Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Monday, August 25, 2014

Tahniah buat sahabat

Alhamdulillah. Akhirnya sahabatku membina masjid juga! Syukur Ya Allah.

Ya. Cikpuan tahu perjalanan cintanya.. 11 Tahun. Merentas onak duri. Pelbagai halangan dan akhirnya mereka berjaya melepasinya. Itulah usaha dan doa yang tidak putus. Alhamdulillah. Tak perlulah cikpuan nak bercerita kisah lama kerana yang pasti mereka pasti berbahagia kini. Tahniah buat sahabat yang merupakan ex-blogger (sekarang dah meninggalkan alam maya termasuklah facebook) demi tuntutan kehidupannya.

p/s : You know who you are.. if you still reader in my blog, dont forget to leave me a message okay!

Friday, July 25, 2014

Demam campak (Chicken Pox), Viral Fever (Demam Virus) ataupun Denggi??

Assalammualaikum & Hi,

Akhir-akhir ni terlalu banyak berita yang mendukacitakan cikpuan. Bermula dengan serangan di Gaza, kemudian nahas #MH17 meskipun misteri #MH370 masih belum terungkai. Al-Fatihah buat mangsa-mangsa nahas yang beragama Islam juga buat mereka yang gugur syahid di Gaza.

Alhamdulillah Allah masih berikan umur yang panjang buat cikpuan walaupun dalam tanpa sedar sejak pertengahan Jun yang lepas, cikpuan dan keluarga telah diduga dengan demam batuk selsema si tiga serangkai yang agak teruk. Semuanya bermula dari cikpuan. Dah tau demam teruk, masih lagi gagahkan diri pergi kerja, lepas tu jenis yang degil tak nak makan ubat. Padahnya tersebar pada Delisha memandangkan Delisha masih lagi direct bf dengan cikpuan.

Serius menyesal bila Delisha terjangkit. Sakit hati bila tengok anak sakit. Merengek, tak nak ditinggal malah dengan pengasuh pun dia tolak. Paling teruk bila satu badan Delisha mula keluar ruam-ruam kecil  kecuali bahagian muka. Ingatkan ruam biasa tapi bila bercerita dengan beberapa orang yang berpengalaman, ada yang mengatakan bahawa ruam tu ruam demam campak. Ada pula kata cuma ruam panas yang disebabkan dalam badan terlalu panas.

Tiga hari demam Delisha tak kebah, bawa pergi hospital. Terpaksa ambil darah. Meronta dia di ambil darah cikpuan cuma boleh nangis dalam hati je. Dua jam tunggu baru keputusan darah keluar. Doc kata 'nothing suspicious'. Cuma demam biasa. Ruam-ruam tu pun dia tak pasti sebab apa. Dapatlah ubat demam, selsema dan calamime losyen. Berapa hari kemudian, demam kebah tapi selsema dan batuk masih berlarutan. Paling kesian, muncul satu misteri baru. Kulit kaki dan tangan Delisha - kedua-dua belah habis menggelupas.

Sedih hati cikpuan tengok anak sendiri macam tu. Kemudian husband pula demam. Tapi tak lama. Sehari dua je. Terus kebah tanpa kesan selsema dan batuk pun. Dalam dua minggu kulit Delisha menggelupas. Bila habis je bersalin kulit, awal bulan Julai ni pula Delisha diserang demam batuk selsema semula. Kali ini paling teruk sebab  panas bila malam je. Malah sampai cecah ke 40 darjah celcius dan sampai menggigil satu malam sambil nangis teresak-esak. Memang sakit hati tengok. Kalau boleh pindah sakit tu, cikpuan rela cikpuan yang kena.

Tiga hari demam kemudian kebah. Alhamdulillah. Baru cikpuan nak lega, dua hari lepas tu Delisha demam lagi. Terus bawa ke hospital sekali lagi. Ambil darah lagi. Kali ni encik husband menyanyi jadi Delisha tak meronta pun. Dua jam lagi menunggu. Doc kata sama ada demam virus (viral fever) ataupun denggi. Keputusan darah tunjukkan macam tu. Jadi, doc bagi satu slip jadual di mana Delisha kena datang lagi hospital selama 2 kali lagi untuk ambil lagi darah. Okay. Cikpuan rasa macam nak pengsan.

Demi anak, cik puan ambil cuti esoknya untuk ambil darah. Demam dah kebah sikit, ujian darah pun ada peningkatan tapi masih tak stabil. Kali ni ambil darah langsung tak menangis. Dia tenung je abang yang ambil darah dia tu. Hensem kot ? Eh, hensem ke??

Baliklah cikpuan dengan hati yang sedikit tenang. Malam tu cikpuan mula rasa sakit kepala. Dalam fikiran mungkin sebab tak cukup tidur menjaga Delisha untuk beberapa minggu dan kemudian esoknya terus cikpuan pun kena demam semula. Akhirnya Delisha tak pergi pun ambil darah terakhir tu sebab cik puan dah tak larat nak ulang alik hospital. Lagipun demam Delisha pun dah kebah sepenuhnya.. Alhamdulillah. Cuma berjangkit pada cikpuan pula. Dekat seminggu lebih juga la demam tu nak kebah.

Ikutkan si farmasis adik cikpuan dia kata cikpuan dan Delisha macam terkena demam viral sebab ambil masa yang lama untuk sembuh dan beberapa kali terjadi dalam jangka pendek. Alhamdulillah semua kami pun dah beransur kebah. Dugaan Ramadhan.. ekeke..

Ok. Bai.

Tuesday, May 20, 2014

Baby Story : Ragam Baby Nak Tumbuh Gigi

Assalammualaikum & Hi,

Just a short entri sebab laju-laju kena siapkan kerja. Nak share macammana keadaan atau keragaman baby CikPuan masa nak tumbuh gigi.

Actually tak sedar pun si #HanaDelisha ni nak tumbuh gigi sebab dia dah tak menggigit masa menyusu. Memang lama dah dia tinggalkan tabiat gigit dan tarik dia tu, jadi memang tak sangka langsung yang dia ni tumbuh gigi.

Al-kisahnya, dah 2 hari dia ni terlebih poo poo. I was worried. I thought she might be food poisoning, sama macam kami yang kebetulan terkena masa hadir kenduri kahwin saudara terdekat. Kebetulan juga, dah beberapa hari dia ni asyik merengek je, lepas tu tak nak dengan papa dia, nak melekat juga dengan mama. Sehinggalah pagi Rabu 7/5/2014, dia punya merengek lebih dari biasa dan paling risau, Delisha tak nak minum susu. So, as a mum, i was worried so i take a leave - konon nak jumpa doktor lah kan. Tapi, lepas je mandikan dia, dia merengek-rengek, macam mengantuk nak tidur. Mula-mula paksa Delisha minum susu, dia taknak. Tepis punya tepis memang dia refuselah. Tapi mungkin dah mengantuk + lapar, akhirnya dia minum susu juga. Kejap je dia minum, dan dia terus tidur dengan nyenyaknya! Serius i worried bila Delisha tidur terlalu lama sebab normally dia jenis tidur sekejap-sekejap je. Bayangkan dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 1.30 tengah hari baru dia bangun. Itupun Delisha pandai. Kalau mama dia ke dapur, dia akan merengek, even nak ke toilet pun tak boleh. Kena duduk sebelah dia, temankan dia tidur, then baru dia tidur nyenyak.

I call my mom - Mak cikpuan apalagi.. risaulah bila cucu dia meragam lain macam je. Cepat-cepat suruh cikpuan pergi klinik. Tapi akhirnya cikpuan tak pergi pun klinik sebab selepas Delisha bangun dan cikpuan tukarkan lampin pakai buang dia - tak ada poo poo pun macam dua hari lepas. So, lega hati mama ni. So terfikir mungkin dia nak bermanja-manja dengan mama la kot.

