Kipas-susah-mati

Google+ Followers

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Friday, July 25, 2014

Demam campak (Chicken Pox), Viral Fever (Demam Virus) ataupun Denggi??

Assalammualaikum & Hi,

Akhir-akhir ni terlalu banyak berita yang mendukacitakan cikpuan. Bermula dengan serangan di Gaza, kemudian nahas #MH17 meskipun misteri #MH370 masih belum terungkai. Al-Fatihah buat mangsa-mangsa nahas yang beragama Islam juga buat mereka yang gugur syahid di Gaza.

Alhamdulillah Allah masih berikan umur yang panjang buat cikpuan walaupun dalam tanpa sedar sejak pertengahan Jun yang lepas, cikpuan dan keluarga telah diduga dengan demam batuk selsema si tiga serangkai yang agak teruk. Semuanya bermula dari cikpuan. Dah tau demam teruk, masih lagi gagahkan diri pergi kerja, lepas tu jenis yang degil tak nak makan ubat. Padahnya tersebar pada Delisha memandangkan Delisha masih lagi direct bf dengan cikpuan.

Serius menyesal bila Delisha terjangkit. Sakit hati bila tengok anak sakit. Merengek, tak nak ditinggal malah dengan pengasuh pun dia tolak. Paling teruk bila satu badan Delisha mula keluar ruam-ruam kecil  kecuali bahagian muka. Ingatkan ruam biasa tapi bila bercerita dengan beberapa orang yang berpengalaman, ada yang mengatakan bahawa ruam tu ruam demam campak. Ada pula kata cuma ruam panas yang disebabkan dalam badan terlalu panas.

Tiga hari demam Delisha tak kebah, bawa pergi hospital. Terpaksa ambil darah. Meronta dia di ambil darah cikpuan cuma boleh nangis dalam hati je. Dua jam tunggu baru keputusan darah keluar. Doc kata 'nothing suspicious'. Cuma demam biasa. Ruam-ruam tu pun dia tak pasti sebab apa. Dapatlah ubat demam, selsema dan calamime losyen. Berapa hari kemudian, demam kebah tapi selsema dan batuk masih berlarutan. Paling kesian, muncul satu misteri baru. Kulit kaki dan tangan Delisha - kedua-dua belah habis menggelupas.

Sedih hati cikpuan tengok anak sendiri macam tu. Kemudian husband pula demam. Tapi tak lama. Sehari dua je. Terus kebah tanpa kesan selsema dan batuk pun. Dalam dua minggu kulit Delisha menggelupas. Bila habis je bersalin kulit, awal bulan Julai ni pula Delisha diserang demam batuk selsema semula. Kali ini paling teruk sebab  panas bila malam je. Malah sampai cecah ke 40 darjah celcius dan sampai menggigil satu malam sambil nangis teresak-esak. Memang sakit hati tengok. Kalau boleh pindah sakit tu, cikpuan rela cikpuan yang kena.

Tiga hari demam kemudian kebah. Alhamdulillah. Baru cikpuan nak lega, dua hari lepas tu Delisha demam lagi. Terus bawa ke hospital sekali lagi. Ambil darah lagi. Kali ni encik husband menyanyi jadi Delisha tak meronta pun. Dua jam lagi menunggu. Doc kata sama ada demam virus (viral fever) ataupun denggi. Keputusan darah tunjukkan macam tu. Jadi, doc bagi satu slip jadual di mana Delisha kena datang lagi hospital selama 2 kali lagi untuk ambil lagi darah. Okay. Cikpuan rasa macam nak pengsan.

Demi anak, cik puan ambil cuti esoknya untuk ambil darah. Demam dah kebah sikit, ujian darah pun ada peningkatan tapi masih tak stabil. Kali ni ambil darah langsung tak menangis. Dia tenung je abang yang ambil darah dia tu. Hensem kot ? Eh, hensem ke??

Baliklah cikpuan dengan hati yang sedikit tenang. Malam tu cikpuan mula rasa sakit kepala. Dalam fikiran mungkin sebab tak cukup tidur menjaga Delisha untuk beberapa minggu dan kemudian esoknya terus cikpuan pun kena demam semula. Akhirnya Delisha tak pergi pun ambil darah terakhir tu sebab cik puan dah tak larat nak ulang alik hospital. Lagipun demam Delisha pun dah kebah sepenuhnya.. Alhamdulillah. Cuma berjangkit pada cikpuan pula. Dekat seminggu lebih juga la demam tu nak kebah.

Ikutkan si farmasis adik cikpuan dia kata cikpuan dan Delisha macam terkena demam viral sebab ambil masa yang lama untuk sembuh dan beberapa kali terjadi dalam jangka pendek. Alhamdulillah semua kami pun dah beransur kebah. Dugaan Ramadhan.. ekeke..

Ok. Bai.

No comments:

Post a Comment

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!