Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Tuesday, July 27, 2010

MBA ? Part time or Full time??

pixa di kala konvo last year

Mungkin sekarang DramaQueen patut consider MBA pulak?
Kawan-kawan mostly further study Master.. Tapi they all semua buat full time..
Memang DramaQueen bercadang nak sambung Master.. tapi bercadang untuk buat part time jerk..
DramaQueen ada buat survey jugak..

1) Duration : Full time MBA normally takes time 1 and 1/2 year..Part time MBA pulak 2 years ke 3 years..

2) Yuran : Yuran untuk part time pun lebih mahal 2 or 3k dari yuran full time..

3) Schedule : Class for full time normally siang hari but part time either night class and also weekend

DramaQueen dah rujuk-rujuk dah university tempatan yang berkenaan..
Setakat ni pilihan DramaQueen either UPM Serdang (sebab dekat dengan rumah) or UUM KL Campus (sebab class weekend jer)
Tapi DramaQueen still ada lagi satu pilihan.. ni kira cita-cita DramaQueen la..
DramaQueen belajar bahasa korea and then ambik full time MBA kat Korea..
Either apply scholarship or buat education loan..
Sebenarnya tak perlu belajar bahasa Korea pun tak apa..
Untuk international full time kelas will be in English..
Tapi ni untuk memudahkan communication jer..

Kenapa Korea?
Haha.. i have my own personal reason..

DramaQueen akan consider dari segi kewangan dan sebagainya..
So kalau tak dapat nak further kat Korea, kat dalam negara pun ok jer..
Hehe..

Cadang-cadang next year.. InsyaAllah kalau ada rezeki..
Doakanlah yer??

Monday, July 19, 2010

Microsoft Access ~ anyone expert in this?? HELP PLEASE!!

Pandang kanan.. pandang kiri..
Okay!! Line clear!!
Opps!! Kat atas ada CCTV pulak..
Aiyark..

Ngeh.. Ngeh..
Sori boss.. buka blog kejap..
lama tak update le boss..
Ngah pening buek database ni..
Huhu..sape tau Microsoft Access?? DramaQueen failed la Access ni..
Memang totally Zero..tak pernah belajar langsung!!



Suddenly kena buat pulak database using Microsoft Access ni..
Sape tau?? Kalau tau bantu-bantulah DramaQueen di sini..
Madam besar (wife big boss) ada bagi example..

Tapi..

Example yang dah finished.. manela DramaQueen tau..
tengok-tengok dah siap..
Huhu.. Tolong basic untuk create or edit form pun jadila..

PLEASE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, July 13, 2010

Rumah Sewa #1 : Case of the Desperate Housewife


Tragedi Pencarian Roomate.

Mungkin sangat sesuai sangat dengan tragedi yang berlaku pada dQ baru-baru ini.

Memang maaf sangat untuk entri ni. Mungkin ada yang akan terasa. Mungkin orang yang berkenaan akan baca. Maaf sangat-sangat. Cuma nak berpesan kepada rakan-rakan yang ingin mencari roomate or housemate, selidiki dahulu orang yang berkenaan. Jangan macam dQ, tengok-tengok, rupa-rupanya 'kakak'. Kusangkakan sejenis rupanya jenis yang kedua.

Faham ke apa yang dQ bebelkan tu??

Baiklah. dQ panjangkan cerita. Tragedi ni bermula dengan pencarian roomate bagi housemate dQ. Dia ni duduk bilik utama, jadi tak berapa mampu nak bayar seorang dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Memandangkan bilik utama, besar, jadi apa salahnya cari seorang dua roomate lagi untuk berkongsi.

Memandangkan dQ senior dalam rumah ni, so dQ tolonglah iklankan pencarian roomate ni. Hari-hari ada orang call, tanya macam-macam, nak tengok rumahlah. dQ layanlah dengan elok. Kalau diorang tanya, dQ jawab. Kalau nak tengok rumah, dQ tunjukkan jalan. Kadangkala tu sampai dQ datang pick up sendiri.

Sampailah ada seorang ni. Nama dia Lin (bukan nama sebenar). Mula-mula dia email. Then dia minta dQ add dia ym pulak. Dia kata dia ni hodoh, tak cantik.. takut dQ and housemate lain tak boleh terima dia pulak. dQ tak pulak iklankan kat situ 'Hanya mencari orang yang CANTIK PARAS RUPA' Ada ke? Rasa tak ada pulak. Confuse dQ.