The next day, baru dapat tahu dari Ibu (pengasuh) yang rupanya dia tumbuh satu batang gigi atas. Serius memang cikpuan tak perasan. Dan semalam, ibu beritahu yang gigi bawah dia pun dah terasa tumbuh. Dengar je ibu bagitau, cikpuan rasa macam cikpuan ni loser gila jadi seorang mama. Anak tumbuh gigi pun tak perasan. Kesian kan? Huhu..

Tapi Alhamdulillah la, ada sesetengah baby yang cikpuan dengar demam masa tumbuh gigi. Alhamdulillah Delisha tak demam lagi. Mudah-mudahan Delisha membesar dengan sihatnya. Sekarang Delisha start pre-crawling + rambatan. Dah pandai-pandai lepas tangan sendiri pulak tu. Haish, ini budak memang lasak.

Eh, kata entri pendek je? Ni panjang menggagau dah ni. Okla. Tempek gambar Delisha satu. Nak ambil gambar gigi dia payah. Tak nak buka mulut.


Ok. Bai.

Friday, May 9, 2014

Creative 3D Art di The Atmosphere, Seri Kembangan

Assalammualaikum & Hi,

Lama betul tak update entri. Bersawang sudah tengok blog ni. Kesian dia. Hehe..

Anyway hari ni CikPuan nak kongsikan satu tempat menarik bagi mereka-mereka yang duduk di Klang Valley ni. Bagi yang sukakan kelainan, suka bergambar, suka berphotoshoot, suka berIG.. bolehla datang ke sini. Tempat ni masih baru lagi, kebanyakkan shoplot pun tak buka lagi tapi yang menariknya ada banyak 3D art yang sangat menakjubkan di dinding-dinding bangunan ni.

Ha, di mana tu? Meh CikPuan nak bagitau, di The Atmosphere, Seri Kembangan. Masuk percuma tau. Diulangi.. MASUK PERCUMA. Kalau tengok sekali imbas macam biasa je lukisan ni tapi cuba korang halakan kamera mahal korang tu ke arah 3D tu, konfirm mulut korang akan ternganga dan kata Wow!! Orang yang buta seni macam Cikpuan pun boleh terpaku..apatah lagi anak seni kan.

Okla. Tak boleh nak tulis panjang-panjang, masa bekerja sekarang. Sila lihat gambar dibawah untuk lebih rasa takjub ye!! Muahaha..








Ok. Bai.

Saturday, April 12, 2014

KFC dan English

Assalammualikum & Hi,

Lunch hari ni dine in KFC. Malas nak pilih-pilih. KFC ni dalam Aeon Bukit Tinggi Shopping Centre, so memang ramai oranglah sama ada hari biasa ataupun hujung minggu. Sampai-sampai terus beratur kat kaunter tu. Cikpuan pilih kaunter tengah. Kebetulan, depan cikpuan ada 3 orang pelancong, dari Thailand tak silap kalau ikutkan bahasa yang cikpuan dengar.

Pelancong pertama boleh cakap sikit Bahasa Melayu, tapi kurang fasih. Kesian pelancong tu, terkial-kial dia bercakap. Budak cashier tu tak faham-faham. Siap kata lagi.. 'slow..slow..'

Pelancong kedua pula cakap English, budak cashier tu pergi cakap Melayu.. ingat pelancong ni orang Malaysia ke? Hailoh.. pelancong tu minta 'fork&spoon' pun budak tu macam blur apa yang pelancong tu mintak.. Seriously cikpuan rasa nak tolong take over kaunter tu je sebab kesian dengan pelancong tu dan budak tu sekali.

Pelancong ketiga pula, bagi duit kurang, budak tu tak tau nak cakap apa, dia guna isyarat tangan je. Bila pelancong tu tanya how much, budak tu kata 5 cent.. so pelancong tu bagila 5 cent, haduila adik.. padahal kurang 50 cent kot, pastu bila tak cukup, minta lagi.. pelancong tu pulak blur. Dia ada 30 cent je, so dia bagila 30 cent. Budak tu dah malas nak minta kot, dia ambik je la walau kurang 15 cent.

Lepas tu pula, kaunter sebelah ni ada sepasang mat saleh pula minta 'no mayo', terus adik cashier tu panggil manager dia tolong take over.

Entahlah, tak tahu ni masalah siapa, the staff or the management. Ye, cikpuan tahu, siapa nak kerja kfc kan kalau fluent speaking English. Tapi apa salahnya kalau pihak management buat training to those in the first line at least the basic english la. Cikpuan pun english terabur tapi masih boleh memahami dan difahami. Mungkin kfc ada buat training kot, cikpuan je tak tau. Ehehe.

Dulu kerja retail di Aeon memang banyak training sebab setiap store memang ada 2 trainer. Seriously, Aeon memang the best la part training dia, sangat best, awesome dan tak ternilai. Cikpuan bangga pernah menjadi sebahagian keluarga Aeon. Yes, i missed those moments with them.
Ok. Bai.

Friday, April 11, 2014

Canary Garden .. dream house for everyone...

Assalammualaikum & Hi,

Readers sekalian, pernah dengar tak Canary Garden? Ataupun Bandar Bestari Klang? Macammana pula dengan KSL City? Ha.. siapa yang duduk area Johor mesti kenal KSL City. Macammana pula dengan developer KSL City, which is KSL Holdings Bhd? Tahukah anda projek-projek yang sedang dibangunkan dibawah KSL ni?

Okay. Cikpuan nak promote la antara projek paling latest KSL ni. Projek ni dibangunkan oleh salah satu anak syarikat KSL dan buat pertama kalinya KSL bangunkan projek di luar Johor. Pembangunan sepenuhnya dinamakan Bandar Bestari, Klang, diman KSL telah merancang untuk membangunkan township di Klang, Selangor. Bagi projek sekarang pula yang hampir selesai Fasa 1, dinamakan Canary Garden dimana satu perumahan yang mesra alam dan sangat French Inspired Garden, siap ada sungai lagi kat tengah township ni.

Fasa 1 ni 95% siap... Lebih kurang 330 rumah kluster yang hi-end. Kalau makan gaji macam cikpuan ni belum mampu lah, tunggulah husband cikpuan jadi jutawan (pls aminkan...) inshaAllah dapatlah merasa kot rumah yang hi-class begini. Oh, ya, David Teo pun ada beli rumah kat Canary Garden tau.. mana taknya, orang kampung bos rupanya..

Nak tau lebih lanjut? Pergi je klik laman web Bandar Bestari ni. Lokasi, pelan rumah semua ada. Silakan cuci mat!!

Oh ya, kalau nak tengok rumah contoh, bolehlah datang ke sini!! Nanti boleh jumpa cikpuan.. ekekeke..

Cikpuan paling berkenan yang ni, nampak sangat sophisticated..


Cantik kan? Design ni nama Alisier.. Byk lg design lain macam Tulipe, Argentine dan beberapa lagi yang cikpuan tak ingat nama.. hehe..

Yang ni pulak antara artist impression untuk Canary Garden ni..




Ha.. teruja tak.. teruja tak? Cantik kan? Taman kat atas ni, ada dah rupa sikit, kena touch up lagi je bagi nampak macam ni. Tapi tak 100% sama la. Nama pun cuma artist impression je kan. Tapi, still sangat cantik!! Mahal tau beli pokok-pokok ni.. hehe.

Kalau berminat jangan lupa drop by ke sales gallery!!

Ok. Bai.

Wednesday, April 2, 2014

Putrajaya Hot Air Ballon Festival 2014


Assalammualaikum & Hi,

Sabtu lepas, macam biasa adalah Family Outing Time.. Jadi, kami bertiga, plus two of my gediks but baik hati sisters, pergilah ke Putrajaya.

