Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Wednesday, February 29, 2012

Welcome to Banting!! [Tempat Yang Banyak Kontroversi]

Salam Rabu semua!!

Kali ni i nak storimori about Banting, Selangor, tanah kelahiran i. Sejak akhir-akhir ni Banting yang aman makmur dah tak berapa nak aman disebabkan beberapa tragedi yang berlaku. Antaranya kes pembunuhan kejam arwah Sosilawati dan kes rompakan kedai emas baru-baru ini . I bukanlah nak bercerita tentang tragedi buruk tu tetapi nak ceritalah sedikit sebanyak tempat-tempat menarik di Banting tu. Nak kongsi keindahan Malaysia ni.. kira promote 'Cuti-Cuti Banting'.. haha..

1. Pantai Morib
Pantai ni memang paling feymes la kat Banting ni. Dulu quit 'oldies' jugakla. Sekarang ni dah buat banyak renovation dan nampak lebih menarik. Kalau nak mandi manda biasanya di Pantai Morib Baru. Pantai Morib Lama pula usually untuk aktiviti riadah, memancing dan berjalan-jalan sambil makan angin sahaja. Padahal dua-dua pantai ni sebelah-sebelah je kot. I pun curios kenapa ada pantai lama dan pantai baru.





2. Pantai Kelanang
Pantai ni agak jauh kedalam sikit. Pantai ni cantik sebab banyak pokok bakau tapi agak berselut and lumpur. Yela, sebelum ni pantai ni kawasan bakau, tu yang beselut berlumpur tu. Sekarang ni agak okay la. Kurang dah selut lumpur tu. Selalu jadi tumpuan pengantin untuk ambik wedding shoot.


3. Bukit Jugra
I actually since born in Banting tak pernah naik ke Bukit ni, tapi baru-baru ni baru lah dapat naik ke Bukit Jugra ni. Pengunjung normally datang sini untuk berjogging or datang melepak je. Wedding photoshoot pun biasa kat sini. If nak raya or puasa, orang datang tengok anak bulan. Yang lagi paling best kat sini ada paragliding tau! Kat puncak bukit ni ada rumah api yang digunakan sebagai penunjuk arah untuk kapal-kapal. Best duduk kat puncak ni, nampak Pantai Kelanang and kawasan sekitar Jugra.




4. Istana Lama/Makam Sultan/Masjid Alaeddin
Makam Sultan ni Makam Almarhum Sultan Abdul Samad. Berhampiran dengan Bukit Jugra juga. Istana Lama pula dah tutup masa i datang hari tu. Renovation konon padahal bersemak samun. Istana lama dan Masjid Sultan Alaeddin ni kat satu jalan. Sori, tak ingat jalan ape. Dengar cerita istana lama ni keras sikit. Err.. banyak kot, sebab tu renovation tak boleh nak jalan.<Hehe.. i tak pastila pulak, maybe just rumors je.. kalau salah tolong betulkan yer..>







Sebenarnya ada banyak lagi tempat bersejarah kat Jugra nih. Tapi i pun tak tau sangat. Dari kampung i nak ke Jugra ni adalah juga 30 minit sebab Jugra ni agak ke dalam sikit. Kalau ada lagi tempat-tempat lain, i update keh!!

< I nak tunjuk rumah tempat membesar anak-anak Sidek (Misbun, Razif, Jalani, Rashid) tapi lenkali kot sebab i pun tak ada gambar rumah diorang..kekeke..>


1 comment:

  1. bile la dapat bercuti lagi.... semua orang sebuk tahun ni...

    ReplyDelete

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!