Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Wednesday, December 14, 2011

Episod Duka Berterusan

Salam ukhwah buat semua,

Baru-baru ini kami dikejutkan dengan pemergian kakak kepada Abah, iaitu Wak Mi pada tanggal 20 Oktober lepas (sila refer entri ini). Genap 50 hari selepas pemergian arwah, kami sekeluarga cucu cicit Miro@Hj Abdullah bin Wirodikromo dikejutkan sekali lagi dengan pemergian anak sulung arwah, merangkap sepupu aku - Arjuna bin Rahim atau lebih dikenali sebagai Abg Ar.

Memang quite shock la. So sudden. Memang before tu arwah pernah hospitalize di Hospital Kajang sebab Paru-paru berair, tapi lepas 3 hari, arwah dibenarkan keluar. Kalau mengikut cerita my cousins yg lain, lepas je keluar hospital, arwah balik kampung (Banting) dan melawat adik-adiknya yg menetap di sana.Adik beradik arwah ramai, mostly semua memang duduk di Banting, cuma ada 3 orang yang menetap di Johor.

Dari satu rumah ke satu rumah adik-adik arwah lawati, kemudian masa di rumah kampung, arwah sesak nafas. Terus hantar ke Hospital Putrajaya. Terus masuk ICU.

Malam Jumaat tu anak arwah mesej dgn aku, inform arwah dah tenat. Esoknya, adik arwah pun inform sekali lagi pada aku yang keadaan arwah sangat kritikal. Dan pada hari Sabtu, dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya, mak call inform arwah dah tak ada. Terkilan rasanya tak dapat melawat arwah.

Sampai sekarang, masih terngiang-ngiang kata-kata terakhir arwah padaku..

"Jiah, ko rajin-rajinla balik kampung selalu sementara mak bapak ko ada. Rajin-rajinla jenguk mereka.. Kalau boleh tiap minggu balik pun tak apa.." Tiap kali teringatkan kata-kata ni, mesti aku sedih sangat. Nasihat arwah ni memang akan aku pegang, InsyaAllah.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang Soleh. Amin. Al-Fatihah.


Takziah buat keluarga arwah. Selepas kehilangan satu permata, mereka kehilangan  satu lagi tempat bergantung. Semoga mereka terus tabah menghadapi dugaan ini.

Friday, December 9, 2011

Rezeki dari ALLAH

Alhamdulillah. Hari ni masih lagi bernyawa. Allah masih lagi beri peluang pada hamba-Nya ini untuk meneruskan kehidupan di Bumi Allah ini.

Previous entry kan i ada cerita tentang my new job and workplace kan? Alhamdulillahla, lepas je resign on 30 November, terus i dapat start keje on 1st December. Walaupun last salary tu kena tolak 3hari sebab Emergency Leave, but syukur masih ada rezeki untuk i menampung hidup ni. Yela, planning nak kahwin next year, tapi kalau dah tak bekerja, macam mana pulak nak kumpul duit kahwin kan?

Actually, start i keje di sini, rezeki semakin murah. Job offer pun tetiba je mencurah-curah. Padahal before nak resign tu, bagai nak gila i cari keje. Mana taknya notice resign tu i bagi 1 month.. then i extend 1 month lagi sebab my superior (previous) nak bercuti pula. So, dia minta jasa baik i ni untuk extend. Dan i dengan baik hatinya pun setuju untuk extend lagi sebulan. Tapi, nak dapat offer job bukan main susah lagi.

But suddenly, when i start je keje kat sini, banyak pula company call i for interview. Actually i dah rasa comfortable here, so i reject dengan cara baik la. I pun bukan suka sangat lompat-lompat keje. Kalau boleh biarlah bertahun-tahun kerja baru i tukar. So, i akan berusaha yang terbaik demi masa depan i di new company ni.

Oh, ya. Di sini, i ada my own workstation. Tak adalah i share dengan orang lain macam dulu. Next time i update gambar my workstation pula ye?

Thank you for reading my mumbling!!

:)



Tuesday, December 6, 2011

Bertukar!! Bukan macam SailorMoon tu but changing for better life

Hari ni 8 Dec 2011. Bermakna dah seminggu aku bekerja di tempat baru ni. Sebelum ni pun memang aku tak banyak story pasal my previous workplace pun. Yela, nothing special kot about my previous workplace tu. Kerja pun kerja kuli je. Asyik jadi suruhan orang lain.

But eventhough seteruk-teruk my job dulu. I still had sweet memories with the colleagues and boss. Hopefully we still can contact each others. Kalau ada salah silap, harap-harap janganlah ambil hati la ye.

Keje new place setakat ni okla. Tak boleh nak review banyak sangat sebab baru seminggu kan. So, hopefully will be ok and always be ok.

Ok. Let's get back to work now!!