Ok. Cikpuan tahu, mesti korang macam kawan cikpuan yang bebel dalam ig.. 'Ko memang suka Putrajaya kan..' 'Asyik Putrajaya je..' 'Tak ada tempat lain ke..'. Mari cikpuan senaraikan kenapa Putrajaya jadi pilihan.

1. Paling dekat dengan rumah
2. Banyak taman dan tempat menarik
3. Setiap minggu mesti ada event menarik
4. Alamanda

Itu antara sebab- sebab cikpuan. Kalau korang ada sebab lain, itu ikut koranglah kan.

Oklah sambung balik ke Putrajaya Hot Air Ballon Festival. Kami pergi petang Sabtu tu. Cuaca agak suam-suam. Panas tapi mendung. Mendung tapi panas. Orang ramai ya sungguh. Parking pun jenuhla cari. Jauh jugala kami parking. Dekat-dekat Masjid Besi macam tu. Berjalanla sampai ke area monumen tu. Penat jugakla bagi insan pemalas bersenam macam cikpuan ni. Dahla mengangkut anak. Masuk stroller merengek minta dukung. Dah tambah lagi satu senaman - angkat berat. Nasib lah boleh gilir dengan bibik-bibik yang gedix. Muahaha..

Tapi sayang, kami sampai tak lama. Pusing-pusing tengok belon, pusing-pusing cari makanan - ok. ramai sangat orang. Tempat makan penuh. Kami pun balik. Singgah di tepi tasik untuk solat maghrib. Kemudian hujan. Ok. Bosan kan?? Haha.. Baiklah.. kita tengok gambar sudah..








Ok. Bai.

Thursday, March 27, 2014

Telekung Travel Murah

Assalammualaikum & Hi,

Last week merayap ke GM Klang lagi. Kali ni pergi time lunch, jadi kena cepat dan pantas. Cadang cari dress untuk majlis tunang adik dan gaun untuk Hana Delisha.

Pusing-pusing je kat tingkat satu sebab terlalu banyak kedai kat situ. Sampai tak tau nak pilih mana satu. Masuk kedai tu lepas tu kedai sebelah pulak. Rambang mata. Tengah pusing-pusing tu terjumpa satu kedai telekung ni. Ternampakla beg- beg telekung travel yang comel- lote.

Tanya pekerja kat situ,

C: Ni satu ni berapa?
P: RM45 kak..

Cikpuan dalam hati.. Eh, mahalnya, biar betul budak ni.. Cikpuan masih belek-belek lagi.

P: ...tapi kalau ambil 3, satu dapat RM15..

Cikpuan mula mengkalkulate secara maya dalam otak. Bekas tutor math kan.. Muahaha..

C: Eh, kalau macam tu 3 pun RM45 jugak la kan?
P: Eh, iye ke?

Terkial-kial si pekerja cari kalkulator kira.

P: Ha, betullah...

Dengan agak konfius beliau menjawab. Dan apa lagi, cikpuan pun terus serbu lah. Habis semua cikpuan buka. Bukan apa, nak tengok kain panjang tak. Nanti ambik pendek dah susah pulak kan.

Dan akhirnya.. Cikpuan beli 3 juga. Warna purple, biru dan juga coklat. Telekung dia nipis je, so kena ambil warna gelap supaya tak transparent. Kain tak pasti fabric apa tapi licin macam satin. Saiz yg boleh dilipat kecil sangat sesuai nak bawa kemana-mana. Masuk dalam handbag pun muat tau!

Setelah dibuka - Maaflah memang renyuk sikit sebab terlipat kecik2 dalam bag dia

lipat kecik-kecik then baru boleh masuk bag

Tada.. dah simpan and boleh bawa !

Eh, cikpuan tak jual tau tapi kalau ada sesiapa nak minta tolong belikan, inshaAllah bolehla cikpuan tolong. Kalau cikpuan jual tak dapat dah harga rm15 satu. Ekeke..

Oklah. Bai.

Baby Story : 6 bulan dan Resepi Puri Pisang

Assalammualaikum & Hi,

Alhamdulillah Hana Delisha dah 6 bulan. Tak sabar nak beri makan. Sebelum 6 bulan hari tu, macam-macam menu dan resepi cari, cadang nak prepare healthy lah untuk Delisha, sekali dah 6 bulan, bagi nestum je kau.. Nasib kau lah Delisha.. Huhu..

Dah 3 hari ni memang minta pengasuh bagi Delisha nestum siang, malam pula prepare puri pisang untuk Delisha. Tak pasti lagi berapa kuantiti yang sepatutnya untuk Delisha ni tapi buat permulaan kita pelan-pelan bagi dua sudu dulu. Nak tengok macammana cara pemakanan dan penerimaan si Delisha ni. Kalau ikutkan pengasuh, Delisha ni memang senang dia nak bagi makan, tak macam sepupu dia, susah sikit. Kira suka makan macam mama dia jugak. Muahaha. Malam pula bagi puri pisang sebab nak sediakan mudah dan pantas. Delisha bab makan ni kurang sabar sikit, jadi kalau nak prepare bubur kena ambil masa sikit. Jadi minggu ni bagi puri je dulu. Bubur inshaAllah akan mula pada hari Sabtu or Ahad ni - bukan apa, masa nak memasak tu panjang sikit.

Ni puri pisang + fm untuk Delisha

Yang ni pula roti pisang untuk mama.. 

Nak resepi puri pisang??
Senang je.

Bahan-bahan:
Sebiji pisang - cikpuan guna pisang lemak manis ( kecil, manis dan senang nak lecek) . Kalau nak guna pisang lain pun boleh. Cth: pisang emas
200ml susu (fm boleh bf pn boleh) - kalau tak nak pun boleh.

Cara-cara:
Lecek je pisang tu guna sudu or garfu sampai betul2 lumat. Kemudian campur dengan susu. Tada... Dah siap!!

Senang je kan?

Ok. Bai.

Monday, March 24, 2014

Putrajaya Event RC 2014

Assalammualaikum & Hi,

Sabtu lepas, macam biasa adalah hari outing kami sekeluarga. Walaupun pagi sabtu cikpuan kerja, namun tak menghalang cikpuan dari keluar bersama keluarga pada petang tu. Husband kan baru berjinak dengan RC, kebetulan ada pula event RC kat Putrajaya, apa lagi, memujukla husband untuk teman dia ke sana.

Okla. Ikut je la. Siap pesan dengan husband, tengok je, jangan nak gatal tangan beli RC baru pulak. Terangguk- angguk husband. Dalam perjalanan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah, lama kan tak hujan. Tapi,sekejap je dalam 15minit kot macam tu hujan berhenti. Kebetulan lalu Taman Selatan area kubur tu, sebelah tu ada satu kawasan yang lapang. Terus husband berhenti nak main heli dia sekejap.
Main tak sampai 10minit kot, heli tu patah kaki ke apa entah cikpuan tak pasti. Baru kami bertolak semula ke RC event tu. Oh ya, RC event tu kat Pusat Rekreasi Air Presint 6, sebelah Pullman Hotel dan Marina Putrajaya. 

Sampai je tengok dah bersusun kereta. Tapi pengunjung tidaklah seramai event lain. Lagipun event ni agak tertutup sikit. Kurang publisiti meluas dan jemputan hanyalah dikalangan peminat RC. Husband dapat info pun dari RC group sendiri. Banyak RC yang dipertandingkan. Antaranya Buggy, Drift Car, Heli, Aircraft, Boat dan Crawler.

Meh tengok gambar ye. Nak tulis panjang sibuk pulak.

Litar Buggy

Lapangan Udara untuk Heli dan aircraft

Crawler


Hebat- hebat tengok RC ni. Yang menarik, kat sini disediakan litar untuk Buggy dan lapangan udara untuk heli dan aircraft. Terkesima cikpuan dan husband melihat pakar-pakar RC ni bermain. Memang hebatla terutama heli 3d. Nak menangis kot tengok heli tu menari- nari buat aksi terbalik dan sebagainya. Kalau tak ada kepakaran, janganlah buat macam tu, bahaya kepada diri sendiri dan orang lain nanti.

