Kipas-susah-mati

Google+ Followers

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Monday, February 24, 2014

Baby Story : Bagaimana memilih susu formula buat pertama kali

Assalammualaikum & Hi,

Susu. Kadangkala rasa rendah diri sebab tak dapat memberikan susu ibu sepenuhnya (fully breastfeeding) pada Hana Delisha. Selalu orang tegur, kenapa tak guna produk ni, produk tu, produk bla bla, makan tu, makan ni, makan bla bla. Cikpuan teringin juga nak cuba tapi tak berani sebab takut effect pada Delisha. Cikpuan ada minum satu produk ni sebab nak banyakkan susu, tapi Delisha pula yang sakit perut. Jadi nak cuba produk-produk lain rasa berbelah bagi. Jadi cikpuan cubala makan makanan biasa yang boleh memperbanyakkan susu. Lobak putih, sawi, kurma, kismis.. semua cikpuan bedal tapi susu masih sama. Masa pantang dulu sampai Delisha naik marah sebab mama dia tak cukup susu. Kesian Hana Delisha. Jadi nak tak nak, terpaksa jugala campur dengan susu formula.

Bagaimana nak memilih susu formula untuk pertama kali?

1.  Ikut kesesuaian usia - Ibu bapa kena teliti susu formula betul-betul. Untuk setiap usia, susu pun berlainan, pengeluar produk dah upgrade dah kepada rasa yang lebih keras. Jadi para ibu bapa kena lebih waspada dan teliti pemilihan susu formula ni ikut kesesuaian usia.

2. Ikut Bajet - Ikut bajet ibu bapa itu sendiri. Kalau mampu boleh pilih yang mahal. Kalau macam cikpuan ni, kita pilih yang biasa je dulu. Lagipun takut baby tak sesuai. Membazir nanti. Beli pek kecil dulu, sebab nak cuba pertama kali. Kalau tak sesuai, tidaklah membazir nanti.

3. Ikut isi kandungan Susu - Ada sesetengah ibu bapa, suka membandingkan antara kandungan di dalam susu. Mana yang lebih baik buat anak mereka. Ada DHA, AHA, Vitamin, Zat Besi dan macam-macam lagi lah.

4. Ikut kesesuaian Bayi - Bila dah beli satu jenis susu ni, tak semestinya susu tu sesuai dengan bayi. Ibu bapa kena sentiasa memerhati jika ada masalah-masalah yang bayi hadapi sepanjang pengambilan susu formula tersebut. Sama ada dari segi alahan, sembelit mahupun masalah-masalah lain. Kalau bayi alahan pada susu lembu (laktosa) kenalah tukar pada susu tanpa laktosa (biasanya susu soya).

Pengalaman Hana Delisha.

Ok. Kita cerita pengalaman Hana Delisha dengan susu formula ni pula. Cikpuan pada awalnya tak mengalami masalah kekurangan susu ibu pun. Cuma, semakin Hana Delisha membesar, semakin kuat dia minum susu. Adakala cikpuan cuba juga untuk pam sebagai stok, namun hampa sebab konon nak simpan, tapi bila susu cikpuan kurang, terpaksa ambil stok simpanan juga sebagai ganti buat Hana Delisha. Lagipun cikpuan bermasalah dengan pam elektrik. Orang kata tak berjodoh dengan pam elektrik. Keluar sikit je. Dalam sejam baru 1 ke 2 oz. Oh, penat menunggu. Kalau nak banyak sikit, cikpuan kena buat pam secara manual (guna tangan). Lebih cepat ok. 1 ke 2 oz lebih kurang 15 minit ke 30 minit. Akhirnya, cikpuan tak pam pun sebab kalau pam, susu lagi tak cukup.

Jadi, ada satu hari ni masa berpantang, Hana Delisha marah sebab susu tak cukup. Stok pun dah habis. Puaslah cikpuan makan, minum air banyak pun masih tak cukup. Hana Delisha masih nak menyusu lagi. Memandangkan cikpuan pun nak mula bekerja tak lama lagi, jadi mak cikpuan pun nasihatkanlah untuk beli susu formula. Pilih punya pilih, cikpuan tertarik dengan Dulac-Step 1. Kenapa cikpuan pilih Dulac? Sebab cikpuan ni anak Dumex!! Hehe..  Mahal pun tak mahal. Dalam belas-belas ringgit macam tulah untuk pek paling kecil. Alhamdulillah dalam seminggu mencuba, Hana Delisha taka da masalah sembelit, alahan ataupun sebagainya.

Dalam sebulan lebih lepas tu, baru Hana Delisha ada masalah sedikit. Mula-mula 3 hari tak poo poo. Lepas tu berlarutan ke 5 hari. Tapi yang peliknya perut Hana Delisha tak keras macam sembelit. Walaupun doctor kata bukan masalah susu tapi disebabkan risau, kami tukar juga susu ke Dutch Baby : Langkah 1. Ada entri mengenai  poo poo tu di sini ya!

Sehingga ke tarikh cikpuan menulis entri ini, Hana Delisha masih lagi minum susu Dutch Baby langkah 1 (siang hari) dan susu ibu pada malam hari. Alhamdulillah sihat dan kuat cuma sejak cikpuan demam batuk dua tiga hari ni, Hana Delisha pun mula batuk-batuk. Semoga cepat sembuh sayang!

Kepada ibu bapa yang mempunyai masalah yang sama dengan cikpuan, nak taknak terpaksalah berikan anak susu formula. Pedulikan apa orang kata, semestinya setiap ibu bapa nak yang terbaik untuk anak mereka cuma rezeki kita untuk membekalkan tu tak sampai lagi. Harap-harapnya adalah rezeki selepas ini. Dalam pada nak mencari susu formula terbaik pun pilihlah secara berhemah sebab terlalu bayak jenis susu formula di pasaran dan masing-masing berlumba-lumba mengiklankan kebaikkan-kebaikkan yang ada dalam produk keluaran mereka. Jadi, ibu bapa perlulah bijak memilih susu apa yang sesuai dan terbaik untuk anak mereka.


Sekian. Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!