Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Thursday, January 20, 2011

Apa ada Pada N.A.M.A?? (Err.. Apa ada ke ada apa?)


Orang kata ada apalah pada nama..
Tapi sebenarnya ada sumthing yang istimewa tentang nama ni..
Tahukah korang kenapa korang bernama si polan si polan?
Walaupun nama korang Jebat, Melur, Wira, Perdana, Satria, Bakar even Markonah
tentu ada sebab kenapa.. (Err.. pernah korang tanya parent korang tak kenapa bagi nama korang seperti yang ada nih??)

Macam nama dramaQueen.. S.I.T.I M.A.Z.I.A.H 
Abah yang bagi nama dQ ni. Kalau nak kata, semua nama adik beradik dQ memang abah yang bagi nama. Kenapa abah nama kan dQ Siti Maziah? Bukan Erra Fazira ke, Song Hye Gyo ke, Angelina Jolie ke..
Siti tu sebab dQ ni anak sulung pompuan.. jadi abah letak nama Siti sebagai tanda kewanitaan..huhu..
Maziah pulak sebab maksudnya kelebihan.. jadi abah nak puteri dia ni ada banyak kelebihan berbanding orang lain..

Macam adik-adik dQ pulak..
Second name dorang ikut abjad nama M.A.Z.I.A.H
M untuk Maziah (dramaQueen la tu..)
A untuk Atiqah (Nur Atiqah)
Z untuk Zakiah (Ummu Zakiah)
I untuk Imran (Ali Imran)
A untuk Aqilah (Nisa Aqilah)
H untuk ......?? Err.. belum ada.. or takkan ada rasenya..

Kawan dQ ni pulak lain sikit ceritanya..
Nama dia memang pelik.. E.F.Y E.Z.Y.. Pelik kan??
Maknanya? Dia sendiri pun tak tahu..
Nama ni kalau ikut cerita dia nenek sebelah ayah dia yang bagi..
Alasan nenek dia bagi nama ni sebab senang nak ingat..
Tapi memang orang akan ingat.. sebab nama dia unik..
Nak tau nama adik dia apa?
Huhu.. Guess what?? D.I.D.I..
Yup.. tu sahaja. Didi bin Abd Halim..

Ada pulak seorang orang kampung dQ nih..
Nama anak-anak dia sebiji artis!!
Seorang tu Erra Fazira.. seorang tu Amy Mastura.. sorang lagi Siti Nurhaliza..
Aduyai.. nak anak lawa macam artis-artis ni kot.. takpun menumpang nama la kot..
Naseb baik bukan Angelina Jolie ke.. Aishwarya Rai ke..

Okeh. Apa pentingnya nama ni?
Korang pernah dengar tak pepatah Melayu..
'Harimau mati meninggalkan belang.. manusia mati meninggalkan nama'
Mesti pernah kan.. macam tu lah pentingnya nama dalam hidup ni..

1st
Kalau korang tak ada nama.. macam mana orang nak kenal ko? Nak panggil ko?
Mesti korang tak suka kan kalau orang panggil korang Hoi! kan??
Err.. kecuali kalau memang nama ko Hoi la..

2nd
Normally masa zaman skola dulu. Time exam mesti tempat duduk akan ikut pada nama. Kalau huruf A tu biasanya duduk kat depan-depan. Macam abang dQ, Abdul Izzat memang seat depat sekali la. Takpun seat kedua. Kalau adik dQ pulak, Ummu Zakiah sebab nama dia last sekali la dia terpaksa diturunkan ke kelas kedua dengan alasan kelas pertama dah penuh..

3rd
Kalau nama perempuan tu kenalah ringkas dan mudah disebut. Yela. Supaya masa akad nikah nanti tak adalah pengantin lelaki tersasul or tersalah sebut. Janganlah nama tu sampai bersuku-suku kata berjela-jela (walaupun realitinya memang wujud..). Sampai kalau nak tulis kat nametag sekolah tu kalau nama Puteri Nurliyana Fadzilah Amalina Maisarah (hanya sekadar rekaan semata2) terpaksa tulis P.N.F.A. Maisarah sebab nama panjang sangat. Tak muat nak tulis kat nametag. Samela macam isi borang. Selalu ada je yang tak muat. Yela. Tu belum letak nama bapak lagi kan??