Ok. Bye

Tuesday, March 11, 2014

Dimana... #MH370

Dimana..

Dari darat terbang ke udara
Hilang tanpa sebarang tanda
Dimana semua bertanya
Dimana semua berdoa
Dimana semua berduka
Dimana semua berteka
Dimanakah MH370 yang didamba..

239 jiwa terbang bersama
Apa agaknya khabar mereka
Hanya harapan dan doa
Yang dapat dititipkan
Moga ada keajaiban
Dengan izin Tuhan..

#PrayforMH370

Cikpuanjiyah.110314.1225.

Bantuan dikala perlu

Assalammualaikum & Hai,

Teringat tentang peristiwa few weeks ago di sebuah stesen minyak Petronas di Banting.

Hari tu macam biasa cikpuan single driver bawa Delisha balik kampung. Tengok tank dah menyala- nyala so plan nak isi minyak di Petronas tersebut memandangkan tulah yang paling dekat. Tengok- tengok si cilik kat sebelah dah tertidur jadi dah terfikir macammana nak pergi bayar kat kaunter ye?

a. Dukung je Delisha sampai kaunter dan bayar walaupun kebarangkalian dia akan terjaga 99%
b. Buka pintu dan lari laju-laju untuk bayar kat kaunter. Tinggalkan Delisha tidur dalam kereta
c. Guna kad debit untuk isi minyak

So, plan awal nak ikut plan c tapi baru teringat yang kad debit tak renew lagi walaupun maybank dah remind berjuta lemon kot. Kena tukar plan. Macam nak ikut a tapi dah terjaga nanti susah pula cikpuan nak drive. Kalau plan b pulak bahaya tinggal baby sorang dalam kereta.

Ah.. Plan apa ni?? Serabut kepala cikpuan. Dah sampai dah ni. Kepala masih tak boleh nak bagi keputusan. Matikan enjin. Buka pintu kereta...

'Jaga anak kamu, sini biar pakcik yang tolong bayar..' Ada sorang pakcik jaga pam ni pelawa nak tolong. Serius terkesima sekejap dengar pakcik ni cakap. Tapi hati terus berbunga riang.

'Alhamdulillah ada juga orang nak tolong..' Terus bagi duit kat pakcik tu dan pakcik tolong bayar dan isikan minyak.

Kenapa hati cikpuan berbunga riang? Sebab tak pernah ada orang offer cikpuan untuk tolong. Ye. Tak pernah. Walaupun cikpuan menggendong anak ke kaunter, malah isi minyak pun sambil menggendong anak, yang cikpuan terima hanyalah teguran.. ' Anak menangis ke?

Kali pertama terpaksa isi minyak as a single drive cikpuan tinggalkan Delisha dalam kereta. Berlari- lari cikpuan membayar ke kaunter dan kebetulan ada seorang budak penjaga pam di situ, hanya sebagai pemerhati (nasib baik dia tolong isikan minyak). Menangis si kecil tu ditinggalkan sendiri. Sejak tu cikpuan sedar yang adalah salah untuk tinggalkan anak dalam kereta sendirian walaupun hanya seminit dua. Sebab tu la sampai sekarang kalau isi minyak memang cikpuan akan dukung si Delisha sekali.

Ye. Sesiapa pun mungkin memerlukan bantuan. Walau sekecil zarah sekalipun, walaupun kita rasa itulah pertolongan yang paling remeh pernah diberikan. Tapi bantuan tetap bantuan dan kita mungkin telah dapat mengatasi masalah yang selama ini cuba diselesaikan.

Sama macam keadaan sekarang. Bantuan semua amat diperlukan bagi isu kehilangan MH370. Terutama dalam menjaga sensiviti keluarga penumpang dan krew yang terlibat serta janganlah membuat spekulasi ataupun berita palsu mengenai kehilangan pesawat ini. Malah salah seorang penumpang adalah sepupu kepada makcik cikpuan. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah membuka jalan agar misteri ini terungkai dengan segera. #PrayforMh370. Semoga semuanya selamat.

Monday, March 3, 2014

Segmen : Tak Kenal Maka Tak Blogwalking


Assalammualaikum & Hi,

Tak boleh nak cerita panjang-panjang, sebab nak kena settlekan LA tapi nak join jugak segmen ni. Mailah join kita berwalking-walking, runninng-running Man.. ekeke.. 

Nanti dah settle LA, cikpuan running-running Man entri blogger-blogger lain eh.

Sila klik banner di atas kalau nak join.

Ok. Bai.

Motherhood : Single Driver Mother

Assalammualaikum & Hi,

Bila sebut single mother, mesti ramai terfikir Miss J kan. Tapi jangan salah faham, cikpuan bukan title Miss J. Cuma nak bercerita tentang bila si ibu memandu sebagai single driver dengan baby (tanpa ada penumpang lain).

Macam cikpuan, memang setiap hari akan jadi single driver. Isnin - Sabtu ke pejabat, Ahad pula balik kampung. Setiap perjalanan lebih kurang 30minit ke 1 jam. Kalau bayi tidur oklah, kalau meragam? Susah kan. Dulu mula-mula pun cikpuan rasa susah tapi dari satu ke satu pengalaman lebih banyak mengajar cikpuan.

Tips bagi single driver mother / father :

1. Car seat - paling penting bagi single driver. Kalau tak nak letak baby kat mana? Manalah baby pandai duduk dekat seat and pakai tali pinggang, jadi kenalah pilih car seat yang bersesuaian dengan usia baby.

 Delisha dalam car seat nya..

2. Botol susu - sediakan susu secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Takdela kalau baby menangis nak susu kalut. Kalau boleh letak botol di tempat yang kita senang capai supaya mudah nak bagi baby nanti.(Sesuai bagi baby yang diletak di sebelah pemandu)

Botol susu kena ada tapi Delisha jarang dah minum guna botol susu.. 
kat BS je dia nak, kalau mama dia ada, jangan harap..

3. Toys - Mainan pun penting juga. Cari mainan yang baby paling suka dan mudah tertarik. Macam Delisha biasanya cikpuan akan bagi teether atau itik Mr. Bean tapi Delisha cepat bosan dengan mainan tu. So, barang yang dia paling berminat adalah dengan purse cikpuan atau tali beg tangan cikpuan pun jadilah. Pastikan barang tak tajam, tak luntur warnanya dan tidak ada material kecil- kecil yang boleh menyebabkan baby tertelan.

See.. dia tarik tali handbag cikpuan, so cikpuan bagi dia teether..

Purse cikpuan memang kegemaran Delisha.. sebab bung-bunga kot?

4. Jika bayi menangis - setelah diberi susu dan mainan, cikpuan cadangkan supaya single driver berhenti ditempat yang sesuai dan pujuklah baby anda supaya dia lebih tenang. Jangan biarkan baby menangis terlalu lama, tak bagus untuk emosi baby nanti.

Jangan biarkan menangis macam ni.. hehe..

Tips ni untuk single driver jarak dekat ye. Kalau jarak jauh macan KL - Ipoh tu cikpuan tak ada pengalaman lagi. Hehe..

Ok. Bai.

Friday, February 28, 2014

Hobi : Helicopter RC

Assalammualaikum & Hi,

Tiba-tiba je incik husband ada hobi baru. Entah saat bila entah dia tersampuk dengan menatang ni pun cikpuan tak tau. Ceritanya bermula di GM Klang. Macam biasa, tiap minggu kami akan keluar bersiar-siar. Minggu tersebut kami pilih GM Klang. Bosan asyik menapak di Aeon Bukit Tinggi dan Alamanda, jadi tukar angin ke pusat borong GM Klang.

