Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Showing posts with label Mumbling. Show all posts
Showing posts with label Mumbling. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Kisah Klasik 3 : Gigi Susu

Lama tak update blog ni. Maafle time ni mmg tahap kemalasan melampau sangat. Padahal bukan buat apa pun. Duk umah goyang kaki je sejak menjak berenti keje ni.
Sekarang pun malas masih bersisa tapi kesian tengok blog sendiri tah macam hape dah. Takpela update sket.. dari tak update langsung lagila kesian kan.
Entri ni nak citer pasal gigi susu. Mesti semua orang ada kenangan pahit manis dengan gigi ni. Cikpuan pun of coz tak terkecuali. Macam-macam la pengalaman melibatkan gigi susu ni. Gigi goyang, patah, tampal dan tak lupa doktor gigi. Eh, apa dia? TOOTHFAIRY?? Maafle, cikpuan tak kenal toothfairy sbb cikpuan bukan minah saleh.
Tapi kalau ikut orang tua Melayu, kalau gigi atas patah/tercabut kena baling ke tanah supaya gigi yang akan tumbuh elok ke bawah. Kalau sebaliknya pulak kena baling atas bumbung supaya gigi elok tumbuh ke atas. Ada pernah dengar tak??
Orang kampung macam cik puan ni mmg susahla nak jumpa doc gigi. Jumpa pun kalau jabatan pergigian buat rawatan kat sekolah je. Jadi normally kalau gigi goyang, bermacam cara tradisional guna untuk cabut gigi tu. Yela tak selesa kan.
1. Guna benang
      - ikat benang pada gigi and then tarik sekuat hati. Sakit sungguh kalau gigi tu masih kuat cengkaman pada gusi.
2. Guna playar
      - option ni perlu dilakukan oleh orang berpengalamank. Cthnya Abah. Memang lebih cepat hasilnya daripada guna benang. Tapi bergantung pada cengkaman gigi tu jugala.
3. Goyangkan hari2
      - Normally kalau tak sanggup nak buat either option di atas bolehla guna option ni. Kurang sakit tapi prosesnya sangat lama. Kena rajin la baru cepat gigi tu tanggal. huhu..
4. Tumbuk
      - actually cara ni adalah cara tak sengaja. Ada satu hari ni cikpuan main dengan abang cikpuan. Punyala gurau2 dia tertumbuk perlahan mulut cikpuan. Tak sakit pun tapi yang peliknya gigi cikpuan boleh tertanggal padahal gigi tu tak goyang pun. Yang goyang gigi lain. Memang dah ajal gigi tu kan, nak buat camne.. huhu.
5. Natural
     - Yang ni tunggu and tawakal je la bila n di mana. Tu pun kalau boleh tahan la sakit gigi tu. Yang paling cikpuan tak boleh lupa bila cikpuan ada gigi goyang ni tapi takdela sakit mana pun. Satu hari ni cikpuan sakit perut so pegila memerut. Keluar je dari tempat memerut tu, gigi cikpuan rasa kosong je. Rupa-rupanya gigi cikpuan dah tertanggal tanpa cikpuan sedari tapi gigi yang tanggal tu tak ada. Ce teka kemanakah perginya gigi itu?? Jeng Jeng Jeng...
Sekarang ni Alhamdulillah gigi kategori elok tersusun walaupun ada sebatang yang spoil sikit. Tapi ok je tak kisah pun asal gigi cikpuan bersih dan sihat. Muehehe..
p/s : Rajin2le check gigi dengan doktor gigi eh..

Friday, May 3, 2013

Emosi ketika Hamil

Seriously i cannot control my emotions during this pregnancy. Almost everyday kot..Sikit-sikit menangis. Kena tegur dgn Manager pun leleh. Kena marah apatah lagi. Husband gurau-gurau pun boleh terasa hati. Yang paling rasa tak boleh blah dgn emosi sendiri ni ialah jealous bila anak buah menyendeng and gedik2 dgn husband. Cukup jealous! Pantang sungguh sekarang ni kalau nampak budak2 tu menyendeng2 kat husband. Kalau dulu xheran pun tapi skrg mmg xleh. Nampak je pemandangan sebegitu, terus bagi jelingan tajam kat husband and budak2 tu. Haha.. taula diorang yang Auntie diorang ni tak suka.

Orang kata jangan menangis teruk time pregnant. Kesian kat baby. Yes i knew it. But then, as i stated above, i could not control it! It was naturally happen. Bukan tak pernah nak control, tapi tak mampu. Even my manager and colleague inform that i am different from myself before this.

Dulu mana ada emo-emo. Emo kat rumah dgn husband normal la. Tapi skrg melarat smpai ke ofis! Sampai siap bagitau manager nak berenti keje lagi! But then, nasib baik my manager ni memahami. Dia tahan jugakla kerenah staff dia sorg ni. Datang lambat, lupa nak billed invoice, buat quotation berterabur.. paling worst semalam bila lupa ada tender nak kena submit! Seriously rasa kesian sungguh dgn company sendiri. Cuba jugakla buat apa yang mampu.. sampai big boss balik dari London pun geleng kepala tgk i yang asyik buat mistake je.

Alhamdulillah, dah berkurangan skit emo-emo ni. Still ada tapi dah tak sekerap 3-4 minggu lepas. Harap-harap baby tak emo mcm mama dia sudah.. kekeke..

Wednesday, May 23, 2012

Rumah sewa : Perangai Tak Senonoh

Entah kenapa, tetiba tergerak hati untuk tulis entri ni. Mungkin disebabkan kes yang berlaku baru-baru ni.
Tak tau di mana silapnya sampai mereka bertindak sedemikian, sedih tau sebab masa they all masuk rumah hari tu, i dah pesan, if had any problems, inform. Ini tak, lari je macam tu. Dengan kunci rumah dia bawa, and dengan i punya box-box baju pun dikaut. Nasib baik i perasan and Alhamdulillah she returned the boxes and the keys. Kalau tak i rasa i report polis tau!