Sampaila hari dia nak tengok rumah. Masa tu housemate dQ yang lain tak balik lagi. dQ pun baru je sampai rumah. dQ pick up dia kat KFC, then dia follow dQ sampai rumah with kereta dia. Masa tu dQ tak nampak rupa dia tapi dari susuk badan, dia ni kategori 'besar' jugalah orangnya. Tapi ada dQ kisah? Takpun.. setiap orang kan rupa berbeza.

Sampailah rumah sewa dQ ni. Masa dQ buka pintu rumah, dia pun turun kereta. Pakai baju kurung, bertudung. Manis je. Tapi... eh?? Kenapa rupa dia semacam je? Tak.. bukan sebab buruk ataupun hodoh.. tapi.. dQ tak sampai hati nak tanya. Takut dia terasa hati pulak. Yela, memang ada sesetengah wanita yang dilahirkan rupa macam tu. dQ pun ada juga, cuma tak sebanyak dia la.

dQ jemputlah dia masuk, tapi tak tau kenapa dQ tak tutup pintu. dQ buka pintu luas-luas. Actually dQ ni paranoid orangnya, selalu memang tutup pintu rumah but then that time dQ start rasa was-was dengan si Lin ni. Bila dia start bercakap, dengar suara dia pun membuatkan dQ rasa semacam. Tapi dQ still buat macam biasa la. Nak tanya serba salah. dQ ni tak suka kecikkan hati orang.

Lepas dah tunjuk bilik dengan dia, dQ pun borak-borak dengan Lin kat ruang tamu bawah. Dia asyik tanya boleh ke housemate dQ terima keadaan dia ni? dQ cuma beritau dia yang dQ akan inform housemate dQ dan tu bergantung pada keputusan dia la. Tetiba dia buat confession dengan dQ. Dia tu sebenarnya LELAKI.... Whattttt????? Dalam hati je la dQ menjerit. Depan dia dQ buat-buat cool.

Perghh.. gila terkejut nyah.. pakai tudung and baju kurung bagai. Patutla dia berkumis lain sikit. dQ ingatkan memang ada certain perempuan yang macam tu, tu yang tak sampai hati tanya tu. Patutlah suara dia pun semacam je. Ala-ala tersekat kat kerongkong tapi husky husky gitu. Rupa-rupanya LELAKI. Bila dah tau status dia yang sebenarnya, dQ pun cakaplah elok-elok dengan dia.

'Lin.. memandangkan awak memang sebenarnya lelaki, saya tak rasa awak boleh duduk kat sini. Ini rumah perempuan sahaja..'
'Tapi.. Lin memang naluri wanita. Pergi kerja ke mana mana pun Lin memang pakai macam ni!!'
'Tapi Lin.. awak tetap lelaki.. still bukan mahram.. tak kirala awak pakai macam mana pun!!'
'Tolonglah.. dah 20 rumah Lin pergi.. semua reject Lin.. Awak tolonglah bagitau housemate awak tu. Suruh dia tengok saya dulu. Kot-kot dia setuju ke. Awak ambil gambar saya ye? Tunjuk kat dia..' Dia paksa dQ ambil gambar dia pulak.
dQ pun ikutkan je la. Supaya dia cepat-cepat berambus dari rumah. Bukan apa, seram wehh!!
'Awak.. jangan lupa ye tunjuk gambar saya tu pada dia.. saya tunggu tau!!' dQ cuma mengangguk. Kalau dQ tunjuk, sah-sahlah housemate dQ tu taknak. Gila apa nak berkongsi bilik dengan lelaki?? Hello.. kami semua ni wanita sejati ok!!

dQ taknak la tunjuk gambar dia untuk tatapan umum pulak. Tak baik. Cukuplah dengan apa yang berlaku. Cukuplah jadi pengajaran untuk dQ and housemates. Lepas ni agak-agak nak minta diorang tunjuk IC sebagai proof kot. Yela.. takut pisang berbuah dua kali...

Patutla desperate housewife sesangat. Rupa-rupanya dah kena rejek 20 rumah yang lain. Maaflah Cik (Encik), kami tak boleh nak terima. Bukan mahram tetap bukan mahram. Harap-harap Cik/Encik akan dapatlah bilik yang sepatutnya.

Sekian, terima kasih. (ceh, macam surat pulak)