Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Saturday, October 12, 2019

Resepi Brazillian Limeade

Resepi Brazillian Limeade

Untuk segelas Braziliian Limeade, bahan-bahan diperlukan seperti berikut;

1. Sebiji limau nipis (saiz sederhana)
2. Susu pekat manis (secukup rasa)
3. Gula 1 sudu
4. Ais dan ais secukupnya

Tak banyak kan bahan dia. Silap haribulan memang ada dalam dapur korang je. Cara-cara pun mudah sangat.

1. Basuh limau nipis kemudian potong 4. Buang biji mana yang mampu. Malas buang biji pun tak ada masalah tapi air akan jadi pahit selepas beberapa minit.
2. Selepas buang biji, blend limau dengan setengan gelas air. Cikpuan guna blender juice. So senang. Kalau tak ada boleh guna blender biasa. Pastikan tak ada kesan cili kisar atau bawang. Nanti jadi juice lain pulak. Lepas tu tapis ye bagi yang guna blender biasa.
3. Boleh campurkan sesudu gulan dan susu pekat manis secukup rasa.
4. Tambah ais.

Memang enak diminum tak kira siang atau malam. Jangan lupa cuba tau!!

Saturday, September 10, 2011

Resepi Bajet,Mudah&Murah#3 : Pecal ala Drama

Salam semua!! Jom kita memasak! dQ tak lah hebat memasak, setakat masakan yang simple and express tu bolehlah. Yela, dQ ni sibuk memanjang, tak sempat nak masak makanan yang takes time more than 1 hour. So, kali ni dQ buat makanan feveret dQ tapi dQ dah tambah dan modenkan sikit.

Bahan-bahan:
Seikat daun ranti RM1.00
Seikat pucuk ubi (free sebab dQ petik belakang rumah je, kalau beli kat pasar pun RM1.00)
Seikat kacang panjang RM1.00
Taugeh RM0.50 (kalau nak lagi jimat, guna kacang hijau. Rendamkan dalam 7-8 jam, toskan air dan biarkan 1 malam - 2 malam. Taugeh kacang hijau ni lagi sedap tau!)
Sosej/Hot dog (sebungkus dalam RM3.00 bergantung ikut brand)
Telur 2 biji (RM0.80 ikut size telur)
Tauhu 4 ketul RM1.00
Kuah kacang RM4.50 (dQ beli yang sambal kacang kering and campur dengan air sikit untuk jadikan kuah kacang. Nak buat sendiri pun boleh tapi malas:)

Cara-cara:

1. Rebus daun ranti, pucuk ubi, kacang panjang dan taugeh sehingga masak. Kemudian toskan dan letak di pinggan. Daun Ranti dan pucuk ubi bolehla di potong halus bagi memudahkan dimakan. Kacang panjang pun dipotong kepada beberapa bahagian.
2. Goreng sosej/hotdog dan potong kepada beberapa bahagian. Untuk lebih mudah, beli mini sosej pun boleh.
3. Telur digoreng dadar dan kemudian dihancurkan menjadi telur hancur.
4. Tauhu dipotong kiub dan digoreng sehingga garing.
5. Sambal kacang kering dicampurkan dengan sedikit air supaya menjadi kuah kacang.

Sayur Ranti yang dah dicelur!!

 Sosej

 Taugeh

 Tauhu Goreng

 Telur Hancur

 Pucuk Ubi

 Kacang Panjang

 Kuah Kacang

Dah siap!! Bajet semua dalam RM13.80 untuk 4-5 orang makan!! Yang sambal kacang kering tu still ada balance and boleh simpan dalam bekas kedap udara!!

Selamat Mencuba dan Menjamu Selera!!



Saturday, August 13, 2011

Resipi Bajet,Mudah&Murah #2 : Nasi Bersalut Pucuk Labu [Korean++ Recipe]

 
Resepi dQ yang 1st ni memang different sket la..
Masakan ni dQ cedok daripada Korea..
Sangat simple but the taste not so simple la.. Ehh.. terasa nak nyanyi Mr.Simple pulak..
dQ get tis idea from show 'Invincible Youth'..
Memang feveret dQ la rancangan TV Korea nih!!
Tapi dQ dah tukar sket bahan2 kecuali bahan utama la..
Dan masakan ni dQ call... Nasi Bersalut Pucuk Labu!!

Bahan-bahan (1 person)
 Biasa dQ cari pucuk labu ni kat JUSCO
Kalau sesiapa ada tanam labu tu boleh usha-usha la pucuk labu nya tu..
Petik je..:P

Yang ni sila jangan tanya nak cari kat mana..

Bahan A
 Udang (10 ekor)
Sebiji telur
Daun kari ikut suka
Bawang besar (hiris bulat-bulat)
Bawang putih (hiris nipis)
serbuk kunyit
cili padi (dihiris nipis)
garam secukup rasa
minyak secukupnya
Cara-cara memasak :
1. Gaulkan udang dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan sedikit minyak. 
3. Apabila minyak panas, masukkan cili yg dihiris, bawang besar, bawang putih dan daun kari. Tumis hingga naik bau
4. Kemudian masukkan udang yang digaul bersama garam dan serbuk kunyit.
5. Apabila udang sudah hampir masak, pecahkan telur dan gaulkan seperti telur hancur.
6. Tambah sedikit garam jika kurang rasa
7. Sedia untuk dihidang pabila cukup masak
.
.
jadi la rupa di bawah ni
.
.
8. Ambil daun labu yang sudah siap dicelur dan ditoskan
9. Letakkan nasi dan sedikit udang kedalam daun labu yang agak lebar. Buat seolah-olah dibalut.


TADAA!!!


Dan siap!!! Bolehla buat perkara yg sama dengan pucuk labu yg seterusnya.
Nak makan dengan nasi macam tu sahaja pun boleh je.
Tapi bagi dQ lebih terasa lazat kalau balut nasi dan udang tu.
Selain udang, nak guna lauk lain seperti ayam pun boleh juga!!

Sila cuba ye kawan2!! Jangan tak try pulak!!
Bolehla cuba untuk buka puasa ataupun sahur!!

Wednesday, January 27, 2010

Resepi Bajet,Mudah&Murah #1 : Bubur untuk orang sihat!! dan sakit pun boleh..

Lambat pulak aku post entri nih! Bubur ni aku masak malam isnin ari tuh. Tapi dah abesla. Sori eh. Kalau ada lagi sure dah basi..



Bubur ni bubur nasi. Nak tau bahan-bahan? Ala.. sonang joer..

1 cawan beras
4 cawan air bersih (kalau kurang leh tambah air)
sedikit garam
*kalau nak tambah carrot or sayur pun boleh.. ikut suka hati dan jantung..

Agak-agak dah masak tu leh la angkat dan hidangkan dengan pelbagai lauk pauk. Untuk malam senin tuh aku hidangkan dengan ikan bilis + kentang potong dadu goreng + tempe kerang tumis cili + daun sup..

Memang thumb up! Tak caye? Meh tengok kumen kumen tukang-tukang rasa makanan...


haha.. tengokla yang dorang kumen nih..

Korang jangan lupa try pulak! Rugi kalau tak try!

P/S : Hari ni tuka signature baru..hehe.. saje tukar angin.. (kalau nak sain cek ni tak sah sebab signature lain-lain.. huhu..)