Bukan nak beli apa pun, saja jalan-jalan cuci mata. Pusing-pusing juga nak cari telekung travel tapi last minit tak jadi beli sebab penjual tu tiba-tiba kata harga lain padahal mula-mula cikpuan tanya dia sebut harga lain. Bukan nak berkira tapi harga beza ketara kot. Padahal officemate cikpuan beli telekung travel di situ pun jauh lebih murah dari harga yang mula-mula dia inform cikpuan.

Lepas tu GM Klang ni pelik sikit, dia buka pagi, tak pasti pukul berapa tapi dia tutup pukul 6ptg. Pukul 6 ptg semua kedai dah siap-siap nak tutup. Padahal pelanggan ramai lagi. Memang ni part yang tak best. Dah semua kedai tutup, kami pun bergerakla keluar, cadang nak ke Aeon Bukit Tinggi. Tiba-tiba ternampak ada satu kedai kain masih buka lagi. Bukan setakat kain, baju dan mainan pun ada.

Eh, ni dah cerita pasal GM Klang ni, bukan Heli RC, haha.

Ok. Sambung balik, jumpa kedai tu, kami pun masuk. Cikpuan tengok tudung, husband tengok permainan. Cadangnya nak cari mainan untuk Delisha. Tapi jumpa mainan untuk si papa pula. Berkenan betul encik suami dengan Heli RC tu. Ingatkan dia nak main-main kat situ je. Rupa-rupanya dia grab juga satu! Hangin cikpuan sebab cikpuan tak dapat apa-apa..huhu..

Balik rumah terus main. Heli RC tu untuk indoor je tapi dia bosan main indoor, so main kat luar rumah. Sekali angin tiup, terbang Heli tu tersangkut kat bumbung jiran depan rumah. Padahal baru seminggu beli. Terus tak ditemui Heli tu. Sedih T_T..

Kemudian, minggu lepas, kami merayau ke Mines. Husband beriya-iya cari Heli baru. Dari Mines ke Downtown Mines ke Downtown Velodrome. Tak jumpa yang berpatutan. Akhirnya pada hari Ahad tu kami ke satu kedai di Giant Banting baru berjumpa dengan Heli yang berkenan. Tu pun bukan main lama pilih. Habis semua Heli kat kedai tu dicubanya. Penat cikpuan dan Delisha tunggu.

Ingatkan dapat Heli baru oklah. Rupanya baru main beberapa hari, rosak pula kipas belakang. Mana taknya asyik terhempas je Heli tu cikpuan tengok. Dan akhirnya malam tadi, encik husband beli satu lagi baru. Hurmm.. Sabar je lah kan..


Heli hijau-hitam tu lah Heli terbaru.. 3.5 channel.. Biru tu pula yang kipas belakang rosak..4 channel. Semalam nampak juga en. husband usha Heli RC 6 channel, padahal harga tertera RM300++...  Buat masa sekarang belum la kot dia nak beli.. esok lusa siapa tahu...

Monday, February 24, 2014

Baby Story : Bagaimana memilih susu formula buat pertama kali

Assalammualaikum & Hi,

Susu. Kadangkala rasa rendah diri sebab tak dapat memberikan susu ibu sepenuhnya (fully breastfeeding) pada Hana Delisha. Selalu orang tegur, kenapa tak guna produk ni, produk tu, produk bla bla, makan tu, makan ni, makan bla bla. Cikpuan teringin juga nak cuba tapi tak berani sebab takut effect pada Delisha. Cikpuan ada minum satu produk ni sebab nak banyakkan susu, tapi Delisha pula yang sakit perut. Jadi nak cuba produk-produk lain rasa berbelah bagi. Jadi cikpuan cubala makan makanan biasa yang boleh memperbanyakkan susu. Lobak putih, sawi, kurma, kismis.. semua cikpuan bedal tapi susu masih sama. Masa pantang dulu sampai Delisha naik marah sebab mama dia tak cukup susu. Kesian Hana Delisha. Jadi nak tak nak, terpaksa jugala campur dengan susu formula.

Bagaimana nak memilih susu formula untuk pertama kali?

1.  Ikut kesesuaian usia - Ibu bapa kena teliti susu formula betul-betul. Untuk setiap usia, susu pun berlainan, pengeluar produk dah upgrade dah kepada rasa yang lebih keras. Jadi para ibu bapa kena lebih waspada dan teliti pemilihan susu formula ni ikut kesesuaian usia.

2. Ikut Bajet - Ikut bajet ibu bapa itu sendiri. Kalau mampu boleh pilih yang mahal. Kalau macam cikpuan ni, kita pilih yang biasa je dulu. Lagipun takut baby tak sesuai. Membazir nanti. Beli pek kecil dulu, sebab nak cuba pertama kali. Kalau tak sesuai, tidaklah membazir nanti.

3. Ikut isi kandungan Susu - Ada sesetengah ibu bapa, suka membandingkan antara kandungan di dalam susu. Mana yang lebih baik buat anak mereka. Ada DHA, AHA, Vitamin, Zat Besi dan macam-macam lagi lah.

4. Ikut kesesuaian Bayi - Bila dah beli satu jenis susu ni, tak semestinya susu tu sesuai dengan bayi. Ibu bapa kena sentiasa memerhati jika ada masalah-masalah yang bayi hadapi sepanjang pengambilan susu formula tersebut. Sama ada dari segi alahan, sembelit mahupun masalah-masalah lain. Kalau bayi alahan pada susu lembu (laktosa) kenalah tukar pada susu tanpa laktosa (biasanya susu soya).

Pengalaman Hana Delisha.

Ok. Kita cerita pengalaman Hana Delisha dengan susu formula ni pula. Cikpuan pada awalnya tak mengalami masalah kekurangan susu ibu pun. Cuma, semakin Hana Delisha membesar, semakin kuat dia minum susu. Adakala cikpuan cuba juga untuk pam sebagai stok, namun hampa sebab konon nak simpan, tapi bila susu cikpuan kurang, terpaksa ambil stok simpanan juga sebagai ganti buat Hana Delisha. Lagipun cikpuan bermasalah dengan pam elektrik. Orang kata tak berjodoh dengan pam elektrik. Keluar sikit je. Dalam sejam baru 1 ke 2 oz. Oh, penat menunggu. Kalau nak banyak sikit, cikpuan kena buat pam secara manual (guna tangan). Lebih cepat ok. 1 ke 2 oz lebih kurang 15 minit ke 30 minit. Akhirnya, cikpuan tak pam pun sebab kalau pam, susu lagi tak cukup.

Jadi, ada satu hari ni masa berpantang, Hana Delisha marah sebab susu tak cukup. Stok pun dah habis. Puaslah cikpuan makan, minum air banyak pun masih tak cukup. Hana Delisha masih nak menyusu lagi. Memandangkan cikpuan pun nak mula bekerja tak lama lagi, jadi mak cikpuan pun nasihatkanlah untuk beli susu formula. Pilih punya pilih, cikpuan tertarik dengan Dulac-Step 1. Kenapa cikpuan pilih Dulac? Sebab cikpuan ni anak Dumex!! Hehe..  Mahal pun tak mahal. Dalam belas-belas ringgit macam tulah untuk pek paling kecil. Alhamdulillah dalam seminggu mencuba, Hana Delisha taka da masalah sembelit, alahan ataupun sebagainya.

Dalam sebulan lebih lepas tu, baru Hana Delisha ada masalah sedikit. Mula-mula 3 hari tak poo poo. Lepas tu berlarutan ke 5 hari. Tapi yang peliknya perut Hana Delisha tak keras macam sembelit. Walaupun doctor kata bukan masalah susu tapi disebabkan risau, kami tukar juga susu ke Dutch Baby : Langkah 1. Ada entri mengenai  poo poo tu di sini ya!