4th
Kalau ikut Islam. Nama itu adalah satu doa. Bermakna kalau nak anak tu bijak, pintar, letaklah nama-nama yang elok yang bermaksud bijaksana. Tapi.. macammana doa tu nak termakbul eh kalau mak bapak letak nama sedap-sedap Khairul Nizam.. tapi nama panggilan.. K. Nama Mohammad Daniel jadi D sahaja.. Er.. sesiapa sila jangan terasa eyh.. Nama dQ pulak Maziah pun bertukar kepada Mazz a.k.a dramaQueen.. (Patutla sejak dorang panggil dQ Mazz, semua kelebihan dQ dah berkurangan..huhu..)

Nama ni memang penting dalam kehidupan kita ni. Sebab seumur hidup dalam kad pengenalan kita akan tertulis nama ni. Peasanan untuk ibu bapa, letaklah nama-nama yang baik-baik untuk anak-anak anda supaya pada masa depan tak adalah isu-isu nama menjadi bahan ejekan orang ramai.

Walaumacammanapun pentingnya nama ni, tapi kita kena ingat. Kalau kita malas nak berusaha, tak payahla nak berangan akan jadi bijak pandai macam nama tuh. Kita jadi baik bukan sebab nama kita yang baik. Tapi pilihan kita sendiri yang menentukan masa depan kita. Untuk jadi apa? Walaupun rupa kita tidaklah secantik nama yang diberi, tapi ingatlah kecantikan luaran tu tak kekal lama. Yang kekal kecantikan hati dan budi pekerti. Jadi jagalah kecantikan hati itu sebaik yang mungkin demi nama baik kamu sendiri... walau apa pun makna nama yang diberi...

 kami berlima bermula dengan SITI pada pangkal nama!!

P/S : Pernah terpikir kenapa kerbau nama kerbau.. lembu nama lembu.. ayam nama ayam...Hurmm..???

Monday, January 17, 2011

Destinasi #5: Resting at Teluk Kemang, Port Dickson !!

Selepas Mines.. the next day we planned to Teluk Kemang, Port Dickson!!
dramaQueen tak mandi manda pun.. apatah lagi nak berbanana boat atau snorkeling..
Cuci-cuci mata sudah!! Memang ramai gila orang hari tu.. Yela public holiday kan..

Tengok2 photog ya!!

 Bosan menanti
 Cik Naz Vogue & Mek Yoh Muncung
 2 English Ladies ladies wear English hat
 Teluk Kemang yang berangin
 Mek Yoh yg sweet
 Satu English satu cowgirl..
 Banana Boat yg teringin dinaiki
 Jangan lupa kunci kenderaan anda..:P

Sunday, January 16, 2011

Destinasi #4: Jalan-jalan @ Mines with BFF!!

Yeay!! BFF dramaQueen from Kota Bahru visit me here!! Welcome Mek Yoh!! Missed u demn much!!! Muaxx!! Thank you veru much la Mek Yoh coz u apply 3 day leave juz for spent time with dramaQueen & Cik Naz. Eventhough Quz, Rady & Tata cannot come bcoz of their commitment, but u still came as u promised!! Ni yg SAAAYAAAANG lebey nih...

Malas tulis panjang-panjang.. View je la photog2 eh??

 Waiting for Tako!!
 Nyum..Nyum.. Tako!!
 Dah habis..Full already.. :P
 Cik Naz & Mek Yoh
 kanak2 riang gumbira
 Makcik Cleaner yg vogue habis!!
waiting & tiring

Eh.. ni baru at Mines.. ada lg photog2 kat PD pulak!!

Kipas-susah-mati ke 100!!!

Yeah.. at last dramaQueen follower a.k.a Kipas-Susah-Mati dah mencecah ke- tiga angka!! Banzaiii!! 
Kekeke... over react pulak.. Meh kite stalk siapa KSM ke-100 tuh!!
*
*
*
Jeng Jeng Jeng
*
*
*
ini dia.. Cik Persona!!!

Sila-silalah klik blog Cik Persona ni eh.. dia ada anjurkan satu contest sekarang ni..
So, semua muslimah dijemput untuk sertai.. :)

Happy Stalking!!

Friday, January 14, 2011

Wedding! - Ikram & Nurul 041210

Kali ni nak buat entri photog pulak..
Sejak dapat cammie baru ni macam nila.. gile sket ngan photog.. uhuhu..