Memang geram sungguh dengan perangai penyewa macam ni. Kalau nak keluar pun, please la inform. Macammana kamu masuk rumah tu, macam tu juga lah kamu keluar. Kita ni sesama Islam, sebangsa. Kalau rasa tak comfortable dengan rumah ke or penghuni rumah ke, boleh bincang baik-baik. Ini tak, masuk pun dah kita bagi muka untuk bayar half je dulu sebab faham condition dia yang baru lepas belajar. Tapi bukan dia nak bagi muka kat kita, lagi dipijak and ditenyeh2 lagi muka kita tu.

Lepas tu bila kita tanya kenapa pindah, 1001 alasan bagi. Last minute decision la, famili dah ambikla. Balik kampung la. Tapi tula, Allah nak tunjuk kebenaran tu. Dua hari lepas dia tinggalkan rumah macam tu je, dia boleh tersalah no sms dengan i. She thought that i ni one of her current senior housemate. Tula, kan dah termalu sendiri. Terang-terang Allah tunjukkan pada i how she lied and harap dia jadikan benda ni sebagai pedoman lah.

Bukan sahaja pada orang yang berkenaan, namun peringatan pada myself and other people too. :)

Monday, February 13, 2012

Random things about Me..

1. Full name Siti Maziah without my abah name. At home family call me Jyah or kakak. Sumtimes my sister call me Kak Maz. And my auntie call me Jee. And others just call me Maziah. Close friends call me Maz then i bring till uni and work. Some of them will call me Maziah and also Siti.

2. I'm 4th from 8 siblings. 4 pair of boys and girls. Fair isnt? 3 boys, 3 girls, a boy and a girl - follow by step. I'm the 1st daughter of my abah and mak.

3. My sisters and brother after me, their second name, 1st letter is according to my second name, Maziah (me), Atiqah, Zakiah, Imran and Aqilah. But missing H because enough with 8 siblings.

4. My 1st kiss when i'm 7 with my classmate. Have a bet with my bestfriend that both of us will kiss the boy on the cheek in the same time. But she didnt do it. Only me do it. What a shame!!. The news of me kissing spread all over school and my brothers (all three of them) kept mentioned about it. Sadly the boy who i admire till Year 6 decease few year ago in an accident.(I only knew about his deceased only a month after - when i'm back for holidays from campus)

5. Since kid, i always had a thought to run away from house. I always felt that my parent was too fierce with me than  my other brothers and sisters. When i'm 10, my mak lock me in my room but then i jump down from my window (2nd floor) and thought to run away to my nenek house (15km from my house). Also had a thought to slept in kebun abah, try to eat leaves and be a fugitive in kebun sendiri.

6. In Form 4, changes to four school in four months. The most short time is 2 weeks. Oh, i kept crying that time.

7. Had a clash opinion when i want to take Form 6. But i kept with my decision and never regret it because Form 6 is the most happening thing that happen in my life.

8. Had a crush to my Form 4 chinese junior when i'm in Form 5 and even take a picture with him. Then in Form 6 also had a crush with a chinese schoolmates. The most crazy thing i'm done is menceroboh his class after school hour and selongkar his desk - then i found a precious thing - a set of his pictures with his friends. Haha. I took it.{really sorry to him}

9. A chinese drama fan especially police and investigation then love to listening to Chinese &  Taiwanese song. Then starting to getting crazy to Jpop & Jdorama because of Arashi & Takuya Kimura, then Kpop after getting know TVXQ and Super Junior. Watch Kdrama but not too addicted as others.

Friday, January 27, 2012

Encik Cicak Bukan Pet Saya




Tengok cicak ni. Pandai je posing kat wiper kete i. I tak sure la apa jenis dia ni tp yang i tau cicak je.
I dahla geli cicak. Tak pasal-pasal kena panggil orang site untuk tolong halau.
Tu pun tak mau lari juga. Dia bertenggek pula kat cermin sisi. Haish! Geram sungguh!

Tak tau asal usul dari mana. Yang i tau, i park kereta kat tepi pagar. Tepi pagar tu memang banyak pokok. Nak drive keluar tup tup beliau dah tercongok kat wiper. Nasib baik ada Incik Engineer yang tolong halau, kalau tak ikutlah Encik Cicak ni sampai ke rumah.

Mungkinkah beliau sedang cari seorang tuan untuk bermanja???
Oh, maaflah encik cicak. I tak sesuai. I geli tengok cicak dan species yang sewaktu dengannya.

Tuesday, January 17, 2012

He hates her.. She hates him...

HE hates HER when... he's talking then she's ignoring

 he was talking and she was chamwhoring.. hahaha..

SHE hates HIM when... he cut off his hair and no more korean hair style.. T_T 

he changed from korean style to JUVANA style!! Noooo!!

HE hates HER when... she start sulking & crying...
when she sulking & crying, she became so irrational!!

SHE hates HIM when... he's smoking!!! HATE!HATE!

But, even though there are so much hates.. but if you can keep tolerates with each other, u can find that LOVE is truly beautiful...

Tuesday, January 10, 2012

2011: Sayonara» What SWEET. SOUR. BITTER.

Its nearly pass 10 days in 2012 and i'm just updating goodbye 2011??
A little bit slow of me isn't? Well.. what can i do.. i am too busy to update my precious blog.. thehe (lame excuses.. haha.)