Sehingga ke tarikh cikpuan menulis entri ini, Hana Delisha masih lagi minum susu Dutch Baby langkah 1 (siang hari) dan susu ibu pada malam hari. Alhamdulillah sihat dan kuat cuma sejak cikpuan demam batuk dua tiga hari ni, Hana Delisha pun mula batuk-batuk. Semoga cepat sembuh sayang!

Kepada ibu bapa yang mempunyai masalah yang sama dengan cikpuan, nak taknak terpaksalah berikan anak susu formula. Pedulikan apa orang kata, semestinya setiap ibu bapa nak yang terbaik untuk anak mereka cuma rezeki kita untuk membekalkan tu tak sampai lagi. Harap-harapnya adalah rezeki selepas ini. Dalam pada nak mencari susu formula terbaik pun pilihlah secara berhemah sebab terlalu bayak jenis susu formula di pasaran dan masing-masing berlumba-lumba mengiklankan kebaikkan-kebaikkan yang ada dalam produk keluaran mereka. Jadi, ibu bapa perlulah bijak memilih susu apa yang sesuai dan terbaik untuk anak mereka.


Sekian. Jumpa lagi!

Tuesday, February 18, 2014

Baby Story : Car Seat / Baby Carrier

Assalammualaikum & Hi,

Memandangkan cikpuan kerap travel dengan baby, sebagai single driver, jadi keperluan yang paling penting adalah car seat. Masa baby 2 bulan lagi cikpuan sibuk cari baby car seat. Kedai demi kedai kami survey dan akhirnya kami singgah di BST, Bandar Botanic. Kedai ni menjual barang-barang terpakai dengan harga berpatutan.

Pada mulanya cikpuan agak ragu- ragu nak beli yang terpakai tapi bila dah inspect semua dan memang condition masih tip top disusuli pula dengan harga yang affordable dan sesuai, cikpuan pun setujulah. Lagipun baby cepat besar, anak buah cikpuan pun tak sampai setahun dah taknak duduk car seat dia. Nanti Delisha dah pandai duduk kena beli car seat lain lagi, so daripada membazir tak mengapalah beli yang terpakai sekalipun.

Tapi seriously memang sangat puashati dengan car seat ni. Masa mula-mula pilih, saje je cuba letak Delisha dalam tu, terus dia tidur (padahal letih ikut mama papa merayau). Tapi kalau nak pilih car seat, pastikan ikut kesesuaian usia bayi. Janganlah pula tersalah pilih, kesian baby. Untuk baby, pilihlah baby carrier, jadi baby boleh baring dengan selesa. Jika ada abs bag di bahagian co-pilot, better jangan letak car seat di hadapan. Sangat bahaya sebab jika ada hentakan dan abs bag tu terbuka, bag tu akan menolak baby ke kerusi kereta dengan kuat. Lebihbaik letak dibelakang dan dimonitor dengan cermin tengah kereta.

Yang paling menarik tentang Car Seat/ Baby Carrier Delisha ni, bukan setakat car seat, malah kegunaannya sangat pelbagai. Boleh jadi buaian, stroller dan juga angkat berat untuk papa Delisha. Tak percaya? Biar gambar yang berbicara..

Aksi Delisha dalam car seat/ Baby Carrier - masa ni tak cukur rambut lagi

Letak Car Seat dalam troli - dah jadi stroller.. hehe.. - Masa ni ke Kedah, stroller tak muat nak bawa dalam Alza

Menjadi bahan angkat berat untuk papa Delisha - Biasa kami akan bawa car seat je kalau makan di kedai makan

Hebat bukan?? Tapi Delisha dah pandai duduk nanti Car Seat or Baby Carrier macam ni tak sesuai dah. Kena beli yang lain pula yang sesuai untuk baby duduk. Masih mencari mana yang sesuai sebab Delisha sekarang ni pun dah pandai nak duduk sendiri. Angkat-angkat kepala tapi kalau duduk jatuh ke depan. Hehe.. Tak pandai seimbangkan badan lagilah tu.

Ok. sampai sini sahaja. Bai.


Saturday, February 15, 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalammualaikum & Hi;



Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia - Ya. Cikpuan rakyat Malaysia yang Marhaen.. 
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014" - Inilah entry tu..
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry - Ada seperti di atas.
4) Letak link sponsor dalam entry - Ada seperti di bawah
TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)

Lama tak join contest ni. Last join pun 2012 tak silap. Eh ke 2011. Lebih kuranglah. Tengok tarikh tutup macam dah lambat tapi masih sempat sebab belum sampai tarikh lagi. Hehe. Bukan apa, rambang mata tengok hadiah. Kalau ada rezeki Alhamdulillah, kalau tak kita cuba lagi di lain hari! Ekekeke.. 

Akhir kata, nak ucapkan terima kasih pada tuan giveaway yang anjurkan giveaway macam ni!.Hehe.. Terima kasih...Mmmuah!!

Tuesday, February 11, 2014

Kerja dari rumah Part Time secara Online

Assalammualaikum & Hi,

Memandangkan sekarang ni harga barang naik, kos sara hidup pun makin meningkat, jadi cikpuan nak share sikit satu part time job secara online yang bukan je boleh anda lakukan di rumah, malah di tempat-tempat lain juga. Asalkan ada internet connectionlah ye.Hehe.

Ipoll (masa cikpuan join dulu Surveyhead)

- Senang je nak join Ipoll ni, register dah boleh join. Dapat bonus $5 after sign up. Kiranya Ipoll ni kena jawab survey. Satu survey boleh dapat dalam $0.30 ke $3.  Kiranya dalam RM1 ke RM10 lebihkurang. Ikut surveylah. Pastu ikut korang lah nak cash out (min $15) atau tukar ke bentuk lain seperti voucher dan hadiah. Yang paling best sekarang Ipoll pun ada app untuk Apple dan Android. Lebih senangla nak jawab survey sekarang. Tapi cikpuan nak terangkan jugala yang tak semua survey kita akan dapat. Kadang- kadang dalam sebulan tu banyak survey, kadang- kadang tak ada. Tapi jangan risau, kalau korang rajin update profiles, in sha Allah, selalulah Ipoll akan hantar survey. Cikpuan pun Alhamdulillah, dah 2 kali cash out. Taklah banyak mana, tapi ada jugala rezeki kan. Lagi- lagi sebelum kahwin dulu. Oh ya, bolehla check Ipoll di sini ye!


Ada juga few kerja part time lain secara online macam Ipoll ni tapi cikpuan tak cash out lagi, so tunggu cikpuan cash out nanti cikpuan share okies!!

Monday, February 10, 2014

Baby Story : Baby & Pengasuh / Babysitter

Assalammualaikum & Hi,

Hari ni macam biasa, perjalanan nak ke kerja hantar baby Delisha ke babysitter dulu. Terpaksalah baby Delisha ikut cikpuan travel sebab jenuh dah mencari babysitter, dan akhirnya yang sekarang ni memang ok sangat-sangat. Alhamdulillah. Ok. Nak cerita pasal pencarian babysitter ni memang panjang. Jadi cikpuan akan cuba ringkaskan mana yang boleh.

Kalau ikutkan, sepatutnya dari sebelum Delisha lahir lagi dah cari babysitter dah. Tapi memandangkan kami bercadang nak berpindah semula ke area banting, jadi kami tangguhkan dulu nak cari babysitter. Lagipun masa tu cikpuan masih belum bekerja, jadi kami akan cari setelah cikpuan confirm nak bekerja.
Kebetulan pula, ketika cikpuan nak start bekerja tu, mak cikpuan cuti sekolah, ialah cikgu agama kan. Jadi, mak tawarkan diri nak jaga cucu dia sampai habis cuti. Cikpuan was-was juga mula-mula. Ialah, taknaklah susahkan mak, lagipun mak ni aktif sosial sikit. Maksud cikpuan aktif dari segi pergi kenduri kendara, sertai usrah masjid, mesyuarat kampung dan macam-macam lah.Nasib baik adik bongsu cikpuan ada. Dia la yang paling banyak jaga Delisha sebenarnya. Mak masak atau mak ke kedai atau mak ada mesyuarat AIM, adikla yang jaga Delisha. Mesti teringat masa cikpuan jaga adik masa adik baby dulu kan? Hehe..

