Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Saturday, October 12, 2019

Resepi Brazillian Limeade

Resepi Brazillian Limeade

Untuk segelas Braziliian Limeade, bahan-bahan diperlukan seperti berikut;

1. Sebiji limau nipis (saiz sederhana)
2. Susu pekat manis (secukup rasa)
3. Gula 1 sudu
4. Ais dan ais secukupnya

Tak banyak kan bahan dia. Silap haribulan memang ada dalam dapur korang je. Cara-cara pun mudah sangat.

1. Basuh limau nipis kemudian potong 4. Buang biji mana yang mampu. Malas buang biji pun tak ada masalah tapi air akan jadi pahit selepas beberapa minit.
2. Selepas buang biji, blend limau dengan setengan gelas air. Cikpuan guna blender juice. So senang. Kalau tak ada boleh guna blender biasa. Pastikan tak ada kesan cili kisar atau bawang. Nanti jadi juice lain pulak. Lepas tu tapis ye bagi yang guna blender biasa.
3. Boleh campurkan sesudu gulan dan susu pekat manis secukup rasa.
4. Tambah ais.

Memang enak diminum tak kira siang atau malam. Jangan lupa cuba tau!!

Saturday, October 5, 2019

Queue Lift Priority

Sebagai mak anak tiga, cikpuan biasanya memerlukan pertolongan ketika membawa anak-anak keluar berjalan. Terutamanya bila ke shopping mall. Bukanla pertolongan dari suami ataupun orang lain, tetapi pertolongan daripada si sang stroller. Suami tu sudah semestinya la perlu ada, kalau tidak jenuhla cikpuan nak mengusung tiga super HD tu kesana kemari.

Baru-baru ni cikpuan pergila ke salah sebuah shopping mall di Shah Alam. Bukan apa, cikpuan dapat giftcard RM100 masa lucky draw dinner 20th Sri Kota Specialist Medical Centre hari tu, so cadang nak redeem la gift card tu beli apa patut. Macam biasa la sebab anak 3, so kena bawa stroller untuk si kecik manakala yang lagi 2 tu suruh diaorang jalan sendiri je. Tapi, tu pun gaduh masing-masing berebut nak naik stroller. Akhirnya cikpuan dukung si kecik, kakak berdua tu gilir-gilir naik stroller encik sebelah (suami cikpuan ler) yang kena tolak.

Masa nak naik tingkat 3 dah satu masalah. Bayangkan 1 stroller dengan 3 orang budak. Mestilah paling senang naik lif kan. Lif full ye. Tunggu dua tiga trip. Still penuh. Encik Sebelah ni bukanla penyabar sangat, makanya bebel-bebel dia kat depan lif sebab anak-anak dah start buat perangai sebab tunggu lif lama sangat. Paling menyakitkan hati, yang memenuhkan lif tu bukan mak bapak bawa stroller, ataupun troli, ataupun OKU, Wheelchair. Orang muda ye pembaca sekalian. Macammana la encik sebelah tu tak bebel-bebel.

Dah lama sangat tunggu, makanya kami pun naik je la escalator. Lipat Stroller, encik sebelah pegang stroller, cikpuan dukung baby dan si kakak berdua 6 tahun dan 3 tahun berpegangan tangan.

Dan kejadian yang sama masa nak balik pun berulang.

Maka di sini cikpuan nak tegaskan kepada pembaca yang budiman, jika kita mampu naik escalator, maka naiklah escalator. Berilah laluan pada yang lebih memerlukan untuk lif. Kadang-kadang kesian cikpuan tengok makcik pakcik dah tua, wheelchair tunggu depan lif tapi lif penuh dengan nak-anak muda yang kelihatan sihat ye. Sama jugala dengan keutamaan tempat duduk di pengangkutan awam ye. Bagi keutamaan pada mereka yang memerlukan.



sumber gambar: google