Anyway.. eventhough it's consider a little bit late but i still want to type here 'HAPPY NEW YEAR 2012 EVERYONE' and i wish u all happy and have a better life. Well.. that's a hope for myself..:P

Oke. As the 365 days already passes by, there would be may sweet,sour and even bitter memories all along in 2011. So, here i go.

SWEET

February 2011 - My car!! First car!! With my own money!! (Oke.. my dad invest a little..:P)

March 2011 -An engagement & A big wedding day!! Two of my big brothers getting married ! And i already someone's fiancee!!

December 2011 - Got a new job!! With better perspective & new environment (of coz with higher $$)


SOUR

May 2011 - My rumate leaving me.. T_T. She got a better job in Malacca. And i dont hv anyone to hang out, to gossip, to advise me & to share anymore..

October 2011 - I had to do a sudden decision - pass resignation letter to my boss (previous company) and my superior ask my help to extend my resignation till end november - just because she wants to go for a holiday??


BITTER


October 2011 - I'm losing my auntie. My dad losing his sister and her family losing a wife, a mom & a granny.

November 2011 - Double sadness. After my auntie passed away, then her eldest son followed her step. I'm losing a cousin.


There was not much actually, since i was living in a simple life. But for this year, i hope that i can getting married and had more opportunities in my life - thats include relationship, work scope, further study & maybe a business?? well.. we just can planning but Allah will determine what will happen next.. InshaAllah.. i will work harder. Gannbatte to all!!
 


Friday, December 9, 2011

Rezeki dari ALLAH

Alhamdulillah. Hari ni masih lagi bernyawa. Allah masih lagi beri peluang pada hamba-Nya ini untuk meneruskan kehidupan di Bumi Allah ini.

Previous entry kan i ada cerita tentang my new job and workplace kan? Alhamdulillahla, lepas je resign on 30 November, terus i dapat start keje on 1st December. Walaupun last salary tu kena tolak 3hari sebab Emergency Leave, but syukur masih ada rezeki untuk i menampung hidup ni. Yela, planning nak kahwin next year, tapi kalau dah tak bekerja, macam mana pulak nak kumpul duit kahwin kan?

Actually, start i keje di sini, rezeki semakin murah. Job offer pun tetiba je mencurah-curah. Padahal before nak resign tu, bagai nak gila i cari keje. Mana taknya notice resign tu i bagi 1 month.. then i extend 1 month lagi sebab my superior (previous) nak bercuti pula. So, dia minta jasa baik i ni untuk extend. Dan i dengan baik hatinya pun setuju untuk extend lagi sebulan. Tapi, nak dapat offer job bukan main susah lagi.

But suddenly, when i start je keje kat sini, banyak pula company call i for interview. Actually i dah rasa comfortable here, so i reject dengan cara baik la. I pun bukan suka sangat lompat-lompat keje. Kalau boleh biarlah bertahun-tahun kerja baru i tukar. So, i akan berusaha yang terbaik demi masa depan i di new company ni.

Oh, ya. Di sini, i ada my own workstation. Tak adalah i share dengan orang lain macam dulu. Next time i update gambar my workstation pula ye?

Thank you for reading my mumbling!!

:)



Sunday, October 30, 2011

Flavor of today :Sour. I hate this bored situation.

Hari yang sangat panjang dirasakan.
Phewww.
Tanpa sebarang aktiviti memang sangat meruncingkan fikiran.
Memanglah niat di hati nak keluar ambil angin menenangkan fikiran.
Namun, bila semua kawan-kawan sibuk dengan aktiviti masing-masing, terasa macam keseorangan pula.
Adik-adik pun dah pulang ke kampus.
Bila tanya kawan-kawan, kawan-kawan pula sibuk keluar dengan kesayangan masing-masing.
My other half? You mean Incik Orang Sebelah? My fiancee tu?
Dia tak perlulah tanya. Hari-hari sibuk. Nak kumpul duit untuk kahwin lah katakan.
Dia cuti hari Khamis. I kerja hari Khamis. Bila la nak berjumpa.

Memang bosan yang sangat-sangat bosan la. Sampai nak karang ayat pun rasa macam tak ada idea.
Bila baca ayat sendiri pun macam bosan gila.
Adoilah.. macam mana lah dengan kerja esok.
Kalau saya tak bersemangat pada hari ini, konklusinya hari esok pun must be worst than today.
Tak semestinya?
Hurmm.. maybe. But the possibility in my case for tomorrow will be worst is 97%.


Oh... demmit!! I have wasting today's time!!


Thursday, October 20, 2011

Live. Love. Laugh

LIVE.
I already live for almost 26 years (will turn on by next month).
I already pass through many hardship and obstacles.
Even though now, i still had to face one biggest obstacles in life.
To survive, i need to be strong, i need to be confident that InsyaAllah, Allah will be reward me with something better in the future for all this hardship and pain.
But i also cannot denied that Allah also gave me much beautiful and happiness for these 26 years. Achievements, recognitions, respect, family, love and friendship... all of this make my 26 years meant more to me.
I know, i'm not alone.


LOVE.
1st. Love to Allah & Islam. This is the eternal love. Do the compulsory. If you can, then do the sunnah.

2nd. Love family. They are the people who always supporting me, help me in my hardship and pain and sharing together for good news.

3rd. Love friends. Best friends. Not friends that do not like a friend (mean backstabber). I always can count on them. Most of them. Even far away, guide me, heard me and help me. Sharing all good things and also bad things.

4th. LoveLoveLove. Sorry Mr. Fiancee, you are on 4th placed. But i always know, you are the one who always by my side. Thanks so much dear cause always understanding my swing emotions.

5th. Love the world. Love greenery, sky blue, colorful flowers and animals.This is the world that i living in, how can i hate this world? Save the environment folks!!