Pengantin lelaki aadalah abang sulung dramaQueen and majlis ni bertempat di Ipoh, Perak (akad nikah & majlis sebelah pengantin perempuan). Majlis sebelah pengantin lelaki pulak insyaAllah pada March 2011.

Just review all the photog ya all!!
dramaQueen just an amateur photog.. so dont expect much!! :P

                                                                 Ipoh, here we come!!
                                                                        Pengantin Lelaki  
 Hantaran 1
 Nikah beramai-ramai
 Neves kot dorang time nih.. :P
 Makan beradab
 dramaQueen with cousin Alia Zulfah
 pose yang dipaksa oleh uncle pengantin perempuan
 dramaQueen's sister (pink hijab) with cousins
 potong kek!!
 hantaran 2
Ada banyak photog lagi actually.. cuma tak larat nak upload bebanyak.. so cuci-cuci mata sajalah eh??

Wednesday, January 12, 2011

My Life is sooooooooooooooo comical - Part 2

Ni lagi satu cerita yang dikatakan COMIC oleh colleague dramaQueen.dramaQueen ceritala kat si Lady Popeye (bukan nama sebenar) fasal abang dramaQueen yang baru je engaged. Cerita punya cerita termasuk pulak bab family dramaQueen yang beternak ayam, itik dan lembu. So ayat dramaQueen pun begini.. 'Nasib baik family dramaQueen bela lembu, nak kawen nanti senang..' 

 sumber : googling google

Suddenly si Lady Popeye ni tergelak macam nak pecah perut. dramaQueen pun pelik jugakla.. apa yang kelakar sangat?? Kelakar ke kalau family kita bela lembu?? Dengan terbahak-bak dia kata..'U ni comical la Mas, u pernah tengok ke lembu-lembu yang famili u ternak tu? Dah berapa ekor sekarang??' 

Apa yang comical sangat ?? Eh, dramaQueen pernah tengok la lembu-lembu tu semua. Dulula. Suatu masa dahulu. Sebelum dramaQueen start berkerjaya ni. Pernah la jugak tengok lembu selepas beranak. Yela, nak tengok 'live' masa beranak tak sempat. Beriya ni berkejar turun dari rumah berlari ke kebunak sempat jugak. Tengok selepas pun jadilah.  

Pernah jugakla mak dramaQueen ada case dengan sekor lembu nama Montel ni. Reason nama Montel? : sebab lembu tu memang montel... Sebelum ni memang mak yang selalu bagi makan n tarik lembu-lembu ni. Tu pun kalau abah n abang tak ada. Ada satu hari ni, mak dramaQueen pergi tarik lembu ni seorang. Entah macammana si Montel ni excited sangat nampak rumput yang segar bugar terus berlari. Mak tak perasan pulak tali si Montel ni terbelit kat kaki mak.  

Habis mak ditarik si Montel ni. Menjerit mak, mana taknya sakit kut. Nasib baik si Montel ni berenti bila mak jerit panggil nama dia. Kalau tak, tak tahulah. Dahla kat kebun kelapa sawit time tu, bayangkan kalau ada duri-duri dan benda-benda tajam lain.. macam mana agaknya keadaan mak?? Alhamdulillah la mak selamat. Cuma kaki je bengkak teruk terjerut tali.  

Pengajaran : sejak hari tu mak biarkan abah and abang saje yang tarik lembu.Seriau kan cerita di atas ni..tapi tau tak, Lady Popeye tu boleh tergelak terbahak-bahak kata cerita dramaQueen ni comical. Hello!! Ni bukan cerita lawak.. cerita ngeri tau!! Sila jangan ketawa.

Monday, January 10, 2011

Happy Belated New Year 2011!!

Salam and hello guys!!

Wuhu.. too much sawang di sini sana.. ahah.. dah lama sangat tak update blog ni..
Begitulah rupanya..

Rasanya masih tak terlambat kot nak wish Happy Birthday 2011!! Apa azam baru??
kekeke.. just same as the last time..kot.. haha.. paling utama to ended my single life!! Haha..
Am i ready for that future??? YES.. I AM.. it's one of the dream that i want to reach, which is to be as good as my parent..

They gave me a life.. raised me up.. gave me lots of love.. and i just want to be just like them.. hopefully much better in some way.. but good enuff to get sumone like me.. haha..

Anyway.. i had a LOTS to do here.. mebbe sum clean up, touch up, and make up... just wait for the next entri ya!!



Thanx a Lot of Luff :)