Kipas-susah-mati

Google+ Followers

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Tuesday, April 16, 2013

DIY : Sampul Kad Kahwin Eksklusif


Nak buat sampul kad kahwin eksklusif? Mudah sahaja cara-caranya. Terpulang pada kreativiti masing-masing je nak buat macam mana.

Barang-barang yang diperlukan;

1. Sampul kad - sampul yang sedia ada jangan dibazirkan. Tak kirala warna apa, yang penting kena pandai main warna
2. Doily paper - kalau boleh elakkan doily paper yg sama warna dgn warna sampul. Kebanyakkan yang Cik Puan Jiyah jumpa warna putih and pink je. Warna lain ada juga. Boleh cari di AR Warna Warni. Tapi, kalau anda kreatif, boleh celupkan doily paper tu dalam water colour untuk bagi different colors.
3. Gunting
4. Gam
5. Magic Pen/ Maker Pen 

Mula-mula set dalam minda nak design doily paper tu macammana. Kalau takut tak ingat, sketch or buat sample dulu. Bila dah tau idea nak buat macammana, baru boleh mula menggunting doily paper.

Ikut suka kreativiti hangpa la nak lekat kat mana doily paper tu. Asal nampak cantik, cun dan elegant, lakat la kat celah mana pun.. kekeke..

Last sekali, kalau suka bolehla tulis nama or date majlis pada salah satu doily paper tu. Kalau tak nak pun takpe. Kalau nak lagi kemas, boleh type by computer, print out and lekat atas doily paper tu. Dah siap!!

P/S : Jika anda lebih kreatif lagi, boleh guna old newspaper,keratan-keratan majalah, bunga plastic, ribbons ataupun lekat gambar sendiri pun boleh. Yang penting, kreativiti. .. Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!