LAUGH.
When i'm happy then i will laugh.
When i have fun then i will laugh.
When i feel funny then i will laugh.
Dont you laughter is medicine for happy life??
Be happy. and laugh. or at least smile. That will make your day better.


Tuesday, October 18, 2011

Changing blog address and everything!!

Hello all!!

I'm going for new changing!! Do still support me okey!!
Not gonna be dramaQueen anymore.. and i'm changing to my real self - Jyah.
Haha.. sound 'kampung' kan? But, i didn't mind.. saya memang orang kampung pun.
Ke sebut orang desa lagi appropriate??

Nevermind la yang penting if nak stalk my blog, sila klik .. http://flavorness.blogspot.com/

Why changing??
Haha.. exactly not big deal sangat la tapi the main cause is because the address not sound appropriate. Tak perasan? I pun tak perasan sangat exactly, but when tertaip without blogspot. (Just only the old address.com) then an unappropriate website appear. - That's y i'm changing for the better.

Why Flavorness?? Ada meaning ke?
Actually i nak Flavors of Life - ala ala lagu Utada Hikaru tu. Tapi sayangnya not available. So letak jela Flavorness asalkan perkataan Flavor tu ada. Ada meaning ke? Kalau ikutkan tak ada pun.. tpi bedal je la labu..

Why Jyah? dramaQueen tu tak cukup glamour ke?
Hikhik.. i tamau glamour. I nak yang simple. My mistake ialah i tak tau apa yang i nak. Sekarang ni Alhamdulillah sebab i rasa i dah tau i nak apa and nak pergi mana. That why la i changing all of these so sudden. Lagipun my famili memang called i Jyah pun. Ala-ala Jia Miss A gitu (konon perasan ala korean la tuh).

Kira ni macam blog baru la coz header pun dQ nak edit sikit sekejap lagi. Baru ada semangat.

Sweet. Sour. Bitter.

Saturday, August 13, 2011

Bila Keselamatan Dipandang remeh..

Salam Ukhuwah semua..

Entri dQ ni tidaklah menuding jari kemana-mana pihak tetapi dQ perlu share benda ni semua dengan readers. Bukan apa, keselamatan bukanlah satu perkara remeh. Mungkin negara kita aman, makmur berdasarkan berita. Mungkin juga kawasan kita, kita rasakan selamat sekarang tapi kita tak tau benda-benda yang terjadi di tempat-tempat lain. Akhir-akhir ni sendiri pun ada berita yang dipaparkan melibatkan kes rogol, rompak, samun dan culik. Ok, kes mercun pun satu hal juga. Lagi-lagi hampir-hampir nak raya ni.

Apa yang buat dQ nak taip entri ni? Semua kerana salah seorang student dQ.[Siapa yang tak tahu tu, FYI dQ ni part timer tuition tutor]. Kalau bulan puasa macam sekarang ni, kelas tuisyen akan start on 8.30pm and end 10.30pm. Memang sangat lewat sebenarnya. Last night dQ tutor Geografi for Form 3. Budak-budak Form 3 ni memang dah besar panjang, mostly pun dah akhil baligh. Kalau yang lelaki tu dah hensem-hensem dah. Yang perempuan pun cun melecun, dah sama tinggi dengan dQ dah.[Ok, fine.. diorang lagi tinggi dari dQ.. nampak sangat dQ ni cute..haha..]

After class end, dQ akan hantar seorang student Form 2 ni balik sebab rumah dia tak jauh dari rumah dQ. Sebelum tu, dQ akan tunggu sampai semua budak-budak tu balik, baru dQ balik. Seorang demi seorang student balik. Mostly yang guys naik motor sendiri, without license and without helmet.. but with parent permission???. dQ quit worried about them too sebab mereka ni bukan jenis naik motor yang berhemah di jalan raya, tetapi jenis yang nak memecut laju je. Padahal kalau kelas start 8.30pm, sampai kelas still 9.00pm.. Apa kes tu??

Tunggu punya tunggu, sorang student perempuan ni tak balik lagi. dQ pun tanyalah si student ni..
dQ : Aifa [bukan nama sebenar] tak balik lagi?Ayah belum ambil ke? Nak telefon ayah?
Aifa : Oh, tak apalah cikgu. Ayah tak ambil kot. Rasa ayah tak balik lagi ni.
dQ : Oh, ayah tak balik solat terawikh lagi ke? Tak apalah macam tu cikgu hantar Aifa..
Aifa : Taklah. Rasa ayah tak balik kerja lagi. Tadi ayah pun tak buka kat rumah. Buka kat ofis. Tak apalah cikgu, saya boleh jalan kaki. Mak pun selalu suruh jalan kaki. Dah biasa dah.

Jalan kaki?? dQ cukup pantang kalau perempuan jalan kaki sorang-sorang. Bukan apa. Bahaya. Rumah si Aifa ni bukannya dekat pun. Kalau jalan kaki adalah jugak 10 ke 15 minit. Dahla banyak anjing berkeliaran. Yang banyak anjing jadian tu tak tahulah kan.. Nauzubillah. Dengan jalan tu gelap lagi. Nak jalan sorang-sorang? No. No. Dia ni tanggungjawab dQ. Kalau apa-apa jadi, dQ yang akan menyesal sebab tak hantar dia. Si Aifa ni dQ nampak dah menapak nak balik rumah. Terus dQ teriak nama dia dan paksa dia duduk dalam kereta. Apalah sangat kalau nak hantar seorang budak balik kan?
dQ memang perasan jugak yang Aifa ni memang selalu balik jalan kaki. Ada another Friday dulu pun sekali dia dah menapak balik. dQ pulak tak boleh nak hantar dia balik sebab ada student yang still tunggu parents dia. Nasib baik ada rakan sekelas Aifa ni yang naik motor sendiri. dQ suruhla diorang ni tolong escortkan si Aifa ni sampai ke rumah dengan selamatnya.