Kemudian, dah nak start sekolah. Cikpuan dan husband masih tak jumpa pengasuh yang sesuai. Tanya jiran- jiran, mula-mula ada seorang tu nak, bila nak confirm dia tak nak pula. Alasan ada anak kecik lagi. Kemudian jiran depan rumah pulak. Beriya nak tapi bila cikpuan suruh dukung Delisha dia taknak. Bayaran pun agak murah, RM200 tapi rupanya dia tengah sarat dan nak bersalin pertengahan bulan 1 tu. Pening cikpuan, patutla bayaran murah, nak suruh hantar dari petang rupanya sebab husband cikpuan pergi meniaga petang. Terus cikpuan and husband reject walaupun dia memang ada experience asuh budak.

Kemudian tanya pula jiran mak mertua. Dia ni bekas pengasuh anak saudara. Nenek ni agak ok tapi mak mertua pula risau sebab kata mak, nenek ni dah tak berapa nampak sebenarnya. Lagipun jauh cikpuan nak berulang dari olak lempit ke banting kemudian ke klang pula. Aduh, reject lagi.
Tiba- tiba teringat pula pengasuh anak abang suami di Jenjarum. Kira pilihan last la ni. Kalau terpaksa hantar ke nursery kalau tak jumpa pengasuh juga. Rumah pengasuh ni depan rumah abang ipar je. Survey punya survey, dia jaga anak abang ipar seorang tu je. Si Dania. Lagipun Dania dah start masuk KEMAS, 4 tahun. Anak-anak pengasuh pun dah besar. Bincang punya bincang dengan husband, setujulah. Pertama sebab tak jaga baby lain, boleh fokus pada Delisha. Kedua, tak payah cikpuan ulang alik. Kira satu jalan nak ke ofis cikpuan. Ketiga, at least depan rumah abang ipar dan abang ipar pun kenal. Asuh si Dania tu pun dah hampir 4 tahun. Akhirnya, selesai pencarian pengasuh.. Hehe..

Saturday, February 8, 2014

Hobi : Muzik & Ukulele

Assalammualaikum & Hi,

Kali nak cerita tentang hobi. Hobi cikpuan biasa- biasa je. Membaca, berblog, cucimata. I mean by cucimata tu kira berjalan-jalan la. Hihi. Tak kisahla ke mana pun tapi memang wajib ambik angin ni.

Husband cikpuan punya passion pula ialah muzik. Hari2 kot melalak kt umah tu. Pening den. Normally he plays guitar but lately he changes to ukulele.

Apa tu ukulele? Ukulele atau lebih dikenali sebagai gitar hawaii ni sejenis alat muzik menyamai gitar. Lebih kecil dan mempunyai 4 tali.Cara petikannya pun sama seperti gitar cuma ada sedikit kod yang berubah tempat. Tapi menurut husband cikpuan, main ukulele ni mudah je. Even dia pun learn from youtube je. Hehe.. Dia berharap sangat agar cikpuan dapat belajar main muzik ni tapi cikpuan ni buta note sikit. Tak ingat dan tak minat. Setakat nyanyi dalam bilik air oklah.. huhu..

So, dia berniat untuk ajar our little daughter play this ukulele when she grows up. Sekarang ni pun dia duk ajar anak-anak buah dulu. Yela.. nak ajar cikpuan tak lepas. heheh.. jenuh dia mengajar, tetap cikpuan tak ingat. Maaflah ye sayang..



Takpelah. Nanti ajar Hana Delisha je lah ye. Lepas tu berangan-angan Hana Delisha main ukulele dan upload di You Tube.. Konon-konon the next Yuna, Najwa Latif and so on lah.... oh, impian suamiku ni..
Moga-moga tercapai lah sayang. Kalau Hana Delisha suka, cikpuan takkan membantah.. :)

Tuesday, January 28, 2014

Berhati-hati di Leburaya (terutama ke Selatan)

Assalammualaikum & Hi :)

Terdetik hati ni nak buat entri ni setelah terbaca post di sini .

Benda ni pernah jadi kat cikpuan juga walaupun dah lama berlaku tapi masih segar di ingatan kejadian tu. Berlaku sekitar hujung September 2013. Masa tu cikpuan dalam perjalanan ke Batu Pahat, Johor. Bersama cikpuan ketika itu, abah, mak dan 3 org adik perempuan cikpuan. Kiranya cuma abah seorang je la Hero time tu.

Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan tu, tiba-tiba tayar kereta pancit. Masa tu betul-betul lepas keluar dari susur keluar Nilai. Berhentilah tepi jalan. Tengah sibuk-sibuk nak tukar tayar ni, tiba-tiba ada seorang lelaki India berlari melintasi lebuhraya daripada seberang sana.

Tanpa segan silu, tanpa bertanya apa-apa terus dia menawarkan diri pada abah untuk menukar tayar. Kami pun biarkan lah dia tukar sebab Alhamdulillah suddenly ada orang nak tolong kan. Okay. Tolonglah sangatkan sebab habis je dia siap tu dia boleh mintak RM150.00.. Eh, agak-agaklah.. tukar tayar spare je kot. Abah dengan cikpuan pun boleh buat. Bukan ganti tayar baru pun. Abah memang nak bagi RM50 tapi bila dia minta macam tu, terus abah rasa taknak bagi langsung.

Actually kiteorang dah takut jugak sebab dia pegang sepana. Abah bagi je dia RM50 and suruh kami masuk kereta cepat-cepat. Abah kata kalau taknak, abah ambil balik RM50 tu. Tapi dia tarik balik duit tu dari tangan abah. Cepat-cepat abah masuk kereta and suruh cikpuan drive terus. Memang scary. Takut je dia libas sepana tu kat abah ke apa. Nasib ada abah, kalau tak taktaula kalau semua perempuan je.

So, kalau ada orang nak tolong pun kena beware. Takut dia cuma nak mengepow duit orang je. Sebelum ni pernah juga tayar cikpuan pancit di Jalan Kebun, Shah Alam. Dahla hujan, dah lambat nak pergi kerja. Berusaha cikpuan nak buka tayar tu - dalam hujan oke!. Orang yang lalu lalang semua cuma pandang je padahal area situ area kilang kot. Ramai orang lalu lalang.

Entah macammana, dalam 1/2jam cikpuan berusaha tu, ada seorang uncle berhenti. Dia dengan 2 org pekerja dia tolong tukarkan tayar. Masa tu dalam tangan cikpuan ada RM30 je. Cikpuan bagi uncle tu tapi uncle tu tolak. Dia kata dia tolong ikhlas. Masa tu Allah je yang tau betapa bersyukurnya cikpuan jumpa orang sebaik tu.

Tapi bila dah jumpa seorang lagi yang berbeza, cikpuan rasa takut pula nak menerima tawaran baik orang untuk next time. Nasihat cikpuan, berhati-hatila jika ada kejadian tak diingini seperti kejadian pertama di atas ye. Kepada encik pow tu, tolonglah rentikanla perangai pow-pow orang tu. Kalau nak tolong, tolonglah dengan ikhlas. Kalau orang tu mampu nak berikan upah, Alhamdulillah.. kalau tak, takpayahlah nak meminta-minta.. buruk tau.

Ok. Terima kasih kerana membaca!


