Kipas-susah-mati

Google+ Followers

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Thursday, October 20, 2016

Tambah satu lagi!! Another Pregnancy Stories #2nd Pregnancy

Alhamdulillah.

Diam tak diam, cikpuan selamat melahirkan anak kedua pada 30 Mac 2016. Tarikh yang sepatutnya 1 April 2016 tapi sebab cikpuan asyik keluar masuk hospital, ada GDM pula kali ni, maka anak kedua ni kena 'induced'. Pengalaman yang berbeza ketika mengandungkan dan melahirkan Delisha dulu.

Oh ya. Anak kedua ni pun perempuan. Jangkaan lelaki tapi masih juga perempuan. Alhamdulillah sebab semua selamat.

Awal kehamilan, cikpuan memang tak jangka sebab ketika itu ada masalah 'period' tidak teratur. Kebetulan cikpuan meletakkan jawatan di syarikat perumahan dan kemudian dapat peluang di sebuah hospital swasta di Klang. Ketika cikpuan buat pemeriksaan kesihatan itulah cikpuan baru sedar yang cikpuan hamil. Bayangkanlah cikpuan dah buat x-ray semua, kemudian hospital hubungi cikpuan mengatakan yang cikpuan hamil. Serius, sangat terkejut masa tu. Bercampur baur perasaan. Gembira, risau, bersyukur.. semua ada. Risau bukan apa, sebab masa tu dah buat x-ray, jadi risau kesan x-ray tu pada kandungan. Masa tu memang dah tak fikir pasal kerja tu dah. Tapi Alhamdulillah HR terima walaupun manager masa tu macam nak tak nak kan, tapi bila cikpuan dah buktikan kemampuan, at least manager kata tak menyesal ambil cikpuan kerja. Haha!!!

Kehamilan kedua memang tak ada masalah pelik-pelik. Tak ada 'unstable emotion' seperti ketika Delisha dahulu. Lebih tenang dan berfikiran waras. Tak ada mengidam pelik-pelik. Suka pergi kerja. Masih tak suka make up dan tak banyak stress. Ok. Stress ada juga tapi bila mengadap traffic jammed hari-hari. Tu je. Jadinya 9 bulan tu berlalu dengan tenang je.

Sebenarnya 21hb Mac cikpuan dah rasa contraction dan ada sedikit darah. Bila check with hospital, masih tak ada bukaan sebenarnya. Tapi still mereka tahan cikpuan untuk pemeriksaan lanjut. 3 hari warded tak ada perubahan pun. Akhirnya ckpuan minta balik rumah dulu. Since cikpuan tak apply cuti awal, cikpuan pun masuklah office balik. Terkejut semua orang sebab ingatkan cikpuan dah bersalin, tetiba boleh pulak masuk office dengan perut memboyot.

Kerja beberapa hari, then cikpuan warded lagi sekali on 28hb sebab baby kurang gerak. Haha, mengadap lagi muka cikpuan nurse-nurse hospital. Masa first day, bukaan 2cm and contraction pun on off. Contraction malam je. Bila siang macam tak ada apa2. Mak cikpuan cakap baby main cak cak. Hai lah anak, penat mama macam ni. Boss dengan office mate hari-hari text tanya dah deliver ke? Lagi stress duk ward!! Hari kedua warded dah 3cm but then contraction masih on off. Bila hari ketiga, check bukaan masih 3cm. Doc pun inform nak induced. Sebab risau GDM dan baby kurang gerak. So setuju jela.

Seriously, induce tu sakitnya yang mengalami je tahu. Mula-mula nurse offer nak cucuk epidural, tapi cikpuan bajet sakit macam masa Delisha dulu, so taknak. Konon boleh tahan. Dah sejam tak tertanggung rasa. Merayu dekat nurse nak epidural. Mula-mula nurse seorang ni tak dengan agaknya, tak datang2 balik. Datang lagi seorang nurse, minta lagi. Time nurse tu datang nak cucuk, perut rasa sakit sangat. Dah fikir dah baby nak keluar ni. Cakap dengan nurse baby nak keluar ni. Nurse terus tak jadi cucuk. Kelam kabut panggil nurse lain. Dahla time tu doktor keluar lunch. Memang tak ada seorang doktor pun dalam Labor Room tu. Alhamdulillah, baby selamat disambut oleh mak bidan nurse.

Paling best kali ni tak ada jahitan.. yeay!! Alhamdulillah Allah permudahkan dan selamat semuanya.



Monday, September 19, 2016

Destinasi #8 : Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalammualaikum...

Lamanya lah tak jenguk blog kesayangan cikpuan ni. Bersawang dan berhabuk 4 inci sudahnya. Alhamdulillah umur cikpuan masih panjang dan bolehlah sambung entri ni. 

Entri ni pun dah berkurun tersimpan sebagai draft post. Baru ada masa nak re-post. Maaflah ye, cikpuan ke Melaka ni sekitar 2 tahun lepas, baru dapat nak post. Heh heh heh. Pemalas sungguh la cikpuan ni.

Okla, jom kita tengok kemana cikpuan dan famili pergi di Melaka 2 tahun lepas ye..

1) A Famosa & Muzium Melaka





2) Dataran Pahlawan







3) Dataran Pahlawan Megamall


4) Menara Taming Sari



5) Zoo Melaka




Puas dan penat jugalah berjalan di Melaka ni. Lebih-lebih lagi dengan si anak dara sorang yang beratnya hampir 10kg ketika itu. Jom, kita Cuti-cuti Malaysia!!