Si Aifa ni pun bila dQ nak hantar balik je, selalu cakap.."Tak apalah cikgu, saya dah biasa dah jalan kaki. Tak ada apa-apa pun jadi.." Memang betul, belum ada benda jadi. Cuba bayangkan kalau ada stalker yang stalk si Aifa ni. Dia dah aim si Aifa ni akan jalan kaki tiap-tiap Selasa dan Jumaat. Kalau budak-budak 10 tahun pun jadi mangsa, inikan pula si Aifa yang anak dara. Tak ke haru kalau benda yang belum jadi, boleh dielakkan daripada terjadi, tapi sebab tiada action, akhirnya benda tu terjadi. Nauzubillah, minta dijauhkanlah.  

Parent dia pun dQ tak tahulah nak cakap apa. Bila dQ hantar dia balik rumah last night pun dia kata mak dia ni pun tak balik lagi dari kerja. Dalam hati dQ, agak-agak kalau dQ jadi parent nanti, dQ pun akan jadi macam tu juga ke? Kerja.. kerja dan kerja? Hantar anak-anak pergi sekolah, pergi tuisyen.. pastu yang penting akhir tahun dapat no. 1. Macam tu ke?? Nauzubillah.. moga-moga la di jauhkan.

Kepada ibu bapa semua, mungkin perlulah curi masa sedikit demi keselamatan anak-anak ni. Mana yang dQ boleh tolong biasanya memang dQ tolong hantar dulu. Bukan apa, kesian budak-budak ni. Walaupun parent dQ dulu sibuk, tapi abah tetap ambik dQ balik sekolah. Selagi abah tak sampai, terpaksa tunggu depan sekolah sampai abah datang. Pernah dQ tumpang orang yang dikenali tapi bukanlah rapat, habis dQ kena marah sebab orang tu lelaki. Mak abah dQ risau kalau orang tu ambil kesempatan. Dah la kita tak rapat dengan dia. Mak kata, abah lambat ambil macam mana pun, kena tunggu. Kecuali orang yang betul-betul rapat je baru mak abah bagi excuses. Kalau tak, abah lambat 2 jam.. tunggulah dQ 2 jam kat situ.
 Ni tempat dQ tunggu depan sekolah dulu..T_T.

InsyaAllah ada masa, dQ ada idea, dQ buat entri lagi pasal keselamatan ni. Kalau nak cerita semua jenuh juga korang semua nak membacanya.

Jumpa di entri seterusnya!!

Thursday, January 20, 2011

Apa ada Pada N.A.M.A?? (Err.. Apa ada ke ada apa?)


Orang kata ada apalah pada nama..
Tapi sebenarnya ada sumthing yang istimewa tentang nama ni..
Tahukah korang kenapa korang bernama si polan si polan?
Walaupun nama korang Jebat, Melur, Wira, Perdana, Satria, Bakar even Markonah
tentu ada sebab kenapa.. (Err.. pernah korang tanya parent korang tak kenapa bagi nama korang seperti yang ada nih??)

Macam nama dramaQueen.. S.I.T.I M.A.Z.I.A.H 
Abah yang bagi nama dQ ni. Kalau nak kata, semua nama adik beradik dQ memang abah yang bagi nama. Kenapa abah nama kan dQ Siti Maziah? Bukan Erra Fazira ke, Song Hye Gyo ke, Angelina Jolie ke..
Siti tu sebab dQ ni anak sulung pompuan.. jadi abah letak nama Siti sebagai tanda kewanitaan..huhu..
Maziah pulak sebab maksudnya kelebihan.. jadi abah nak puteri dia ni ada banyak kelebihan berbanding orang lain..

Macam adik-adik dQ pulak..
Second name dorang ikut abjad nama M.A.Z.I.A.H
M untuk Maziah (dramaQueen la tu..)
A untuk Atiqah (Nur Atiqah)
Z untuk Zakiah (Ummu Zakiah)
I untuk Imran (Ali Imran)
A untuk Aqilah (Nisa Aqilah)
H untuk ......?? Err.. belum ada.. or takkan ada rasenya..

Kawan dQ ni pulak lain sikit ceritanya..
Nama dia memang pelik.. E.F.Y E.Z.Y.. Pelik kan??
Maknanya? Dia sendiri pun tak tahu..
Nama ni kalau ikut cerita dia nenek sebelah ayah dia yang bagi..
Alasan nenek dia bagi nama ni sebab senang nak ingat..
Tapi memang orang akan ingat.. sebab nama dia unik..
Nak tau nama adik dia apa?
Huhu.. Guess what?? D.I.D.I..
Yup.. tu sahaja. Didi bin Abd Halim..

Ada pulak seorang orang kampung dQ nih..
Nama anak-anak dia sebiji artis!!
Seorang tu Erra Fazira.. seorang tu Amy Mastura.. sorang lagi Siti Nurhaliza..
Aduyai.. nak anak lawa macam artis-artis ni kot.. takpun menumpang nama la kot..
Naseb baik bukan Angelina Jolie ke.. Aishwarya Rai ke..

Okeh. Apa pentingnya nama ni?
Korang pernah dengar tak pepatah Melayu..
'Harimau mati meninggalkan belang.. manusia mati meninggalkan nama'
Mesti pernah kan.. macam tu lah pentingnya nama dalam hidup ni..

1st
Kalau korang tak ada nama.. macam mana orang nak kenal ko? Nak panggil ko?
Mesti korang tak suka kan kalau orang panggil korang Hoi! kan??
Err.. kecuali kalau memang nama ko Hoi la..