Tuesday, January 21, 2014

Majlis Kesyukuran Hana Delisha

Alhamdulillah. Hana Delisha hari ni nak masuk 4 bulan. Kurang 3 hari. Kali ni nak story tentang Majlis Kesyukuran #BabyHD ni yang kami buat 8 Disember 2013.Hehe.. sebulan dah berlalu, baru nak bercerita.. apelah mama Delisha ni.

Majlis ni buat simple2 je ikut bajet yang kami ada. Yela, cikpuan baru nak start kerja and husband pula kena tanggung semua belanja. Kesian dia. Kereta cikpuan, kereta dia, van, sewa rumah, barang dapur, utilities... Alhamdulillah, dengan meniaga pasar malam cukup menampung hidup kami sekeluarga secara ala kadarnya. Memang selama cikpuan tak bekerja kami tak beli baju baru pun (kecuali raya) dan mengurangkan aktiviti makan luar walupun tak dapat mengurangkan aktiviti berjalan (wajib).

Melalut sudah. Kembali ke cerita Majlis Hana Delisha. Cikpuan dan suami buat di kampung cikpuan, rumah abah. Jadi senang sikit sebab nanti ramai orang kampung datang. Buat Marhaban je pun. Lepas tu ada makan-makan sikit untuk orang yang datang.

Sebenarnya tarikh untuk majlis ni lah yang memeningkan kepala. Mula-mula nak buat hujung November tapi keluarga belah suami ada majlis kahwin, tukarlah ke Disember. Itu pun nyaris-nyaris crash dengan tarikh tunang adik ipar. Teringat tarikh nak kahwin pun dulu macam ni. Tukar-tukar je. Adik beradik suami suruh sekalikan majlis kesyukuran dengan tunang adik ipar tapi cikpuan kesian dengan mak cikpuan sebab mak cikpuan yang beriya-iya nak buat. Yela, lagipun masa dalam pantang mak cikpuan yang jaga kan. Punyalah sayang dengan cucu ke-3 ni. Last-last cakap dengan suami, kita buat juga 8hb Disember. Kalau adik beradik suami tak sempat datang, takpela.. tak payah datang... (bunyi macam merajuk kan?) Tapi cikpuan bukan merajuk pun. Itu je tarikh yang mak cikpuan available, jadi kami ni menjemput sajalah. Kalau sempat datanglah.. kalau tak, kami tak paksa.. (masih ada nada merajuk..huhu..)

Nak cerita panjang-panjang nanti bosan pulak. Tengok je la gambar-gambar yang ada ni ye!

cikpuan, Hana Delisha dan suami

Delisha start buat muka

puaslah makcik-makcik ni menggunting rambut Delisha yang lebat

Yang ni dah mencebik tak rela rambut kena gunting..tapi tak menangis..

Selepas..
Rambut masih lebat tapi muka dah comot kena tempek dengan bedak sejuk..

Alhamdulillah. Selesai semuanya. Next nak buat aqiqah untuk Delisha pulak. Hehe..

Wednesday, January 15, 2014

Baby Story : 2 Months Baby - 5 days did not Poo Poo (or berak or buang air besar.. err.. depend to your vocab)

What did you do when you realize that your 2 months++ baby did not poo poo 5 days in a row? a

Seriously i am very worried. I am a new mother, never had this experience before and this situation came to test a motherhood in me!! Oh my!! What should i do?

I ask my mother and my mother also lack in this experience also.. (eventhough she had 8 childrens..can you imagine how healthy are we? haha..)

Actually when Delisha already not poo poo in 3 days, i'm already getting worried. I look, google and search in internet anything refer to this matter and there were not much that could help me. Eventhough in 3 days not poo poo, she still active like usually, her stomach not harden and did not cry or felt uncomfortable. She just less in bf (still considered enough but not frequent as usual). So, there is not much to worried actually as if she is fully bf.. but she is not. I am already mixed with fm due to not enough production.. (she is really drink a lot). We give her Dulac (due to i am a Dumex child.. so i gave her the same). I read that it might happen because of the fm itself. Many babies that did not suitable for some product fm and their parent have to try and error any fm for their babies.

And from my read, the product that usually they are suggesting is beyond our budget.. huwaa.. i am just working and the fm price which is good according to them is RM4+ per tin (around 500gm if not mistaken). Okay. Fine, for Delisha we will do anything for her. But, what if after i try the expensive fm, she still have the some problem? What should we do? There will be wasting isnt it? My mum asked me to do some research within my family and husband family. What type of fm that my niece and nephew drink? It could help me to choose the type of fm that suitable for Delisha little tummy.

So after asking, i get info that little Syaza (my brother's daughter) also drink Dulac at first but then changing to Dutchbaby because not suitable for her. Then, my husband's niece, Dania also drink dutchbaby. Hurmm.. should i change??

The 4th days, she still not poo poo yet and i am already working that time and she just met the doctor last week for her 2 months injection. My husband thought that she might be not poo poo because of the injection which is the problem arise incidentally after she get the injection. So, after talk with my mum and mother-in-law, we agree to see the doctor again.

But since i just start working, i couldnt apply for leave, so i have to let go Delisha seeking the doctor with my mum and my husband. Oh, it was so sad. I felt like what a mother on earth that i am..(really a dramaqueen.. huhu). So, they met the doctor on the 5th days. According to my husband and mum, she just fine. Her stomach is fine and its nothing to do with her fm. The doctor teach my mum and husband how to massage her stomach and said that this could happen because of the mother.. It means ME.

Because of me huhh?? Ok. Then i was realise that i also have the same problem as her. I try to drink a lot of water and green veggies - and you know what happen next. The next day, she poo poo so much.. haha.. i think she absorb more her bm then her fm. And as usually, i have the same effect as her.. So, problem solve!!

Thursday, January 9, 2014

Its never to late to say GOODBYE and THANKYOU 2013

2013... the year that full with joys and sadness..ermm not sadness, maybe more into regretness.. but anyway 2013 is a year that make a new side of me..

1. I am Pregnant!!
Alhamdulillah.. after waiting almost 6 months, i am positively pregnant. You could read more details about my pregnancy in my previous entry. thehehe..

2. I am resigning and take a very long holiday..
This is quite regretting actually but i have to. Too much pressure and they promote me to a new job scope that i couldnt bring it at time of my pregnancy.. but anyhow i love my job there..

3. Opening a Ayam Gunting Stall
This is husband ambition, he would like to open another stall for development of his business. And with my last salary.. we take a sudden decision to buy a used stall (but still look like new) from internet - we met him and after have a some chit chat, we take the offer!! Oh my - he such a sweettalker but Alhamdulillah all the thing that came with the package is fine. Alhamdulillah husband manage to open it until now but he still looking for other place for this stall (usually he open it in night market).

4. I am a mother and she is such an angel!!
Alhamdulillah.. i am safely delivery a beautiful baby girl and we named her Hana Delisha.. The experience of prengnacy and deliver will be not forgot all of my life.. Thank you so much husband and my family especially my mom, my dad and siblings that help me a lot in thru this changing of nature...

5. I am working again.. back to construction business..
Actually if i could, i would like to stay home as a housewife and taking care my little angel. But due to this current economy not willing me to achieve that dream. Furthermore, i am being so sorry to my husband which is he had to pay my car loan along this 6months that i am not working. Poor him. Imagine he had to pay for his own car, his van and my car. And also others.. rent house, utilities, food and bla bla bla.. So, my husband tell me that after he finishing pay all his car and van loan (which is due in May 2014), he will let me choose either to be a housewife or still working. But i think i will try to be a working wife and mom as a supporter to my husband and myself. Oh yes, i got a job in a realty company in early December and i think this is a good oppurtunities as we are planning to buy a home for us in the nearest time. Currently my company project is working on high end house -semi D, so in the next 2 years will be start working on low-medium cost house that we hopely afford to buy. Hopefully company will be giving discount to their staff.. thehehe..

Anyway that is some of the big moment that happen on 2013. THANK YOU 2013 for everything.. and GOODBYE!!