Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Showing posts with label Festive. Show all posts
Showing posts with label Festive. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

Iklan #1 : Anda kaki shopping? Ambil masa untuk solat

To all ladies and gentlemen..

dQ tau mostly readers ni semua mesti kaki shopping kan?
Lagi-lagi SOGO ada Warehouse Clearance 13-16 Oct 2011 ni..


dQ pun baru je received mesej fro JUSCO that they had AEON 27th Anniversary from 14-30 Oct 2011.



So ramailah kan orang yang akan berpusu-pusu di SOGO, Mid Valley dan serata cawangan Aeon di seluruh Malaysia.
Lebih-lebih lagi hari ni Sabtu dan esok Ahad, bertambah ramailah umat manusia kan?

Tapi dQ nak ingatkan disini, shopping tu shopping juga.. tapi jangan sampai abaikan tanggungjawab pada agama pula. Mungkin surau di shopping complex tu tak besar mana tapi dQ rasa itu lebih dari cukup untuk kita menunaikan ibadah kepada-Nya kan?

Jom tengok video di bawah ni. Iklan untuk mengingatkan kita (Muslimin Muslimat) supaya menunaikan solat walaupun ketika bershopping.


Oh ya. Tak lupa juga nak informed di sini bahawa di MAEPS ada book fair aka Big Bad Wolf Book Sale 2011!! Last day on tomorrow 16 Oct 2011 !! Jom kita pergi beramai-ramai!!

Thank you for reading!!

Friday, September 9, 2011

Moon Cake Festival!! Apa agaknya rasa mooncake ni? Macam Kuih Raya tak??

Assalammualaikum semua..
Masih dalam mood raya kah? dQ tak sempat pun nak update suasana raya sangat sebab actually dQ tak beraya sakan pun. Gambar raya pun tak banyak. Yelah, macam mana nak ada mood raya kalau 1st day raya kami seisi famili *'geger' dengan condition nenek yang suddenly je jatuh sakit. Haru Biru semua sanak keluarga di buatnya. Ya Allah, sangat menakutkan suasana tu. Sekarang ni dQ taknak cerita dulu pasal condition nenek, tapi nak cerita pasal Moon Cake Festival yang sekarang ni sedang berlangsung.

Actually dQ tak pasti date sebenar Moon Cake festive ni tapi petang semalam my luvly Manager give dQ one box of Tai Thong Moon Cake. dQ confused jugak, halal ke Tai Thong Moon Cake ni? Kalau perati outside box memang was was lah. Tapi bila buka dalam baru nampak logo halal tu. Lagipun eventhough manager dQ tu chinese, tapi dia akan cari makanan halal untuk muslim2 yang ada di ofis. Yang sesetengah Muslim pulak langsung tak kisah pun pasal halal haram. Semua dia tibai.. Pelik dunia ni kan?
Nila rupa outside box Moon Cake nih
Jeng jeng jeng.. bila tgk dalam ada logo halal.. Yeay!! Bolehlah rasa..:)
Ada 4 jenis Moon Cake dalam box ni.. putih, hitam, coklat dan choco..
1. Putih - Snowy White Lotus Sesame with Custard
2. Hitam - Charcoal Infused Mocha Milk Tea
3. Coklat - Jade Custard
4. Choco - Savoury White Lotus with Shrimp Sambal

Pergh.. semua mcm perisa exotic je..
Ni yang buat dQ taktau nak makan yang mana nih..
Ermm.. choose yg inilahh..
*
*
*
*
*
*

Charcoal Infused Mocha Milk Tea yang colour hitam ni!!
Looking so sexy and sangat menggoda nafsu makan dQ oke!!

Nila rupa isi dalam Charcoal Infused Mocha Milk Tea tu..

Rasa Moon Cake ni??
Yang Hitam ni rasa dia tak manis.. ada rasa exotic Mocha.. pahit pahit sikit gitu..
Oh.. sangat different dengan last time dQ rasa..
Sangat manis sampai tak termakan.. tak tau perisa apa..
so, dQ prefer makan yang macam ni yang kurang manis..
Elok untuk kesihatan...:)

Oh, yang putih tu juga sangat menggoda!! Wait for me oke!!
P/S : Oh ya! * Geger tu bahasa jawa yang mana kalau translate ke Melayu jadi Tangisan/ Huru hara

Sunday, August 28, 2011

Salam Lebaran buat semua..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin buat semua yang menegenali mahupun tidak.
Ikhlas dari kami seisi keluarga:)

"Let us use these remaining days of Ramadhan to open our heart to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah S.W.T to forgive us"
Hopefully you all had a blast & wonderful Eid!!

Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Quran : Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca

Tanggal 17 Ramadhan tiba lagi. Apakah peristiwa yang berlaku di sebalik tanggal ini sehingga sesetengah negeri di Malaysia bercuti bagi menyambutnya? Apa yang sesetengah daripada kita tahu yang tanggal 17 Ramadhan adalah cuti bagi Nuzul Quran, namun apakah Nuzul Quran sebenarnya?

dQ sendiri sebelum ini tidak pernah terasa untuk mendalami apakah makna disebalik peristiwa Nuzul Quran ni, tiba-tiba terdetik hati ni untuk tahu dengan lebih lanjut. Mungkin Hidayah daripada Allah sempena hari baik bulan baik ni, jadi dengan sumber yang dQ peroleh ni, diharapkan dapatlah kita bersama-sama sedikit sebanyak memperoleh ilmu yang boleh disebarkan kepada orang lain.

Makna Nuzul Quran (sumber : Panduan Percuma Info)


Nuzul - bermaksud turun ataupun berpindah daripada atas ke bawah
Al-Quran - bermaksud bacaan atau himpunan dimana terdapat atau terhimpun pelbagai ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat (jenayah), muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.

Sejarah Nuzul Quran (sumber : Panduan Percuma Info)


Peristiwa Nuzul Quran ini berlaku ketika Nabi Muhammad S.A.W sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Walaupun kita memperingati Nuzul Quran ini pada tanggal 17 Ramadhan setiap tahun, namun ada 2 pendapat mengenai tarikh sebenar Nuzul Quran ini.

Pertama : Malam Isnin, 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum Hijrah [ 6 Ogos 610M]

Tanggal 17 Ramadhan ini telah menjadi tanggal tradisi sebagai memperingati Nuzul Al-Quran walaupun dikatakan kurang tepat. Bagaimanapun, pendapat ini berdasarkan ayat 41 daripada Surah Al-Anfaal yang bermaksud; Firman Allah S.W.T "... jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) . Namun ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran dimana sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).

Kedua : Malam Isnin, 24 Ramadhan, 13 tahun sebelum Hijrah [13 Ogos 610M]


Pendapat ini diperoleh daripada ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan, serta dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim.

Ayat yang mula diturunkan dan ayat terakhir (sumber : Panduan Percuma Info)


Ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq yang bermaksud;"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."(Al-‘Alaq:1-5)

Manakala ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

Al-Quran Bukan Sekadar Untuk Dibaca (sumber : mykhilafah)


Allah S.A.W berfirman: “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)” [TMQ al-Baqarah (2):185].
 

Seperti penjelasan Imam al-Qurthubi, ayat ini menjelaskan bahawa Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia; menjelaskan kepada mereka yang halal dan haram, berbagai peringatan dan hukum-hakam, serta pembeza antara yang haq dan yang batil. Yang dituntut dari kita hanyalah menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk yang memandu dan memimpin kehidupan kita; sebagai sumber hukum yang wajib kita ambil dan kita terapkan; juga sebagai sumber penyelesaian bagi seluruh masalah kehidupan kita.

Umat Islam wajib berpegang teguh kepada Al-Quran sebagaimana Rasulullah dan para sahabat berpegang teguh dengannya. Sesiapa sahaja yang tidak mengambil Al-Quran sebagaimana yang Allah perintahkan, maka hendaklah ia takut akan diadukan oleh Rasul S.A.W ke hadhrat Allah S.A.W dengan pengaduan seperti dalam firman-Nya, “Berkatalah Rasul, “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan.” [TMQ al-Furqan (25):30].

Maksudnya, mereka menjadikan Al-Quran sebagai kitab yang ditinggalkan, diabaikan dan tidak dipedulikan. Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya telah merinci hal-hal yang termasuk ke dalam sikap tidak mengacuhkan Al-Quran. Di antaranya adalah tidak mengimani dan membenarkannya; tidak mentadabbur (mengkaji) dan memahaminya; tidak mengamalkan dan mematuhi perintah dan larangannya; berpaling darinya dan lebih memilih yang lain, baik berupa syair, ucapan, nyanyian, permainan, atau jalan hidup yang diambil dari selain Al-Quran; tidak mahu menyemak dan mendengarkan Al-Quran serta membuat kecoh hingga tidak mendengar Al-Quran saat ia dibacakan.