2nd
Normally masa zaman skola dulu. Time exam mesti tempat duduk akan ikut pada nama. Kalau huruf A tu biasanya duduk kat depan-depan. Macam abang dQ, Abdul Izzat memang seat depat sekali la. Takpun seat kedua. Kalau adik dQ pulak, Ummu Zakiah sebab nama dia last sekali la dia terpaksa diturunkan ke kelas kedua dengan alasan kelas pertama dah penuh..

3rd
Kalau nama perempuan tu kenalah ringkas dan mudah disebut. Yela. Supaya masa akad nikah nanti tak adalah pengantin lelaki tersasul or tersalah sebut. Janganlah nama tu sampai bersuku-suku kata berjela-jela (walaupun realitinya memang wujud..). Sampai kalau nak tulis kat nametag sekolah tu kalau nama Puteri Nurliyana Fadzilah Amalina Maisarah (hanya sekadar rekaan semata2) terpaksa tulis P.N.F.A. Maisarah sebab nama panjang sangat. Tak muat nak tulis kat nametag. Samela macam isi borang. Selalu ada je yang tak muat. Yela. Tu belum letak nama bapak lagi kan??

4th
Kalau ikut Islam. Nama itu adalah satu doa. Bermakna kalau nak anak tu bijak, pintar, letaklah nama-nama yang elok yang bermaksud bijaksana. Tapi.. macammana doa tu nak termakbul eh kalau mak bapak letak nama sedap-sedap Khairul Nizam.. tapi nama panggilan.. K. Nama Mohammad Daniel jadi D sahaja.. Er.. sesiapa sila jangan terasa eyh.. Nama dQ pulak Maziah pun bertukar kepada Mazz a.k.a dramaQueen.. (Patutla sejak dorang panggil dQ Mazz, semua kelebihan dQ dah berkurangan..huhu..)

Nama ni memang penting dalam kehidupan kita ni. Sebab seumur hidup dalam kad pengenalan kita akan tertulis nama ni. Peasanan untuk ibu bapa, letaklah nama-nama yang baik-baik untuk anak-anak anda supaya pada masa depan tak adalah isu-isu nama menjadi bahan ejekan orang ramai.

Walaumacammanapun pentingnya nama ni, tapi kita kena ingat. Kalau kita malas nak berusaha, tak payahla nak berangan akan jadi bijak pandai macam nama tuh. Kita jadi baik bukan sebab nama kita yang baik. Tapi pilihan kita sendiri yang menentukan masa depan kita. Untuk jadi apa? Walaupun rupa kita tidaklah secantik nama yang diberi, tapi ingatlah kecantikan luaran tu tak kekal lama. Yang kekal kecantikan hati dan budi pekerti. Jadi jagalah kecantikan hati itu sebaik yang mungkin demi nama baik kamu sendiri... walau apa pun makna nama yang diberi...

 kami berlima bermula dengan SITI pada pangkal nama!!

P/S : Pernah terpikir kenapa kerbau nama kerbau.. lembu nama lembu.. ayam nama ayam...Hurmm..???

Wednesday, June 2, 2010

Malam yang sepi

Malam yang sepi pi pi..
Pak Mat jual kopi..
Kopinya enak nak nak..
Pak Mat jual anak..
Anaknya hilang lang lang..
Pak Mat jual gelang..
Gelangnya patah tah tah..
Pak Mat jual getah..

Ingat lagi tak lagu diatas ni?
Tak tahu sape yang reka..
Tapi masa kecik-kecik dulu selalu main sip sip tom tom dengan kawan kawan guna lagu tu..
Tapi sekarang dah tua dah.. dah tak ingat sangat dah..
Hehe.. so missed the childhood days..

Monday, November 23, 2009

Monday Blues


Hari ni Isnin. Macam biasa. Isnin yang sangat membosankan. Kena tegur dgn Rudy ( Rudy ni MIS kat cni..).. Rudy pesan jgn sesuka hati guna internet. Elakkan music streaming and video. Maksudnyer.. tak bolehla haku nak buka youtube.. or dramacrazy.net lagi.. or facebook.. or forum.. huhu.. sedey.. da la broadband da kena block.. lg sedey.. cane ni eyh?

Hrm.. tapela.. nak buat camne.. ni bukan company haku yg punyer.. nanti la.. aku bayar bil broadband tu.. tapi aku kena g umah sewa lame nak amik bil dulu.. sat g payah nak bayar.. cane eyh? aku nak g bile? asik bz jer.. tade mase la mau g klang.. huhu.. mtk ex housemate tlg postkn agk2nye boleh x?

Aku bukan tade keje skang ni.. ada.. tp aku malas la.. hari isnin mcm ni terasa lemah je badan.. Nak kate xcukup tido.. tak jugak.. cukup je tido aku mlm td.. hrmm.. teringat lak aku kisah pg td.. nak tergelak ada.. rase tension pn ada..

Alkisahnya bukanla salah sape2.. takkan la aku nk menyalahkan tuan umah aku lak wlupun aku nmpk dia da nk gerak keluar lg membuatkn aku kelam kabut.. aku jugak yg cuai.. tah cane tah leh lupe benda sepenting itu.. mungkin sbb kedudukan topi keledar tu agak tersorok yg memyebabkan aku tak perasan.. (hrm.. mgkin gak..)..

Ataupun pesanan mak aku semalam yg suh aku keluar seawal 6.30 pg, risau2 kot2 ada sumthing happen.. hrm.. mmg mulut masin betulla mak aku tu.. tula kata2 ibu kan satu doa.. lenkali Siti Maziah Saroni.. sila dengar kata2 ibu anda...

Akibatnya.. tak pasal2 aku terpaksa patah balik umah amik helmet. Da la aku da lewat giler.. huhu.. tapela. asalkan aku selamat kn?(walaupun pg td plg laju aku bw motor dlm sejarah.. 100km/j.. tobat tamau bw laju2 lg..)


