Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Showing posts with label sports. Show all posts
Showing posts with label sports. Show all posts

Friday, February 28, 2014

Hobi : Helicopter RC

Assalammualaikum & Hi,

Tiba-tiba je incik husband ada hobi baru. Entah saat bila entah dia tersampuk dengan menatang ni pun cikpuan tak tau. Ceritanya bermula di GM Klang. Macam biasa, tiap minggu kami akan keluar bersiar-siar. Minggu tersebut kami pilih GM Klang. Bosan asyik menapak di Aeon Bukit Tinggi dan Alamanda, jadi tukar angin ke pusat borong GM Klang.

Bukan nak beli apa pun, saja jalan-jalan cuci mata. Pusing-pusing juga nak cari telekung travel tapi last minit tak jadi beli sebab penjual tu tiba-tiba kata harga lain padahal mula-mula cikpuan tanya dia sebut harga lain. Bukan nak berkira tapi harga beza ketara kot. Padahal officemate cikpuan beli telekung travel di situ pun jauh lebih murah dari harga yang mula-mula dia inform cikpuan.

Lepas tu GM Klang ni pelik sikit, dia buka pagi, tak pasti pukul berapa tapi dia tutup pukul 6ptg. Pukul 6 ptg semua kedai dah siap-siap nak tutup. Padahal pelanggan ramai lagi. Memang ni part yang tak best. Dah semua kedai tutup, kami pun bergerakla keluar, cadang nak ke Aeon Bukit Tinggi. Tiba-tiba ternampak ada satu kedai kain masih buka lagi. Bukan setakat kain, baju dan mainan pun ada.

Eh, ni dah cerita pasal GM Klang ni, bukan Heli RC, haha.

Ok. Sambung balik, jumpa kedai tu, kami pun masuk. Cikpuan tengok tudung, husband tengok permainan. Cadangnya nak cari mainan untuk Delisha. Tapi jumpa mainan untuk si papa pula. Berkenan betul encik suami dengan Heli RC tu. Ingatkan dia nak main-main kat situ je. Rupa-rupanya dia grab juga satu! Hangin cikpuan sebab cikpuan tak dapat apa-apa..huhu..

Balik rumah terus main. Heli RC tu untuk indoor je tapi dia bosan main indoor, so main kat luar rumah. Sekali angin tiup, terbang Heli tu tersangkut kat bumbung jiran depan rumah. Padahal baru seminggu beli. Terus tak ditemui Heli tu. Sedih T_T..

Kemudian, minggu lepas, kami merayau ke Mines. Husband beriya-iya cari Heli baru. Dari Mines ke Downtown Mines ke Downtown Velodrome. Tak jumpa yang berpatutan. Akhirnya pada hari Ahad tu kami ke satu kedai di Giant Banting baru berjumpa dengan Heli yang berkenan. Tu pun bukan main lama pilih. Habis semua Heli kat kedai tu dicubanya. Penat cikpuan dan Delisha tunggu.

Ingatkan dapat Heli baru oklah. Rupanya baru main beberapa hari, rosak pula kipas belakang. Mana taknya asyik terhempas je Heli tu cikpuan tengok. Dan akhirnya malam tadi, encik husband beli satu lagi baru. Hurmm.. Sabar je lah kan..


Heli hijau-hitam tu lah Heli terbaru.. 3.5 channel.. Biru tu pula yang kipas belakang rosak..4 channel. Semalam nampak juga en. husband usha Heli RC 6 channel, padahal harga tertera RM300++...  Buat masa sekarang belum la kot dia nak beli.. esok lusa siapa tahu...

Monday, February 22, 2010

Destinasi #2 : Tanamera Paintball Resort - Its a PAIN..ball!

Macam yg aku bebelkan dalam entry ni hari tu.. akhirnya semalam aku pergi jugak ke TANAMERA untuk GREAT TEAMBUILDING 2: CORPORATE WAR. Walaupun banyak halangan yang membuatkan aku merasa serba salah untuk pergi, tapi akhirnya aku tetap pergi jugak setelah dipujuk oleh Lin dan Wewez..

Pagi Sabtu tu, awal pagi lagi aku dah bersiap sebab Wewez dah janji nak pick up aku pukul 6.40 pagi. Tunggu punya tunggu, pukul 7pagi Wewez meseg aku bagitau lagi 10 minit lagi dia sampai, sabar je la aku. Lebih kurang 10 minit, mamat tu pun sampai. So, terus la gerak ke Cyberjaya. Taknak la kan tertinggal bas sebab kalau ikut tentatif, pukul 7 gerak dari Cyber.

Sampai-sampai Cyber, walaweii.. baru berapa kerat je sampai. Hampeh tol. Tau tak we all gerak kol berapa? 8.20 pagi hokey! Menunggu dekat sejam sejam lebey tu weii!! Da la lapar gile.. tau breakfast dulu kat mamak pun sempat. Naseb baek Sungai Buloh tu tak la jauh. Pukul 9pagi kiteorang sampaila..

Sampai-sampai je, terus breakfast.. perut pun dah berkeroncong ni wehh.. so makanla dengan penuh lahap. After school breakfast jer, briefing pasal PAINTBALL ni by DEAN. Tentang marker (senapang), bullet (bola), mask, vest serta rules and regulations. Bila dengar je tentang excident-excident yang might be happen ketika maen paintball ni, naek takot lak dibuatnya..