Sempena Nuzul Al-Quran ini, marilah kita dengan penuh iman dan taqwa memuhasabah diri kita, apakah kita selama ini telah mengambil Al-Quran sebagaimana yang Allah perintahkan, atau selama ini kita hanya beriman dengan sebahagian dari Al-Quran atau justru telah mengabaikan Al-Quran? Apakah selama ini Al-Quran telah benar-benar kita jadikan petunjuk, sumber hukum, sekaligus sebagai penyelesai segala masalah kehidupan kita? Ataukah sebaliknya, kita malah meninggalkan dan mencampakkannya?

Wahai kaum Muslimin! Kami ingin mengingatkan kalian bahawa Allah S.W.T menurunkan Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, malah lebih dari itu. Membaca Al-Quran adalah ibadah (sunat) dan InsyaAllah kita akan beroleh pahala kerananya, tetapi mengamalkan isi kandungannya adalah WAJIB dan sesiapa sahaja mengabaikannya maka ia telah berdosa besar dan Allah jualah yang Maha Membalas segala dosanya. Siapa sahaja yang yang tidak berhukum dengan apa yang Allah telah turunkan, maka azab Allah menantinya di akhirat! Bagi mereka yang tidak memikul amanat Allah yang telah diturunkanNya melalui Al-Quran, maka Allah telah membuat satu perumpamaan yang hina ke atas mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepada mereka Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya (tidak mengamalkan isinya), adalah seperti keledaiyang membawa kitab-kitab yang tebal. Amat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim”. [TMQ al-Jumu‘ah (62):5].

Melalui ayat di atas, Allah menghina kaum yang tidak memikul wahyu yang diturunkanNya dengan perumpamaan seperti keldai. Bayangkanlah jika ada orang yang mengatakan kepada kita, “Anda ini seperti keledai!” Apakah perasaan kita? Apalagi yang menyatakan seperti itu bukanlah manusia, melainkan Allah S.W.T yang kita harapkan keredhaan dan keampunanNya.Orang yang benar-benar beriman, bertakwa dan mengharapkan redha Allah sudah tentu akan merasa takut dan gentar akan perumpamaan yang dibuat olehNya.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah dengan diri kita sendiri, jika ada kekurangan, sama-samalah kita perbaiki. InsyaAllah.

P/S : Untuk info lebih lanjut, bolehla klik link sumber ye. Maaf dQ pun masih lagi bertatih. Pengetahuan tentang hal sebegini memang tak banyak mana.



Wednesday, August 10, 2011

Selamat Berpuasa!! Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Al-Mubarak!!




Salam Ramadhan semua..

Tak terlambat rasanya dQ nak ucapkan selamat berpuasa walaupun hari ni sudah hari ke-10 kita berpuasa. Ada 2 weeks ++ je lagi untuk menjelang Syawal. Sempena bulan baik ni, marilah kita sama-sama kumpul pahala.. Mana yang wajib tu kita dahulukanlah.. Mana yang sunnah tu buatlah mana yang terdaya.. Lebih banyak is better kan?

Bulan mulia ni memang dugaannya banyak.. sebab Allah nak uji hamba-Nya tetap dan kuatkah iman kita.. Banyakkan bersabar.. beristihfar.. Moga-moga kita memperloh keberkatan dari-Nya.. InsyaAllah..

Sebelum puasa hari tu.. dQ teringin sangat nak makan tako.. ala.. takkan tak tau tako tu ape? Makanan Jepun yang bulat-bulat tu.. Sesiapa yang tengok citer Jepun or biasa makan makanan Jepun mesti tau.
No idea tako tu ape? Ok ok.. tgk gambar nih..
Inilah Tako feveret dQ tu!!

Yang ni beli kat Jusco Bukit Tinggi.. Teringin gila.. siap bawa balik 2 bungkus lagi.. pergh.. pelahap kan??
Ehh.. yang bungkus tu untuk adik2 dQ ye.. diorang kirim.. kekeke..

Anyway.. jangan tinggal puasa ye!! Take care!!