Wednesday, November 18, 2009

PenAt!!! SanGaT!!!

Hari ni hari Rabu. 18 November 2009.
Suppose aku masuk keje macam biasela.. pukul 7.. tapi disebabkan supervisor aku on holiday + aku ada meeting with GREAT 6 kol 6 nanti, so aku pun gerak kol 8, bersama-sama rumate tersayang aku, Nana..

Sehari suntuk aku berada di opis menyiapkan kerja-kerja yang supervisorku tinggalkan. Pada mulanya aku cuma perlu settlekan PM's report  and NSW forecast, (PM = Project Manager and NSW = New South Wales) tiba-tiba pulak supervisor aku sempat pulak nak email suh aku wat PIR utk ABB & INFIGEN.. aish.. terus aku jadi malas nak wat keje.. (PIR = Post Implemention Review, ABB & INFIGEN pulak one of company in Australia)

Aku juz siapkan PM's report sebab report tu nak kena hantar pada my big boss nun di Aussie sane.. n then aku g lunch (x lunch pun benonye.. beli kueh jer..). Balik dari lunch jer, kononnya nk uat PIR.. tapi tatau kenapa malas betul.. last-last aku pun buka youtube n tengok video super junior.. si K lak dok jelezz ngan aku sbb dia takley tengok.. haha..

Smpaila kol 5 aku duk buka youtube n dramacrazy.net menonton drama Untouchable.. haha.. tak senonoh tol aku ni.. kol 5 jer aku pun chiao la and lepak sat kat library sementara nak tunggu meeting kol 6..

Kol 6 jerk.. terus gerak ke meeting boardroom cyberview untuk meeting dengan GREAT 6. Sebab aku ni S/U.. keje aku mendengar dan menulis.. adakala aku mencelah la.. sbb dorg ni byk sgt idea smpai tatau nk buat mane satu.. smpai aku sndiri pening ape benda la budak2 ni nak buat..

Owh yea.. fyi, kiteorg buat meeting ni untuk project charity..(actually paksa charity - as wewez said..) tu  yang jadi banyak idea tu.. masing-masing banyak sangat idea.. aku pun da naik pening.. sampai berbalah-balah pendapat.. hrmm.. lantak kamu sume la.. asalkan dapat keputusan sepakat cukup ler.. (tp rasenye tak kot.. owh tidak!! aku tamau poll poll n vote vote lagi..)

Da dismiss meeting pun dorang still bincang pasal charity tu lg.. aku ni lak kena tunggu si K.. sebab dia le nk kena menganto aku balik coz nana still kena wat keje kat opis dia.. Lepas maghrib tu, dorang pun ajak g makan.. aku pun ikut jerla.. yela.. ikut driver.. B4 tu amik nana dulu kat opis dia.. pastu kiteorang makan kat The Walk..

Aku yang sedang kelaparan ni berjaya mengabiskan hidangan sebiji burger daging n french fries.. yerla.. lapar giler..
haha.. pastu aku pun ambik keputusan untuk temankan nana wat keje kat opis dier.. yela.. takot-takot sumthing happen.. da la jalan balik umah tu sunyi.. uish.. bahaye anak dara balik sengsorang memalam cam nih!!

tula yang aku tersangkut kat rania nih.. huhu.. sekarang ni da ngantuk+letih.. tak larat da ni.. tp xpe.. demi nana aku gagahi jua.. huhu..

http://emo.huhiho.com Berani betul Si Kecik Mo ni tido sebelum aku!!

Monday, November 16, 2009

Hate MYSELF???

Ya.. Once upon a time.. I had tis feeling..
Feeling of hating myself..
Y?
Bec0z i'm lack of confident..
I'm bad in talking with people..
I always afraid for something..
And i hv sumone who always interrupt in my way..

But then..
i realize everyone had their weaknesses..
so i try to lovin myself.. motivating myself to became stronger..
cos i'm really a sensitive and emotional person..
i always blamin' n be blame for sumthin' i even didnt do..
i tried to didnt cried in front of people..
event its d most hardest thing.. i still try to smile and laugh all d way..
even though in very sad or though or scary situation, i pretend to be calm, cool..
but inside me nobody knows how do i feel..

Sumtimes i feel myself now is not d real me..
i always doing sumthin' tat i hate.. tat i dont like..
but hv to do tat thing..
I felt like i live for other people.. not for myself..

But tis is wat people call life rite??
LIFE is a DRAMA.. we r the actor .. sumtimes we r d director but sumtimes we've been direct by other people too..

http://emo.huhiho.com

Thursday, November 12, 2009

Mulut JAHAT???


oK. Topik hari ni. MULUT JAHAT or BAD MOUTH.. eyh.. tapi bad mouth tu macam mulut bau busuk jerk..Kalau camtu buat MULUT JAHAT jerla.. macam kejam sket.. HAHAHAHA.. (dengan gelak kejam)..






Aku tatawu nape.. sejak akhir-akhir ni.. semenjak aku kerja disatu tempat tu.. dan apabila aku mula bertukar department.. bermulala era MULUT JAHAT aku.. mak aku pernah cakap, persekitaran boleh merubah personaliti seseorang.. tapi aku buat tak reti jer.. sekarang.. kena kat batang hidung sendiri..
Kononnya aku ni dah kuat iman sangatlah.. dah kebal sangatlah.. tapi alih-alih.. bertukar menjadi MULUT JAHAT...

Apa yg aku klasifikasikan (betul ker aku eja ni? confuse lak..) sebagai MULUT JAHAT??

