteri. So nanti jadi Puteri Kegembiraan. Husband kata tak best nama tu pulak. Cikpuan tak putus asa, try proposed lagi. Macammana kalau Hana? Hana Delisha.. Maksud Hana ni banyak. Kalau dalam Jepun Hana ni maksud dia Bunga. Jadilah Bunga Kegembiraan. Kalau Arab pula Hana bermaksud Kebahagiaan ataupun Rezeki. So akan jadi Double Happiness ataupun Rezeki Kegembiraan.

Dan akhirnya.. husband setuju dengan nama #HanaDelisha. Katanya nama Hana tu adalah sikit international. Haha, layankan je la. Alhamdulillah. So, here is my baby boo..


Masa ni baru je lahir. Lebatkan rambut #HanaDelisha?? Sebab internet connection tak berapa nak stabil, gambar lain cikpuan sharekan lain kali okay?

1 comment:

  1. wah menarikk..anak buah saya nama Nur Zara Delisha..hee

    ReplyDelete

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!