FYI, pada mulanya group we all tak cukup orang. 4 orang cancel last minute. So tinggalla aku, Lin, Sofia, Sheraz, Wewez dan Jaja. Walaupun less 4 person, akhirnya kiteorang dapat penambahan lagi 4 orang yang tak cukup ahli jugak iaitu Shida, Faizal, Boy dan Aini. Lengkapla sudah group BASMINI NO.6 kiteorang.

Meh nengok pixa pixa di bawah...

sebelum

selepas

Haha.. tak kenal langsung sape lepas tutup muka dengan mask. So macam mana nak tau mana team kiteorang? Haha.. kenal dengan baju je la.. tapi.. tu la.. mostly semua baju lebih kurang je kot.. Tapi tak silam team member pun.. hokeyla tu kan??

Yang nak cerita kat sini adalah keseronokkan bermain paintball tu.. seronok kan tembak-tembak orang ni kan? Mula-mula tu we all lawan kat ladang getah (tak ingat dorang call apa nama game tuh..). Tapi game dia ni kena rebut flag and then pacakkan flag kat territory lawan. 1st game we all menang eventhough aku dah kena kill awal-awal lagi. Bukan apa, aku takut gila time tu. Second game, dah ada rasa confident dah. Tapi team we all kalah sebab kena serang hendap. Sedey gile. Semua kena killed lak tuh! Woi! Korang camp eyh!!

Third game lak tukar tempat. Kali ni dalam jungle. Real weh. Rules pulak tade flag-flah dah.. kali ni last man standing. Survival beb.. RUN FOR UR LIFE!! BERJUANG UNTUK HIDUP!! Memang we all berjuang habis-habisan la. Siap strategi lagi.. Memang tak nampak apa la dalam hutan tu. Tembak-tembak pun kena pokok jer. Pokok banyak giler. Tapi memang best la..

Dekat-dekat nak time out tu tetiba bahagian aku kena serang..aku apa lagi, tembak habis-habisan si penceroboh tu. Tapi tak mati-mati lak. Sampai time out. Da time out baru perasan kaki aku kena tembak, baru terasa sakit. Tapi team kiteorang menang. Wah, kewl!! Memang tak dijangka sebab team lawan kiteorang ni agak hebat gak.

4th game lak kat Lake. Kali ni aku tak join. Sebab kaki aku dah cramp. Aku duduk je kat tepi. Merehatkan diri. Yang ni pun team we all menang lagi. Haha.. hebatla.. 5th game lawan ngan Marshal lak. Mula-mula tamau join tapi dah nak time out tu aku ganti orang lain. Dapat gakla tembak sedas dua..

Memang letih gile. Tapi seronok jugak.. Nak pergi sendiri mahal. Tapi puas hati sebab we all menang 1st place!!


Gambar with da hamper..

Tapi bila da balik baru sedar ada 4 lebam besar di peha, one at the butt and another one kat lengan, while tangan kanan yang angkat marker sakit!! Huaaaa....

P/S : Sampai sekarang still sakit-sakit.. Malas lak nak gi keje esok..

Tuesday, February 9, 2010

Destinasi #1 :Water Confident - White Water Rafting at Adeline Resort

Sebenarnya ni entri yang aku nak post sejak bulan lepas. Dah berkurun hokey aku perap lama-lama macam nak buat ikan pekasam lak..

Tapi orang kate, makin peram makin sedap. Yeke? Tapi jangan terlebih peram sudahla.. nanti langsung tak sedap pulak.. huhu..

Actually aku buat water rafting ni time kat Gopeng itu hari. Erm.. ada kat entri yang nih.. SILA KLIK la yer.. tapi entri tuh pixies time arrival jer.. naik lori woo.. macam pelarian lak nak kena anta balik.. huhu..

Kali ni lak aku nak show off la pixies time kiteorang wat water rafting. Aku ni teruja memang teruja. Tapi takut tahap nak mampus! Yela.. aku ni mana le tau berenang.. walaupun pakai jaket keselamatan, tapi perasaan takut tu still ada. Sebab tu diorang panggil program ni sebagai Water Confident. Nak tengok setakat mana korang boleh atasi ketakutan korang tuh..


Yang nampak takut pakai baju kaler oren sampai topi nak tutup mata tu akula..
Asyik kena sakat dengan orang lain jer sebab dorang kata muka aku muka cuak..
iye ke?? Agak cuakla kadang-kadang.. huhu..


kali ni aku nampak ceria sikit..
tadela nampak muka takut sangat..huhu..


Yang ni dah pandai posing dah.. siap peace lagi..
Yeah.. confident level increase!!


Time ni aku tak nak turun dari raft sebenarnya..
Diorang sume lak dah berenang-renang..
Last last walaupun takut, aku turun gak berenang sambil pegang raft..


Tengok tu.. sempat lagi aku betulkan topi..

Tapi korang tau tak.. pengalaman yang tak dapat lupa adalah bila aku dihempap Vanessa (guide) sebanyak dua kali. Sakit giler.. tapi aku tahan jer.. Dahla aku ni kecik.. sabar je la..

Pastu time mula-mula water confident tu lak, kasut aku leh pulak tertanggal dan hanyut dibawa air.. Dahla aku tenggelam timbul.. Air termasuk mulut la.. hidung la.. Tapi aku sempat gak grab kasut aku tuh.. haha..

Yang pastinya white water rafting ni memang best! You all semua kena try!! Enjoyed!!

P/S : Nak pergi Gopeng lagi.. Nak buat Water Absailing lak.. nampak sangat menarik!!