Kalau menurut pahaman aku..(ni bukan ajaran sesat tau..) MULUT JAHAT
membawa maksud orang yang mulutnyer tade insurans.. suka cakap men lepas jerk..
kire cam mulut laserla.. memang kadang-kadang betul apa yang dia cakap..
tapi tak penah pikir perasaan orang lain.. kire suke menyakitkan hati orang la..

Aku sedar sebenarnya dari kecik lagi aku memang ada possibility untuk jadi MULUT JAHAT ni.. tapi aku control la.. kononnya nak jaga imej la.. haha.. tapi last-last.. skang ni tak leh control dah nampaknyer..

Semakin hari aku rasa aku ni bertambah jahat lak.. eyh.. bukan..mulut aku jerk.. Biar MULUT JAHAT.. asal HATI maintain BAIK..

Macammana aku leh jadi MJ ni?? ( ceh.. bukan Michael Jackson erh.. tapi MULUT JAHAT..)

Aku rasa sumernyer bermula ditempat keje lama aku..
Mula-mula aku maintain ok jerk.. tapi start aku tukar department tu la..
Semuanya pun berubah.. semua gara-gara ex-staff aku yg PAALINNG BBAAIKK tuu..
memang baik sangat sampai tak ada seorang leader pun sanggup terima dia.. last-last diorang campak kat department aku..
Mula-mula.. aku ajar dia dengan penuh kasih sayang.. pastu kesabaran..
dah lama-lama.. jadi penuh keberangan!!
Start tu la aku mula maki hamun.. semua benda keluar.. nasib ko la labu..


Start dari situ la aku mula bersifat lebih kejam.. (tapi takde la sampai pukul-pukul tau!!) serang guna mulut jela.. huhu.. kan orang kata lidah yang tajam tu lebih menghiris daripada pedang..

P/S : Sekarang sedang mengawal semula mulut jahat ni supaya tak menjadi semakin jahat!! Mazz!! Fighting!! (Support kat diri sendiri.. huhu..)
http://emo.huhiho.com Si Kecik Mo ni pulak bising je jerit-jerit dari tadi!

Wednesday, September 30, 2009

Revealing ME!!





Aku bukanlah seseorang yang gemar meluahkan kata-kata melalui penulisan ataupun komunikasi..

Macam mana eyh nak bagitau? Kalau mengikut kesedaran aku sendiri, aku ni agak penyendiri orgnya..  tak banyak bercakap and tak suka masuk campur, but lebih kepada mendengar..

Tapi.. aku boleh transform daripada senyap kepada mulut murai.. depend on the personla.. normally dengan kawan-kawan rapat or ahli keluarga memang aku agak kuat berleter.. tapi org-orang  yg tak berapa ngam sangat.. biasanya mmg aku keep quite la.. tanya sepatah.. jawab sepatah.. HONESTLY aku mmg seorg yg amat pemalu!! (Eh, iye ke??)

http://emo.huhiho.com

Jadi.. bagaimana aku meluahkan perasaan?

Yela.. menulis tak, berkomunikasi pun tak.. so macammane eyh?

Sedar atau tak aku seorang yang memendam perasaan.. dari aku kecik sampai ke tahap dewasa ni.. aku jarang meluahkan 100% my truly deeply feeling to others.. even my siblings, parents or my close friends. Normally luahan perasaan tu cuma 50% to 60% and another 40% keep secret deep in my heart..

Tak taulah kenapa aku macam ni.. Mungkin sebab tu aku cepat melupakan sesuatu peristiwa.. Contohnya.. semalam aku tau aku marah dan rasa benci sangat dengan si pulan si pulan tu.. tapi hari ni aku dah tak boleh ingat atas sebab apa aku marah dia.. What a weirdo human..and tat human is ME..

Biasanya kalau aku bersedih or marah dengan someone.. cara melepaskannya adalah dengan menangis.. sometimes abang aku akan cakap.. 'ko ni gila ke cakap sorang-sorang?' like mumbling or talking to someone but nobody there.. Actually..yes, aku akui tat was the one of craziness in me.. but aku still waras.. tu cuma salah satu cara aku melepaskan or meluahkan kemarahan dan kesedihan aku.. ; dengan cara membayangkn aku bercakap dengan seseorang..

Dan cara ni lebih efektif bagi aku daripada aku meluahkan pada org lain and then orang tu akan berleter, membebel, advice and so on before i kept finishing my luahan perasaan.. ya.. tat once or twice were happen to me.. aku terpaksa jumpa kaunselor untuk membincangkn masalah aku.. and she kept potong apa yang aku cakap sebelum aku sempat habiskan.. dan akhirnya ia membuatkan aku lebih marah..

Tat y i always say this to my fren.. 'Kalau aku senyap.. tak nak bercakap dgn orang.. takde mood,.. muka masam.. kalau orang tegur aku tak layan.. tak payah sibuk-sibuk nak tanya apa-apa.. JUz let me ALONE!!.. i will be okay after that!! if you want to comfront me.. juz listen until i finish talking.. dont just simply potong cakap and bagi nasihat... juz let me finish my word.. or juz IGNORE me for second..' Tat were my advice.. kalau tak mau dengar dependla.. tapi jangan pulak ada yang terasa hati kalau kena tengking or maki hamun dengan aku..

Okay.. balik kepada cara yang lebih efektif; iaitu bercakap sorang-sorang.. bagi aku, aku rasa lebih selamat mengunakan cara ni.. sekurang-kurangnya..
  1. aku tak memalukan diri sendiri
  2. aku tak burukkan nama orang lain kepada orang lain
  3. takdela orang yang akan potong-potong cakap aku 
  4. aku boleh ceritakan sepenuhnya citer aku dengan penuh selesa dan berperasaan..
Dan automaticly lepas tu segala kemarahan aku akan release.. eh tak.. at least aku kena tidur dulu.. baru pastu aku FULLY RECOVERED..