Kipas-susah-mati

Google+ Followers

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Thursday, December 17, 2009

Masa sembahyang tak leh cakap!!

Pada suatu hari jumaat yang hening, Amat ke masjid untuk menunaikan sembahyang jumaat dengan menaiki bas.


Mak Amat telah memberikan rm1 untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya.

Amat pun membayar tambang bas yg bernilai 50 sen dengan sekeping rm1 kepada konduktor yang hensem itu lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Amat pun ambil duit tu dan simpan di dalam kocek baju melayunya.

Sesampainya di masjid, Amat pun mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pun penuh. Ketika itu khutbah sedang dibacakan. Setelah habis khutbah jumaat, pak imam pun mengimamkan solat Jumaat itu.

Semasa para jemaaah rukuk termasuklah Amat,tiba-tiba duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul-betul jatuh di bawah telapak tangan orang disebelah kirinya. Amat merasa risau bila memikirkan terpaksa berjalan kaki balik ke rumah di panas-panas terik tu.

Jadi, Amat pon berbisik kepada orang disebelah kirinya...

Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." ..

lalu orang di sebelah kiri itupun menjawab...."Alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu.."

lalu orang disebelah kanan Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang lalu berkata.." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap"..

selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara..." yang kau bercakap tu aper "....

sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.

MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..


*Credit to kacakness (lawakjenaka.com)

No comments:

Post a Comment

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!